CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqOfficial

[Edisi Penafian]3 @ 4 Anak TS Jins Shamsudin??-wajah terbaru TJS makin uzur #643

[Copy link]
Post time 11-4-2015 01:07 AM | Show all posts
haiku replied at 10-4-2015 10:25 PM
Hang Nadim pun turut hadir dlm pc tu.

Hang Nadim bg sokongan ke atau memerhati dari jauh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2015 01:13 AM | Show all posts
kepelikannya, napa Puan Sri Halijah menafikan?


bagus-bagus juga anak-anaknya walaupun orang lain yg jaga. Dulu2 aku ingat Tan Sri Jins mati pucuk lepas accident di zaman muda masa bersama Rahmah Rahmat, sbb tu menduda agak lama
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 01:29 AM | Show all posts
haiku replied at 10-4-2015 02:25 PM
Hang Nadim pun turut hadir dlm pc tu.

hang nadim pi stalk sbb mak lijah suruh
akak speku jek jgn saman akak pulak, takde duit ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
aku tak rasa sebab harta yg dia tampil ke hadapan.. sbb dia sendiri pun memang berjaya, ex pilot now dlm bidang hartanah.. dia cuma nak pengiktirafan sebagai seorang anak je.. cian dia..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
bioessence posted on 13-2-2015 03:30 PM
Kira nya jamilah ni seksi seksa berprinsip. Menjadi orang anak nya. Dia pun teruskan kehidupan org b ...

Ohhh bukan lah jamilah yg besarkan hang tuah sampai jadi orang lah ye
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Ohhh yang Hang Tuah tu?
Buat DNA test kalau berani
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2015 07:37 AM | Show all posts
Dia orang ni bergaduh besar ke sampai tak mengaku anak.
Anak pun dah 4 tahun tak jumpa bapaknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
cik_tonggek replied at 11-4-2015 01:29 AM
hang nadim pi stalk sbb mak lijah suruh
akak speku jek  jgn saman akak pulak, takde dui ...

Speku akak betul kot .. hehe
Dia dtg tanpa pengetahuan Tuah.

Ada article dlm mstar. Tak pandai nk letak sini guna hp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2015 08:38 AM | Show all posts
asamfish replied at 7-2-2015 01:09 PM
opocot!
aku g masuk wiki pasal jins shamsuddin neh
makkk aiiii

ada lagi lah nama si tuah tu uols. iols xleh tepek pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 08:43 AM | Show all posts
zaralynz replied at 9-2-2015 05:06 PM
hahaha..betul lar... nie happen dah lama dah 5 years ago kot... time tue kazen aku blaja kat itm.. ...

educated pun bleh berbomoh bagai erkkk, nape xnk ngurat dgn gentleman hah jebat??
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:32 AM | Show all posts
Tuah dah buat press conference pasal dia anak Jins Shamsuddin
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Watch "Kontroversi Anak Jins Shamsudin" on YouTube - Kontroversi Anak Jins Shamsudin: https://youtu.be/N0sCZbzBZc8
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 10:57 AM | Show all posts
kj83 replied at 11-4-2015 10:39 AM
Watch "Kontroversi Anak Jins Shamsudin" on YouTube - Kontroversi Anak Jins Shamsudin: https://youtu. ...




Minit 4:51 : "Kalau tak percaya tu ha, tanya yang belakang tu anak dia tu..." - sambil menunjukkan Hang Nadim yg duduk.



Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 11:14 AM | Show all posts
Edited by dalima at 11-4-2015 11:30 AM

"Saya Anak Jins Shamsuddin Yang Sah" - Hang Tuah
Diterbitkan: Jumaat, 10 April 2015 7:56 PM

Hang Tuah tampil membuat penjelasan bagi memperbetulkan fakta dikeluarkan oleh ibu tirinya, Puan Sri Halijah Abdullah yang mendakwa Tan Sri Jins Shamsuddin hanya mempunyai tiga cahaya mata. Foto ART CHEN.


KUALA LUMPUR: Anak kedua Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Hang Tuah @ Shazrin menegaskan dia adalah anak kandung seniman veteran itu yang sah hasil perkahwinan kedua bapanya dengan Jamilah Shukor pada tahun 1973.

Hang Tuah, 41, berkata, dia tampil membuat penjelasan itu kerana ingin memperbetulkan fakta dikeluarkan ibu tirinya, Puan Sri Halijah Abdullah dalam satu kenyataan kepada sebuah akhbar harian 5 Februari lalu yang mendakwa bekas Ahli Dewan Negara itu hanya mempunyai tiga orang anak menerusi dua perkahwinan.

"Sidang media ini saya adakan kerana ingin memperbetulkan fakta dan menjelaskan kepada umum bahawa kenyataan Puan Sri Halijah Abdullah  bahawa bapa saya hanya mempunyai tiga anak menerusi dua perkahwinan adalah tidak tepat.

"Saya ingin menjelaskan bahawa saya adalah anak kandung beliau yang sah malah saya turut membawa beberapa bukti untuk mengesahkan perkara itu kepada semua," katanya dalam satu sidang media yang turut dihadiri mStar Online  di PNB Darby Park di sini pada Jumaat.

Pada sidang media berkenaan Hang Tuah turut ditemani oleh dua peguamnya, Abdul Malek Mokhtar dan Saiful Adli Mohd Arshad.
Hang Tuah (tengah) bersama dua peguamnya iaitu Abdul Malek (kanan) dan Saiful Adli menunjukkan bukti bahawa dia adalah anak kepada seniman veteran itu.


Adik bongsu Hang Tuah iaitu Putera Hang Nadim, 24, turut berada pada sidang media itu bersama beberapa ahli keluarga lain.

Menerusi laporan artikel berkenaan, Halijah mendakwa Jins Shamsuddin mempunyai dua orang anak bersamanya iaitu Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim manakala seorang hasil perkahwinan terdahulu bersama pelakon Allahyarham Rahmah Rahmat iaitu Mohamad Jefri.

Halijah dalam artikel sama memberitahu dia membuat penjelasan itu selepas terdapat dakwaan tidak berasas oleh pihak tidak bertanggungjawab konon suaminya mempunyai seorang lagi anak.

Dalam pada itu, Hang Tuah berkata, dia memanggil pihak media untuk membuat penjelasan itu kerana tidak mahu masyarakat terkeliru mengenai status sebenarnya biarpun berat untuknya mendedahkan perihal peribadi keluarga kepada umum.

Bagaimanapun katanya, pendedahan sebenar itu perlu dibuat bagi memastikan nama ibunya terpelihara daripada sebarang andaian negatif selepas artikel berkenaan diterbitkan.




Hang Tuah menjelaskan dia tidak berniat untuk memanjangkan isu berkenaan cuma ingin menjelaskan fakta sebenar.


Malah dia juga tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ibu tirinya gara-gara perkara itu dan hanya ingin menjernihkan suasana.

"Saya buat sidang media ini bukan hanya untuk diri saya tetapi kerana ibu saya yang agak terganggu dengan kenyataan dikeluarkan Halijah dan hanya ingin menjernihkan suasana.

"Tetapi tidaklah sampai saya ingin membawa kes ini ke mahkamah dan sekiranya beliau sedar ia satu kesilapan dia hanya boleh memohon maaf.

"Saya juga bukan mahu menuntut harta bapa dan tidak akan berkecil hati sekiranya tidak mendapat apa-apa pada masa hadapan," jelasnya.

Sementara itu, Hang Tuah berkata, bukti paling nyata dia adalah anak kandung Jins adalah menerusi buku biografi bapanya hasil tulisan Mohd Zamberi A. Malek berjudul Suria Kencana diterbitkan pada tahun 1998 yang menyebut pelakon itu pernah berkahwin dengan Jamilah pada tahun 1973 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu dirinya.

Anak bongsu Jins, Putera Hang Nadim turut hadir ke sidang media berkenaan.

Jelasnya, fakta menerusi buku berkenaan tidak pernah dipertikaikan oleh mana-mana pihak malah meminta pengesahan dibuat dengan penulis berkenaan yang kini menetap di Taiping, Perak untuk sebarang kepastian.

"Selain buku berkenaan status saya sebagai anak kepada Jins adalah sah di sisi undang-undang malah pengenalan diri bapa atau nama lainnya Mohamed Jin Samsudin atau Mohd Zain Samsudin adalah orang yang sama.

"Ia disahkan sendiri oleh pihak Ketua Pendaftar, Jabatan Pendaftaran Negara  dan paling penting ia mengesahkan saya adalah anak kandung Jins Shamsudin," katanya.

Dalam perkembangan sama, Hang Tuah berkata, dia tidak pasti mengapa ibu tirinya itu mengeluarkan kenyataan sedemikian dan tidak dapat mengesahkan sama ada wanita berkenaan mengetahui cerita sebenar tentang siapa dirinya.

Bagaimanapun Hang Tuah yang juga bekas juruterbang syarikat Air Asia X menjelaskan dia tidak menolak perkara itu berlaku berpunca daripada rasa kecewa ibu tirinya apabila dia tidak datang menjenguk bapa sejak empat tahun lalu.

Hang Tuah menunjukkan sijil kelahirannya.

Hang Tuah jua tidak mahu mendedahkan punca sebenar mengapa dia enggan melawat bapanya dan hanya memberitahu ia berkaitan isu peribadi.

"Kali terakhir saya berjumpa ayah ketika menghadiri sebuah majlis perkahwinan saudara di Taiping dan sejak itu saya tidak pernah lagi menemuinya kerana alasan peribadi dan tidak boleh saya ceritakan di sini.

"Pun begitu, saya boleh katakan hubungan saya dengan ibu tiri dan adik-beradik lain sebagai 'biasa' dan tidak pernah bergaduh sebelum ini.

"Malah setiap kali Hari Raya kami pasti berkumpul bersama-sama di kampung dan kehadiran saya memang diketahui," jelasnya.

Menceritakan sedikit sebanyak mengenai dirinya, Hang Tuah berkata, sejak dilahirkan dia dibesarkan oleh ibu saudaranya yang juga kakak kepada Jins iaitu Hazizan Samsudin di Taiping, Perak.



Jins Shamsuddin kini berada dalam keadaan uzur akibat penyakit Alzheimer.


Namun kata Hang Tuah, bapanya sering melawatnya di kampung dan tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepadanya biarpun hubungan mereka tidak rapat.

"Saya hanya mengenali secara dekat ibu kandung saya sejak 10 tahun lepas kerana sejak kecil saya dibesarkan oleh ibu saudara di kampung malah saya memanggilnya dengan gelaran 'mak'.

"Ayah ada melawat saya dari masa ke semasa dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapa namun hubungan kami tidaklah terlalu akrab," ujarnya.

Jins Shamsuddin yang kini berusia 80 tahun tinggal bersama Halijah di Hulu Klang dekat sini dan keadaan kesihatannya kurang memberangsangkan selepas disahkan menghidap penyakit Alzheimer.


Sumber: mStar


Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Gasak adik beradik ni ya.. Sbb tu jgn berangan kahwin byk klu tak reti jaga ank betul2
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 11:25 AM | Show all posts
Kemelut Keluarga Jins Shamsuddin, Adik Kesali Sikap Abang

Diterbitkan: Sabtu, 11 April 2015 5:32 AM

Hang Nadim meminta abangnya Hang Tuah supaya datang ke rumah untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam keluarga mereka.

KUALA LUMPUR: Anak bongsu kepada Tan Sri Jins Shamsuddin iaitu Putera Hang Nadim kesal apabila abangnya (berlainan ibu), Hang Tuah @ Shazrin mendedahkan kemelut keluarga mereka dalam satu sidang media yang diadakan di Hotel PNB Darby Park di sini pada Jumaat.

Hang Nadim, 24, berkata, Hang Tuah sepatutnya bersemuka dengan keluarganya tanpa melibatkan pihak luar dalam apa juga isu berbangkit untuk berbincang secara baik.

"Saya tidak faham mengapa perlu melibatkan orang lain dalam hal keluarga? Pintu rumah kami sentiasa terbuka untuk menerima kunjungannya biarpun sudah empat tahun dia tidak datang menjenguk ayah.

"Hendak kata kami pernah menghalaunya sebelum ini tiada pula. Sepatutnya isu ini diselesaikan di antara kami sahaja," katanya.

"SAYA ANAK JINS SHAMSUDDIN YANG SAH" - HANG TUAH

Hang Nadim mengulas mengenai sidang media yang diadakan oleh Hang Tuah, 41, bagi memperbetulkan fakta dikeluarkan ibu tirinya, Puan Sri Halijah Abdullah dalam satu kenyataan kepada sebuah akhbar harian 5 Februari lalu.

Halijah dikatakan membuat kenyataan dengan mendakwa bekas Ahli Dewan Negara itu hanya mempunyai tiga orang anak menerusi dua perkahwinan.

Hang Nadim menjadi tumpuan media selepas dia turut hadir pada sidang media yang diadakan abangnya di Hotel PNB Darby Park pada Jumaat.

Bagaimanapun Hang Tuah menegaskan dia adalah anak kandung seniman veteran itu yang sah hasil perkahwinan kedua bapanya dengan Jamilah Shukor pada tahun 1973.

Hang Nadim turut hadir pada sidang media berkenaan bersama beberapa ahli keluarga lain tanpa pengetahuan Hang Tuah.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Hang Nadim menyifatkan kenyataan ibunya lebih kepada sindiran selain apa yang diucapkannya itu kerana hatinya terluka dengan sikap Hang Tuah.

"Bayangkan perasaan orang tua sepertinya apabila seorang anak tidak datang menjenguk keluarga selama empat tahun selain senyap tanpa sebarang khabar berita.

"Apa yang dilafazkan ibu saya adalah semata-mata kerana terkilan dan tidak sepatutnya Hang Tuah meminta ibu saya memohon maaf kepadanya," ujar Hang Nadim.

Diminta mengulas mengenai penjelasan Hang Tuah mengenai dia adalah anak kandung Jins Shamsuddin, Hang Nadim berkata, dia tidak perlu menjawab perkara itu secara terbuka kepada media namun menganggap individu itu sebagai ahli keluarganya.


Hang Tuah menegaskan dia anak kandung Jins Shamsuddin.

"Apa yang boleh saya katakan saya tahu semua cerita sebenar kerana ketika ayah masih sihat, ayah pernah menceritakan kepada saya termasuk perkara dibangkitkan Hang Tuah dalam sidang media ini.

"Malah saya mempunyai semua bukti yang turut saya bawa bersama dalam sidang media ini dan berharap dia akan datang ke rumah sekiranya ingin mengetahui cerita sebenar," jelasnya.

Dalam pada itu, Hang Nadim berkata, dia tidak berpuas hati dengan alasan 'isu peribadi' menjadi punca Hang Tuah tidak datang menjenguk bapa mereka selama empat tahun.

"Soalan saya mudah, mengapa tidak menjenguk ayah selama empat tahun atau bertanya khabar? Apa kesalahan yang telah ayah atau kami lakukan sehingga dia bertindak sedemikian?

"Bukannya dia tidak tahu di mana kami tinggal malah sebelum ini ada beberapa kali dia bermalam di rumah kami.


Jins Shamsuddin kini berada dalam keadaan uzur akibat penyakit Alzheimer.

"Biarpun kami bukanlah terlalu rapat tetapi seingat saya hubungan kami sebelum ini baik malah saya memanggilnya dengan panggilan 'Abang Wah'," ujarnya.

Sementara itu, Hang Nadim berkata, dia berasa kasihan kepada bapanya apabila kemelut itu berlaku kerana ayahnya itu tidak dapat berbuat apa-apa bagi mempertahankan dirinya kerana ingatannya yang semakin lemah akibat penyakit Alzheimer.

Katanya lagi, tindakan Hang Tuah mengadakan sidang media hanya akan mencalarkan nama baik bapa mereka di mata masyarakat yang tidak mengetahui kedudukan sebenar isu tersebut.

"Perkara ini cukup memalukan dan mencalarkan nama ayah kerana selama bertahun-tahun dia membina namanya dengan reputasi baik tetapi akhirnya jadi begini," katanya.

Sumber: mStar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2015 11:27 AM | Show all posts
dah 4 taun x gi jenguk bapak..selayaknyalah org x pggil ko anak
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 11:34 AM | Show all posts
Nampak mcm masalah keluarga. Nasib baik tak ter-reveal masa PC tu. Mujur le masing2 taknak cerita.


Balik le Tuah oi.. Makcik Halijah, maknye si Nadim, kot ye pon sindir, takkan la smpi mcm tu kot.. kasau nau sindir..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 11:40 AM | Show all posts
Hang Tuah buat perkara betul....dia menjelaskan yg dia anak Jins Shamsuddin....anak Pak Jins ada 4 bukan 3 seperti didakwa ibu tiri,....itu fakta......

tentang hal kenapa tak datang rumah, kenapa tak selesaikan dgn mak tiri itu bukan isu di sini.....peguam itu benar.....

Hang Nadim kelihatan agak immature dalam soalan yg dikemukakan.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2015 11:44 AM | Show all posts
sukacactus replied at 11-4-2015 07:37 AM
Dia orang ni bergaduh besar ke sampai tak mengaku anak.
Anak pun dah 4 tahun tak jumpa bapaknya

walaupun 4 tahun tak jumpa bapak........dia tetap bapak dia ...yg ni tak dpt dinafikan....Kalau Puan seri curiga ....oleh buat DNA test.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.117828 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list