CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Acong_II

[Jenayah] Seorang Anggota Polis Maut Ditembak Dan Diculik Pengganas Sulu

[Copy link]
Post time 15-7-2014 10:22 AM | Show all posts
Serangan ada kaitan Nur Misuari?

Oleh HUSSAINI AMRAN
[email protected]

ABDUL Rahim Noor
KUALA LUMPUR 14 Julai - Insiden serangan di Pulau Mabul, Semporna, Sabah, kelmarin yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi diculik didakwa ada kaitan dengan kumpulan yang setia dengan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata, mereka mengambil tindakan itu kerana tidak berpuas hati apabila dipinggirkan daripada proses rundingan damai dengan kerajaan Filipina sehingga membawa kepada pembentukan wilayah autonomi Bangsamoro.

Menurut beliau, kumpulan terbabit juga kecewa kerana kerajaan Malaysia tidak lagi memberi sokongan kepada mereka malah sebaliknya mengambil pendirian menyebelahi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

"Kumpulan Nur Misuari ini tidak sehaluan dan cemburu dengan pemimpin yang terlibat dalam wilayah autonomi Bangsamoro. Mereka juga berlumba-lumba untuk mendapatkan pengaruh.

"Sebagai tindakan balas, mereka sentiasa berusaha menggugat keamanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) bagi menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan Malaysia yang menjadi fasilitator dalam proses rundingan damai antara MNLF dan Presiden Filipina, Benigno Aquino III," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Rahim mengulas serangan yang mengakibatkan Koperal Ab. Rajah Jamuan, 32, terbunuh manakala Konstabel Zakiah Alep, 26, masih hilang.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menyarankan pegawai kanan Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Sabah dilibatkan secara langsung dalam struktur organisasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Beliau memberitahu, langkah itu perlu memandangkan kawalan keselamatan di Esscom masih berteraskan kepada kepolisan dalam keadaan aman dan bukannya kawasan darurat.

"Pada pandangan saya, kaedah terbaik bagi melaksanakan langkah ini adalah dengan melantik Komander Esscom, Datuk Abd. Rashid Harun sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah yang kedua," ujarnya.

Abdul Rahim menambah, pada masa ini, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman tidak dilibatkan secara langsung di dalam struktur Esscom dan keadaan itu dikhuatiri akan mewujudkan senario `satu kapal dua nakhoda' di negeri tersebut.

"Bagi saya, perkara ini tidak produktif dan tidak munasabah. Akibatnya, anggota polis yang bertugas di Sabah khususnya di Esszone akan keliru sama ada mereka perlu memberi keutamaan kepada arahan Esscom atau IPK Sabah," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... suari#ixzz37V3aOXh5
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 15-7-2014 12:24 AM
Terimakasih Chazey untuk penerangan tu  

kira kena dengar slang mereka bercakap ...

Makcik itu kawin Cina Muslim atau Cina non? Kalau bukan Islam, tu pinoy tagalog belah Luzon sana kot. Meka gelap, tapi badan biasanya va va voom. Tempat aku sekarang ini ramai Pinoy Kristian cari makan jadi GRO la pelacur la. Sakit mata tengok pakai macam jalang sahaja. Lagi sakit mata bila ko tahu lokal yang pelihara mereka, termasuk polis. Ntah kenapa tiba2 ramai dengan mendadak pula Pinoy Kristian ini datang merempat di tempat aku. Dulu masa aku budak2 sikit jah, dan yang datang itu pun stok2 sopan dan alim sebegitu. Sekarang, huh.

Itu sebab aku rasis dengan Pinoy kesah la yang Islam ka Kristian ka, seluruh kepulauan Filipina aku rasis.

Dengan Kristine Hermosa jah aku tak rasis.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 04:20 PM | Show all posts
bukankah pilipin itu serumpun dgn ummah sabah??
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 04:22 PM | Show all posts
With Full Honor




Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 04:27 PM | Show all posts
chazey posted on 15-7-2014 04:11 PM
Makcik itu kawin Cina Muslim atau Cina non? Kalau bukan Islam, tu pinoy tagalog belah Luzon sana k ...

kawin ngan apek non muslim ..
kira tagalog la yer?
agak gelap dan rendah ..
tak seperti yang dalam tv tu uols

semangat kenegaraan dier rang kuat kan

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 04:32 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 15-7-2014 04:27 PM
kawin ngan apek non muslim ..
kira tagalog la yer?
agak gelap dan rendah ..

Pinoy dari kawasan Kristian la tuh.

A'ah. Memang ada Pinoy gelap ada yang putih melepaks. Tapi di Sabah ini biasa aku jumpa yang gelap saja. Tapi gelap cantik la, tanned gitu. Ala kulit Melayu. Nak jumpa macam Kristine Hermosa, hoh. Memang takda. Pegi USS itu hari baru la jumpa Pinoy lawa2 stended pelakon TV. Dan ya, kaya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2014 05:03 PM | Show all posts
chazey posted on 15-7-2014 04:32 PM
Pinoy dari kawasan Kristian la tuh.

A'ah. Memang ada Pinoy gelap ada yang putih melepaks. Tapi  ...

pertanyaan ikhlas yer Chazey ..

kira local Sabahan ja yang boleh mengenali orang Suluk ni kan..

pendapat Chazey sendiri camne nak benteras orang2 Suluk ni?
maksud Fantasy .. cara penduduk tempatan boleh membantu menghalau Suluk ni?
nampak kesukaran sekarang d sebab kan dah bercampur aduk (kawin) dengan rakyat tempatan





Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 15-7-2014 05:03 PM
pertanyaan ikhlas yer Chazey ..

kira local Sabahan ja yang boleh mengenali orang Suluk ni kan.. ...

Terlambat suda mo dihalau suluk2 pilakk tu....terlambatttt..terlampau ramai dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2014 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mellyzza posted on 15-7-2014 07:07 PM
Terlambat suda mo dihalau suluk2 pilakk tu....terlambatttt..terlampau ramai dah

Agak2 bagaimana kalo ummah jawa dan minang yg buat perkara yg sama seperti suluk ni buat...nak halau ummah minang dan jawa tak dari malaysia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 15-7-2014 05:03 PM
pertanyaan ikhlas yer Chazey ..

kira local Sabahan ja yang boleh mengenali orang Suluk ni kan.. ...

Lokal authoriti kena main peranan penting.

Macam di Sarawak, pemimpin kuat dan tegas. Orang luar bukan boleh sembarangan masuk beranak pinak di sana. Lain dengan Sabah. Tanah native land pun boleh suka2 jual pada Cina Semenanjung. Yang penting, duit hulur jah under table, semua boleh urus.

Sebab itu, zaman Tan Sri Chong Kah Kiat jadi CM dulu adalah zaman kegemilangan Sabah. Ekonomi maju, pendatang haram terutama dari Filipin pun berjaya dikurangkan dengan drastik. Rumah2 haram di Kg. Air hampir tiap minggu dirobohkan. Hampir tiap minggu juga ada ops tangkap dan hantar balik pendatang ni balik Indon ka Filipin. Zaman tu la hanya mereka yang berIC berani jalan2 ke sana ke mari. Yang tak berIC hidup sembunyi2, takut kena hantar pulang. Ada ko dengar perairan Sabah macam haram mudah sangat dicerobohi sebelum Musa Aman jadi CM? Takda kan?

Ko tanya mana2 Sabahan - aku yakin meka akan bagi jawapan yang sama; bahwa Chong Kah Kiat adalah CM terbaik Sabah. Iya dia Cina, tapi sudah berkurun lama keturunan dia tinggal di pedalaman Kudat. Tapi Suluk dan ada la beberapa lokal Sabahan lain tak suka dia, sebab susah nak kompromi dengn dia. Tak macam Musa Aman. Jadi meka gulingkan dia, guna alasan agama (prft) naik Musa Aman, terus bertambah2 rosak Sabah sampai sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 14-7-2014 10:24 AM
mmg asal sana ke? or kerja kat sana?

sorry byk tanya pulaks..

Kerja kat sini..
Asal semenanjung
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 12:24 AM | Show all posts
chazey posted on 15-7-2014 09:24 PM
Lokal authoriti kena main peranan penting.

Macam di Sarawak, pemimpin kuat dan tegas. Orang lua ...

well said Chazey

harap ramai Sabahan seperti Chazey dalam forum ni ..
tentu kan masadepan Sabah untuk seterus nya.. cari pemimpin yang

pemimpin kuat dan tegas

kalau dulu suluk banyak mengundi untuk kemenangan pemimpin yang lemah ..
tentu nya sekarang undian dah berkurangan .. kot?
sebab kerajaan dah memerangi mereka?


Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 16-7-2014 12:24 AM
well said Chazey

harap ramai Sabahan seperti Chazey dalam forum ni ..


Tak lah. Bila cakap pasal Suluk, kena tahu ramai juga Suluk yang dah lama tinggal di Sabah dan ramai yang jadi pegawai tinggi kerajaan. TYT Sabah pun Suluk, CM pun Suluk, how la nak bagi suara mereka tidak kedengaran? Lagipun bilis2 yang diperangi itu sikit saja, ramai lagi yang tak terkesan lansung.

Off topik:  Musa Aman tu pandai sebenarnya. Aku tak tau camna dia lobi Pak Lah, tapi dia naik saja jadi CM, penggiliran CM idea Mahathir terus dihapuskan serta merta. Aku syak juga ini sudah memang perancangan kerajaan persekutuan untuk kontrol Sabah. Kerana mereka tak mahu terpaksa berdepan dengan satu lagi negeri BN yang degil macam Sarawak. Terus terang aku taip la Fan - katakan ummah Dusun atau Murut jadi CM, walau Muslim sekalipun, pasti bukan senang mahu jadi pak turut dikawal sepenuhnya. Sebab itu Musa Aman yang dipilih jadi ketua negeri Sabah sekarang. Dan orang luar boleh tengok sendiri kan betapa yes bossnya beliau. Sejuk hati BN memerintah.
Last edited by chazey on 16-7-2014 01:23 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 01:34 AM | Show all posts
chazey posted on 16-7-2014 01:16 AM
Tak lah. Bila cakap pasal Suluk, kena tahu ramai juga Suluk yang dah lama tinggal di Sabah dan r ...

Payah kan Chazey ..
bilamana benda2 macam ni terjadi ..
orang lain (termasuk Fan) hanya mampu melihat .. membaca..
yang merasa nya rakyat Sabah
yang kena serang ..
rakyat Sabah ..

yang memerhati ..hanya tau mengutuk..
mengapa tak tukar pemimpin ..
kan .. kan..

sebab tu Fan lagi suka bertanya terus
kurang2 tau .. (walaupun tak boleh menolong pa2) mengapa Sabah sangat sukar mengatasi masalah Suluk ni

alangkah bagus nya kalau Bung jenis yang tegas..
sebab..
hehehe bung ada aura "artis"
apa yang Bung buat / tulis .. gerenti mendapat perhatian dan liputan..




Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 01:47 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 16-7-2014 01:34 AM
Payah kan Chazey ..
bilamana benda2 macam ni terjadi ..
orang lain (termasuk Fan) hanya mampu me ...

Itulah realitinya.

Lokal Sabahan ini pun aku rasa sudah malas mahu tukar kerajaan sebab fobia zaman PBS dulu belum hilang. Google saja la pasal PBS kalau mahu tahu lebih lanjut. C

Hadoooooi jangan la sebut nama Bung tu. Abang tu tegas tak bertempat boleh la. Jarang dia bersuara atas sebab yang betul, kecuali dua kali masa dia minta kerajaan letak balik TLDM jaga perairan Sabah instead of APMM sebab TLDM lebih efektif. Juga sekali masa dia persoalkan keberkesanan Esscom. Tentunya berita dia bijak begini tak kuar dalam media mainstream, hanya keluar di suratkabar lokal Sabah saja.

Namun Bung ini, walau ramai mungkin nampak dia tak lebih dari seketul pepejal bodoh saja, satu aku respek dia - dia tak pernah sentuh soal agama, terutama masa isu Bible itu hangat dimainkan di seluruh negara, sedangkan kita tahu betapa lancangnya mulut dia. Itu menunjukkan Bung adalah Sabahan sejati. Kerana itu aku masih ada sedikit pengharapan pada dia. Last edited by chazey on 16-7-2014 01:51 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 01:59 AM | Show all posts
chazey posted on 16-7-2014 01:47 AM
Itulah realitinya.

Lokal Sabahan ini pun aku rasa sudah malas mahu tukar kerajaan sebab fobia z ...

hahaha betul la Chazey ..
try gak google tadi

keywords : bung mukhtar minta kerajaan letak balik TLDM jaga perairan Sabah instead of APMM sebab TLDM lebih efektif

hehehe takde

tapi terjumpa lak sesuatu ..

antara petikan yang menarik perhatian :

APMM diwujudkan oleh Perdana Menteri Malaysia dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri; di bawah jagaan Timbalan Perdana Menteri. Ratusan juta ringgit peruntukan kewangan disediakan untuk kegunaan APMM.

Lebih kurang RM 130 juta disediakan untuk membaik pulih bot dan kapal antik yang yang diambil dari PDRM, TLDM, Kastam dan juga Jabatan Perikanan.

Lebih memalukan, Ibu pejabat APMM di IOI Putrajaya disewa dengan kos lebih kurang RM 800,000 sebulan.

Sebuah syarikat dilantik untuk menjadi konsultan kepada APMM bagi kerja-kerja pembaikan bot dan kapal antik dengan bayaran RM 1 juta sebulan.

Setiap kerja pembaikan yang dijalankan syarikat itu mengenakan caj tambahan sebanyak antara 10 hingga 15 percent bagi setiao kerja yang dibuat.

Pejabat pejabat dan pangkalan APMM di merata tempat di seluruh Negara disewa dengan kos antara RM 40,000 hingga RM250,000 sebulan

Banyak lagi perbelanjaan yang di gunakan oleh APMM tetapi amat malang bagi Negara Malaysia, APMM hanya pandai berlakon sahaja.

Bot-bot APMM tidak menjalankan rondaan dan operasi di laut perairan Negara. Mereka hanya main wayang sahaja. Bot-bot APMM hanya melalui kawasan operasi, selepas itu terus masuk ke pelabuhan dan rehat di pelabuhan.

Pada keesokan harinya apabila hari siang, barulah mereka melalui semula kawasan operasi. Mereka tidak berada di kawasan operasi. Kalau tidak percaya, pergilah sendiri kepada nelayan atau pengguna laluan laut. Itulah sebabnya Pengganas Sulu berjaya masuk dengan senang dan mudah tanpa sebarang rintangan.

lebih lanjut boleh baca :
http://theunspinners.blogspot.com/2014/07/kerajaan-perlu-dengar-keluhan-tentang.html



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2014 02:15 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 16-7-2014 01:59 AM
hahaha betul la Chazey ..
try gak google tadi

APMM ini memang bermasalah.

Tak tahu bila lah federal mahu dengar keluhan urang Sabah yang tinggal di Sabah tentang APMM ini.

Dulu, buat bodo soal pendatang asing. Siap sombong sorang menteri tu yang tak berumahtangga di Sabah pun kata benda ni tak bawa masalah ekonomi dan sosial pada Sabah.

Sekali Kiram datang menyerang, baru kelam kabut semuanya. Tuhan maha adil, walaupun aku rasa doa dijawab agak lambat, tapi itu semua rancanganNya so redho dan percaya saja lah itulah timing Dia.

Sekarang, isu APMM, yang sebenarnya dari 3 tahun lepas sudah dibisingkan oleh ahli politik Sabah tak kira parti kerajaan atau pembangkang, namun senyap takda tindakan.

Dan sekarang, korang boleh nampak sendiri, perairan Sabah ini ibarat laman belakang rumah lanun Filipina saja - saya sukahati datang sukahati pergi katanya.

Musa Aman pula buat apa? Entah. Sibuk fikir di mana lagi mahu simpan duit haram berjuta barangkali lepas anak buah dia si Amalilo Manuel Karingal itu ditangkap tahun lepas (atau 2012) lepas bersembunyi di Kundasang selama tiga tahun. Penjenayah yang dikehendaki Interpol namun dilindungi sepenuhnya oleh habang Musa untuk tolong beliau buat money laundering. Demikianlah, kata gossip.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 02:36 AM | Show all posts
chazey posted on 16-7-2014 01:47 AM
Itulah realitinya.

Lokal Sabahan ini pun aku rasa sudah malas mahu tukar kerajaan sebab fobia z ...
Namun Bung ini, walau ramai mungkin nampak dia tak lebih dari seketul pepejal bodoh saja, satu aku respek dia - dia tak pernah sentuh soal agama, terutama masa isu Bible itu hangat dimainkan di seluruh negara, sedangkan kita tahu betapa lancangnya mulut dia. Itu menunjukkan Bung adalah Sabahan sejati. Kerana itu aku masih ada sedikit pengharapan pada dia.

hahaha tergelak sensorang baca " seketul pepejal bodoh"

selalu nya pandangan pemerhatian Fan lain dari apa yang orang lain tengok dan nilai..
mungkin bagi sesetengah orang Bung menjadi bahan lawak
tapi
macam Fan tulis awal tadi..
Fan tengok dari sudut lain
" apa yang Bung buat / tulis selalu nya jadi perhatian"
dia dah ada aura tu ..

pemimpin Sabah lain tak seglamer dia kan
sebut ja Bung .. rata2 semua tau

alangkah bagus nya ... kan .. kan
dia menggunakan kelebihan tu untuk rakyat Sabah

manaa tau ..
satu hari nanti ..
Bung akan lebih matang ..




Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 02:41 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 16-7-2014 02:36 AM
hahaha tergelak sensorang baca " seketul pepejal bodoh"

selalu nya pandangan pemerhatian Fan  ...

I doubt it ler.

Bung ni sebelum masuk politik, kata gossip adelah taikor besar di Kinabatangan tu. Sebab itu pengaruh dia di situ sangat kuat.

Aku pernah jumpa Bung dengan entourage dia (er, tak ramai pun sebenarnya, 4 orang je termasuk Zizie manis). Aku percaya saja gossip tu bila tengok ya hampun orang2 dia - dengan rambut kuning, dengan bersubang.

Lagipun gossip juga kata Bung belajar setakat darjah 6.

Kalau dia tiba2 jadi wise sepanjang masa, memang aku sujud syukur la. Last edited by chazey on 16-7-2014 02:45 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2014 02:54 AM | Show all posts
chazey posted on 16-7-2014 02:15 AM
APMM ini memang bermasalah.

Tak tahu bila lah federal mahu dengar keluhan urang Sabah yang ting ...
Sekarang, isu APMM, yang sebenarnya dari 3 tahun lepas sudah dibisingkan oleh ahli politik Sabah tak kira parti kerajaan atau pembangkang, namun senyap takda tindakan.

Dan sekarang, korang boleh nampak sendiri, perairan Sabah ini ibarat laman belakang rumah lanun Filipina saja - saya sukahati datang sukahati pergi katanya.

kalau macam ni ..
susah jugak la kan ..

sesungguh nya Sabah tersangat beruntung ..
mempunyai keadaan alam semulajadi yaang sangat2 cantik

harap akan lahir seorang pemimpin dari Sabah yang bersuara lantang berjiwa memberontak
sebab ..
ini ja yang akan merubah keadaan sekarang ni



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 03:09 PM GMT+8 , Processed in 0.209295 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list