CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: opahcikcur

ISTANA GAFIM XXI - VIDEO CLIP 'INILAH CINTA' MELETUP!!!

 Close [Copy link]
Post time 5-7-2010 03:18 PM | Show all posts
sally ... suker sangat gambar nie

nampak very innocent

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2010 03:23 PM | Show all posts
Reply 2380# zuranura


    hi zura
gambar yg mana gua.com nie maksudkan ??

alahai ... diorang niekan dah takder berita lain kot

tak per ...

camner pun tetap sayang akim
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 03:27 PM | Show all posts
Akim Merana Kerana Skim Cepat Kaya (credit : mstar online)

SELEPAS kejayaan lakonan dalam drama bersiri, Kau dan Aku musim pertama, finalis Akademi Fantasia musim ketujuh, Afiq Hakim atau lebih dikenali sebagai Akim memperluaskan bakatnya dalam telefilem, Saham Neraka yang akan bersiaran di slot Cerekarama TV3, 10 Julai ini.
Menurut Akim, dia ingin mencari pengalaman baru dan bekerja dengan pengarah tersohor, Erma Fatima.
"Saya tak pernah bekerja dengannya. Saya rasa selesa dan gembira bekerja dengannya kerana dia tidak memberikan tekanan kepada saya.
"Bagi saya, peluang ini adalah pengalaman baru kepada Akim," katanya kepada MStar Online.
Akim berlakon bersama Jue Aziz dan Datuk Jalaluddin Hassan. Dalam blog afiqhakim.com , Akim menulis, drama bergenre komedi menurut tweet Erma Fatima itu mengisahkan skim cepat kaya.
Dalam telefilem itu, Akim memegang watak Rosli yang taksub kepada saham. Akim telah melabur dalam satu saham yang tidak berdaftar dan ia menjadikan nasib Akim dan keluarganya teruk. Lokasi penggambaran kebanyakan dijalankan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Akim menyifatkan dia sangat bertuah kerana dapat menimba ilmu dengan Erma yang dilabel sebagai "garang" oleh sesetengah pihak.
"Ia adalah satu pengiktirafan dan saya sangat bertuah. Orang cakap dia garang, tapi dia tegas. Bila dalam set, kita kena jalankan betul-betul.
"Sebagai seorang pelakon, kita kena jalankan tanggungjawab kita betul-betul. Kalau main-main, itulah yang dia marah," ujarnya.
Pernahkah Akim kena marah sepanjang berlakon dalam Saham Neraka? Akim menafikan dia pernah dimarah oleh Erma.
"Alhamdulillah, sepanjang penggambaran itu, Akim tak kena marah, cuma kena ditegurlah. Cara lakonan. Sebenarnya, Akim banyak diberi tunjuk ajar olehnya," akuinya yang sedang mempromosikan single terbaru, JanjI.
Sementara itu, Akim akan memulakan penggambaran musim kedua drama bersiri, Kau dan Aku tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 03:29 PM | Show all posts
Reply  zuranura


    hi zura
gambar yg mana gua.com nie maksudkan ??

alahai ... diorang nie ...
iwanis7 Post at 5-7-2010 15:23



    iwanis..zura pon xpasti pic yang mane..
entah nye la kan..ade ke patot dorang wat citew cmni..rapat ngn lelaki slh,ngn perempuan pon slh..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 03:31 PM | Show all posts
sally ... suker sangat gambar nie

nampak very innocent
iwanis7 Post at 5-7-2010 15:18



    hehe..suke gk tgk pic nih..ni pic time bilew ek..very the cute larh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 03:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2010 03:44 PM | Show all posts
hi zura ... iwanis tolong tepekkan gambar untuk artikel tu yek



luv uols

rindu kat warga istanew
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 03:45 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2010 04:37 PM | Show all posts
byk picture untuk sumer ... iwanis tolog tepekkan yer ..





Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 04:43 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 04:43 PM | Show all posts
iwanis tq..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 04:45 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 10:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by ilanda at 5-7-2010 22:47

Reply 2383# zuranura
Zura cayang..

thanks rajin tepek news pasal soltan..
{:1_147:}
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 10:45 PM | Show all posts
Reply 2390# iwanis7


iwanis.. suke sgt byk pic soltan di setiap page..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 09:14 AM | Show all posts
Reply  zuranura
Zura cayang..

thanks rajin tepek news pasal soltan..{:1_14 ...
ilanda Post at 5-7-2010 22:41

ilanda ku..no prob..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 09:22 AM | Show all posts
Konsert Cornetto Berjaya Semarakkan Rasa Cinta (credit : murai.com.my)


        KUALA LUMPUR, 5 JULAI 2010: Suasana di atas bumbung Bukit Bintang Plaza diselubungi rasa cinta dan keriangan apabila konsert Cornetto's Take a Chance, Show your Love disaksikan ramai penonton, malam kelmarin.

        Duta Baru jenama Wall's Conetto, Akim membuka tirai persembahan pada malam itu dengan menampilkan lagu tema kempen Cornetto's Take a Chance, Show your Love, Inilah Cinta yang digubah sendiri olehnya sebagai ekspresi cinta dan persahabatannya kepada peminta-peminat yang hadir.

        Selepas menyampaikan lagu 'Inilah Cinta' , Akim terus memukau penonton dengan satu lagi persembahan solo, iaitu lagu yang menjadi permintaan ramai penonton dkhususnya di kalangan ahli kelab Akim pada malam itu iaitu Bengang'.

        Persembahan pada malam itu kemudian disusuli pula dengan persembahan dari Mila, penyanyi kecil molek yang mempersembahkan dua lagu hitnya seperti 'Aku Lebih Tahu' dan 'Jika Kau Ubah Fikiran', di mana ia telah membuatkan penonton yang hadir turut menyanyi bersama-samanya.

        Kemudian kedua-dua bekas duta Wall's Conetto , Shila OIAM dan Dafi pula tampil dan menyamarakkan lagi rasa cinta malam itu dengan berduet lagu medley seperti 'Dua Hati Jadi Satu' dan 'Tunjukkan Cinta' kepada peminta-peminat dari fan club masing-masing.

        Kehangatan malam itu semakin terasa apabila mereka sangat terhibur dengan persembahan Aizat. Aizat yang muncul dengan hanya berpakaian kasual pada malam itu ternyata membuatkan penonton menjerit kegilaan lebih-lebih lagi saat dia mempersembahkan lagu hitnya 'Hanya Kau Yang Mampu'.

        Selanjutnya, penonton semakin teruja apabila pengacara Naz mengumumkan bahawa konsert malam itu akan diteruskan lagi dengan persembahan dari band popular Bunkface. Seperti hari-hari yang sebelumnya, persembahan Bunkface mmang tidak menghampakan penonton termasuklah pada malam itu.

        Dengan membawakan 3 lagu hits yang dimuatkan di dalam album studio pertama mereka iaitu Prom Queen, Situasi dan Extravaganza. Bunkface diakui telah memberikan persembahan yang cukup hebat dan bertenaga pada malam itu.

        Terharu dengan sambutan penonton yang bernyanyi bersama-sama mereka, vokalisnya iaitu Sam dengan tidak semena-mena telah turun ke bawah pentas untuk bertemu penonton dan penonton pula mengambil kesempatan untuk mengerumuninya. Sam kemudian berjaya diselamatkan oleh pengawal RELA untuk kembali semula ke atas pentas.

        Pada akhir konsert, Akim dan Mila kembali ke pentas bersama penonton semula untuk berpadu suara menerusi lagu hits drama muzikal yang mereka jayakan bersama , 'Kau dan Aku'. Konsert malam itu kemudian berakhir apabila Akim bersama-sama dnegan penyanyi yang lain mempersembahkan lagu tema Wall's Conetto, 'Inilah Cinta' lagi sekal.

        Dalam pada itu, Akim yang ditemui di akhir konsert itu memberitahu dia sangat terharu dengan pemilihanya sebagai duta kepada Wall's Conetto itu dan berpuas hati dengan perjalanan konsert pada malam itu.

        "Saya percaya, dengan adanya konsert Cornetto's Take a Chance, Show your Love yang berlangsung pada malam ini, ia dapat membuka ruang untuk saya dan mereka yang lain untuk menjalinkan persahabatan di kalangan penonton baru atau yang telah sedia ada yang telah hadir pada malam ini. . Saya benar-benar teruja menajdi sebahagian daripada insiatif yang menggemparkan ini!", kata Akim.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-7-2010 10:11 AM | Show all posts
Konsert mesej cinta, persahabatan
Oleh Ramlah Zainal

2010/07/06
(credit : harian metro)

MESEJ cinta dan persahabatan diangkat dalam Konsert Wall's Cornetto 'Take A Chance Show Your Love' yang berlangsung di Tingkat Atas, Bukit Bintang Plaza, Kuala Lumpur, malam minggu lalu.
Konsert istimewa yang bermula dari jam 7 malam dan berakhir kira-kira jam 11 malam itu berjaya menarik lebih 1,000 peminat yang ingin melihat artis kesayangan mereka dari dekat.


Lebih menarik, konsert ini menampilkan gabungan penyanyi generasi muda seperti bintang Akademi Fantasia (AF) - Akim, Aizat, Mila dan Dafi. Selain itu, penampilan Naib Juara One In A Million (OIAM), Shila dan kumpulan Bunkface juga menambahkan lagi tarikan.


Konsert yang menampilkan pelbagai genre muzik daripada indie, pop, R & B hinggalah ke slow rock itu menyaksikan muzik dan jenama aiskrim bersama-sama membawa tema positif.


Dafi yang pernah menjadi duta Cornetto bersama penyanyi Indonesia, Gita Gutawa berkata, ini kali kedua dia menjayakan konsert sebegitu. "Kali pertama saya buat konsert dengan Wall's ialah pada 2008. Konsert yang mengumpulkan semua pencinta muzik di kalangan generasi muda ini jarang dianjurkan di negara kita. Saya juga menanti peluang untuk menjayakan konsert ini pada masa akan datang," katanya. Pada malam itu, Dafi menyampaikan tiga lagu, Dua Hati Menjadi Satu (lagu duet dengan Gita Gutawa), lagu inggeris, Baby dan Tunjukkanlah Cinta berduet dengan Shila. Dafi berkata, dia berasa sangat seronok sepanjang membuat persembahan.


"Saya juga puas hati dengan persembahan pada malam itu kerana melihat semua penonton seronok dan terhibur," katanya.


Shila yang pernah menjadi duta Cornetto bersama kumpulan Ran dari Indonesia berkata, dia tidak mensia-siakan kepercayaan yang diberikan penganjur dengan memberikan yang terbaik.


"Konsert ini mengetengahkan penyanyi generasi muda tanah air berkongsi pentas dalam satu mesej.


"Saya percaya penonton terhibur kerana rata-rata artis menyampaikan lagu rancak. Apa yang menarik, kami yang membuat persembahan memakai baju mengikut tema ais krim Cornetto. Saya memakai baju merah jambu, Dafi warna oren dan Akim pula ungu. "Pada masa sama, saya juga melihat konsert ini berjaya menyampaikan mesejnya kepada penonton," katanya. Pada malam itu, Shila menghiburkan peminatnya dengan dua lagu solo iaitu Ada Saja, I'm Alive dan duet bersama Dafi, Tunjukkanlah Cintamu dan Dua Hati Menjadi Satu. "Saya juga membuat persembahan akhir yang juga kejutan bersama artis undangan, Bunkface dengan lagu rock, De Code. Mungkin ramai tidak tahu, saya juga boleh nyanyi lagu rock," ujarnya. Akim berkata dia tidak kekok berkongsi pentas dengan rakan artis lain kerana ada pengalaman beraksi dengan mereka sebelum ini.


"Sekalipun hujan renyai-renyai dan konsert ini juga bersaing dengan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010, peminat tetap beramai-ramai menyaksikan persembahan kami hingga akhir," katanya. Akim menghiburkan peminat dengan empat lagu termasuk duet iaitu Inilah Cinta, Bengang, lagu popular Michael Jackson, Billie Jean dan Kau dan Aku pula berduet dengan Mila. "Saya tidak anggap ia persembahan terbaik saya kerana setiap kali persembahan mesti ada kelemahan yang perlu diperbaiki. "Apapun, saya percaya semua penyanyi memberikan impak besar dalam konsert ini dan masing-masing ada pengikut tersendiri," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 10:14 AM | Show all posts
terus kan undi lagu INILAH CINTA kt MUZIK MUZIK
supaye akim terus kekal menjadi jore..


www.tv3.com.my/muzikmuzik
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 10:55 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 10:58 AM | Show all posts
tq iwanis...~~~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.118776 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list