dgn palestin yg huru hara tu kena 6-0...dgn UAE kena plak 10-0...timor leste pun x leh beat draw 1-1..tu sume tak malu sgt kot,tetiba dgn ultras plak terasa sangat malu
tah kannnn... siapalah ultras kalo tak baling membaling dan menjahanamkan.kalo tak.. jgn guna nama ultras la hoiiiiii.tukar mat skema nerd memondan tgk bola tak penah pegi oberc
sejak sistem ranking diperkenal FIFA 1993, malaysia terus jatuh merudum di bawah FAM...thn 1993 ranking ke 14 di Asia..thn 2015 ranking ke 35 Asia di belakang Bhutan!
Sejak Tuanku mengambil alih tampuk Presiden FAM pada 1984, Malaysia tidak lagi ke Olimpik. Sejak itu juga Malaysia telah ketinggalan tahun demi tahun kepada pasukan yang dulunya kita mudah untuk tewaskan seperti Korea Selatan, Jepun, Iran mahupun Kuwait.
Sejak Tuanku mengambil alih tampuk, Malaysia tidak lagi layak ke Piala Asia secara merit. Tidak lagi melepasi pusingan terakhir kelayakan Piala Dunia. Laos, Myanmar, Vietnam sudah boleh tewaskan kita. Apakah itu Tuanku merasa 1 kemajuan?
Jika tahun 1960 sehingga 1980 kita menjadi pasukan digeruni di Asia pada ketika kemudahan, peralatan yang serba kekurangan, apatah lagi imbuhan puluhan ribu ringgit, kenapa bola sepak kita semakin mundur ketika arus peredaran zaman semakin membangun?
Maaf jika saya katakan kejuaraan piala AFF dan sukan SEA adalah bukan taraf kita jika dikaji siapa Harimau Malaya dahulu. Olimpik dan Piala Asia adalah medan sebenar pasukan kita. Sukan SEA dan Piala AFF sepatutnya adalah untuk barisan muda yang ingin timba pengalaman. Kita memiliki 1 skuad generasi emas, namun sejak Tuanku mengambil alih, kenapa tidak dapat kesinambungan dari pemain-pemain generasi emas ini?
Tidak logik kita ketandusan pemain sedangkan taraf pembangunan teknologi kita lebih baik dari Iraq, Syria mahupun Bahrain. Tapi kini mereka jauh tinggalkan kita. Apa bezanya berlatih di padang pasir seperti Iraq atau di tempat yang dilengkapi dengan gym, pool tapi kualiti masih jauh ketinggalan?
Maaf juga saya katakan, kerana berlatih dalam suasana perang yang membawa Iraq muncul juara Asia pada 2007. Malaysia yang gah disebalik stadium yang bertaraf dunia, teruk dibelasah. Apa beza dahulu dan sekarang? Jika dahulu kita gergasi Asia, sepatutnya sekarang kita sudah boleh mencapai tahap 20 pasukan terbaik dunia jika development yang Tuanku lakukan dengan cara yang betul dan ikhlas.
044f
Image viableacherreport.com
Apa yang Jepun lakukan sehingga mereka kini sudah boleh tewaskan Argentina? Layak ke Piala dunia 4 kali berturut-turut. Apa yang presiden mereka lakukan dan apa yang presiden kita tidak lakukan. Dan itu Tuanku kata bola sepak kita semakin MAJU? Apakah dengan kejayaan piala AFF Tuanku merasakan bola sepak Malaysia sudah sampai ke kemuncak prestasi? Tidak Tuanku. Itu baru permulaan kepada kebangkitan.
Apa yang Tuanku lakukan sehingga David Beckham atau Roy Keane sendiri tidak pernah mendengar tentang wujudnya pasukan bola sepak Malaysia ketika kunjungan mereka pada 2001? Presiden sebelum ini, Tan Sri Hamzah Abu Samah tidak pernah melepaskan peluang turun ke Stadium Merdeka untuk melihat anak-anak buahnya beraksi. Mengiringi mereka ketika menjulang kejuaraan Pesta Bola Merdeka 1978, memberi wang imbuhan hanya RM500 untuk setiap pemain, tapi dibalas dengan kejayaan ke Olimpik Moscow 1980 walaupun kita memboikot temasya itu. Adakah tuanku sering turun melihat anak-anak buah Tuanku beraksi walaupun persahabatan? Jarang sekali Tuanku.
Kita pernah dilabelkan oleh seorang wartawan Jepun yang meramalkan Malaya (ketika itu) bakal menjadi wakil Asia pertama ke Piala Dunia. Disebalik kemajuan yang terhidang, sayang bola sepak kita pula semakin mundur. USA yang kita tewaskan dahulu kini sudah melahirkan pemain bertaraf dunia, Croatia yang kita tinggalkan dahulu kini sudah melahirkan Luka Modric. Tiba masa untuk Tuanku berundur secara terhormat.
49be
Image viawww.thestar.com.my
Pemain yang kita ada sekarang mempunyai mentaliti yang bagus, namun, jika salah pembangunan yang diberi, serta campur tangan orang-orang tuanku, makan tidak mustahil, skuad ini juga akan menerima nasib yang sama seperti era 90an dan 2000. Kejatuhan kita bermula dengan rasuah, tapi bukan itu alasanya kita tidak boleh bangkit jika Tuanku tidak sekat hajat Arwah Dato' Basri Akil dahulu yang ingin mewujudkan akademi di setiap negeri kerana kos yang tinggi.
Apakah dengan membayar jutaan ringgit kepada kelab EPL untuk 1 malam dilihat berbaloi dari melabur jutaan ringgit untuk jangka masa panjang? Apakah kita boleh menghasilkan pemain berkualiti dengan perlawanan hanya untuk 1 malam? Dimana pemikiran Tuanku yang ingin melihat bola sepak kita semakin maju jika terus begini?
Inilah masanya tuanku meletak jawatan. 3 pingat emas Sukan Sea, 2 kejuaraan Pesta Bola Merdeka dan 1 Piala AFF dibawah pemerintahan Tuanku amat kami hargai. Tapi saya sebagai peminat sejak zaman stadium Merdeka amat merindui jeritan ke Olimpik, kepuasan ketika menewaskan Korea Selatan, Jepun, meraikan kemenangan dengan memeluk pemain. Kehebatan itu sudah hilang Tuanku.
Mmg niat UM masuk stadium semlm utk buat protes, ada je yg dh tahu akan hal tu.. game tgh jln nmpk UM berduyun2 masuk.. mmg team malaysia main agak bagus semlm tp minit ke-88 yg UM start baling suar ke padang masa tu jugak arab dah start utk serang malaysia, game dorang makin laju yg team kita plak dah jadi kelam kabut.. eloklah stopkan game sebelum sempat arab sumbat lagi gawang gol kita.
pengulas bola semlm ckp kalau tak puas hati dgn FAM ikut saluran yg betul.. saluran mane yg boleh buat org2 dalam FAM bukak mata & nak dengar apa yg para penyokong tak puas ati? walau bola tanah air dah kelaut dalam, presiden sedap je dok atas kerusi empuk langsung tak panas buntot. ramai ckp UM memalukan nama Malaysia.. ok part ni lawak, yg Malaysia kena belasah 10-0 tak malu plak? walau ada pemain yg bagi komen yg dorang kecewa dgn protes UM tp aku percaye ada jugak dlm hati dorang berterima kasih dgn UM ni..
walau apa2 pun para pemain mmg terbaik utk game semlm.. lepas ni kita tunggu plak apa tindakan FAM..