CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 1-11-2012 08:17 AM | Show all posts
haji_one posted on 1-11-2012 08:14 AM
Pi umrah ye, insyaAllah, semoga dipermudahkan urusan nak pergi, semasa di sana dan balik ke Malays ...

Amin....timakasih haji...lni pun yg tertangguh bln posa baru ni...hrp2 xde aral lg lh..doakan kami yer haji...
Last edited by bunga_kaseh on 1-11-2012 08:31 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2012 08:24 AM | Show all posts
HUSSAINTAHIR posted on 31-10-2012 06:45 PM
Ayah saya patutnya tiba dgn sv 5714 dari jeddah 3 nov...tiba di kuala lumpur 0045 (5 nov)..
dah h ...

Salam takziah pada sain sekeluarga dan rohnya dicucuri rahmat.
Hanya insan yg terpilih saja yg meninggal di madinah atau mekah.
Teringat kata2 sorg kwn saya, kalau boleh dia nak meninggal
di madinah
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 08:44 AM | Show all posts
bunga_kaseh posted on 1-11-2012 08:17 AM
Amin....timakasih haji...lni pun yg tertangguh bln posa baru ni...hrp2 xde aral lg lh..doakan kami ...

InsyaAllah, mudah2an niat baik bunga kaseh dn hubby dipermudahkan Allah swt..amin.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 08:45 AM | Show all posts
Just nak share......copy dari posting kat FB. Al Fatihah...
Asiah Dahalan Aslmkm..ni development news yg I & frens terima late last nite..posted this on my wall..
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI ROJI'UN....My dear fren ROSWATI ABDUL WAHAB telah mendahului kita...got the following confirmed news after receiving preliminary news from Zarina Samsudin. Ex hubby Arwah also dah reconfirmed the news..

from Noor Anita Mohamed:

Assalamua'laikum friends, ingin maklumkan berita sedih, Kak Roswati Abdul Wahab (ex-Kuatagh) telah kembali ke rahmatullah di tanah suci Mekah +- 12 malam tadi (+- 6 pagi waktu Malaysia) selepas melontar di jamrah kerana sakit (ada bengkak hati). Jenazah telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Asy-Syara'ik, Mekah +-pukul 8.30 pagi tadi. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau dan saudara Islam yang telah pergi. Ameen

AL FATIHAH..ALLAH LEBIH MENYAYANGIMU & ANSWERED YOUR CALL..INSAN TERPILIH..AKHIRMU DI TANAH SUCI...
about an hour ago · Like · 1

Asiah Dahalan Rashidah Binti Jailani commented this di pg K79.(my batch MRSM Ktn).
Just called abang(Akla's twin).....she had just finished her tawaf ifadah...did not go for asr prayer...when roomate came back to her room, try waking her up after isya'...she has already gone...May Allah place her among the solihin....
about an hour ago · Like
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 08:52 AM | Show all posts
Salam Takziah buat Hussain atas pemergian ayahanda, amat memahami kesedihan yang dialami.

Saya punya pengalaman dihubungi oleh ahli keluarga jemaah haji yang nak bertanyakan status maknya (yang dah meninggal), dia nak confirmkan je sebab memang dia dah tau dr awal2..cuma dia nak tahu bila mak dia meninggal, siapa uruskan, kebumi dimana dan sebagainya..

Tak terbayang dgn kata2 bagaimana saya nak susun sepatah demi sepatah ayat agar anak yang call tu dapat bertenang, esak tangisan, tersedu sedu dia menangis bila dia sebut "mak saya dah takdak ye ustaz..".

Hakikatnya Allah swt mengetahui apa yang terbaik, ramai yang pergi dan ingin mati di sana tapi kembali dengan tubuh badan yang elok. Gembira Ayahanda kepada Hussain dikebumikan di perkuburan Baqi, dimana hampir setiap hari orang datang menziarahi dan memberi sedekah dan doa (alfatihah dan sebagainya..), memang satu kemuliaan buat arwah kerana doa yang dibaca dan dilafazkan diniatkan utk semua penghuni tanah perkuburan baqi.

Kita yang di Malaysia ni, berapa kali je orang datang ziarah tanah perkuburan utk sedeqahkan bacaan ayat suci, kalau tak pergi pun siapa yang hampir setiap hari menyedekahkan ayat suci al Quran utk arwah si mati?

Tak macam di Baqi, ziarah dalam menetapkan jemaah haji/umrah akan melawat perkuburan Baqi, mendoakan penghuni2nya, setiap waktu dan setiap hari sehingga akhir hayat dunia ini. betapa mulianya arwah dapat dikebumikan di situ..menerima sedekah ayat kursi dan doa2  yang tidak putus2, dr saudara se Islam dr seluruh pelusuk dunia..

Sedangkan nasib kita ni tak tahu lagi bagaimana keadaannya..
Last edited by haji_one on 1-11-2012 08:55 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 08:54 AM | Show all posts
monorail posted on 1-11-2012 08:45 AM
Just nak share......copy dari posting kat FB. Al Fatihah...
Asiah Dahalan Aslmkm..ni development ne ...

Tumpang sedih mendengar berita ini. Alfatihah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-11-2012 10:25 AM | Show all posts
monorail posted on 1-11-2012 08:45 AM
Just nak share......copy dari posting kat FB. Al Fatihah...
Asiah Dahalan Aslmkm..ni development ne ...

sedihnya...al-fatihah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 10:31 AM | Show all posts
takziah hussien..al fatihah utk arwah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2012 02:25 PM | Show all posts
haji_one posted on 1-11-2012 08:52 AM
Salam Takziah buat Hussain atas pemergian ayahanda, amat memahami kesedihan yang dialami.

Saya pu ...
Tak macam di Baqi, ziarah dalam menetapkan jemaah haji/umrah akan melawat perkuburan Baqi, mendoakan penghuni2nya, setiap waktu dan setiap hari sehingga akhir hayat dunia ini. betapa mulianya arwah dapat dikebumikan di situ..menerima sedekah ayat kursi dan doa2  yang tidak putus2, dr saudara se Islam dr seluruh pelusuk dunia..
Assaalamualaikum haji one..
Saya ada 3 org saudara yg dikebumikan di Perkuburan Baqi.
Mak Usu saya,kakak saya dan adik Ipar saya.
Kemalangan jalanraya di Bir Ali pada Umrah 2009.
Mak usu dan adik Ipar meninggal on th spot manakala kakak saya koma hampir sebulan dan meninggal.
Saya ada sekali dalam Bas tu dan mengalami cedera ringan.
Subhanallah..Terasa beruntungnya mereka dapat disemadikan di Perkuburan Baqi..


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 02:35 PM | Show all posts
aziefa posted on 1-11-2012 02:25 PM
Assaalamualaikum haji one..
Saya ada 3 org saudara yg dikebumikan di Perkuburan Baqi.
Mak Usu sa ...

wa'alaikumsalam wbr wbt aziefa, beruntung mereka yg 'berada' di Baqi tu. Ye la, walaupun amalan sendiri yg menentukan susah senang kita di alam barzakh, tapi aspek sedeqah doa dan bacaan ayat suci yang dihadiahkan oleh orang luar juga perlu diambil kira, kiranya memang beruntung la orang yang disemadikan disitu..setiap hari ada je yang datang menziarahi, walau tak kenal rupa dan nama, tapi atas semangat dan dasar se agama, yang melawat pasti akan memberikan 'hadiah'..

Hehehe.skrip yang saya cakap pada respon yg aziefa reply tu adalah ayat standard saya utk menenangkan hati waris di Malaysia bila mereka call, time ada kematian ahli keluarga mereka di tanah suci. Cuma, bila saya cakap tu, saya amat memaksudkan apa yang saya cakap, bukan sekadar nak senangkan hati mereka sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 04:31 PM | Show all posts
saya mencari pakej umrah 2013, nampak la beberapa iklan umrah rakyat , murah la pulak, ok ke ?   
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 05:57 PM | Show all posts
HUSSAINTAHIR posted on 31-10-2012 06:45 PM
Ayah saya patutnya tiba dgn sv 5714 dari jeddah 3 nov...tiba di kuala lumpur 0045 (5 nov)..
dah h ...

Assalam, Al-Fatihah buah arwah ayah Hussain, Smg ditempatkan dikalangan yg beramal soleh dan diringankan hisabnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2012 11:50 PM | Show all posts
haji_one posted on 1-11-2012 07:51 AM
SR5, bersamaan dengan RM4.70..hahahah..memang la sat je hilang sadurnyer tu, kekadang yang 'batu'  ...

haha. memang kelakar cerita haji_one tu. saya beli ni pun sekadar nak dapatkan sunnah pakai cincin je. nak beli yang mahal, tak berminat pula. tapi cincin saya ni kira ok lagilah, batu dia betul tertanggal lagi haha.

dulu saya ada cincin kayu kokka. tapi tak pakai sangat sebab macam alergik lak jari manis saya ni. bila pakai je mesti gatal. satu lagi sebab takut saya jatuh syirik sebab percayakan kayu kokka boleh berikan macam2 kelebihan contohnya boleh elak daripada kena patuk ular la, bawak kereta tak accident la..macam2.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:03 AM | Show all posts
haji_one posted on 1-11-2012 07:41 AM
Memang dah ada alokasi utk pakej swasta ni, let say 10,000 tempat utk jemaah haji mereka, so, dlm  ...

oo macam tu. jadi betullah apa yg saya fikir selama ni. terima kasih atas penjelasan yg panjang tu hehe.

jadi sepatutnya tak timbul isu rampas kuota ni, kan? sebab syarikat swasta dah memang diberi kuotanya sendiri. depends pada individu itu sendiri sama ada nak pergi dengan muassasah atau swasta.

saya teringat masa orang datang ke rumah sebelum saya dengan isteri pergi tunaikan haji tahun lepas. ada sorang makcik ni dia duk berbual dengan isteri dan mak mertua saya. tiba2 dia macam marah2 sikit sebab tak suka orang muda pergi buat haji dulu sebelum yg lebih berusia ni. katanya, macam dia, dia daftar tahun 2008/2009 camtu tapi tak naik nama kat TH. tapi yg muda2 ramai pulak dapat pegi sebab daftar awal. sepatutnya bagi yg tua2 dulu katanya barulah yg muda pergi. saya tak faham dia fikir camana hehe.

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:12 AM | Show all posts
Menunggu kepulangan Abang Ipar KT 1 di KLIA..



Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:20 AM | Show all posts
Al-fatihah kepada arwah ayah Hussain. betul apa yg haji_one cakap tu, beruntung dapat disemadikan di perkuburan Baqi'. semoga roh arwah dicucuri rahmatNya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2012 08:03 AM | Show all posts
haji_one posted on 1-11-2012 08:10 AM
hahaha...boleh try, kat tanah suci madinah dan mekah ni, biasanya diaorang tak berani nak sumpah2  ...

he..he...kelakar dgn cerite Hj One.Mungkin arab yg jual tu mula2 tak faham pertanyaan Hj One sebab dlm bahasa Inggeris Itu yang dia teragak2 nak menjawab.

Sekadar share ilmu yang sikit.Bahasa Melayu banyak yg asalnya Bahasa Arab.Jadi kalau nak tanya original ke tidak.Ambil barang yang hendak dibeli tunjuk dan tanya....sohih asli?

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 10:26 AM | Show all posts
tk hj one...

sekarang bolehlah saya share info bila ada org argue pasal kuota tu... ramai kat luar ni yang tak tau dan sakit hati sebab ramai yang rasa sykt swasta amik kuota jemaah haji utk buat keuntungan...

tk sekali lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 10:50 AM | Show all posts
puanlina posted on 2-11-2012 10:26 AM
tk hj one...

sekarang bolehlah saya share info bila ada org argue pasal kuota tu... ramai kat lua ...

Sekadar ingatan, kalau nak jadi tetamuNya jangan selalu iri & sakit hati atas rezeki orang lain.Mungkin dia perlu berusaha lebih.
Haji itu pengorbanan..Allah lebih menilai taqwa dari wang ringgit hambanya.Tapi jika seseorang itu kaya & bertaqwa sudah tentu Allah memanggilnya dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 10:57 AM | Show all posts
aisya_hadi posted on 2-11-2012 09:41 AM
tanye asli tak asli, ori tak ori..die mmg bole jawap asli & ori..

tp bile tang lillahitaala  ...

hahaha..memang betul pun, tu la..kalau tanya ori ke tidak, confirm ori..padahalnya kita tengok mcm tak berapa nak yakin je pun..terpaksa guna ayat power baru mereka goyang skit.

Kat madinah, ada jemaah haji datang tanya saya, betulkan hp Nokia E series (kalau tak silap) harganya SR250.00 je kat sini, sebab time tu kat malaysia dekat RM800.00 lebih. Bila saya tanya jemaah haji tu samada dia dah beli ke belum, dia kata belum lagi..dia nak mai tanya kami lagi.

Bila waktu rehat, saya diajak teman jemaah haji ni, muda lagi..baya2 saya..tu yang jadi kawan tu..pi teman dia kat kedai tu. Bila saya belek, sebijik mcm handphone betul...tapi cuma tak tulis jenama "Nokia" je (tapi kekadang ada jugak yg tulis "Nukia"..), bila tanya je, dgn confidennya si penjual kata original..kena bagi ayat power sekali (sebab kita memang tak mau la kena tipu)..baru dia mengaku, imitation punya produk..heheheh..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.579849 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list