CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nur_ieyfa

Hasad dengki adik beradik sendiri

[Copy link]
 Author| Post time 10-12-2015 08:45 AM | Show all posts
bunga_lestari replied at 10-12-2015 08:41 AM
alhamdulillah.. finally family tunang terima jgk awak yer..

bertabah yer tt.. berat dugaan awak ...

Setelah macam-macam buat baru la dapat terima. Alhamdulillah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2015 10:36 AM | Show all posts
KLON

Hai semua.. Hari ni Ieyfa nak bercerita pasal kisah lain yang terjadi dekat asrama pulak. Time frame dia tak berapa nak ingat masa form berapa tapi yang pasti bukan form 1 atau 2. Sebab masa tu akak Form 6 tak ada lagi. Kisah ni terjadi pada pelajar form 6. Sebab kan oleh kakak form 6 ni sikitjadi warden letakkan mereka kat bilik level bawah sekali berhadapan dengan bilik warden. Macam yang Ieyfa pernah cerita pasal kisah Cikgu Wati tu lah.

Satu malam ni kakak-kakak form 6 ni tengah study kat bilik study. Diorang ni memang rajin sebab STPM kan, so susah jadi memang semua pulun study tiap-tiap hari. Ieyfa pun tak tahu lah kalau diowang sebenarnye buat kerja sekolah atau buat benda lain, tak pernah nak rapat sebab kakak form 6 ni anggap kami semua budak kecik. Mereka paling senior la katakan.

Okay, jadi malam tu, ada seorang kakak ni kita namakan sebagai Fatimah. Dia study ramai-ramai la kat bilik study tu sebab bilik study tu boleh bukak lampu sampai pukul berapa pun asalkan masih ada orang. Even orang tu dah tertidur kat situ. Pastu, Kak Fatimah ni rasa mengantuk sangat dah, so dia decide nak balik ke bilik dia nak tidur.

So dia pergi toilet dulu pastu baru balik bilik dia, masa dia nak keluar pergi toilet tu dia cakap la dengan kawan dia nama Kak Najwa, yang dia nak balik bilik mengantuk. Kak Najwa cakap balik la, dia tak nak balik lagi still nak duduk situ la. So lepas je balik dari toilet masuk bilik memang Kak Fatimah sorang-sorang jelah yang ada kat dalam bilik dia sebab bilik tu semua student Form 6 kan dan semua kat bilik study.

Bila Kak Fatimah baring je, Kak Fatimah ni katil dia katil bawah, asrama kami ni semua katil double decked, so dia nampak kat katil sebelah dia yang tingkat atas ada orang baring mengiring menghadap dinding. Katil atas tu katil Kak Najwa, Kak Fatimah pun pelik la tadi kata tak nak balik lagi ni dah terbaring. Kak Fatimah pun saja la bergurau dengan Kak Najwa tanya kenapa terbaring tidur dah tadi ajak balik tak nak. Tapi kak Najwa diam je.

Kak Fatimah tak puas hati lah, tegur lagi sebab takkan la Kak Najwa boleh tidur cepat sangat. Dia pun panggil la lagi Kak Najwa. Kali kedua panggil Kak Najwa pusing menghadap Kak Fatimah. Menjerit terus Kak Fatimah sebab nampak Kak Najwa tapi muka kosong. Sama macam apa yang Cikgu Wati nampak, tak ada mata hidung kening senang cakap memang kosong lah.

Lepas nampak tu Kak Fatimah terus lari dengan tak pakai seliper memang kalut habis sambil jerit-jerit pergi bilik study. Menangis-nangis Kak Fatimah bila nampak Kak Najwa ada je lagi kat bilik study tu. Semua orang tanya kenapa bila dah reda sikit ketakutan baru la Kak Fatimah cerita dia nampak klon kak Najwa kat bilik. Yang menambahkan lagi keyakinan Kak Fatimah masa tu sebab klon tu pakai baju sama macam ape yang Kak Najwa memang pakai masa kat bilik study tu.

Itulah kisah kali ini...
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 11:31 AM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 10-12-2015 10:36 AM
KLON

Hai semua.. Hari ni Ieyfa nak bercerita pasal kisah lain yang terjadi dekat asrama pulak. Ti ...

serammmmm
paling x suka yg pandai klon2 niii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 11:34 AM | Show all posts
boocasper replied at 10-12-2015 11:31 AM
serammmmm
paling x suka yg pandai klon2 niii

banyak lagi kisah klon ni.. Nanti ieyfa story telling lagi yea..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 11:42 AM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 10-12-2015 11:34 AM
banyak lagi kisah klon ni.. Nanti ieyfa story telling lagi yea..

wokey....setia menunggu...

eh apa cerita adik beradik ko sekarang? ko sekarang tinggal sebatang kara ke?
Kakak ko yg Zara tu mcmana? x rapat dh ke dengan ko?
(sorry soalan straight sgt)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 11:53 AM | Show all posts
boocasper replied at 10-12-2015 11:42 AM
wokey....setia menunggu...

eh apa cerita adik beradik ko sekarang? ko sekarang tinggal sebatang ...

sekarang ni memang dah sebatang kera terus daa..huhu.. Zara pun dah tak rapat dengan Ieyfa. Lepas je bertunang hari tu, ada kes yang terjadi membuatkan terus dianggap anak terbuang...Tapi perit sangat nak diingatkan kisah tu.. Senang cakap family Ieyfa sekarang hanyalah family tunang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-12-2015 11:58 AM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 10-12-2015 11:53 AM
sekarang ni memang dah sebatang kera terus daa..huhu.. Zara pun dah tak rapat dengan Ieyfa. Lepas  ...

Allahuakbar sedih nyaa...sabar ye fa...aku ada...meh cni kalau nk crying shoulder...hehehe

Alhamdulillah Allah tu adil...Allah bagi kat ko bakal keluarga baru yg baik...in sya Allah...
bila majlisnya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 12:30 PM | Show all posts
boocasper replied at 10-12-2015 11:58 AM
Allahuakbar sedih nyaa...sabar ye fa...aku ada...meh cni kalau nk crying shoulder...hehehe

Alha ...

Cadang-cadangnya bulan 2 tahun depan. Tapi tak tahu la macam mana ni, abah dah tak sihat. Adik beradik lelaki semua cakap tak nak jadi wali. Kami cadang nak buat nikah kecil-kecilan lepas tu buat majlis tertutup untuk belah family tunang je. Sebab takut kalau buat besar nanti orang tanya mana side pengantin perempuan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 12:56 PM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 10-12-2015 12:30 PM
Cadang-cadangnya bulan 2 tahun depan. Tapi tak tahu la macam mana ni, abah dah tak sihat. Adik ber ...

xpela yg wajibnya nikah..

semoga semuanya bjalan dgn lancar ye ieyfa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 01:06 PM | Show all posts
boocasper replied at 10-12-2015 12:56 PM
xpela yg wajibnya nikah..

semoga semuanya bjalan dgn lancar ye ieyfa...

Amin..Doakan lah macam tu yea...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 03:06 PM | Show all posts
KALAU AKU TAK DAPAT SESIAPA PUN TAKKAN DAPAT

Panjangkan tajuk..Ni kisah terjadi masa Ieyfa masih belajar ambil diploma dulu. Masa tu Ieyfa ada berkenalan dengan seorang lelaki ni Ieyfa bagi nama dia Haikal yea. Dia ni orang Terengganu tapi menetap di Sabah sebab kerja dengan Petronas. Masa ni Ieyfa tengah bebas-bebas sikit la tapi masih tidak melampaui batasan yea. Jadi harap tak ada sesiapa yang akan kecam la sebab kisah ni dah lama. Ieyfa pun dah tak buat macam tu dah.

Okay, waktu ni Ieyfa menyewa dengan member sekuliah yang semua bebas dan lelaki selalu datang lepak kat rumah. Diulangi lepak sahaja ya tak dibenarkan bermalam. Dan kami kalau ada lelaki datang rumah memang bukak pintu seluas-luasnya. Jadi masa ni Haikal datang kat rumah Ieyfa dan siap masakkan makan untuk kami satu rumah makan. Waktu ni kawan serumah ada cakap muka si Haikal ni lain macam menakutkan. Macam tak ada seri. Ieyfa iyakan jelah. Time ni Ieyfa tak rasa ada perasaan pun kat dia. Tapi Haikal ni yang beria nak kat Ieyfa. Tapi Ieyfa ada la cakap kat dia Ieyfa anggap dia macam kawan je. Lagi pun ada terdetik rasa kesian sebab Haikal cakap bekas tunang dia seiras muka Ieyfa dah meninggal sebab accident. Jadi Ieyfa anggap sebab dia rindu tunang dia tu yang dia nak berkawan dengan Ieyfa.

Okay sampai satu tahap Ieyfa dah tak tahan sangat dengan perangai bossy dia mengarah Ieyfa macam-macam so Ieyfa cakap kat dia yang kami hanya kawan, Ieyfa tak ada perasaan kat dia. Dia jadi marah dan cakap KALAU AKU TAK DAPAT KAU SESIAPA PUN TAKKAN DAPAT. Tu lah datangnya tajuk tu..hihi

Lepas pada hari tu, Ieyfa mulakan hari macam biasa dan dia pun dah balik ke Sabah. Tapi entah macam mana Ieyfa jadi tak terkawal emosi lepas pada tu. Ieyfa teruskan je life macam biasa tapi yang pelik nak sembahyang tu memang tak ada rasa lansung. Dengar orang azan je Ieyfa marah-marah cakap bising. Bayangkan pagi-pagi buta orang azan Subuh Ieyfa boleh menjerit maki-maki. Rumah Ieyfa memang berdepan dengan masjid. Jadi memang dengar kuat. Masa tengah hari pulak kalau ada yang mengaji atau ceramah memang diowang pasang speaker bagi semua orang dengar lagi la Ieyfa maki. Ieyfa jadi pelik dengan diri sendiri. Dulu Ieyfa sangat suka pergi kat pasar malam, tapi masa tu nak dengar perkataan pasar malam pun jadi benci.

Ieyfa selalu bising-bising borak dalam kelas Ieyfa. Tapi emosi Ieyfa tiba-tiba boleh berubah. Tengah gelak-gelak tiba-tiba Ieyfa marah kan kawan-kawan Ieyfa. Waktu tu memang ramai orang yang terasa hati la dengan perangai Ieyfa. Ada seorang abang ni tegur kenapa Ieyfa punya perangai jadi berubah. Ieyfa sampai extend sems sebab tak boleh fokus dalam kelas.

Sampai la satu time tu Ieyfa nyaris-nyaris nak terjun dari balkoni Ieyfa yang tingkat 18. Nasib baik ada kawan Ieyfa seorang balik rumah terus menjerit tangkap Ieyfa. Masa tu Ieyfa tak sedar lansung. Yang Ieyfa ingat Ieyfa tengah duduk kat balkoni tu tenangkan fikiran tengok sawah padi.

Waktu tu Ieyfa ada seorang ayah angkat. Dia selalu bawak Ieyfa teman dia dengar ceramah MLM ni. Malam tu memang sejuk, Ieyfa time tu siap make up cantik-cantik lagi mana la tau dapat tangkap abang hensem sorang nak buat boyfriend. Sebab masa tu mana-mana lelaki yang nak kat Ieyfa, mest Ieyfa tak nak kat diowang. Yang Ieyfa nak seboleh mungkin larikan diri dari Ieyfa. Kalau ada yang okay pun takkan tahan lama macam panas je dengan Ieyfa.

Masa ceramah MLM tu ada seorang kakak ni duduk selang 4 row dari Ieyfa. Kiranya dia kat depan Ieyfa la. Tapi Ieyfa perasan dia asyik pandang-pandang Ieyfa. Lepas habis ceramah tu Ieyfa duduk kat luar tunggu ayah angkat berborak, tiba-tiba kakak tu datang tegur Ieyfa. Lebih kurang camni la dialog kami:

Kakak : Dik, minta maaf la, akak nak tanya sikit. Adik ni ada bermusuh dengan sesiapa ke?
Ieyfa : Eh tak pun rasanya kak
Kakak : Bukan apa, akak pandang adik ni rasa semacam. Tengok bulu roma semua dah tegak. Akak ni dari tadi dah berpeluh-peluh bila pandang adik. Padahal kita dalam bilik aircond ni.

Waktu akak tu cakap camtu memang Ieyfa nampak bulu roma dia tegak je macam meremang macam tu dan muka kakak tu merah dan berpeluh-peluk. Pelik jugak la kan. Akak tu cakap, dia pandai berurut kalau ada sesuatu memang dia dapat rasa. Dia cakap nak tolong sikit-sikit la. Tapi dia tak berapa pandai nak buat sangat lah. Just mencuba je.

Waktu tu dia suruh Ieyfa berdiri pastu dia berdiri belakang Ieyfa dan tangan dia melurut kebelakang badan sambil dia baca ayat Al-Quran. Yang Ieyfa dengar dia ada baca surah An-Nas. Lepas tu dia tepuk kat pinggang. Dan bagi Ieyfa minum air yang dia ada bacakan sesuatu. Lepas habis je minum, Ieyfa terus rasa pening dunia berputar-putar rasa macam nak tercerry berry.

Ayah angkat terus papah masuk toilet perempuan, bayangkan Ieyfa dengan kasut tumit tinggi jalan macam orang mabuk masuk toilet. Ieyfa paksa ayah angkat Ieyfa duduk tunggu depan pintu toilet. Masuk je toilet Ieyfa tengok sekilas lalu kat cermin muka Ieyfa terlampau pucat, lipstick semua hilang macam tak pakai make up lansung. Ieyfa masuk toilet tu, Ieyfa buang air besar sambil pejam mata, tapi Ieyfa terasa macam ada kepala kambing terjah nak tengok Ieyfa bergerak kiri kanan. Tapi Ieyfa memang tak larat sangat nak buka mata masa tu. Dan najis yang keluar kecil-kecil macam tahi kambing. Sorry tak berapa senonoh sangat ayat yea.

Lepas rasa macam lega, Ieyfa bukak mata terus keluar toilet of course lepas cuci lah. Ieyfa tengok balik kat cermin, muka Ieyfa elok tak pucat dah. Dan lipstick ada je. Tak tahu la kenapa macam tu jadinya. Mungkin la kan mata Ieyfa yang tersilap nampak atau pun tak tau..

Lepas keluar tu tak perlu papah Ieyfa okay je macam biasa. Okay lah nak balik kerja dah. Nanti Ieyfa sambung lagi kisah Ieyfa berubat yea.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 10:59 AM | Show all posts
bila baca tred ifa,teringat pula kisah sendiri. dulu aku agak rapat dengan kak long aku sehingga sebelum dia kahwin. tapi dia ada sejarah tersendiri sebelum dan selepas dia kahwin. perkara yg melibatkan mistik dan sehingga kini aku dan kak ngah langsung tak bertegur sapa dengan dia. its very upset
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 11:02 AM | Show all posts
kala aku menaip ni pun,berlinang pulak air mata teringatkan dia yg jauhhhh dimata. di Mesir sana. maaf TT,nak share story dekat tred TT bole?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 11:18 AM | Show all posts
pada tahun 1998.dia dihantar praktikal di daerah kelahiran abah aku di sebuah negeri selatan. dia duduk di rumah tok aku. ceritanya bermula kak long aku ada kenal seorang lelaki di firm yg lain tapi dekat2 dgn firm kak long praktikal. mereka kenal mcm biasa,namun kak long aku dah teruja benar dgn this guy. kak long cakap dia ada rumah besar di daerah itu,katanya senang klu my family balik kg bole tumpang tido umah dia klu dah kawen esok2. mak aku pada masa kakak aku berura2 nak kenalkan itu,agak keberatan utk benarkan dia kahwin. plus, diorang kenal cuma 3 bulan,tapi yg epiknya this guy bole propose my kak long ajak kahwin. melalui telefon saja bukan face2face. agak pelik,kenal tak lama mana,tapi mak lelaki itu beria benar nak kahwinkan anak lelaki dia dgn my kak long.

dalam masa sama,my kak long ni selalu sangat bergaduh dgn my mum yg tak berapa setuju ni. selalu panas dan macam dia tu kemaruk benor nak kawen dengan jantan gendut ni. so,lepas beberapa siri perbincangan termasuk tok su sebelah abah berbincang,akhirnya diorang decide kawen. masa sebelum nak kawen tu,my kak long pernah bercerita dgn kami, yang dia mimpi perempuan india besar mcm raksasa mengejar dia. dia lari.

mimpi kedua, dia cakap,ada orang bergaduh depan dia teruk2. lepas kawen,barula tahu true story apa yg berlaku. rupanya jantan tu pun bukan nak sangat kahwen dgn dia, tapi ada something yg membuatkan jantan terpaksa kawen dgn dia. sedang this guy bukan bole berfungsi sebagai seorang lelaki tapi mak jantan tak guna ni suruh anak dia kawen rupanya nak wariskan sesuatu pada my kaklong. bukan berkaitan harta pusaka, tapi entiti yg dipanggil SAKA warisan keluarga. my kak long yang tak ada kaitan dan tak ada kena mengena,tiba - tiba terbabit sama
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 11:28 AM | Show all posts
macam mana kami bole tahu,dia tak boleh berfungsi sebg lelaki,dia mengaku dalam surat tulisan tangan dia yg berpen merah yang mengatakan dia tak bole nak menjadi suami dalam erti kata sebenar. my dad menangis,tapi masa tu kami tak ada kesedaran syariah law,my dad buang surat tu. kalau tak kami bole cari jalan pisahkan dia. pada awal perkahwinan,my kak long asyik jatuh pengsan,selalu hanyut dalam dunia khyalan dia. pelik sangat tingkah dia yg berubah dan bukan macam kak long yg kami membesar bersama2 dulu.. abah n mak selalu turun JB tengok2 dia. dia pulak baru lepas posting ke JB. bila kami duduk flat sewaan dia, rasa cam suram,seperti ada sesuatu tgk kami,tapi tak tau apa. mcm ada mengawasi. masa tu aku budak2, baru form 4. manala aku tau benda2 mcm masatu. ingatkan mainan perasaan.

masa baru2 tu,kami ada jugak bawak dia berubat sana sini, tapi semua tak berkesan. ada seorang saudara jauh kami scan keadaan dia,beritahu kami dia tak sanggup nak berubat my kak long coz katanya kak long ada sesuatu yg sangat besar dlm tubuhnya. pak haji tu takut nak amil risiko berubat kak long
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
zennaya replied at 11-12-2015 11:28 AM
macam mana kami bole tahu,dia tak boleh berfungsi sebg lelaki,dia mengaku dalam surat tulisan tangan ...

Sambung lagi tau..internet ieyfa kat umah ni memang slow jd lambat nak membalas..tadi dah type pastu connection lost terus xdapat hantar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2015 11:57 AM | Show all posts
nur_ieyfa replied at 10-12-2015 01:06 PM
Amin..Doakan lah macam tu yea...

takper tt.. ayah sakit pon xper asalkan ayah nak jadi wali.. ayah cuma perlu sign borang wali jer..
takder masalah tu.. tak payahlah harp pd adik beradik lg.. bertabah yer tt.. mmg berat dugaan awak ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
bunga_lestari replied at 11-12-2015 11:57 AM
takper tt.. ayah sakit pon xper asalkan ayah nak jadi wali.. ayah cuma perlu sign borang wali jer. ...

Ieyfa ada balik nk jmp abah,tapi diowang cakap abah tak ada..ieyfa call nak cakap dengan abah diowang bgi berjuta alasan..abah ieyfa ada stroke..bila nak mntak wali hakim, kne ada surat tunjuk sebab kenapa abg rmai2 tak ada yang nak jadi wali..pening la fikir..sudahnya karang nikah thailand bayar je saman kat malaysia..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 12:43 PM | Show all posts
masa berganti masa,kini dah 16 tahun dia berkahwin. dlm masa tu,mak mentua dia meninggal. masa dia meninggal,my kak long ni jaga dia. apa dia buat dengan kak long masa kak long jaga dia sakit,hanya Allah saja yg tau kerana kami duduk jauh,my dad kerja polis. dia busy dgn kerja dia. apa mak mentua dia bagi pada my kak long,hanya Allah saja yg tahu. tapi selepas tu,setiap kali dia balik kampung,dia akan bergaduh dgn my mum. ada saja pasal yg sengaja dipasalkan ada supaya bergaduh. hubungan kami adik beradik,memang panas dan semakin renggang. kami langsung tak bole bertemu muka dgn dia. satu lagi yg menimbulkan rasa pelik, ada sekali bulan puasa, dia balik umah mak. cuma dia saja. dia bole masak makan tengah hari mcm masa bulan tak puasa. lepas tu dia selamba makan tengah hari. masa dia balik,klu dia bole solat,solatnya dilakukan cepat2,mcm kena kejor dek hantu. sangat tergesa2. sangat pelik aku tgk. tapi aku senyap aje.

satu lagi klu kami semua mcm tegur sedikit perilaku laki dia tak guna tu,terus kak long naik hantu, marah2 dan terus berlaku pergaduhan besar2. kami satu family,langsung tak bole tegur,kutuk or mengata2 yg bukan2 ttg laki dia, dia boleh jerkah kami balik mcm seolah2 laki dia tu dewata mulia yang x bole di sentuh,ditegur larang hatta abah aku pun habes dilawannya. mak aku banyak kali menangis tgk peel dia klu dia datang angin rasuk dia tu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2015 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
zennaya replied at 11-12-2015 12:43 PM
masa berganti masa,kini dah 16 tahun dia berkahwin. dlm masa tu,mak mentua dia meninggal. masa dia m ...

Dah tak berubat dia lansung ke zen?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 0.491239 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list