CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Menunggu Detik 1430 Hijrah

[Copy link]
 Author| Post time 14-9-2008 03:10 PM | Show all posts
Masya ALLAH...benar sungguh telahan awal...KRISIS politik yang melanda Malaysia hari ini lebih DAHSYAT dari apa yang berlaku pada tahun 1969...semoga ALLAH melindungi negara kita dan seluruh rakyatnya dari marabahaya. Semoga jika berlaku juga peralihan kuasa...ia berlaku dengan AMAN...AMIN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2008 03:15 PM | Show all posts
Memang benar....krisis politik yang melanda Malaysia hari ini lebih DAHSYAT dari apa yang berlaku pada 13 Mei 1969. Cuma bezanya, rakyat MATANG dan tidak terikut-ikut dengan  HASUTAN. Semoga ALLAH terus mengurniakan KEAMANAN kepada negara kita...semoga jika adapun peralihan kuasa...hendaklah ia berlaku secara aman...aminnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2008 08:56 AM | Show all posts
Memetik kata pakar undang-undang UIA Dr Aziz Bari..."apapun yang terjadi...akan memberikan signifikan tertentu untuk budaya dan sistem politik kita. Dan kita berdoa semoga apa yang berlaku akan meletakkan Malaysia di tahap yang membanggakan di kalangan negara-negara membangun yang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2008 07:44 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 15-9-2008 08:56 AM
Memetik kata pakar undang-undang UIA Dr Aziz Bari..."apapun yang terjadi...akan memberikan signifikan tertentu untuk budaya dan sistem politik kita. Dan kita berdoa semoga apa yang berlaku akan m ...



Insya-Allah, kelak apa yang berlaku....hanyalah merupakan "password" kepada apa yang sedang dinantikan...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 05:40 AM | Show all posts

Balas #307 tongkatali\ catat

Semuanya masih dalam hukum 'sebab dan akibat'
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2008 05:02 PM | Show all posts
topik ni memang betul2 mendebarkan lah

clap clap untuk anda semua sebab membuka minda aku pasal bende yg aku fikir tak pernah wujud sebelum ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-9-2008 05:48 PM | Show all posts
Originally posted by starbuckz at 16-9-2008 05:02 PM
topik ni memang betul2 mendebarkan lah

clap clap untuk anda semua sebab membuka minda aku pasal bende yg aku fikir tak pernah wujud sebelum ni



Kita sama-sama tunggulah...walau apapun terjadi ISLAM akan menang juga akhirnya...segala kecelaruan politik sekarang akan menjurus kepada satu kesimpulan...ISLAM penyelesaiannya ! Cuma sekarang kita perlu memikirkan CARAnya...bagaimana ISLAM akan MENANG di MALAYSIA...Kemenangan di Malaysia ini pasti akan memberi MOMENTUM kepada kemenangan ISLAM si seluruh dunia...mereka sedang memerhati dan menunggu kita. Untuk itu kita perlu fahami realiti di Malaysia dengan komposisi masyarakat MAJMUK yang sangat UNIK hampir menyamai keadaan awal masyarakat Islam MADINAH di awal penubuhan Kerajaan Islam Madinah pada 2 Rabiul Awal tahun 622M oleh Rasulullah SAW. Jalan yang terpaksa dilalui amat berliku sehingga kadang-kadang kita terpaksa menjadi "ular menyusur akar"...ular tetap ular tidak akan hilang bisa walaupun terpaksa "menjadi macam akar". Ini lah syarat pertama yang perlu difahami jika ingin menang di Malaysia. Kita tidak boleh secara "direct" menyatakan hasrat kita seperti sebuah parti politik yang ada sekarang...jika kita berbuat demikian, ditakuti akan digunakan oleh MUSUH untuk menakut-nakutkan golongan bukan Islam...akhirnya kita GAGAL. Pendekatannya perlu LEMBUT dan BERHEMAH...akan ada HIKMATNYA.

[ Last edited by  tongkatali at 16-9-2008 05:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 09:11 PM | Show all posts
salam, kat kitab melayu lama (sori nama tak ingat) kalau tak silap karangan syeikh ahmad fathani ada citer pasal hadis nabi yang bunyi lebih kurang "UMUR UMATKU TAKKAN SAMPAI 1500 HIJRAH" ramai ulama dulu tafsirkan yg kiamat akan berlaku sebelum 1500 hijrah. kalau tak silap ulama besar di riau ada tulis kalendar hijrah dari tahun 1 hijrah hingga 1500 hijrah. wallahualam. wasalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2008 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by azan5869 at 19-9-2008 09:11 PM
"Kitab karangan syeikh ahmad fathani ada citer pasal hadis nabi yang bunyi lebih kurang "UMUR UMATKU TAKKAN SAMPAI 1500 HIJRAH" ...



MasyaALLAH...benarlah apa yang dibincangkan selama ini. Terima kasih atas maklumat. Saya cuma teringat bila dengar ustaz-ustaz cerita tentang peristiwa ISRAK MIKRAJ Rasulullah SAW. Di sana Rasulullah SAW telah ditunjukkan dengan seorang WANITA yang tersangat tua...bongkok dan bertongkat. Lantas Rasulullah SAW bertanya kepada malaikat Jibrail AS tentang wanita tua itu. Lalu Jibrail AS pun memberitahu Rasulullah SAW bahawa wanita tua itu adalah dunia iaitu planet Bumi...itu peristiwa kira-kira lebih 1400 tahun dahulu. Lalu terbayang di benak fikiran saya ini jika lebih 1400 tahun dahulu bumi dah tua, bongkok dan bertongkat...maka kini sudah tentu usianya sudah terlalu tua...usianya telah bertambah 1400 tahun...apakah rupa bumi kini jika diibaratkan dengan wanita tua dalam peristiwa Israk Mikraj tadi...mungkin "wanita tua" itu telah pun tersangat nyanyuk...mungkin sudah tidak mampu berjalan...mungkin sudah terbaring...nazak...makan bersuap...kencing berak sudah tidak teratur. Ya...itulah bumi hari ini..memang bumi sudah NYANYUK. Bumi yang kita diami sekarang sudah terlalu tua...kejadian musim sudah tidak menentu...ribut sana...taufan sini...gempa sana...tsunami sini...fenomena "global warming" yang berlaku juga semakin ketara...manusia juga sudah huru-hara...masing-masing sudah jemu dengan berbagai krisis dan konflik...lantas mula mencari dan mengharapkan penyelesaian mutlak...masing-masing ummat mula mencari PENYELAMAT menurut kepercayaan agama maing-masing...ya...dunia dah hampir kiamat !
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 11:17 PM | Show all posts
Originally posted by azan5869 at 19-9-2008 09:11 PM
salam, kat kitab melayu lama (sori nama tak ingat) kalau tak silap karangan syeikh ahmad fathani ada citer pasal hadis nabi yang bunyi lebih kurang "UMUR UMATKU TAKKAN SAMPAI 1500 HIJRAH" ramai u ...


Dah lama aku tertanya-tanya tentang hadith ini... Boleh tolong carikan semula akan kesahihan hadith ini?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 08:57 AM | Show all posts

Balas #314 Nazrulism\ catat

salam, pada aku ler.. kalau sheikh ahmad fathani yg meriwayatkan.. insyallah sahih sebab kalau kita tak jumpa hadith tu ialah sebab ilmu kita ni yg tak cukup jika nak dibanding ngan ulama besa tu, dia tu hapal ratus ribu hadits siap ngan perawi dier sekali... kita ni nak apal 100 pun payah....perawi yg ada dikalangan kita pun ramai yg dah arwah, wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2008 01:29 AM | Show all posts

Balas #315 azan5869\ catat

Salam,
Sebagaimana tafsiran (dari Al-Quran) yang berkaitan Harut dan Marut yang berpunca dari cerita dongeng 'Israiliyat'. Ahli tafsir yang lain seperti As Sayuti dalam Ad Daurul Mansur turut menyalin riwayat dari punca ini... tapi beliau tidak memberi apa-apa komen tentangnya (tidak pasti akan kesahihannya).

Ibnu Katsir juga menyalin dari riwayat yang sama .. tapi dibantah keras oleh Al Qurtubi dan Ibnu Katsir walaupun beliau menyalinnya, namun dengan tegas menolaknya kerana tidak ada hadith yang marfu' dan sahih yang ada rantaian dengan Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi dapat difahamkan,  ada Hadith yang dianggap kuat oleh setengah ulama dan dianggap lemah oleh sesetengah yang lain... itulah sebabnya Imam Malik bin Anas menolak permintaan Khalifah Al Mansur untuk mengstandardkan kitab karangan beliau 'Al Muwatta' kerana beliau merasakan masih belum cukup mutlak dan lengkap hasil penyelidikan beliau.

Apa pandangan kita... jika umat Islam masih ada selepas tahun 2000 hijrah ?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 02:22 AM | Show all posts

Balas #317 aizverus\ catat

Kenapa.. Wahabi tu dah terkeluar dari Islam ke?

Kita harus mengkaji atau sekurang-kurangnya dapatkan dalil yang sahih tentang sesuatu sebelum dijadikan satu akidah yang tidak boleh diperkatakan lagi,, jangan kita menuruti fahaman berdasarkan taklid buta seumpama kristian yang tidak dapat menentukan sesuatu perkara benar-benar datang dari ajaran Isa a.s (Jesus) atau bukan. Hinggakan ajaran pengasas triniti menjadi pengangan mereka kerana percayakan 'holy spirit' (sebahagian Tuhan pada anggapan mereka) membimbing mereka secara terus.. begitu juga sufism walau bukan semua.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2008 07:48 AM | Show all posts

Balas #318 Nazrulism\ catat

Bukan apa...setahu saya puak WAHABI lah yang paling TAKUT dengan kebangkitan AL MAHDI sebab ia berkait dengan SURVIVAL politik mereka...bukankah AL MAHDI akan bangkit dan muncul di MASJIDIL HARAM...lalu menghapuskan mereka dan menegakkan kembali kuasa golongan AHLUL BAIT.

p/s..."naz" ni WAHABI ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2008 07:51 AM | Show all posts

Balas #318 Nazrulism\ catat

Puak WAHABI tahu mereka tidak BERHAK menjadi KHADAM  HARAMAIN...mereka naik kerana mereka adalah TALIBARUT BRITISH dan sekarang merekalah penyokong utama AMERIKA di TELUK...

p/s...tak sabar melihat puak WAHABI dihalau dari kota MEKAH sebagaimana mereka menghalau SHARIFF HUSSIEN dari MEKAH ke TRANSJORDANIA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2008 09:18 AM | Show all posts

Balas #312 azan5869\ catat

Mungkin ini yang dimaksudkan...Ulama yang dimaksudkan ialah Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Beliau lahir di Kampung Sena Janjar, Jambu, Patani, pada 5 Syaaban 1272 H/11 April 1856 M dan wafat pada 11 Zulhijjah 1325 H/14 Januari 1908 M di Mina dan dimakamkan di Ma'la, Mekah. Syeikh Ahmad al-Fathani adalah seorang ulama dunia Melayu yang paling banyak mengeluarkan buah fikiran, sama ada tentang Melayu mahupun tentang Islam. Hasil pemikirannya meliputi pelbagai persoalan; sains, teknologi, perubatan, politik dan lain-lain. Pemikiran lengkap pelbagai aspek beliau dapat dirujuk dalam 3 jilid buku berjudul Syeikh Ahmad al-Fathani Pemikir Agung Melayu dan Islam oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah. Buku terbitan Khazanah Fathaniyah dan Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara dalam rangka 100 tahun kewafatan beliau akan dilancarkan pada 5 Mac 2005 dalam Wacana Syeikh Ahmad Al-Fathani Pemikir Agung Melayu Dan Islam di Wisma Sejarah, Persatuan Sejarah Malaysia.

http://ulama-nusantara.blogspot. ... yeikh-ahmad-al.html

[ Last edited by  tongkatali at 22-9-2008 09:24 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-9-2008 10:17 AM | Show all posts
KARYA DAN PENTASHHIHAN MELAYU SHEIKH AHMAD
Karya bahasa Melayu Sheikh Ahmad al-Fathani
Koleksi tulisan Allahyarham Wan Mohd. Saghir Abdullah

PEMANDANGAN luar bangunan Perpustakaan Negara Malaysia yang menyedikan perkhidmatan rujukan Manuskrip Melayu kepada para penyelidik

PENULIS masih lagi membicarakan mengenai karya-karya Sheikh Ahmad al-Fathani. Sebelumnya penulis menyebut bahawa karya-karya beliau dibahagikan kepada tiga.

Bentuk pertama iaitu tulisan-tulisan Sheikh Ahmad Fathoni dalam bahasa Arab telah dibicarakan dan boleh dirujuk disini. Maka dilanjutkan pula tentang bentuk-bentuk lainnya, iaitu:

1. Tulisan dalam bahasa Melayu

2. Kitab-kitab yang ditashhihnya, terdiri pula kepada dua bahagian iaitu dalam bahasa Arab dan dalam bahasa Melayu.

Tulisan dalam Bahasa Melayu

1. Nazham Nuril Anam, diselesaikan penulisannya pada hari Rabu, 15 Syaaban 1287 H/10 November 1870 M. Hanya terdapat sebuah salinan yang lengkap, disimpan oleh Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (MS 764). Salinan yang lain, iaitu hanya petikan beberapa bait akhirnya, diusahakan oleh Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif al-Fathani (Tok Kelaba). Salinan Tok Kelaba ada dalam simpanan penulis. Puisi yang terdiri daripada lebih 500 bait beliau selesaikan penulisannya dalam usia lebih kurang 15 tahun.

2. Puisi Pada Kitab Hidayatus Salikin, ditulis dalam tahun 1298 H/1880 M. Terdapat pada semua edisi cetakan Hidayatus Salikin (edisi Timur Tengah), tetapi tidak terdapat pada edisi Bombay. Puisi ini terdiri daripada 21 bait, terletak di halaman akhir kitab itu. Pada halaman muka terdapat lagi tujuh bait, juga dalam bahasa Melayu.

3. Puisi Pada Kitab Furu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2008 10:17 AM | Show all posts

Balas #323 tongkatali\ catat

sambungan...

28. Puisi Pada Kitab Ad-Durrits Tsamin. Puisi pada kitab tersebut terdiri daripada 10 bait, terdapat pada cetakan-cetakan mutawal kitab itu.

29. Puisi Pada Kitab Zahrah al-Murid, terdiri daripada 13 bait.

30. Puisi Pada Kitab Sabil al-Muhtadin, iaitu selain puisi berbahasa Arab yang telah disebutkan terdapat lagi puisi dalam bahasa Melayu, yang terdiri dari 28 bait.

31. Puisi Pada Kitab Al-Jauharil Mauhub, selain puisi dalam bahasa Arab yang telah disebutkan terdapat lagi puisi dalam bahasa Melayu, yang terdiri daripada 14 bait.

32. Puisi Pada Kitab Maurid azh-Zhammaan, selain puisi dalam bahasa Arab yang telah disebutkan terdapat lagi puisi dalam bahasa Melayu, yang terdiri daripada 10 bait.

33. Nazham Fikir Pelita Hati, ditemui manuskrip salinan Tok Kelaba. Cetakannya ditemui dalam dua karya Sheikh Abdur Rahman Gudang al-Fathani, iaitu Nurul Abshar dan sebuah lagi karya tashihan, iaitu Miftahul Murid, cetakan pertama Mathba抋h at-Taraqqil Majidiyah, Mekah, 1330 H. Puisi tersebut terdiri daripada sembilan bait.

34. Daftar Cakap Melayu, iaitu daftar perkataan-perkataan Melayu yang dimulai dari huruf Alif hingga huruf Ya. Hanya ditemui sebuah salinan Tok Kelaba, tetapi tidak lengkap. Tok Kelaba al-Fathani selesai menyalinnya pada tahun 1354 H/1935 M.

35. Dan lain-lain.

Kitab-kitab yang ditashhih

Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani adalah orang pertama menjadi pentashhih sama ada kitab berbahasa Arab, mahupun kitab berbahasa Melayu.

Istilah tashhih untuk pemeriksaan kitab diperkenalkan oleh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani dalam tahun 1288 H/1871 M. Hingga ke hari ini istilah itu masih dipakai di seluruh dunia. Ini bererti kata tashhih adalah ciptaan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani berasal dari kata Arab.

Di bawah ini penulis senaraikan kitab-kitab yang ditashhih Sheikh Ahmad al-Fathani, iaitu beliau baca kitab tersebut secara keseluruhan dari halaman awal hingga akhir, sama ada yang bahasa Arab mahupun yang bahasa Melayu.

Kitab-kitab yang terdapat kesilapan atau kurang tepat menurut jalan bahasa, maka beliau tambah, menghilangkan kalimat yang kurang sempurna mahupun mengubah dan memberi komentar.

Bagi yang berbahasa Melayu, apabila terdapat kata-kata yang tidak popular pada zaman itu, maka kata-kata tersebut beliau hilangkan.

Seumpama karya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang mencantumkan bahasa Patani, karangan ulama Banjar yang mencantumkan bahasa Banjar dan lain-lain daerah, maka beliau ganti dengan bahasa Melayu yang berlaku di tanah Jawi/Asia Tenggara pada zaman itu.

Menurut istilah Sheikh Ahmad al-Fathani ialah 態ahasa Tengah
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 11:21 PM | Show all posts

Balas #319 tongkatali\ catat

Bukan apa...setahu saya puak WAHABI lah yang paling TAKUT dengan kebangkitan AL MAHDI sebab ia berkait dengan SURVIVAL politik mereka...bukankah AL MAHDI akan bangkit dan muncul di MASJIDIL HARAM...lalu menghapuskan mereka dan menegakkan kembali kuasa golongan AHLUL BAIT.


Itulah masalahnya.. bila kita membicarakan Islam dari sudut politik. maka berlaku tuduh menuduh sesuatu puak itu hendak mempertahankan kepentingan masing-masing. Wajar kita ingatkan Sabda Rasulullah s.a.w; "Janganlah sampai orang lain datang kepadaku dengan amalnya, sedang kamu datang kepadaku dengan membawa Nasab dan keturunan kamu"

Wahabi dengan cara wahabinya,
Syiah dengan cara syiahnya ..  menunggu kemunculan Imam ke 12, Imam yang telah ghaib dalam usia 7 atau 9 tahun di Samarra kerana pokok kepercayaan dari kaum Syiah ialah umat Muhammad wajiblah sentiasa dipimpin oleh seorang Imam.. dan imam itu bukanlah diangkat oleh orang banyak tetapi ditetapkan dari Tuhan.

Imam ke 12 ini menurut kepercayaan kaum syiah akan datang kembali kedunia ini membawa petunjuk jalan yang benar dan menjadi hakim yang adil, itulah Imam Mahdi. Dan kepercayaan ini turut meresap pengaruhnya kepada kaum Sunni melalui kaum Sufi.

p/s..."naz" ni WAHABI ke

Aku tak berminat untuk membeza-bezakan 'Islam' baik Wahabi, Syiah mahupun Sunni kerana semuanya mengakui "Tidak Ada Tuhan Selain Allah, Tidak ada Nabi sesudah Muhammad s.a.w.

[ Last edited by  Nazrulism at 22-9-2008 11:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2008 11:32 PM | Show all posts

Balas #322 aizverus\ catat

Rasanya.. apa yang saudara bangkitkan tentang Islamnya puak Wahabi ada dalam post #325 aku.

so...ikhlaslah dalam perjuangan dan tenanglah dalam pencarian...

ku juga dalam pencarian...sama2lah kita saling mengingati satu sama lain...insyallah


Sangat setuju drngan penyataan ini...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.784867 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list