|
RIANZ PARADISE VOL. 60 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU, RIA@SABAH(30/1-2/2)
[Copy link]
|
|
OK lah korang......
akak nak kuar jap..........nak cari barang skit.....
insyaallah mlm nanti I'll try to join..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by S3Myx at 30-1-2009 05:14 PM
Maybe not........kalau bawak, nanti terbatas pulak.......
klu bwk,kot2 k.sweet larii dr umah kjaapp.. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat semua, wah ada yg nak keluar ke mlm ni? maklumlah esok ramai yg tak kerja kan!!
saja nak lalu-lalu sblm tidur,,,ampun malam ni tak lama, kn tidur takut tumbang |
|
|
|
|
|
|
|
sblm I masuk tidur bacalah posting latest!!!
Masa bergerak begitu pantas aku sudah menghabiskan setahun pengajian, bermakna aku hanya ada lagi enam bulan sebelum Azam ditukarkan ke Sabah seperti yg jadualkan. Bukan tdk risau, bukan tidak takut tapi kami berdua perlu kuat, ini hanya sementara, itu yg kami kata kan kpd diri masing2 agar bertambah kuat. Beberapa kali Azam telahpun ke Sabah meneliti tanggung jawab barunya yg akan pasti bermula awal tahun depan. Di masa yg sama aku berdebar, takut ditinggalkan tp di masa yg sama aku gembira kerana dia mengambil cabaran besar utk kerjayanya. Dia menolak untuk ke Kementerian Pertahanan tapi lebih mahu menerima tanggung jawab yg amat dicintainya mendekati rakyat yg memerlukan perkhidmatan perubatan bukan saja untuk golongan tentera tp juga rakyat di pendalaman. Aku pasti dia membuat keputusan yg paling tepat. Aku akan menyokongnya dan rela berpisah sementara agar dia tenang di sana nanti.
Di suatu pagi sewaktu Azam sedang bersiap2 utk ke tempat kerja aku segera merapatinya membetulkan kolar di belakang lehernya.
"Abang minggu depan Ijah dah masuk semester baru" kataku mengingatkannya.
"Result dah keluar?" tanya Azam sambil berpaling.
"Dah, semuanya bagus" kataku sambil tersenyum.
"Nanti nak guna duitkan, bila nak?" Tanya Azam tiba2.
"Tak payah kot, duit Ijah tu ada, nanti Ijah gunalah" kataku tak mahu menyusahkannya lagi.
"Jgn-jgn, jgn usik duit Ijah tu, nanti abang bagi" katanya lagi.
"Abang, nanti Ijah daftar sendirilah ya, abang jgn susah2 pulak, hari Isnin abg kerja" kataku sewaktu menemankannya bersarapan pagi.
"Kenapa tak nak abg hantar? "Tanya Azam sambil menyelak surat khabar di tangan.
"Alah, dah masuk semester tiga dah, malulah nak hantar2 "kataku tergelak.
"Hmmph, tak apa lah, ambik aja kereta, rasanya abg ke mana2 next week" katanya sambil menghirup milo panas.
Selepas Azam keluar bekerja aku mula meneliti beberapa dokumen yg berkaitan dgn pendaftaran ke semester ke tiga. Semangat ku makin mekar semula, tak sabar nak memulakan sessi tahun kedua.
Minggu pertama mmg agak sibuk, banyak buku2 yg diperlukan, sambil meneliti jadual class utk semester itu kami sempat berborak ttg cuti semester lepas. Bila seorang lelaki yg kami kenali melintasi, kami yg sedang bergelak ketawa terus terdiam. Dia tiba2 berpaling mengerling tajam ke arahku. Aku cuma tersenyum dan mengangguk perlahan.
"Dah dapat time table?" tanya dia serius.
"Sudah" jawabku pantas.
"Baguslah!" katanya sambil meleret tersenyum dan meninggalkan kami.
Aku termangu-mangu memandang wajah rakan2ku. Mrk tergelak menutup mulut.
"What's wrong?" tanyaku mula risau
"He is our Economy lecturer for this semester" kata2 Kieran membuatkan perutku tiba2 senak. Aku mmg tak dapat mengelak drnya lagi. Sesak jantungku memikirkannya. Setahun lamanya aku mengelak darinya dgn berbagai-bagai cara, nampaknya makin keraplah aku berjumpanya nanti.
Beberapa minggu sessi pembelajaran bemula, semuanya berjalan lancar. Untuk setiap kuliah yg dihadiri selalunya aku duduk di meja paling depan dgn kawan2 rapatku, cuma bila kuliah ekonomi aku selalu memilih utk duduk di bahagian tengah di antara pelajar lain. Namun matanya tak pernah terlupa mengamati wajah2 kami satu persatu seakan mencari2 wajahku yg tersembunyi. Dia mmg tahu aku cuba mengelakkan diri drnya. Setiap kali berjumpanya di pejabatnya mesti berteman, tak pernah pun aku masuk keseorangan. Aku perlu berhati-hati dgnnya, dia makin cuba mendekati. |
|
|
|
|
|
|
|
lagik ....
Suatu malam Azam dan aku menghadiri majlis tahlil dan kenduri arwah seorang anggota tentera yg meninggal kemalangan sewaktu bertugas. Terasa sayu melihat anaknya yg masih kecil. Dgn pencen suami yg tak seberapa iti terpaksalah si isteri meneruskan hidup mungkin terpaksa mencari pekerjaan bagi menampung keperluan harian. Aku benar2 insaf melihat pengorbanan mrk yg sanggup menjadi benteng negara bagi menjaga keamanan negara dan rakyat. Mulia sungguh hati mereka, semoga Allah menempatkan mrk bersama2 org2 yg beriman. Wang kutipan didermakan bagi membantu meringankan beban yg telah sedia berat itu. Tdk dapt ku bayangkan jika hidupku berakhir begitu.
Sebelum meninggalkan majlis aku besalaman dgn tetamu2 wanita yg kebanyakkannya ku kenal. Melangkah keluar dr kawasan rumah itu dr jauh terpandangAzam yg sedang berbual2 dgn seseorg yg ku kenali. Datuk Dr Hashim rupanya turut hadir sama. Lelaki yg berdiri di sebelah Datuk Hashim juga mmg amat ku kenali, tp mengapa dia ada di sini. Jantungku berdegup kencang sekali.
"Apa kabar Fauziah?" tegur Dtk Hashim ramah.
"Alhamdulillah baik" jawbku sambil tersenyum.
"Kenalkan anak saya, Fariz" Dtk Hashim memperkenalkan aku kpd lelaki itu.
"Apa khabar?" tanya Fariz dgn senyuman meleretnya yg seakan terkejut memandangku tadi.
"Baik" jwb ku cepat tanpa memandangnya.
"Bila Azam nak bawa isteri ke rumah saya? sampai sekarang belum sampai2 pun lagi?" tanya Dtk Hashim kpd Azam.
"InsyaAllah, dia tgh belajar lagi, itu yg sibuk sikit," Azam memberi alasan. Bagus! kataku di dalam hati. Aku tersenyum tawar. Fariz masih merenungku dari tadi membuatkan suasana menjd tdk tenteram.
"Jumpa lagi Datuk" kataku terus meminta diri utk pulang.
Sewaktu kereta Azam melintasi mrk berdua, Fariz masih memerhatikan ku dgn matanya yg tajam. Sesampai di rumah aku terus masuk ke dalam tanpa menunggu Azam. Mengapalah kecilnya dunia ini.
Di kamar tidur aku mendiamkan diri sambil membuka buku statistic yg tdk ku gemari itu. Azam memandang dgn hairan tetapi langsung tdk menegur. Dalam hatiku tertanya-tanya adakah Azam dan Fariz saling mengenali. Mengapa baru hari ini aku tahu yg Fariz itu anak kpd bos suamiku sendiri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|