|
Seperti yang dijanjikan malam itu Joo Shin membawa Sakura menikmati hidangan makan malam di Persian Palace yang terletak berhadapan dengan pintu masuk ke Seongyungwan University di Daehangno. Sengaja dia menbawa Sakura menikmati hidangan Iranian kerana dia tahu sudah lama Sakura berhajat ingin menikmati masakan Kari.
Sebaik sahaja ternampak tanda kedai itu Sakura tersenyum lebar.揥ah, akhirnya merasa juga makan kari. |
|
|
|
|
|
|
|
arini cari mcm lembab sikitkan nk bukak...? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #302 Juliaesqa\ catat
hehehe
kak jue ari ni server cari wenggzz skett....
lalalal |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #303 silent_kid\ catat
patutla...susah tul nk mengepost... |
|
|
|
|
|
|
|
tu sj ke sambung la lagi plzzzzzzzzz |
|
|
|
|
|
|
|
sabo rinda..sat jer lagi...hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
“Sakura… kenapa ni? Tak sihat ke?” soal Joo Shin kehairanan sebaik sahaja melihat Sakura mula berpeluh dingin.
“Huh?...sihatla bang.” Balas Sakura lantas tersenyum cuba menyembunyikan resah hatinya.
“Habis? Dah mengantuk?” soal Joo Shin lagi setelah melihta wajah Sakura kepenatan .
“Emmm..biasala. Bila perut dah kenyang…mata pun nak tertutupla.” Balas Sakura lalu tergelak kecil cuba menyembunyikan gundah hatinya
Joo Shin menggelengkan kepalanya “Macam-macam…habis aiskrim tu tak nak makan? Rugi tau…Aiskrim ni cuma ada kat kedai ni je.” Ucap Joo Shin sambil menjilat sudu aiskrimnya dengan penuh berselera.
Sakura mengeluh pelahan ‘Emmm…lebih baik dia melamar sekarang dari tak melamar langsung…’bisik hati Sakura lantas bibinya mengukir senyum. ‘Tapi aku kena hati-hati…kalau aku tergigit cincin tu aku nak senyap-senyap aje. Kalau bising nanti satu kedai ni bagi tepukkan gemuruh kat aku kang…huhuhu malu’ gumam hati Sakura sekaligus terbayang adengan romantic saat si lelaki melamar kekasih hati dikaca tv. ‘Tapi sweet jugak kalau macam tu…’ bisik hati Sakura lalu tersenyum sendirian.
Sedang mereka menanti pencuci mulut tiba-tiba datang seorang pelayan restaurant membawa satu kotak berwarna pink ke arah mereka. Kotak itu kemudian diserahkan pada Joo Shin.
“Sakura…abang harap Sakura sudi terima hadiah ni.” ujar Joo Shin teragak-agak. Bimbang juga jika Sakura menolak pemberiannya itu.
Sakura terpaku, ‘Wah besarnya kotak. ..erkk..Jadi dalam aiskrim ni tak ada cincinla?’ hati Sakura berbisik, dia menarik nafas lega. “Apa ni?” soal Sakura. ‘kotak sebesar ini tak mungkin ada cincin’ Pelahan –lahan Sakura membuka kotak yang diberi. Sebaik sahaja terpandang isi kandungan didalamnya dia terpaku.
“Wah cantiknya..” ucap Sakura separuh berbisik tanganya menyentuh lembut hadiah itu.
“Bagusla kalau Sakura suka, lega hati abang. Jadi malam esok abang nak Sakura pakai baju ni.” Pinta Joo Shin tersenyum.
Sakura mengangguk laju, sudah tentu dia tak keberatan memakainya. Sudah lama dia teringin memakai dress anggun sebegitu. lebih-lebih lagi pemberian dari orang yang menjadi pujaan hatinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Malam yang dinanti akhirnya tiba Sakura begitu gembira mengenakan persalinan yang dihadiahkan oleh Joo Shin. Hatinya teruja apabila pertama kali dapat menyarung dress yang cantik ke tubuhnya.
Dengan hanya sedikit solekkan Sakura tergesa keluar dari biliknya ‘Sabar aku nak turunla ni…’ bebel Sakura apabila pemandu teksi yang ditempah oleh Joo Shin membunyikan hon berkali-kali.
Terpegun seketika Mr Takai tatkala melihat Sakura mengenakan dress itu. Terserlah kejelitaan gadis itu yang selama ini tersembunyi disebalik t-shirt dan jeans lusuhnya. “Hati-hati Sakura…” pesan Mr Takai tiba-tiba bimbang akan keselamatan gadis itu.
Sakura tersengih “Jangan risau Pak Cik…” ujar Sakura lalu segera memasuki teksi yang sedari tadi menunggu. “Bye…Selamat malam Pak Cik!” laung Sakura setelah teksi yang dinaiki mula bergerak. Senyuman tidak lekang dibibirnya, tiba-tiba rasa rindu membuak pada Joo Shin. Entah pakaian apa yang dia pakai malam ni…tentu segak.
Pelahan-lahan Sakura melangkah menuruni anak tangga matanya melilau mencari susuk tubuh Joo Shin. Beberapa pasang mata memandangnya dengan penuh tanda-tanya. Mungkin mereka tak pernah lihat wajah Sakura sebelum ini.
“Besarnya dewan ni..” ucap Sakura separuh berbisik. ‘Mana abang Joo Shin ni’ bisik hati Sakura mula resah sambil mengintai Joo Shin.
Sakura berjalan dicelahan orang ramai mencari kelibat Joo Shin, namun hampa wajah lelaki itu masih belum kelihatan. Sambil menunggu kedatangan Joo Shin Sakura mengambil kesempatan untuk menjamu matanya. Kebanyakkan semua penggunjung yang datang berpakaian cantik dan ekslusif. Para tetamu kelihatan begitu gembira menikmati alunan muzik yang dimainkan sambil berbual sesama mereka.
Sakura menghela nafas yang dalam, ‘Dah jemput aku tunggula depan pintu. Tak pasal-pasal aku kena jelajah dewan ni.’ bebel hati Sakura. Beberapa pelayan menghulurkan minuman pada Sakura namun dia menolak dengan baik.
Dari celahan orang ramai itu Sakura terpandang wajah Ryan sedang rancak berbual dengan rakannya. ‘Wah, hensemnya. Patutla jadi idaman gadis Seoul…tapi dulu la. Sekarang dah jadi idaman lelaki Seoul…hehe’ dalam memuji sempat lagi Sakura mengutuk lelaki pelik itu. ‘Tapi…tak dinafikan dia memang hensem dan berkarisma tapi sayang…huhu…dua alam’ komen hati Sakura lagi sambil mencuri pandang ke arah Ryan yang segak berkot hitam dan berbaju kemeja berwarna purple gelap. Ryan kelihatan begitu rancak bercerita sambil bergelak ketawa. ‘Agaknya, itulah teman lelaki dia kot.’ Teka Sakura dengan tidak semena-mena geli melihat wajah Ryan.
‘Hai…ruginya kaum hawa.’ Gumam Sakura dalam hatinya. Dia segera bersembunyi dari dilihat oleh Ryan. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #309 Juliaesqa\ catat
hihihih...next kk jue  |
|
|
|
|
|
|
|
“Sakura!” terdengar satu suara memanggil namanya. Sakura segera menoleh ‘Dah jenuh aku tunggu baru nak muncul!” bisik hati Sakura geram. Namun sebaik sahaja matanya menoleh pada lelaki yang memanggilnya mulut Sakura ternganga.
“Doktor Takashi?” Sakura kehairanan. Dia buat apa kat sini? Hati Sakura mula tertanya.
“Saya hampir tak kenal Sakura tadi. Nasib baik saya masih cam bau perfume Sakura.” usik Doktor Takashi tersenyum lembut ke arah Sakura.
Sakura tersenyum sipu mendengar pujian dari Doktor yang pernah mengetuk hatinya itu. “Doktor buat apa di sini?” soal Sakura.
Dr.Takashi tergelak kecil sebelum menjawab pertanyaan Sakura itu. “Untuk berjaga-jaga kalau ada sesiapa jatuh sakit nanti…”Balas Dr. Takashi sekadar bergurau.
“Oh..jadi ini kerja part time la?” soal Sakura lagi yang percaya dengan kata-kata Dr. Takashi sebentar tadi.
Dr. Takashi segera mengangguk “Yup…mana tahu tiba-tiba ada yang terjatuh cinta atau terputus cinta, boleh saya tolong rawatkan.” Balas Dr.Takashi diiringi dengan tawa yang mengekek.
Sakura tersenyum dalam masa yang sama matanya terpaku melihat senyuman manis Dr Takashi. Lesung pipit dikedua belah pipi doctor muda itu menambahkan lagi ketampanan wajahnya “Emm..manisnya” bisik berbahasa melayu.
“Apa dia?” tanya Dr Takashi kehairanan. Bahasa yang digunakan Sakura sebentar tadi agak jangkal ditelinganya.
“Erk…nothing.” Sakura berdalih. “Kalau macam tu Dr Takashi ni pakar hati juga ya?” usik Sakura tergelak kecil cuba mengalih perhatian lelaki itu.
“Yup…kalau hati Sakura masih kosong datang jumpa saya nanti saya boleh rawat.” Balas Dr Takashi tersenyum nakal sambil mengenyit matanya.
Sakura tergelak mendengar gurauan Takashi sebentar tadi.
“Tentu mahal bayaran Doktor malam ni. Syarikat ni bukan sebarangankan?” ujar Sakura kelihatan kagum dengan kerajinan Dr Takashi yang sanggup bertugas hingga lewat malam.
Serentak itu terdengar Takashi tergelak kecil “Sakura…saya datang ni kerana di jemputla..” sambung Dr. Takashi lagi lucu dengan Sakura yang mempercayai gurauannya itu.
Sakura menarik muka masa dan kemudian tersenyum. “Pandai juga Doktor bergurau ya.” Balas Sakura tersengih.
“Saya pun manusia Sakura…ada hati dan perasaan.” Balas Dr. Takashi tersenyum. “By the way…jangan panggil saya Doktor boleh? Tak mesra.”
“Habis?” soal Sakura terpinga.
Doktor Takashi mengeluh pelahan lantas tersenyum. “Sakura…nama saya Takashi. Panggil sahaja Takashi atau apa sahaja yang awak selesa.” Ujarnya mesra. “Tapi jangan Takai ya…” sambung Takashi tersenyum.
Sakura tergelak mengekek sekaligus terbayang wajah Mr Takai. “Oh…itu jangan risau…saya pun tak sanggup nak panggil Doc dengan nama tu” serentak itu tawa mereka berderai. ‘Kalau dari dulu suruh panggil Takashi kan best…hehe’ bisik hati Sakura nakal.
“Emmm…Takashi, saya nak ke washroom sebentar.” Minta Sakura tersengih.
“Oh..okey..Tapi nanti jangan segan-segan tegur saya ya.” Pesan Doktor Takashi mengharapkan masih ada peluang untuk berbual dan mengenali gadis itu dengan lebih dekat. |
|
|
|
|
|
|
|
babak Takashi ni khas utk juliet..hehe.
kalau ikut asalnya citer babak ni tak ada..cuma ada babak yg selepas ni jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
haha sume ade dlm hall tu nampaknye..mesti akan ade unsur2 cemburu nanti niii  |
|
|
|
|
|
|
|
nella tetap nak ryan... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|