Edited by mimiekiut at 21-12-2018 11:30 PM
TERIUS BEHIND ME Rating Keseluruhan Drama: (9.5/10)
1.Cerita (9.5/10)
Terius Behind Me merupakan sebuah drama yangberkisar tentang kisah penyiasatan yang digandingkan dengan elemen komedi dansuspen. Kisah bermula apabila watak utama dalam drama ini iaitu Kim Bon seorang bekas agen perisik NIS bersembunyidaripada buruan pihak NIS yang menuduhnya sebagai seorang pembelot. Sewaktu berkhidmat dengan NIS, Kim Bon merupakan seorang agen yang cekap, hebat dan berdedikasi namun kegagalan dalam satu misi perisikan bukan sahaja telah menyebabkan dia dijadikan sebagai kambing hitam malahan kekasihnya turut terkorban dalam misi tersebut.Kim Bon tinggal secara low profile di sebuah apartmen di King Castle di mana dia berjiran dengan Go Ae Rin seorang suri rumahtangga yang tinggal bersama suami dan anak kembar mereka yang comel bernama Joon So &Joon Hee. Kematian suami Ae Rin secara mengejut dan kisah penculikan anak kembar Ae Rin telah menyebabkan Kim Bon terpaksa keluar dari persembunyiannya mendekati Ae Rin dan sanggup menjadi pengasuh kepada kembar Joon&Joon ketika Ae Rin keluar bekerja untuk menyara keluarganya. Ae Rin pula telah diterima bekerja di sebuah syarikat yang berurusan dengan jual beli beg tangan mewah dari luar negara tidak mengetahui yang majikannya Mr Jin Yong Tae adalah salah seorang dalang yang menyebabkan kematian suaminya. Mr Jin pula walaupun berpewatakan jahat namun dia mempunyai soft spot terhadap Ae Rin. Sementara itu, di NIS seorang agen wanita bernama Yoo Ji Yeon yang amat mempercayai Kim Bon tidak bersalah telah berjaya menjejaki Kim Bon dan mereka berganding bahu secara rahsia untuk mencari dalang dalam NIS. Yang menariknya kisah drama ini tidak hanya tertumpu pada kisah penyiasatan agen di NIS tetapi turut menceritakan tentang kisah komuniti masyarakat yang tinggal di Kings Castle yang mempunyai persatuan kejiranan yang diberi nama Kingscastle Information System (KIS).Teraju utama KIS iaitu Shim Eun Ha, Bong Sun Mi dan Kim Sang Ryeol yang juga merupakan sahabat baik Ae Rin menambah rencah komedi dalam drama ini. Walaupun KIS hanyalah sebuah persatuan yang kecil berbanding NIS namun mereka juga bijak bekerjasama dan berjaya menyelesaikan beberapa kes jenayah yang berlaku di kawasan Kings Castle. Setiap episod drama ini berakhir dengan unsur suspen membuatkan penonton tertanya-tanya siapakah dalang sebenar dan tidak sabar menonton episod seterusnya namun persoalan demi persoalan akhirnya berjaya diungkai dengan kemas sehingga ke episod terakhir. Selain itu, diselitkan juga adegan romantik antara Kim Bon dan Ae Rin yang semakin mengenali antara satu sama lain. Drama ini juga berjaya menonjolkan pelbagai watak yang berbeza dari pelbagai peringkat umur namun berjaya disatukan dalam drama ini membuatkan drama ini unik dan amat sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Tidak salah jika dikatakan drama ini memang cukup rencah untuk menghiburkan seisi keluarga.
2.Keberkesanan Lakonan (9.5/10)
i) Kim Bon ( So Ji Sub) BEST ACTOR So Ji Sub nama yang sudah lama tercatat dalam dunia kdrama kerana kehebatan lakonannya sememangnya tidak mempunyai masalah melakonkan watak serius seperti Kim Bon iaitu seorang bekas agen perisik NIS yang sangat hebat tetapi telah memilih untuk hidup dalam persembunyian akibat dituduh sebagai pembelot. Hidup bersendirian dan masih bersedih di atas kematian kekasihnya, Kim Bon nekad untuk mencari dalang yang telah membunuh kekasihnya yang juga merupakan agen perisik dan juga mencari dalang yang telah menuduhnya sebagai pembelot. Hidupnya yang sunyi telah bertukar ceria apabila Kim Bon menjadi pengasuh kepada kembar Joon & Joon, anak kepada jirannya Go Ae Rin yang telah kematian suami secara mengejut yang mana Kim Bon percaya ada kaitannya dengan konspirasi yang sedang disiasatnya. Demi menjaga keselamatan Joon & Joon,Kim Bon terpaksa keluar dan bergaul dengan jiran tetangga di kawasan tempat tinggal mereka di Kings Castle dan menyebabkan identitinya dapat dikesan oleh pihak NIS yang mahu Kim Bon ditangkap kerana dituduh sebagai pembelot. SJS berjaya melakonkan watak agen perisik yang mempunyai ekspresi wajah serius dandalam pada yang sama berjaya juga membawa watak seorang yang penyayang terhadap kanak-kanak dan layanannya terhadap Joon & Joon juga berjaya mencuit hatipara penonton.
ii) Go Ae Rin ( Jung In Sun) BEST ACTRESS Jung In Sun juga berjaya melakonkan watak Go Ae Rin seorang surirumahtangga yang mempunyai sepasang anak kembar yang sangat comel Joon He & Joon So. JIS berjaya menjiwai watakseorang ibu yang tidak bekerja yang agak tertekan dengan konflik keluarga yangdihadapinya dan keberkesanan lakonan JIS ketika melakonkan emosi sedih jugadapat dilakukan dengan baik. Mungkin tiada masalah JIS menjiwai watak sebagaiseorang ibu kerana sebelum ini beliau pernah memegang watak yang sama dalamdrama komedi Eulachaha Waikiki.
Apabila suaminya meninggal dunia secara mengejut, Ae Rinterpaksa keluar mencari nafkah untuk menyara keluarganya. Ae Rin yang padamulanya tidak yakin dia boleh bekerja semula kerana telah lama meninggalkanalam pekerjaan telah berusaha sedaya upaya untuk menjadi pekerja yang baik danberdedikasi. Hubungan baiknya dengan Kim Bon yang menjadi pengasuh anak kembarnyatelah membibitkan rasa sayang dan cinta pun mula berputik. Ae Rin yangberpewatakan naif akhirnya menjadi seorang yang yakin dan berani malahandia turut sama berganding bahu denganKim Bon dan rakan-rakan dari NIS untuk memerangkap dalang sebenar.
iii) Jin Yong Tae (Son Ho Jun) Son Ho Jun memegang watak penjahat (villain) Jin Yong Tae, pemilik syarikatJ International yang bersekongkol dengan dalang utama dalam drama ini. Walaupun dia yang telah menyebabkan kematian suami Ae Rin secara tidak sengaja, namun dia telah mengambil berat tentang kebajikan AeRin. Tersepit di tengah2 konspirasi yang semakin meruncing, JYT akhirnya membuat keputusan untuk berganding bahu bersama Kim Bon untuk memerangkap dalang utama. Lakonan SHJ seharusnya diberi pujian kerana beliau telah berjaya melakonkan 2 watak dalam pada yang sama iaitu jahat dan baik membuatkan JYT menjadi ‘favourite villain’ di kalangan penonton.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknikpengarahan, sinematografi) (9/10)
Drama yang berlatarkan kisah penyiasatan ini memangt idak dapat lari dari adegan aksi dan setiap adegan aksi tersebut berjaya membuatkan penonton berasa cemas dan berdebar-debar. Adegan aksi yang kadangkala diselitkan dengan elemen suspen dan komedi digarap dengan kemas oleh pengarah drama ini. Begitu juga dari sudut sinematografi, boleh dikatakan teknik2 yang digunakan amat bertepatan dengan adegan2 yang berlaku dalam drama ini membuatkan jalan cerita dapat disampaikan dengan sangat baik kepada para penonton contohnya adegan semasa JYT ditembak mati di episod terakhir berjaya membuat penonton berasa amat terkesan dengan adegan tersebut sehingga ada yang menitis airmata.
4. Skor muzik (5/5)
Pemilihan lagu2 OST drama ini ada yang berentak catchy, rap dan ada juga yang berentak perlahan memang amat bersesuaian dengan latar cerita dalam drama ini. Apalagi jom layan!
5. Kebarangkalian untuktontonan semula (5/5)
Drama yang menggabungkan elemen suspen, komedidan cinta ini pastinya membuatkan penonton tidak teragak-agak untuk menonton drama ini sekali lagi jika diberi peluang! (Anak iols sampai hari ni masih ajak tengok drama ni lagi tau!)
@dauswq , @ismaha , @eddlisa_uyuk |