CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: daitechgroup

[Dunia] V26 MH370 Usaha Mencari Kotak Hitam Diteruskan

 Close [Copy link]
Post time 11-4-2014 11:18 AM | Show all posts
Isyarat baru dikesan: Operasi kini diperhebat



PERTH - Sebanyak 12 pesawat tentera, tiga pesawat awam dan 13 kapal dikerahkan pada Jumaat untuk mencari lokasi sebenar sumber isyarat getaran dikesan yang mungkin berkaitan MH370 yang hilang di Lautan Hindi tatkala misi mencari masuk hari ke-35.
            
        Misi mencari pesawat itu yang hilang secara misteri pada 8 Mac lepas, diperhebat susulan semalam pesawat Australia AP-3C Orion, mengesan isyarat getaran semasa melakukan pencarian dari udara di kawasan berdekatan kapal tentera Australia (ADV) Ocean Shield.
            
        Susulan pengesanan isyarat terbaru itu, sebanyak tujuh isyarat telah dikesan perakam data penerbangan daripada kotak hitam pesawat sejak Jumaat lepas.
            
        Kotak hitam itu merakamkan data dalam kokpit dan mungkin dapat memberikan jawapan mengenai apa sebenarnya berlaku kepada pesawat itu.
            
        Pusat Penyelarasan Bersama Agensi (JACC) dalam kenyataan hari ini berkata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia akan melakukan pencarian di dua kawasan membabitkan kira-kira 46,713 kilometer persegi.
            
        Menurutnya kawasan pencarian bertumpu di kawasan kira-kira 2,312 kilometer barat laut Perth.
            
        "Cuaca hari ini diramalkan dengan tiupan angin dari barat selaju 10-15 knot serta hujan sekali-sekala, ombak setinggi 1 hingga 1.5 meter dan jarak penglihatan dalam keadaan hujan adalah lima kilometer," menurut JACC.
            
        Menurutnya semalam tiada sebarang objek dikesan oleh pesawat atau kapal.
            
        Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam, kira-kira selepas sejam pesawat itu berada di ruang udara Laut China Selatan.
            
        Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
            
        Operasi mencari dan menyelamat membabitkan pelbagai negara dilancar di Laut China Selatan selepas ada penemuan menunjukkan MH370 mengubah haluan jauh daripada laluan asal, sepanjang dua koridor iaitu koridor utara meliputi sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
            
        Pada 24 Mac, hari ke-17 operasi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi" berdasarkan analisis data satelit syarikat telekomunikasi United Kingdom, Inmarsat dan siasatan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2014 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 11-4-2014 11:18 AM
Isyarat baru dikesan: Operasi kini diperhebat




Tujuh isyarat dah...yg memula dulu paling lama kan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:24 AM | Show all posts
NURMIMIE posted on 11-4-2014 12:05 AM
mana ada keluar apa2 labuuu..

teori gelap aje..

lihat guna youtube ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:24 AM | Show all posts
magnus posted on 11-4-2014 11:22 AM
Tujuh isyarat dah...yg memula dulu paling lama kan..

yup. tapi isyarat ni berhari-hari gak nak detect
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 11-4-2014 11:24 AM
yup. tapi isyarat ni berhari-hari gak nak detect

Ramai yg konfiden tu mmg isyarat black box..compared dgn semua bunyi hidupan laut sumer tak match rasanya..harap mr angus buat pc hari ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 11-4-2014 11:24 AM
yup. tapi isyarat ni berhari-hari gak nak detect

Mereka akan coba detect sebanyak mungkin signal untuk buat grid area mana most likely kotak hitam itu berada. Sebab itu mereka coba detect dari kawasan yg berlainan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2014 11:33 AM | Show all posts
magnus posted on 11-4-2014 11:29 AM
Ramai yg konfiden tu mmg isyarat black box..compared dgn semua bunyi hidupan laut sumer tak match  ...

mereka yg terlibat dlm pencarian tu mesti tahu membezakan isyarat black box dan hidupan laut. jadi harap2 ada petunjuk lebih baik hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:35 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 11-4-2014 11:33 AM
mereka yg terlibat dlm pencarian tu mesti tahu membezakan isyarat black box dan hidupan laut. jadi ...

nak tanya sikit buleh...ade tak possibilities....yg isyarat tu adelah isyarat dari benda lain selain dari black box?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2014 11:35 AM | Show all posts
Changa posted on 11-4-2014 11:33 AM
Mereka akan coba detect sebanyak mungkin signal untuk buat grid area mana most likely kotak hitam  ...

dan hari ni kawasan pencarian dikecilkan lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:37 AM | Show all posts
pooh83 posted on 11-4-2014 02:45 AM
oo..maksudnya bila dia kata signal tu confirm dari "man-made source" so mmg high possibility mmg d ...

ni contoh je..
also to kasim pontalon

Odontocete whale sound production

Odontocetes produce rapid bursts of high-frequency clicks that are thought to be primarily for echolocation. Specialized organs in an odontocete produce collections of clicks and buzzes at frequencies from 0.2 to 150 kHz to obtain sonic information about its environment. Lower frequencies are used for distance echolocation, due to the fact that shorter wavelengths do not travel as far as longer wavelengths underwater. Higher frequencies are more effective at shorter distances, and can reveal more detailed information about a target. Echoes from clicks convey, not only the distance to the target, but also the size, shape, speed, and vector of its movement. Additionally, echolocation allows the odontocete to easily discern the difference between objects that are different in material composition, even if visually identical, by their different densities. Individuals appear to also be able to isolate their own echoes during pod feeding activity without interference from other pod members' echolocations



Mysticete whale sound levelsThe frequency of baleen whale sounds ranges from 10 Hz to 31 kHz

sebab tu lah dia cam kena kata..positive from man made things
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 11-4-2014 11:35 AM
dan hari ni kawasan pencarian dikecilkan lagi.

Yg sebenar nya kawasan pencarian lain dan ummah yg cari signal Ping kat kawasan lain. Yang pencarian ramai ramai untuk cari debris.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:39 AM | Show all posts
cik_pink posted on 11-4-2014 11:35 AM
nak tanya sikit buleh...ade tak possibilities....yg isyarat tu adelah isyarat dari benda lain sela ...

tak pasti lah

Menurut Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) yang menyelaras misi mencari berkenaan memaklumkan bahawa, kapal Ocean Shield telah dilengkapi dengan sebuah alat pengesan kotak hitam yang dikenali sebagai towed pinger locator dan satu kenderaan penyelam berautonomi Bluefin-21


Last edited by tapibukanaku on 11-4-2014 11:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:39 AM | Show all posts
kittycomel posted on 11-4-2014 03:14 AM
Ada sorg pkcik tu , aku trdngr dia bckp kt kedai kopi. Dia ckp - tngok tu satu dunia tolong msia car ...

haih..
sampai bila la x maju
pemikiran masih tahun 1957

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:41 AM | Show all posts
Changa posted on 11-4-2014 11:39 AM
Yg sebenar nya kawasan pencarian lain dan ummah yg cari signal Ping kat kawasan lain. Yang pencari ...

owh baru faham.


Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:47 AM | Show all posts
MH370: Abbot yakin isyarat dari kotak hitam pesawat

PERTH: Perdana Menteri Australia berkata pasukan mencari pesawat MH370 yang hilang, yakin isyarat yang dikesan datang dari kotak hitam pesawat berkenaan.

Tony Abbott memberitahu pemberita semasa lawatan rasmi ke China bahawa pihak berkuasa Australia yakin mereka tahu lokasi kotak hitam pesawat yang hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:49 AM | Show all posts
Zon mencari kotak hitam diperkecilkan

PERTH 10 April - Zon mengesan isyarat kotak hitam pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 telah dikecilkan di Lautan Hindi hari ini, selepas dua isyarat baharu dikesan oleh kapal Ocean Shield.
Ketua Penyelaras Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC), Angus Houston berkata, zon carian di barat Australia kini dikecilkan kepada 57,923 kilometer (km) persegi, kira-kira 20,000 kilometer persegi berkurangan berbanding semalam.
"Bagaimanapun, kapal Ocean Shield akan tertumpu di kawasan Lautan Hindi kira-kira 2,280 kilometer dari barat daya Perth yang mana lokasi dua isyarat getaran baharu dikesan pada Selasa lalu.
"Tiada serpihan pesawat MH370 dikesan setakat pencarian semalam. Pasukan mencari mengesan sejumlah besar objek di permukaan laut semalam, namun hanya beberapa objek kecil ditemukan.
"Tetapi semua objek yang dijumpai itu tiada kaitan dengan pesawat MH370," katanya.
Jelas Houston, beliau berharap serpihan kapal terbang itu akan ditemui dalam beberapa hari walaupun jangka hayat bateri kotak hitam itu mula berkurangan.
Dalam pada itu, beliau berkata, pihak-nya khuatir beberapa isyarat yang dikenal pasti pada awalnya, mungkin tidak dapat dikesan lagi berikutan jangka hayat bateri kotak hitam MH370 hanya mempunyai kira-kira 30 hari sahaja.
"Isyarat semalam akan membantu dalam menentukan kawasan pencarian yang lebih jelas dan memudahkan operasi kesan MH370 di kawasan dasar laut.
"Saya percaya, kami sedang mencari di kawasan yang betul namun, perlu mengenal pasti secara visual pesawat itu sebelum mengesahkan bahawa itu merupakan lokasi terakhir MH370," katanya.
Katanya, operasi mengesan isyarat kotak hitam pesawat MH370 akan berterusan.
"Mudah-mudahan dengan banyak isyarat yang diperoleh, kami akan mempunyai kawasan pencarian yang jelas dan kecil. Malah, dalam beberapa hari lagi, kita jangkakan dapat mencari sesuatu benda di bawah laut yang mungkin boleh disahkan lokasi terakhir MH370," katanya.
Semalam, Australia mengesahkan isyarat pertama yang dikesan adalah konsisten dengan isyarat yang akan dikeluarkan oleh sebuah perakam kotak hitam.
"Analisis ini menunjukkan bahawa isyarat yang diterima sangat stabil, berbeza dan jelas dikesan pada frekuensi 33.31 kilohertz (kHz) serta ia berdenyut secara konsisten pada selang 1.106 saat," katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa frekuensi boleh berubah mengikut masa dan keadaan.
"Bagaimanapun, pakar percaya isyarat berkenaan konsisten dengan spesifikasi dan gambaran perakam data penerbangan," katanya.
Lebih 10 pesawat tentera, empat pesawat awam dan 13 kapal terlibat dalam operasi mencari pesawat MH370 yang membawa seramai 239 penumpang bersama anak kapal yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China. - AFP

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140411/dn_02/Zon-mencari-kotak-hitam-diperkecilkan#ixzz2yXvWSbf0
©  Utusan Melayu (M) Bhd


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2014 11:53 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 11-4-2014 03:49 AM
Zon mencari kotak hitam diperkecilkan

PERTH 10 April - Zon mengesan isyarat kotak hitam pesawat M ...

4 bintangg
cpt la selesai

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:53 AM | Show all posts
wateva, selagi tat blackbox and debris sahih mh370..belum ditemui..remain mistery..
dah one trillion plus plus speculation termasuk dengan conspiracy teories..nothing ping d actual answer..
tunggu..sehingga segala-segalanya jawapan yang betul-betul pasti..betul ke kat situ? ada ke kat situ? hidup lagi ke? no matter what...tunggu jer..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:55 AM | Show all posts
cik_pink posted on 11-4-2014 10:52 AM
kan...semua la lembab gitu...bukan malaysia sorang je buat keje

amik masa 9 hari utk bg info ptg psl air turn back . Tu yg lembab tu. Tak psl semua org habis masa meraduk laut cina selatan ngan laut andaman.

info yg tu sgt ptg kot? ker info yg tu pun silap org US / UK / AUSSIE gak ke?

agak2 ler kalo nk beking tu bro!
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2014 11:58 AM | Show all posts
adakah kemungkinan mh370 tiada di lautan hindi,
adakah kemungkinan mh370 di russia dan di ubah suai
selagi belum ada kesahihan selagi itu ada spekulasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 04:24 PM GMT+8 , Processed in 0.098504 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list