|
LESTARY: KAU, AKU, KITA [SYARUL RIDZWAN, JANNA NICK]
[Copy link]
|
|
Comelnya budak Iris nie...Janna pun comel
|
|
|
|
|
|
|
|
Janna...Janna...Satu dlm 1001...
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nak share. Tahun lepas pernah jumpa JN kat JPO. Time tu x kenal pon dia ni sape..tp memang dia ni ada aura. Bila dia lalu depan iolss terus dlm hati terdetik ni macam artis je ni tapi x kenal sape. Mmg cun la x dinafikan..body solid kot..nampak cam model. Kat gambar nampak cam chubby
Tup2 member iols watsapp suruh kemsalam kat JN sbb JN upload gambo kat ig tgh shoping kat JPO. Member iols tau iols tgh carik barang kat JPO. Xlama lepas tu JN lalu lg sekali depan iols. Xberkelip i pandang sampai lupa nak sampaikan salam my friend.
Time tu tgh glemer citer jodoh tp iols x layan sbb x suka HZ..ngehngeh |
|
|
|
|
|
|
|
jumpa article lama
|
|
|
|
|
|
|
|
elamor replied at 18-12-2015 02:58 PM
jumpa article lama
Sapela pengarah gatal tu yer , mmg nk makan penumbok jn ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
erm...iols ni pun rasa kalau dpt jumpa dak janna ni jd mcm uols gak kot.. hihi terkedu gitu
|
|
|
|
|
|
|
|
Terkejut mak baca kenyataan kat fb smpi ade yg wujudkan berita kematian milah . isk3 gegara fenetik milah laa ni kaki bash kat rumah org higga menimbulkan kebencian tahap maksima org kat milah |
|
|
|
|
|
|
|
melampau kan...sakit pulak hati iols baca ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti pengarah yg drama lakonan jn dulu2....asal jgn abg jinggo sudah...
bukn setakat makan penumbok...malah dia bagi dgn kepala lutut cm dia bagi kat Im aus time tengah jln2 nak cari kerja tu #kak
|
|
|
|
|
|
|
|
dah tingkat 96 ni...rasanya kena buka rumah baru utk beremas mesra seterusnya...tahu la 20hb Dec ni ada event... |
|
|
|
|
|
|
|
Saya Bukan Gadis Murahan - Janna Nick
Oleh Amirul Haswendy Ashari
Pendatang baru dalam arena seni lakon ini baru berusia 18 tahun, tetapi bakat luar biasa yang ditonjolkan memberi kesan. Siapa sangka walaupun usianya masih mudah, Janna Nick berpeluang memegang watak lebih berusia.
Bermula dengan drama bersiri Jodoh diterajui Dazrin dan Scha Al-Yahya, bakat pelakon berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai ini mula dilihat serius ramai penerbit serta pengarah drama tempatan.
“Saya bermula dengan menjayakan iklan komersial dan video korporat. Ketika itu, usia saya dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun tetapi mengambil keputusan berhenti kerana mahu fokus belajar.
“Bila keluar dari asrama, beberapa penerbit minta saya datang uji bakat dan bermulalah karier saya sebagai pelakon. Telefilem pertama saya berjudul Ikatan ditayangkan di saluran RTM,” kata Jannah. Selepas telefilem itu, Jannah ditawarkan berlakon dalam telefilem Cinta Vlog untuk TV9 dan selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), si cantik ini berpeluang beraksi dalam drama bersiri Jodoh. Sejak itu, tawaran semakin meriah dan kebanyakannya untuk watak antagonis serta kasar.
“Saya tidak kisah bawa watak antagonis kerana ia sangat mencabar, apatah lagi ia jauh berbeza dengan keperibadian sebenar saya. Lagipun saya tidak perlu ‘control’ (kawal) atau berpura-pura jadi ayu dan lembut.
“Apabila dapat tawaran melakonkan watak jauh dari umur sebenar, baru saya rasa macam berlakon. Bayangkan kalau dapat watak sama dengan usia kita, maknanya kita bukan berlakon,” kata aktres berasal dari Sungai Petani, Kedah ini.
Selama bergelar pelakon drama, bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang ini akui, antara cabaran yang tidak dapat dilupakan ialah digoda dan dipeluk seorang pengarah drama yang sebelum ini pernah bergelar pelakon.
Jannah mendedahkan, pengalaman itu berlaku sekitar April tahun ini apabila dia mendapat tawaran berlakon memegang watak utama sebuah produksi tempatan.
“Peliknya, saya tidak perlu melalui proses uji bakat, walaupun hakikatnya ramai beratur di luar untuk diuji bakat. Sebaik saya masuk ke bilik dan memperkenalkan diri, pengarah itu terus peluk saya.
“Saya terkejut dan secara spontan, saya berselawat. Pengarah itu pula terkejut dan terus melepaskan pelukan,” katanya enggan mendedahkan nama pengarah dan produksi drama yang dipercayai baru menjalani penggambaran di luar negara.
Jannah akui, tatkala berdepan situasi itu, ibunya menasihati supaya tolak saja tawaran berkenaan. Jangan dek kerana terdesak mahu jadi artis, maruah tergadai.
Biarpun insiden itu baru berlaku, Jannah tidak serik untuk meneruskan langkah sebagai anak seni. Baginya, itu sebahagian cabaran yang perlu dihadapi dengan tabah.
Ditanya mengenai bekalan pendinding diri supaya tidak menjadi mangsa dan tersasar jalan, gadis peramah ini menjawab, solat serta banyakkan doa.
“Solat itu tiang agama dan ia pendinding terbaik buat kita. Saya tidak pernah tinggal solat walaupun di lokasi penggambaran. Tidak dinafikan, saya jenis gila-gila dan tidak suka duduk diam tetapi apabila bersolat, orang sekeliling akan hormat dan jaga batas mereka dengan saya.
“Mereka juga tidak cakap benda merepek dengan saya. Andai saya tidak jaga solat, dengan sikap gila-gila saya, mungkin orang akan fikir saya jenis murahan,” katanya.
Memperoleh keputusan cemerlang pada SPM lalu dengan 6A 2B+, Jannah mendapat tawaran menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Arau tetapi menolaknya.
Alasannya, ia terlalu jauh, apatah lagi dengan tawaran berlakon yang semakin kencang kebelakangan ini, dia merancang meneruskan pengajian di kolej sekitar ibu negara.
“Saya minat berlakon sejak kecil dan sering memaksa mak membawa saya ke mana-mana sesi uji bakat diadakan. Memang cita-cita saya mahu menjadi pelakon dan usahawan berjaya.
“Selepas mendapat keputusan A dalam semua subjek, saya terus memohon keluar dari MRSM untuk bersekolah di harian biasa.
“Selepas itu, saya sempat bersekolah sebentar di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan ketika tahun SPM, saya belajar di sekolah harian biasa di Danau Kota. Sebabnya saya tak minat aliran sains,” katanya yang tahan tekanan. -Hmetro
|
|
|
|
|
|
|
|
pengarah tu seorg pelakon juga dulu.
sape ekkkkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
chuols jer la bukak.
buat draft siap2
|
|
|
|
|
|
|
|
sape jumpa janna esok? tanya sheols iklan apa dia berlakon masa kecik tu |
|
|
|
|
|
|
|
Hafrez kata die kena alergik ms shoot tts.dh g buat facial dh.haha
Hr tu ada sorg kutuk ckp geli tgk muka dia merah2.naya ek jd retis ni..huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah nk ada rumah baru
Rumah nie pun, tak khatam lagi...Weekend nie baru nk try khatam...
|
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum all
silent reader kat sini
minat gak JN
semalam baru layan citer sayang suria JN heroin Hafeez Mikail hero dia.. sedih gak lah cite tu |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
No..no tak boleh...minggu dpn iols tak masuk forum sbb pergi bercuti bwa family.....chuols jer lah yg buka...cun sikit dgn gif2 bagai...iols tak brp reti..
|
|
|
|
|
|
|
|
malam nih boleh start bertukang chuols. esok malam confirm rentung sbb ada event kat alamanda. |
|
|
|
|
|
|
| |
|