|
haiii semua,saya ahli baru kat sini.saya nak tanya pasal penyusuan anak ne,saya bakal terima anak angkat pada hujung bln 10 ne.so saya nak susukan dia,saya dah pun g klinik utk ambil motilium tetapi b ...
erina86 Post at 15-8-2009 00:36
saya ambik lepas dpt baby..
setiap hari kasi baby isap sama utk meransang..
paling bagus kalau ada alat SNS |
|
|
|
|
|
|
|
salam sumer........ada kemusykilan la.........reen amik injection ngan mkn maxolon on april 2009...........tapi mendukacitakan la.....x kuar ape pun..........period pun jadi tunggang langgang..............then reen amik domperidone lak dlm bln mei 2009.....pun x kuar............tapi dah 2/3 ari ni....rasa breast denyut2...pastu rasa x selesa....kat nipple tu rasa semcm.......breast pun rasa berat.........tggu gak kot2 nak period......x de gak........reen klu nak period jarang rasa breast mcm ni.........ari tu saje la picit......kuar putih2 mcm cair likat putih2........
ape reen nak buat yek????? |
|
|
|
|
|
|
|
pregnant kot... dh check? |
|
|
|
|
|
|
|
pregnant kot... dh check?
baldu_biru Post at 23-11-2009 09:33
iskh akak ni.....x la.........x check la lg........rasanye x...pasal period mmg tunggang langgang........last ari tu dlm last 2 wks kot....kuar lendir brownish sehari....pastu sampai ari ni x de ape2........... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya ye tu reen pregnant.... kalu betul reen pregnant, belanja akak ye! |
|
|
|
|
|
|
|
x de la kak...........breast dah ok...x sakit lagi dah............ |
|
|
|
|
|
|
|
Tumpang tanya..
Betulke syarat2 ibu susuan hendaklah susukan anak sebelum umur 2 thn?
Kalau anak tu dah berumur 2 thn 3 bln adakah susuan itu x menjadi? |
|
|
|
|
|
|
|
287# buchuk
Jika kanak-kanak yang disusukan itu sudah melebihi umurnya daripada duatahun qamariah (haulain), maka anak tersebut tidak lagi bolehdisabitkan sebagai anak susuan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
Tafsirnya:"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahungenap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."
(Surah Al-Baqarah: 233)
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya: "Tidak ada hubungan susuan melainkan apa yang disusukan di dalam masa dua tahun (sebelum dua tahun)."
(Hadis dikeluarkan oleh Ad-Darquthni) |
|
|
|
|
|
|
|
288# baldu_biru
Maaf bertanya.. apa maksud 'dua tahun qamariah (haulain)'? |
|
|
|
|
|
|
|
289# buchuk
tahun qamariah /kalendar lunar adalah takwim berlandaskan pergerakan dan kedudukan bulan cthnya takwim hijrah. |
|
|
|
|
|
|
|
salam semua....
nak share sket kat sini...sep 2006 i ambil baby girl ...alhamdulillah dia dah 3 thn dah & membesar dengan cerdik dan sihat...i tak sempat nak menyusukan dia sbb i ada medical history tak allow i buat begitu.....sungguh rasa terkilan....tapi i redha |
|
|
|
|
|
|
|
292# yaatea
salam kengkawan...
momy baru jer dapat baby gurl last chrismast haritu..tp masalah nye momy ader beli sns tu..tp biler suruh baby hisap die takmo mengamuk..sepanjang malam..harini dah ahari kedua momy makan molitium..ader paper care tak selain bg bb hisap untuk encourage pengeluaran susu.....time kasih...for the advice...susah hati betul la... |
|
|
|
|
|
|
|
tak try pumping ke? kalau baca kat website omputih, ramai gak jadi pumpers, nak keluarkan susu.. sebab syarat nak jadi anak susuan tu, 5 kali minum sampai kenyang, dan boleh bagi ikut botol
try perah/pam every 2 hours |
|
|
|
|
|
|
|
294# limau_nipis
salam..
limau momy dah amik motilium 9 hari..kalau tak okey lepas 2 minggu momy..nak pergi injectionla..
nak pump mcm maner kat opis hehehkener curi 2 la jawabnyer,.ader petua tak ..momy sebelum gi kerja pump...tengahari pump waktu semayang zohor pon pump..adus... |
|
|
|
|
|
|
|
Induce Lactation (Mencetuskan Penyusuan Ibu)
November 29th, 2009 | Author: nieza
Artikel ini ditujukan khusus kepada ibu-ibu yang mengambil anak angkat dan berusaha untuk menjadi ibu susuan kepada anak angkat.
Mencetuskan penyusuan ibu atau induce lactation bagi ibu angkat yang hendak menyusukan anak angkat bukanlah perkara mudah kerana biasanya ibu-ibu ini tidak pernah hamil atau tidak pernah melahirkan anak sebelum itu. Jadi proses pembentukan dan kematangan kelenjar mamari seperti yang dialami semasa proses kehamilan tidak pernah berlaku kepada ibu-ibu ini. Namun begitu ini tidak boleh menjadi penghalang untuk ibu-ibu angkat berusaha untuk menghasilkan susu ibu untuk diberikan kepada anak angkat mereka.
Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukanlah semata-mata untuk tujuan menjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkat tetapi lebih kepada memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula. Seperti yang dinyatakan oleh Dr Jack Newman di dalam bukunya, “The Ultimate Breastfeeding Book of Answers”, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Susu formula adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu dari ibu susuan.
Semasa kehamilan badan wanita akan meningkatkan penghasilan hormon progesteron dan estrogen (dirembeskan oleh ovari) dan hormon prolaktin (dirembeskan oleh kelenjar pituitari) untuk menyediakan payudara untuk penyusuan ibu. Di akhir kehamilan, aras progesteron dan estrogen akan menurun manakala aras prolaktin akan bertambah untuk memulakan penghasilan dan pengeluaran susu ibu di payudara. Prosedur inilah yang cuba ditiru untuk membolehkan ibu-ibu yang tidak pernah hamil mengalami proses mencetuskan susu ibu di payudara mereka. Apabila susu ibu sudah berjaya dihasilkan maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah iaitu meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu ibu.
Bilakah induce lactation harus bermula?
Sebaik-baiknya lebih awal bermula lebih baik hasil yang akan diperoleh dalam usaha untuk mencetuskan susu ibu. Sebagai contoh, ibu boleh bermula 6 bulan atau lebih awal sebaik sahaja mengambil keputusan menerima bayi angkat untuk menyediakan susu ibu kepada bakal bayinya.
Persediaan bagi ibu yang mempunyai masa 6 bulan:
- 6 bulan sebelum jangkaan bayi lahir; makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari bersama 10 mg Domperidone 4 kali sehari selama 1 minggu. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
- Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20 mg 4 kali sehari. Payudara akan mengalami sedikit perubahan saiz dan ini adalah normal.
- Teruskan kekalkan dos yang sama sehingga 6 minggu sebelum tarikh jangkaan bayi lahir.
- 6 minggu sebelum bayi lahir; hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Menghentikan pil perancang pada peringkat ini akan mengurangkan aras progesteron dan meningkatkan penghasilan prolaktin pula untuk persediaan mencetuskan susu ibu.
- 2 minggu kemudian, ibu boleh mula mengepam setiap 3 jam. Sebaiknya gunakan pam elektrik (double pumping hospital grade brastpump )untuk mendapatkan hasil yang baik. Apabila ibu mula mengepam ibu-ibu boleh menambah makanan penggalak susu ibu dalam nutrisi mereka seperti Fenugreek (halba) dan oat. Ibu juga harus minum banyak air tetapi kurangkan pengambilan kopi (minuman berkafein) kerana kafein boleh mengurangkan kandungan air dalam badan.
- Pada peringkat ini susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan warna putih yang jernih sebelum mendapat susu sebenar selepas beberapa hari/minggu.
- Sebaik bayi lahir (jika boleh) ibu boleh terus cuba menyusukan bayi pada payudara ibu. Alternatif lain yang lebih baik, ibu sebenar boleh menyusukan bayinya kerana kolostrum daripada ibu adalah makanan paling baik untuk bayi baru lahir.
Persediaan bagi ibu yang mempunyai masa kurang daripada 6 bulan:
- Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30-60 hari bersama 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
- Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payudara (saiz bertambah, rasa tegang dan penuh) hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20 mg 4 kali sehari.
- Ibu juga boleh mula mengepam. Sebaiknya gunakan pam elektrik (double pumping hospital grade brastpump )untuk mendapatkan hasil yang baik. Makan makanan penggalak susu ibu seperti Fenugreek (halba) dan oat, minum banyak air.
- Sama seperti saranan di atas, ibu angkat boleh terus cuba menyusukan bayi sebaik bayi lahir.
Kes yang pernah terjadi kepada rakan saya yang mengambil anak angkat dan melakukan proses induce lactation sebulan sebelum kelahiran bayi angkatnya. Pada hari bayi dilahirkan ibu sebenar tidak mahu menyusukan bayinya (sedih sekali!) dan terus menyerahkan bayi kepada ibu angkat pada hari kedua bayi lahir… Ibu angkat berusaha menyusukan anak angkatnya walaupun kuantiti susu masih belum mencukupi! Namun beliau berjaya mencetuskan susu ibu untuk diberikan kepada bayi angkatnya.
Ringkasnya, mencetuskan susu ibu ada 4 fasa:
Fasa 1: makan pil perancang dan Domperidone untuk membolehkan badan “meniru” proses pembentukan kelenjar mamari sebagaimana yang berlaku semasa proses kehamilan.
Fasa 2: hentikan pil perancang tetapi teruskan Domperidone untuk mencetuskan penghasilan susu ibu.
Fasa 3: memerah susu untuk menggalakkan penghasilan dan pengeluaran susu ibu.
Fasa 4: beri bayi menyusu terus daripada payudara ibu untuk meningkatkan rangsangan ke atas payudara untuk menggalakkan penghasilan lebih banyak susu.
Nasihat saya kepada ibu (ibu angkat):
- Susu ibu tetap makanan terbaik bagi bayi baru lahir. Sebaiknya susukannya sekurang-kurang selama 6 bulan pertama hayatnya.
- Ibu harus berfikiran positif, cekal, sabar dan mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berjaya mencetuskan susu ibu. Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Jadi “didik”lah otak supaya ia mahu bekerjasama dengan kita utk menghasilkan susu ibu yang mencukupi untuk bayi kita.
- Latih bayi menyusu terus dari payudara ibu untuk meningkatkan rangsang ke atas payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu. Jika perlu alat SNS (rujuk rajah di bawah) boleh digunakan.
- Jangan perkenalkan puting tiruan kepada bayi. Walaupun ketika susu ibu masih belum mencukupi dan ibu terpaksa memberi susu formula kepada bayi, sebaiknya beri menggunakan sudu atau cawan kecil bagi mengelak bayi keliru puting.
- Jika masalah keliru puting berlaku lebih sukar memujuk bayi menyusu daripada payudara ibu. Kesannya payudara kurang dirangsang maka penghasilan susu akan berkurangan.
- Dapatkan nasihat doktor dan pakar laktasi untuk membincangkan penggunaan pil dan ubat-ubatan di atas. Kenalpasti juga kesan sampingan yang mungkin berlaku dengan penggunaan ubat-ubatan tersebut. Namun begitu ibu harus kuat, tabah dan yakin bahawa “susu ibu makanan terbaik bagi bayi”.
MEDELA Supplemental Nursing System (SNS)
Teknik "Cup Feeding": Bayi menghirup susu daripada cawan kecil (bukannya menuang susu ke mulut bayi)
Sumber: www.asklenore.info
Posted in Kesihatan, Penyusuan Ibu, Relaktasi | Tags: anak susuan, kasih sayang, pengeluaran susu ibu, penyusuan ibu, susu ibu, teknik penyusuan
nih dpt dari http://momschoice.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
296# limau_nipis
salam..saya dah beli alat sns tu tapi baby mengamuk jer...sebb tak selesa ngan tiub tu adush... |
|
|
|
|
|
|
|
limau..good info lah awak |
|
|
|
|
|
|
|
297# momy2512
dah try jumpa LC ker? better la jumpa.. kat hospital pantai Bangsar tu ada 3 org lagi LC
fees pun tak mhl.. rm 50 per session
lagipun advise kot sini jer, tak nampak camna dlm keadaan sebenar kan
good luck yer momy |
|
|
|
|
|
|
|
297# momy2512
dah try jumpa LC ker? better la jumpa.. kat hospital pantai Bangsar tu ada 3 org lagi LC
fees pun tak mhl.. rm 50 per session
lagipun advise kot sini jer, tak nampak camna dlm ...
limau_nipis Post at 7-1-2010 14:31
betul tu... saya dulu jumpa LC kt HKL, tk perlu byr pape pun tp mmg membantu sgt.
dia kata nk susukan bb ni ada caranya... kalu tk kena cara tu yg baby tanak hisap tu.
all the best to momy... semoga Allah murahkan rezeki air susu buat bb momy. |
|
|
|
|
|
|
| |
|