ok la akak share satu resepi simple paling mudah .. semua org pun tau. buat sambil pejam mata pun jadi. kalau @miabebe bagi resepi ayam panggang madu .. akak bagi ayam goreng berempah + madu. mmg mungkin kita bakal bermadu la mia.
terima laaa .. resepi iols ...
Ayam Goreng Berempah + Madu Bahan2 - sukatan adalah lebih kurang je. ½ ekor ayam (potong 2) 2 sudu besar madu Garam secukup rasa Serbuk kunyit secukupnya Bahan untuk ditumbuk 3 biji bawang merah 1 ulas bawang putih ½ inci halia 1 sudu besar ketumbar 1 sudu teh jintan Cara2 Ayam dibersihkan. Tumbukkesemua bahan2 yg perlu ditumbuk. Gaulkan ayam dgn bahan2 yang telah ditumbuh,garam, madu dan serbuk kunyit. Perap seketika dan goreng dengan api perlahansehingga masak.
note : my style kalau masak guna jintan dan ketumbar .. kedua2nya iols basuh dulu. dan tapis bagi agak kering sikit.
|