CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-HBZ

Pelajar Perempuan Tingkatan Tiga Yang Dilarikan Dua Lelaki Sudah Ditemui

[Copy link]
Post time 23-9-2016 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 23-9-2016 01:55 AM
Tulah dah takbetul. Takkan nak setiap org pegi tanya personal. Kalau udah buatbenda public/viral ...

Ya aku pun setuju dgn ko munchkin..public pun ada hak nak tau kisah sebenar..
Mmg dari mula baca report dan ditambah pulak dgn interview dr akak yg jumpa budak ni pun cam ada bau2 ikan..
Aku x salahkan ibu bapa dan keluarga dlm hal ni..mau x panik kalau anak hilang tu..
Kalau betul ini satu rekaan, ibu bapa harus belajar dan ambil iktibar...anak kita ni walau sebaik mana pun dia di depan mata ni, sesekali kena juga intip aktiviti dia dari masa ke semasa..zaman dah berubah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2016 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Reborn_Atheist replied at 22-9-2016 12:44 PM
kejap lagi mengandung tanpa bapa...... cam nabi isa

Nabi isa nk ngandung celah mana acom?dia jantan kot
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
zafira replied at 22-9-2016 12:52 PM
dengar citer dah jumpa... maknya ketua jururawat hukm... ni info yg aku dapat dlm watapps..

Maksud kau maknya matron kah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sebu at 23-9-2016 07:21 AM

If ada perkara mengaibkan contoh cerita rekaan atau apa jua,dan x mau jadi buah mulut masyarakat yang suka ambik tau keburukan orang lain better famili budak ni senyap terus dari menghebahkan pada kawan2, WhatsApp atau wartawan.  Kawan2 pun x boleh dipercayai. Famili dia pun ada ahli.forum kan. So better senyap.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Gatai le Tu. Gatai bijik
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku syak jantan dua ekoq tu mesti slh sorg ex budak tu ke x puas ati dgn dia. Mustahil x kenal. Once baca pun rasa hanyirr je
But ya, wait n see la result nye.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2016 08:05 AM | Show all posts
alhamdulillah adik ni selamat..ape2 pon kite ambil iktibar..sy pon isau ank2 semakin membesar tkot bila pikir dengan keadaan skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 23-9-2016 01:55 AM
Tulah dah takbetul. Takkan nak setiap org pegi tanya personal. Kalau udah buatbenda public/viral ...

Biasa lah sister, acik acik tudung kepam dah nak mula.backtracking sebab abang polis sado pun tak boleh nak husnuzon macam acik2 kepam forum apa tah lagi weola yang molot hazab dan non husnuzon ini  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2016 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pajeri_Nenas replied at 23-9-2016 07:46 AM
Gatai le Tu. Gatai bijik

Tunggu jah sister kena kecam dengan acik acik kepam forum. Kena husnuzon ok  
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 08:34 AM | Show all posts
Biarlah polis je siasat kebetulan ada statement dlm berita mengatakan suspek mempunyai rekod jenayah lampau berhubung satu kes jenayah yang sama di Kajang sebelum ini.

Tak payah la kita nilai budak tu..kita sendiri ada anak2 perempuan yg membesar, adik2 ,sepupu2 kalau dah jadi kat kita, kita pun panik. Viralkan maybe salah satu cara yg membantu sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 08:50 AM | Show all posts
Aenaja replied at 22-9-2016 04:09 PM
smk hussein onn tu mmg sekolah budak jahat. so no wonder la.

Boleh tahu apa justifikasi uolss kata smk hussein onn sklh budak jahat???

Setahu iollsss smk cheras perdana..

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 22-9-2016 11:44 PM
Mati lah abang polis sado pun macam hakak tak mampu nak husnuzon gitu macam acik2 kepam forum. :lo ...

Haha...abg polis takut tertipu lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau nak cakap pe.tunggu laporan siasatan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 09:02 AM | Show all posts
Reborn_Atheist replied at 23-9-2016 03:27 AM
ko ingat tak kes culik student IPTA yg mati kena kelar tu?



Kes yg mana satu ni?

Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 09:11 AM | Show all posts
x sabar nak tau kes sebenar..
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 09:25 AM | Show all posts
amboi korang banyaknye spekulasi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2016 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau polis dah cakap kemungkinanan kes culik ni hanya rekaan, aku tak mampu nak husnuzon. Lagipun tengok adik tu balik rumah elok je bawak beg sekolah. Kalau betul kena culik, mesti dia atau penculik tu dah campak buang beg tu, mcm susah je nak bergelut sambil bawak beg sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 09:57 AM | Show all posts



yang neh kot

Pelajar UiTM mati selepas leher dikelar
SYED HESHAM SYED IDRIS  |  03 Februari 2015 2:00 AM




NURSYUHADA JOHARI



TAIPING 2 Feb. - Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya hari ini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le-buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun, menaiki kereta jenis Proton Perdana menghala arah selatan.
Menurut beliau, sebelum kejadian, terdapat saksi melihat pasangan tersebut bertengkar di dalam kenderaan berkenaan sebelum kereta itu berhenti.

“Saksi kemudiannya melihat seorang perempuan keluar dari tempat duduk pemandu dan terjatuh ke atas lebuh raya. Seorang penumpang lelaki kemudian keluar dan cuba menarik gadis terbabit ke kiri jalan.
“Kejadian itu menarik perhatian pengguna lebuh raya lain yang turut berhenti untuk membantu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ismail memberitahu, selepas menarik mangsa, lelaki berkenaan mela-rikan diri ke hutan berhampiran, namun datang semula ke lokasi kejadian untuk mengambil telefon bimbitnya yang tertinggal di dalam kereta.
Ujarnya, orang ramai yang menyedari kejadian itu bertindak memberkas suspek dan menyerahkannya kepada polis.

Tambahnya, punca sebenar mangsa dikelar masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian berpunca daripada masalah percintaan.

“Pemeriksaan di tempat kejadian menemukan sebilah pisau lipat yang dipercayai dibuang oleh suspek di bawah bukit di tepi lebuh raya berkenaan.

“Kita masih menunggu laporan bedah siasat,” katanya yang turut mengesahkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Ke-seksaan.

Sementara itu menurut saksi kejadian yang merupakan ejen insurans, dia mendengar suspek berkata ‘tak mampus lagi ke?’ selepas ternampak seorang perempuan keluar dari tempat pemandu kereta Proton Perdana di lorong kiri lebuh raya,
Katanya, selepas itu dia melihat seorang lelaki keluar dari kereta dan menarik mangsa ke tepi besi penghadang lalu melarikan diri ke dalam hutan berhampiran.
“Lelaki itu kemudiannya kembali ke tempat kejadian dan mengambil telefon bimbit di dalam kereta.

“Suspek menelefon seseorang sambil meminta maaf dengan berkata dia telah buat silap.

“Dia kemudian melihat mangsa sambil berkata: “Dia belum mampus ke?,” katanya.

Suspek dipercayai menghubungi ahli keluarganya dan memberitahu perbuatannya itu.

Menurut saksi itu lagi, lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri ke dalam hutan semula tetapi berjaya diberkas oleh orang ramai.


Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 10:01 AM | Show all posts



Ooo budak uitm ni. Tak sempat viral citer dia dah innalillah dulu

Bdk yg kena culik ni citer dia byk sgt peliknya
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2016 10:03 AM | Show all posts
i kalau ada kwn2 dok viral kes culik kat group watsap i mmg sound direct..sbb byk sgt kes menipu yg direka budak2 pompuan skang ni..susah nak pecaya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 04:25 AM GMT+8 , Processed in 0.077013 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list