|
[Edisi Penafian]3 @ 4 Anak TS Jins Shamsudin??-wajah terbaru TJS makin uzur #643
[Copy link]
|
|
Aku pun rs sbb mak n adik beradik tiri panas bontot tgk kemewahan tuah ni
aku tgk pun dia jenis berharta
Geram sbb harta diorang msti makin menyusut utk biayai perubatan tan sri
pLus nak tanggung dua anak yg ala2 bbnu tu
Padahal tuah rilek2 je ckp
x dpt harta pun xksah
|
|
|
|
|
|
|
|
jefri pon x jenguk jins gak kang. aku rasa dia pon terasa hati dgn bini jins ni kot |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa kelakuan jins jugak dedulu yang mungkin hazab
buat anak2 hidup mcm tuh
|
|
|
|
|
|
|
|
GILA APA SINDIR ANAK MACAM TU?
shallow gila alasan si nadim tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Puan Sri pulak cakap lain sikit, macam ada rahsia yg tersembunyi. TS Jins kahwin di luar negara dan beliau ada bukti-bukti yg tak boleh dikongsi secara umum kerana ia akan mengaibkan Tuah dan TS sendiri. Tidak adil utk menjelaskan keadaan sebenar kerana TS uzur dan tak boleh membela diri utk memberitahu hal yg sebenar. Tiga org anak TS agak seiras kecuali Tuah.....sungguh bertuah dan kacak Tuah ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
tau pulak nadim tu eh malu..
mak dia buat statement gitu boleh malukan tuah ngan mak tuah tu tak fikir pulak ek..
baik jugak si tuah tu tak demand pape.. suruh mintak maaf in public ke..
or worse saman terus ke..
mak halijah tu pun kalau dia tak puas hati tuah tak datang jenguk TSJS tu call ajelah
ini mengadu ngan reporter..
siapa ntah yang nyanyuk ni aku pun nggak ngertikk |
|
|
|
|
|
|
|
sore tuah ni macam sore jins samsuddin |
|
|
|
|
|
|
|
apa yg si tuah ini buat betul.
nanti orang pandang serong pula kat heshe dan ibu heshe.
ini bukan kes tak tahu ada anak lain, namun kes sentap dah bertahun tak lawat suami sheols lah ni kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kini baru ku tahu nyanyuk boleh berjangkit |
|
|
|
|
|
|
|
tapi...nape I rasa dulu masa kecik2 (80an) ada je cerita psl family Jins time raya. dia tunjuk anak2 dia semua termasuk Hang Tuah..ke aku pulak yg nyanyuk ni? |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin nak mintak bantuan daripada H Tuah kot......
mak tiri ni pun .....
kalau gitu tak payah dok kata bukan anak Pak Jins kat reporter.....
call aje la si Tuah kata nak mintak bantuan......terus terang lagi baik Puan Seri
si H Nadim dok menyibuk buat apa?.....ko lom lahir lagi masa abang ko tu lahir......
|
|
|
|
|
|
|
|
Sementara itu, Hang Tuah berkata, bukti paling nyata dia adalah anak kandung Jins adalah menerusi buku biografi bapanya hasil tulisan Mohd Zamberi A. Malek berjudul Suria Kencana diterbitkan pada tahun 1998 yang menyebut pelakon itu pernah berkahwin dengan Jamilah pada tahun 1973 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu dirinya.
Bagi ai lah kan, bukti paling kukuh dan tak dpt disangkal adalah ujian DNA. Maap ai tengok dr sudut saintifik, gituhh.
Anyway, motip mak tiri menyindir, cerita masalah dalam korga melalui media. Tak bleh kah berbincang anak beranak jah. Si adik pon gigeh nak tegakkan benang yg basah. Tau pulak terasa bila abangnya buat PC. |
|
|
|
|
|
|
|
alahai replied at 6-2-2015 10:38 PM
KENANGAN MANIS... Bersama isteri, Halijah Abdullah (tengah) dan anak-anak, Putera Hang Jebat (ki ...
sapa yg lupa ingatan skrg ni..jins ke bini dia..tu bertngka gmbo sekali tpi skrg xmo.ngaku..
aiyoo datin seri |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Depan Mata: Misteri keluarga Jins
Dia pengarah tersohor, juga pelakon hebat dan kacak, malah pada zaman kegemilangannya dulu dia menjadi pujaan wanita. Namun apabila usia senja, timbul pelbagai cerita yang tidak mampu dijelaskan tuan punya badan kerana menghidap Alzheimer sejak empat tahun lalu.
Itulah kembara hidup Seniman Negara, Tan Sri Jins Shamsudin, 81, apabila Hang Tuah @ Shazrin Mohd Zain, 41, mengaku dirinya anak kedua Jins daripada perkahwinan kedua dengan Jamilah Sukor.
Tindakannya itu sebagai respons langsung kenyataan isteri Jins, Puan Sri Halijah Abdullah, 56, mengatakan suaminya hanya ada tiga anak daripada dua perkahwinan, sebagaimana disiarkan dalam sebuah akhbar pada 6 Februari lalu.
Umum tahu perkahwinan pertama Jins dengan seniwati Rahmah Rahmat pada 9 Februari 1961 di Singapura dan dikurniakan anak, Mohamad Jefri pada 24 Januari 1962. Begitu juga perkahwinan dengan Halijah dengan dua anak, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.
Bagaimanapun, status Hang Tuah lebih dikenali umum sebagai anak angkat dan perkahwinan dengan ibunya berlangsung secara rahsia di luar negara.
Hang Tuah tampil mengemukakan bukti dokumentasi sijil kelahirannya bersama sokongan lain dari buku biografi Suria Kencana ditulis Mohd Zamberi A Malek terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1998 mengatakan Jins mempunyai tiga isteri dan empat anak.
Selain Rahmah dan Halijah, Jins pernah berkahwin dengan Jamilah Sukor pada 1973 dan dikurniakan anak lelaki, Hang Tuah @ Shazrin Mohamd Zain.
Jins dikenali sebagai seorang yang sangat berahsia. Malah, perkahwinannya dengan Halijah hanya diketahui media selepas kelahiran anaknya.
Dalam sidang media itu, Hang Tuah mengatakan, Jins dan Jamilah berkahwin secara rahsia di Thailand. Dia juga tidak dibesarkan ibunya tapi dipelihara ibu saudara (kakak Jins, Hazizon Shamsudin) di Taiping, Perak sejak kecil.
Hang Tuah, bekas pilot AirAsia X dan sejak setahun lalu menceburi perniagaan hartanah mengatakan, hubungan dengan ibunya renggang tetapi sebagai anak, dia mencari ibunya dan sejak 10 tahun lalu kembali baik. Ibunya kini tinggal di Johor dan mempunyai suami dan anak.
Hang Tuah juga tidak berhasrat mengadakan ujian DNA untuk membuktikan dirinya anak Jins kerana yakin bukti dikemukakan sudah jelas. Tiada niatnya untuk memanjangkan isu itu tetapi terpanggil dan rasa bertanggungjawab menjelaskan fakta sebenar untuk memelihara nama baik ayah serta ibunya dan juga dirinya.
Sidang media yang berlangsung dalam suasana tenang ditemani dua peguam, bertukar sedikit panas apabila anak bongsu Jins, Hang Nadim, 24, turut hadir.
Katanya, dia beranikan diri hadir sebagai pemerhati dan turut membawa dokumen sebagai bukti jika diperlukan. Dia juga kesal tindakan Hang Tuah mengadakan sidang media kerana ia masalah keluarga dan boleh diselesaikan secara baik dengan berjumpa ibunya di rumah.
Apabila ditanya hubungannya dengan Hang Tuah, katanya sebagai keluarga. Jika Hang Tuah kemuka bukti biografi Suria Kencana mengenai tiga perkahwinan Jins serta empat anak, Hang Nadim pula mengatakan ada satu lagi biografi ditulis orang sama, Jins Shamsudin Seorang Seniman terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada 2010 tetapi hanya paparkan dua perkahwinan Jins dan mempunyai tiga anak. Tiada nama Hang Tuah dan perkahwinan kedua dengan Jamilah.
Persoalannya, bagaimana dua buku biografi yang ditulis orang sama pada tahun berbeza mempunyai fakta berbeza? Drama keluarga Jins semakin menarik dan penuh misteri.
Artikel ini disiarkan pada :
Ahad, 12 April 2015 @ 5:09 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43210?m=1#sthash.oBPo2WNV.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
Article dlm Harian Metro:
"Persoalannya, bagaimana dua buku biografi yang ditulis orang sama pada tahun berbeza mempunyai fakta berbeza? Drama keluarga Jins semakin menarik dan penuh misteri" |
|
|
|
|
|
|
|
Moral of the story :
- Jangan sembunyi & rahsiakan pernikahan
|
|
|
|
|
|
|
|
agak2 Tuah marah tak i share vid ni? huhu.
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman dulu punya artis mmg byk skandal & citer nya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|