“kau dah fikir masak-masak ke nak serius dengan Risa tu?” soal Hafiz ketika mereka sedang menjamah makan malam.
“ye...kenapa?” Tanya Ilham. kenapa pertanyaan sahabatnya itu lain macam sahaja bunyinya.
“bukan apa... kau lupa ke kisah kau dengan Rania sebelum ni.” ungkit Hafiz. Teh tarik diteguk perlahan.
“ooo...maksud kau pasal mama aku ke?” balas Ilham tatkala mula memahami apa yang cuba disampaikan oleh Hafiz. Hafiz mengangguk perlahan. Mengiakan jawapan dari temannya. Dia bukan apa... tidak mahu Ilham terlalu beria-ria dengan Nadrisa tetapi akhirnya tak jadi. Macam Rania dulu!
“kau yakin ke mama kau akan berkenan kat Risa... kau tahukan factor dia tolak arwah Rania dulu.”
“aku akan pastikan mama aku terima Risa... aku tak akan mudah mengalah seperti masa aku dengan arwah dulu. Kali ni, aku akan buat mama aku sukakan Risa. Bagiaku, Risa tu sangat okey. Tak ada apa yang teruk pon. Kalau kena caranya, mama aku pasti suka padanya.” Tegas Ilham bersuara sama seperti hatinya yang bertegas akan buat puan Maimun menerima Nadrisa.
“aku cuma nak ingat kan kau je... ye la.. mama kau tu kan suka sangat kat Tyra...semua perempuan lain dia tak pandang. Nak Tyra je jadi menantunya. Lagi pon,Risa tu bukanlah orang berada. Nanti tak pasal-pasal kisah kau dengan arwah Rania tu berulang lagi.”
“nak tak nak mama aku kena terima kenyataan yang aku langsung tak ada hati kat Tyra... miskin ke kaya ke semua tu tak penting. Yang penting aku sayangkan Risa dan Risa sayangkan aku.” Balas Ilham dengan yakin. Hafiz tersengih melihat kesungguhan Ilham yang jelas cukup bersemangat untuk meneruskan hubungannya dan Nadrisa meski pon bakal ditentang mamanya sendiri.
“harap-harap kau berjaya la Ilham... tapi apa-apa pon mama kau mesti diutamakan.” Nasihat Hafiz lembut. dia sokong dengan kesungguhan temannya namun dia tidak akan menyokong sekiranya Ilham membelakangkan mamanya hanya kerana cinta. Sebagai lelaki, ibu adalah yang paling utama!
“Insyaallah...aku pasti dapatkan restu mama aku dulu baru aku akan teruskan langkah seterusnya dalam hubungan aku dengan Risa.” Janji Ilham dan memang itulah yang dipegang selama ini. apa-apa pon, dia masih utamakan mamanya.
Last edited by misssakura on 18-10-2012 10:28 PM
|