CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DianaA

MENU/RESEPI ANTARABANGSA :: INDONESIA ::

[Copy link]
Post time 2-9-2007 12:35 PM | Show all posts

Reply #240 pinatbate's post

Kacang tolo atau kacang Loto adalah benda yang sama...
dalam bahasa melayu - kacang mata hitam..Black eye peas...

kacang ni biasanya perlu direbus empuk dahulu..boleh dijadikan inti pau...
dimasak lemak campur cili dan santan atau dimasukkan dalam lodeh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2007 03:23 PM | Show all posts

Reply #240 pinatbate's post

Ooh.. terbalik je ye
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 03:24 PM | Show all posts

Reply #241 cguct1970's post

Betul tu
Masa kecik2 dulu arwah nenek masak asam kacang ni
Orang jawa kata Seger....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by dddddd at 30-8-2007 01:51 PM
ayam semur tu ayam msk kicap ek?aku ni hrp je jawa..tp tatau aper


ha'ah mcm ayam masak kicap..rasa2 masakan jawa nih letak santan kot..
so nak blajar la nih..hehehe sbb suka sgt makan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 12:35 PM | Show all posts
sambal tumbuk.. dah lama x mkn..
tp x boleh celen sambal tumbuk yg arwah mak buat..

Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2007 09:19 PM | Show all posts

Reply #238 pentium_catz's post

resepi mil di pg raya...xpenah misss. mmg sedap. merah pun hubby kata dah lulus masak sambal goreng ni...skrg nak belajar wat serunding kelapa lak.... satu lg mil suka wat ayam kg masak 'usek'. merah buat ada la 3-4 kali tp setiap kali buat mesti mcm ada yg kureng...nak kena bg pengeras kat mil kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2007 09:41 PM | Show all posts
Ni serunding kelapa masa kenduri tu..utk di geng kan dgn nasi ambeng..
resepinya nanti cat tepek..nak call mak catz dulu..catz lupa resepinya..
yg cat ingat antara bahannya serai, jintan manis  asam jawa, bawang merah, kunyit etc..
nanti catz tepek..

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 09:44 AM | Show all posts
ni serunding kelapa my mom version....

SERUNDING KELAPA

Bahan-bahanya:

1 biji kelapa parut putih basah
(pilih kelapa yang kulit tempurungnya kelihatan muda dan kuning)

2 cb ketumbar biji
1/2 ct jintan putih (halus)
segengam ikan bilis - rendam
seinci kunyit hidup
sedikit halia
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 c.b. serbuk kari daging
sedikit jus asam jawa
sedikit gula melaka
garam secukup rasa

Cara membuat (1): Bertumis
1. Kisar halus semua bahan rempah kecuali kelapa , air asam, gula dan garam.
2. Panaskan minyak dan tumis rempah hingga garing dan masukkan kelapa parut, kacau rata2.
3. Tambahkan sedikit jus asam jawa , gula melaka dan garam secukup rasa. Masak hingga garing dan
    naik minyak dalam api yang sederhana. Angkat dan sejukkan.

Cara membuat (2): Tidak bertumis
1. Kisar halus semua bahan rempah kecuali kelapa , air asam, gula dan garam.
2. Tuang dalam kelapa parut , bersama2 semua bahan lain yang tinggal.
3. Masak adunan dalam kuali sehingga garing, sesuaikan rasa dgn garam dan gulanya.

sesuai dimakan dengan Lontong kering, Apam tepung gandum, nasi putih panas dan Nasi Ambeng.

Selamat memasak.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2007 04:33 PM | Show all posts
nnt sy amik gambar "berkat" pulak version jawa sepang...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 05:10 PM | Show all posts
Originally posted by kaktaya at 1-9-2007 09:38 PM
For those yang dah lama x tengok nasi ambeng yang dah dibungkus
Lihat foto dibawah

http://aycu36.webshots.com/image/27555/2003172747949842280_rs.jpg

Berkat ni consist of
1.  Nasi
2.  Ser ...



meleleh air liur tengok gambo ni..

last month umah atok buat kenduri nasik ambeng tak dapat balik...
ntah bilalah dapat merasa lagi.. due date bulan 12..

ada sesapa buat kenduri nasik ambang lagi tak.. jemputlah saya    
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 05:59 PM | Show all posts
kalau teringin sgt crystal, kadang kat pasar malam ada jual..cuba lah cari..
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 10:33 PM | Show all posts

Reply #251 pentium_catz's post

Betul tu..

Ari tu terjumpa org jual nasi ambeng dekat Pasar malam Puncak Alam
Try beli, RM 3.50 sebungkus

Bolehlah... Lauknya just ayam goreng
but then sambal goreng dia x best sgt

Akak bagi * * out of *****
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 11:20 PM | Show all posts

Reply #235 pentium_catz's post

Catzzzzz...kat tempat awak lauk atas nasik ambeng tu panggil apa ?
kat tempat ct , kami panggil " SAMIR"

kalau jaman mbien...masa embok ku (atuk pompuan emak bapakku) ijek urip..
kalau kenduri aruah mesti embok suruh mak sediakan 'seg'oo gurihhh' aka nasi lemak...
tapi x de sambal2 laaa...lauknya samir yang sama...serondeng tidak dilupakan...

lepas tu mesti ada nasi yang dibentuk2 kon/mangkuk
- guna kon dari daun pisang dan mangkuk kobok'aan....lepas tu samirnya mesti
letak tengah...ayam dalam mangkuk lain...lepas tu lipatan daun pisang +kertas
untuk bungkus bontrot...kuihnya di 'rojakuni' aja dalam satu pinggan beso...
tak lupa serabi atau apem goreng...wajib tu...mak memang bagi keja goreng apem
ni kat ct.... agaknya sebab apem tu jadik comel dan gebu macam tuannya....

kalau kenduri 'tingkepan' - melenggang perut - mesti ada urap/ kerawuu...
ben seger - kata arua embok , lepas tu rujak uni
(rojak campuran banyak jenis buah2an + air asam jawa + gula +garam + belacan + cili padi)
cendol , ketupat, lepet dan 3 jenis ubi-ubian yang direbus....

Kalau kenduri 'piton-piton' atau kenduri kesyukuran kerana terima bayi..

dalam samir mesti  ada telur rebus....wajib tu...ayam seekor yang dipanggang dan semangkuk
jerohan ayam yang siap dimasak untuk 'ketd'ting' - bagi bidan bayi....disamping nasi berkat
dan lauk pauknya...

kuih pulak - kalau terima bayi - kalau buat iwel2 (abuk2) x kira sagu rendang atau pulut..
bentuknya berbeza..kalau kon luncup - untuk bayi lelaki...
kalau bentuk kon tiga segi rendah - bayi perempuan.....
tapi orang sekarang dah x kesah...main belasahhh jek...

kalau kenduri kerana kejayaan sesuatu - mesti ada 'ingkong' - ayam seko yang dimasak...
tu serba sedikit halusnya budaya jawa , orang x yah tanya kenduri apa...
tengok petanda lauk kat samir..dah boleh teka...
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2007 11:44 PM | Show all posts

Reply #253 cguct1970's post

oooo... samalah mcm kat tempat cikna...tu masa jaman mbien lah..masa embah ijek urip yoo ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 08:40 AM | Show all posts
Originally posted by pentium_catz at 4-9-2007 05:59 PM
kalau teringin sgt crystal, kadang kat pasar malam ada jual..cuba lah cari..



pasar malam punya tak sesedap yang dapat time kenduri ...  
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 08:15 PM | Show all posts

Reply #253 cguct1970's post

Podo nggon ku

api zaman ni adat ni dah semakin dilupakan......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2007 08:46 PM | Show all posts
anak jawa cam daku pun dah lupa adat...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 09:53 PM | Show all posts
Originally posted by neersanco at 30-8-2007 12:12 PM
tumpang lalu...ada sapa2 yg tau buat ayam semur?
hum pernah makan few times and sgt sedap...teringin lar nak resipi dia nih...



Ops,kebetulan td cikna masak semur ayam. Meh lah try..



SEMUR AYAM (cikna99)

Bahan2:

6 ketul  ayam (saiz bsr,kalu saiz kecik bole tambah lg)
sedikit serbuk kunyit
1 btg  kulit kayu manis
1 btg  serai (dititik)
1  sb   rempah kari daging (dibancuh dgn skit air panas)
2  sb   sos tomato
2   sb   sos cili
4   sb    kicap pekat
1  labu  bawang besar (dipotong bulat kasar)
sedikit serbuk perasa/ kiub pati ayam
gula dan garam secukup rasa
air
minyak utk menumis

Bahan-bahan utk dikisar

7 biji  cili merah (dibuang bijinya n dikisar asing)
8 biji  bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg  serai
1 cm  halia
1  cm lengkuas
2 biji  buah keras (ditumbuk halus)

Cara-caranya:

1   Gaul ayam bersama serbuk kunyit n skit garam. Goreng..
2    Panaskan minyak. Tumiskan serai yg diketuk,sebtg kulit kayu manis,buah keras tumbuk n bahan2 kisar. Kacau hingga kekuningan n bau wangi.
3    Masukkan bancuhan rempah kari n kacau hingga naik minyak. Masuk skit air,cili merah kisar, sos cili,sos tomato n pati ayam. Kacau rata. Lepas tu masuk bawang besar,kicap dan ayam goreng td. Tambahkan garam n gula jika perlu. Kecilkan api n biar kuah jadi pekat skit.

Tarrraaa...da siap. masa nak hidang nanti tabur skit bawang goreng. Selamat mencuba.

[ Last edited by  cikna99 at 6-9-2007 12:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 09:56 PM | Show all posts
  cik Taya..pinat...meh leh kita kekalkan dan amalkan semula mana2 adat yang tidak
bertentangan dengan syarak tu...jangan nanti suatu hari , adat kita hanya tinggal nama sahaja....

[ Last edited by  cguct1970 at 5-9-2007 09:58 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2007 10:32 PM | Show all posts

Reply #258 cikna99's post

cikna wah terima kasih byk2..nanti nak cuba utk berbuka puasa or sahur nanti.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 04:28 PM GMT+8 , Processed in 0.157879 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list