CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: estrella

ANEKA BBQ & MAKANAN SAMPINGAN

[Copy link]
Post time 12-10-2011 01:28 PM | Show all posts


RESIPI SOS BBQ


2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji bawang besar(potong dadu)
sebiji tomato (potong dadu)
seketul kiub ayam knors
2 cawan air
sedikit kicap pekat
sedikit sos cili/sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 sudu lada hitam(tumbuk halus)*boleh lebihkan amaun ikut selera
tepung jagung(standby)
Cara-caraCairkan butter dengan api kecil.
Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang
Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi.
Masukkan kiub ayam dan kacau.
Masukkan air tadi dan kacau. Tambah sos cili(amaun ikut suka nak pedas atau tidak). Kacau hingga sebati.
Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit. PERHATIAN jgn sampai hitam sgt, agak2 kecoklatan dah cukup.nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam.
Masukkan tomato yang telah dipotong dadu tadi dan kacau
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa
Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak.
Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat.
Boleh dihidangkan semasa panas.Ermmm sedap..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2011 01:30 PM | Show all posts


Resepi Mee Goreng Daging Kisar

1 bungkus mee kuning
100
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 01:30 PM | Show all posts
Resepi Black pepper grilled lamb chop

Bahan2
8 keping daging lamb
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan gula pasir
1 sudu besar herba campuran
1 sudu kecil garam
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan  diatas
** Kisar  semua bahan dan lumurkan pada daging lamb tadi
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 01:34 PM | Show all posts
Kislah saya sikit!!!
Datuk n Datin
RESEPI AYAM BBQ
Posted by : Atiey at 5:55 PM
BAHAN
10 Ketul paha ayam
5 sudu makann sos tomato
1 sudu makan kicap pekat
5 sudu makan kicap cair
1 sudu makan tepung gandum
5 sudu makan gula
1 sudu makan sos BBQ

CARA MEMASAKNYA :

1. Gaul semua bahan hingga sebati
2. Kemudian lumurkan paha ayam dengan bahan tersebut hingga mesra. perapkan seketika
3. Setelah itubakar 30
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 01:36 PM | Show all posts


AYAM BARBEQUE:

Bahan-Bahan:

2
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 01:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2011 01:41 PM | Show all posts
Sausage Roll
Sekali lagi kiter nak muatkan entry perkongsian resepi. Kali nii still berkisarkan sausage, Sebab anak teruna kiter mmg suka makan benda yg simple nii. Masa penyediaan lebih kurang 10 minit jer.... So sesuai untuk dibuat sarapan pagi/bekal untuk anak2.


Bahan-Bahannya:

6 keping roti (untuk 6 roll)
6 btg sausage pjg
1 biji telur (dipukul)
Serbuk roti (x isi pun tak pe!)
minyak untuk memasak


Cara membuatnya:

1. Leperkan roti ngan roll pin. Ini memudahkan kerja2 nak menggulung nanti dan roti nii tak serap minyak yg terlampau banyak!

2. Letakkan sausage dan gulung... gamkan hujung roti nii ngan sedikit telur

3. Golekkan roti sausage niii dalam telur

4. Golekkan pula pada serbuk roti . Ni optional tau... kalau x de pun tak pe. Cuma kalau ada serbuk roti niii.... sausage roll nii akan rasa lebih rangup/crispy.

5. Goreng ngan api perlahan.

6. Dah siaapppp


niii sausage roll yg kiter dah potong kecik2 untuk kimie bawak ke sekolah!!!

Mudah kann!!!! Selamat mencuba!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 01:43 PM | Show all posts
sesuai utk d buat BBQ, sedap d mkn gitu aje, dicicah sos, atau d buat lauk

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
1/2kg udang (saiz sederhana)
7 biji bawang kecik*
5 ulas bawang putih* (kalau x suka sgt rasa bwg putih, boleh kurangkan ke 3 ulas)
2-3 inci halia*
5 sudu makan madu (lebih pun xpe, sedap je, kalau xde madu, blh gantikan dgn gula)
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam (ikut selera lidah masing2)
sedikit serbuk kunyit
Cara-cara 1.untuk membuat bahan perap: 2.kisar bahan2 yg b'tanda * sehingga halus (kalau rajin, tumbuk dgn lesung batu, lg sedappppp) 3.Tuangkan bahan2 kisar ke dlm mangkuk besar. kemudian, tambahkan madu, serbuk lada hitam, serbuk kunyit dan garam. Gaul sebati 4.masukkan udang yg dh dicuci (saya x suka buang kulit utk buat udang bakar) ke dalam bahan2 perap dan perapkan semalaman (lg lama perap lg sedap) 5.udang sedia utk bakar (boleh dibakar terus atas api, boleh dibalut dengan daun pisang, aluminium foil, atau daun kunyit, antara daun pisang dan daun kunyit, daun kunyit lg sedap baunya) 6.yum...yum...udang yg siap dibakar, sekejap saje sudah disambar org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 07:39 AM | Show all posts




Salamz uuoolllss..
kali ni aku nak share resepi rempah BBQ. ni cobaan pertama aku sbb selame ni beli yg dh siap je. kira yg ni mcm try-an-error resepi la. aku buat mse BBQ Double-Date kt Sg Chongkak. hmm, alhamdulillah.. dpt positive feedback dr kekasih hati, sahabat sejati, affa & bf die, Abu Dani.
guys, chekidout resepi kat bwh ni...

Bahan2

2 kg ayam (seekor ayam)
1 biji bwng besar
5 ulas bwng putih
2cm halia
2 sudu serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 btg serai
1 sudu bsr jintan putih
1 sudu bsr jintan manis
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil garam
1 sudu bsr gula
sedikit minyak masak
Cara2 nya senang je. campurkan semua bahan kecuali ayam,serai & minyak masak. pastu blend kan. Pastu satukan dgn ayam. perap semalaman dlm peti ais. perap lg lame lg sedap.

p/s : titik serai yg dh d rendam pangkalnye dlm minyak. pastu mase bakar ayam, korg titik2 kan.

Selamat mencuba !
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 07:40 AM | Show all posts




Kali ni ak nak share resepi rahsia ak iaitu buat rempah bbq. Sebab ak suka buat bbq n selalu jugak buat bbq.

Bahan-bahan nya adalah:

1. Ayam, daging, ikan or ape2 jalah yg korang mau.
2. Serbuk kari ayam@daging
3. Garam halus
4. Minyak masak
5. Serbuk jintan putih
6. Serbuk lada hitam
7. Bawang merah dikisar.

campor semua bahan2 diatas keatas daging pastu gaulkan sehingga sebati.
untuk menyedapkan lagi, masak stim selama beberapa minit sehingga separuh masak.
kemudian perapkan selama 1 malam di dalam peti ais.

semasa membakar, jangan selalu membalikkan daging.ini menyebabkan daging melekat dan hancur.gunakan minyak masak dicampor sedikit dengan rempah perapan daging untuk disapukan pada permukaan daging semasa bbq.seeloknya guna serai yang ditumbuk hujungnya untuk sapukan minyak pada permukaan bbq daging

pasti sedap!!
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 07:43 AM | Show all posts
Macam-macam Resepi Ayam BBQ
Lauk pauk yang mudah dicari di sini adalah daging ayam dan daging kambing. Kalau buat BBQ pun kebanyakannya berasaskan daging-daging ini. Resepi BBQ kawan saya Laily, sedap dan lain dari resepi BBQ yang lain.

Bahan Perap
1. BBQ sos (Nando sos - mexican chilli), serbuk kunyit, bawang merah, bawang putih, sedikit halia, yogurt atau mayonis, garam, madu, sedikit minyak jagung

Cara-caranya
Mula2 blend bawang putih bawang merah dan halia. Setelah itu gaulkan bahan2 yg di'blend' tadi pada ayam atau kambing. Kemudian BBQ sos, mayonis, madu, garam, kunyit dan minyak tu pun gaul sekali sampai rata. Diperap sekurang-kurangnya 4 jam. Untuk pedas, tambah sedikit lada hitam.

Dan ini pula resepi ayam malas kami. Jemu dengan ayam goreng hampir setiap hari, maka kami buat ayam bakar madu.

Hanya perlu gaulkan ayam dengan kicap manis, madu, sedikit garam dan lada hitam yang dikisar kasar. Seterusnya masukkan ke dalam oven dan bakar selama satu setengah jam. Sedap..

Tetapi, ayam madu di dalam gambar ini bukanlah hasil masakan saya. Ianya dimasak oleh adik-adik undergrad yang meraikan tamatnya final exam mereka. Walaupun masih muda, bakat masakan mereka 'superb'.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 07:45 AM | Show all posts

Ini pula resepi ayam goreng rempah saya...


Bahan-bahan:
1 ekor ayam
3 inci kunyit
4 inci halia
6 batang serai
2 sudu makan ketumbar
2 sudu makan rempah kari
4 sudu teh garam
2 biji bawang besar (saiz sederhana)
12 biji bawang putih
Cara:
Kisar semua bahan (tambahkan sedikit sahaja air semasa mengisar).
Gaulkan bahan kisar pada ayam dan perap selama 2 jam. Kemudian goreng sehingga garing.
Jika terdapat lebihan bahan kisar, jangan masukkan dahulu ke dalam kuali... tunggu sehingga ayam hampir masak, barulah dicampurkan ke dalam ayam yang sedang dimasak.
Selamat menjamu selera....
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 07:47 AM | Show all posts
Resepi Ayam Goreng Berempah / BerCili


ish..lama rasanya aku tak wat n3 pasal resepi kan..?
hmmm..meh lar aku wat n3 pasal makan pulak..
nak2 sok puasa,,,mana taw buleh jadikan juadah buka puasa..
klu korang rajin nak masak lar...
nak lagi senang g jer bazaar tu kan...
terus tak yah masak2 dah.huhuh...


okay..anak2 mak semua...
arini mak nak ajar masak Ayam Berempah...
so apa yg special nya...Bahan mak ni tak perlu pakai2 jintan2 or benda2 yg remeh2 ni..
jadi i buat paling simple dah sedap...
wahh!! declaire lagi..hahahaha..xpe2..
kita mulakan ye...


Bahan2 :
1 ekor Ayam - potong berapa yang korang suka..kecik2 pun ok..
1/2 kg bawang merah - di kisar hancur
3 labu bawah putih - di kisar hancur
2 ketul lengkuas - di kisar hancur
20 batang serai - di kisar hancur
3 ketul halia (size besar) - di kisar hancur
5 sudu cili boh - ikut pedas sendiri / atau pun rempah kari daging
serbuk kunyit
setengah bungkus tepung jagung
garam & gula
daun kari

cara2 :
kisar sehingga hancur di atas..kecuali ayam.. setiap kali kisar..gunakan air tapisan yang sama utk kisar..xde lar masa perap tu berair sgt.. campurkan semua bahan..kemudian masukkan tepung jagung..last masuk ayam dan perap seberapa lama..lagi lama lagi sedap..

sedia di goreng

sehingga garing.oh ye!! korang nampak cam hangus kan??? sebenarnya tak..tu sume serdak2 rempah tu..isi lembut..dan rempah tu resap dalam ayam..mmg trbaik...


suggest korang makan masa panas2..ya Amponnn!!! mmg best gilosss...so apa lagi..


SELAMAT MENCUBA..


p/s: menu ni lar yang aku masak mase kenduri aritu taw
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 07:59 AM | Show all posts


Resepi  Ayam Panggang Rosemary

1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega

Cara penyediaan

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.

2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.

3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.

4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.

5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk  perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.

6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.

7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.

8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 08:04 AM | Show all posts
Sate ayam ni, nak sedap mesti guna sket bahagian2 lemak/kulit ayam. Baru sate nya tak kering sgt bila dibakar. Lagipun lemak2 tu nanti cair jugak bila dibakar...hehehehe.


SATE AYAM/LEMBU




Bahan-bahan sate:
1 kg isi ayam/daging } dihiris kepingan 2.5 x 2.5cm
1 1/2 sudu kecil garam

4 sudu besar gula pasir
2 sudu besar madu
2 sudu besar minyak masak
lidi sate
minyak untuk merenjis(dgn serai yg dititik)
Bahan yg perlu dikisar halus:
3 ulas bawang merah
2 biji buah keras
2 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup atau 2 sudu kecil kunyit serbuk
4 cm halia
2 batang serai
4 cm lengkuas
1 sudu besar ketumbar } disangai
1 sudu kecil jintan manis } disangai
1 sudu kecil jintan putih } disangai
Cara membuatnya:

Campurkan gula, madu, minyak masak dan garam ke dalam bahan-bahan kisar.
Perap daging dengan bahan kisar sekurang-kurangnya selama 3 jam .
Cucuk dengan lidi dan bakar, sambil merenjis dengan minyak menggunakan serai hingga sate masak.
Sajikan dengan kuah kacang, nasi impit, ketupat, bawang dan timun.
Tips: Lidi terlebih dahulu direndam di dalam air selama 2 jam sebelum digunakan untuk mengelakkan lidi hangus bila sate dibakar.





Kuah Kacang

Bahan-bahan:

minyak untuk menumis
air secukupnya
1 keping asam keping atau 1sudu besar air asam jawa

2-3 sudu besar gula melaka secukup rasa
garam secukupnya
250 ml santan pekat
500 g kacang tanah, disangai, dibuang kulit & ditumbuk/kisar
2 batang serai diketuk
15 biji bawang merah }
20-30 tangkai cili kering }
2 cm lengkuas } dikisar halus
2 ulas bawang putih }
2 biji buah keras }

Cara membuat kuah kacang:

Panaskan minyak, tumis bahan yg dikisar serta serai hingga wangi dan terbit minyak.
Masukkan santan, air, asam keping/air asam, gula dan garam.
Kacau sekali-sekala hingga mendidih kemudian renihkan hingga terbit minyak.
Akhir sekali, masukkan kacang tumbuk.
Kuah hendaklah dikacau sentiasa setelah dimasukkan kacang tadi.
Reneh sehingga terbit minyak jika kuah terlalu pekat boleh tambah air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 08:04 AM | Show all posts
Cucur Nasi Ikan Bilis


Bahan-Bahan

2 cwn nasi
2 cwn air
1 biji bwg besar - yg ni akak hiriskan aje

2 biji bwg putih - tak letak

1/2 cwn ikan bilis
2 1/2 cwn tepung gandum
1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
Daun sup/bawang (di hiris halus)
sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya

Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2011 08:06 AM | Show all posts
Keropok Lekor Trg


Bahan-bahan:


2 kg ikan selayang/kembung - ambil isi dpt lebih kurang 2 bekas bulat taufufa
3/4 bekas bulat taufufa tepung sagu
2 sudu kecil garam kasar - lebih kurang
secubit serbuk perasa jika suka

Cara membuat:

Isi ikan dimasukkan ke dlm food processor, kisar hingga hancur.
Kemudian masukkan tepung sagu, garam dan serbuk perasa.
Kisar lagi sehingga sebati.
Panaskan air dlm periuk hingga mendidih.
Tabur sedikit tepung sagu atas papan pencanai, ambil sedikit adunan tadi kemudian gentel kpd saiz yg dikehendaki.
Gentel semua hingga habis.
Rebus dlm air mendidih hingga masak iaitu apabila keropok tadi timbul lebih kurang 10 min atau bergantung kpd saiz keropok tadi.
Angkat dan toskan.
Enak dimakan begitu saja atau digoreng.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2011 03:56 PM | Show all posts
alamak terliuqnya, mak yung suka berbbq, sgt mennggiurkan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2011 07:30 AM | Show all posts
alamak terliuqnya, mak yung suka berbbq, sgt mennggiurkan!!!
nazadiyah Post at 13-10-2011 15:56



    tq...
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2011 11:21 AM | Show all posts
sikit lagi nk meleleh ayaq liuq...lis prnh buat bbq ayam dn ikan.. 1st time buat..perapannya lis buat sendiri..sedap la jugak cuma kurang gula....kali kedua buat..rsa dh x sama mcm yg mula2 lis buat....dh rsa frust nk buat lg..tp bila tgk resepi makyung ni tetiba berkobar2 plk semangat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.067536 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list