|
UMRAH VII, HAJI DAN PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
263# ustaz
Terowong Muassim tempat pernah berlakunya tragedi yg mengorbankan ramai jemaah pada tahun 1990 (kalo x silap hanni).
Masa ni, opah hanni adalah salah seorng jemaah yg ada di Tanah Suci. Sewaktu tragedi ni berlaku, kami ahli keluarga tersentak dan risau sgt akan keselamatan opah masa tu.Alhamdulillah bila dpt berita, dia tak terlibat dlm kejadian tu... |
|
|
|
|
|
|
|
298# ayahjoe
assalamualaikum ayahjoe...
hanni berminat nk tau details.. insyallah nnti kalo ada rezeki hanni dtg majlis tahlil, kita borak2 pasal nih ye..
ermm ayahjoe pegi kali ni atas ban ...
Hanni Post at 26-10-2009 09:11
Alhamdulillah saya pegi kali ini atas ehsan sebuah sykt Arab Saudi yg berpoperasi di sini. Tetapi urusan tiket penerbangan utk rombongan dan Muasasah Tempatan diuruskan oleh hamba Allah nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Rosputih at 26-10-2009 09:59
Berita Harian
26 Oktober 2009
Sorotan Sejarah Kembara ke Tanah Suci Makkah
Oleh Hasliza Hassan
[email protected]
ZULKIFLI(kiri)) menerangkan sesuatu kepada Jamil (dua dari kiri) pada perasmianpameran 'Menuju Ke Makkah' di MKIM, Kuala Lumpur, kelmarin.
| Pameran beri pendedahan mengenai cabaran perjalanan dari seluruh dunia jemaah zaman dulu
"KAMI melepasi jemaah yang dalam perjalanan mereka ke kota suci. Ada yang menaiki kenderaan berenjin, ada yang terhoyong-hayang di atas unta dan mereka yang miskin hanya berjalan kaki. Golongan lelaki sudah siap memakai ihram tanpa penutup kepala.
"Golongan wanita yang menuju ke Madinah berpakaian hitam manakala yang menuju ke Makkah pula berpakaian haji berwarna putih. Setengah jemaah haji yang miskin dari negara yang jauh mengambil masa yang lama untuk sampai."
Begitulah bunyi catatan direkodkan wanita pertama Eropah,Lady Evelyn Zainab Murray Cobbold mengenai pengalaman menunaikan ibadat haji di Makkah yang kini dipamerkan di Muzium Kesenian Islam Malaysia(MKIM), Kuala Lumpur.
Anak sulung Earl of Dunmore yang dipercayai memeluk Islam sejak kecil memulakan perjalanan secara sendirian ke Makkah menaiki kapal laut di Kaherah ke Pelabuhan Jeddah pada usia 66 tahun dan diberi kebenaran masuk ke kota suci itu oleh Raja Abdul Aziz Ibn Saud pada 15 Zulkaedah1351 Hijrah bersamaan 12 Mac 1933.
Selain catatan perjalanan Lady Evelyn, turut dipamerkan ialah petikan catatan perjalanan ditulis jemaah haji Melayu yang tidak diketahui namanya mengisahkan perjalanannya dalam bentuk nazam menceritakan perasaan, pemandangan serta pemikiran dalam setiap perkara berlaku sepanjang perjalanan dari Kedah ke Makkah.
Di akhir nazam dalam tulisan jawi itu, penulis ada menyatakan 120 rahmat ke atas Kaabah iaitu 60 bagi mereka yang mengerjakan tawaf, 40 bagi mereka yang bersembahyang dan 20 bagi yang melihatnya.
| GAMBAR rajah rentetan perjalanan ke Makkah pada pameran 'Menuju Ke Makkah' di Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur.
|
Pameran Menuju ke Makkah: Catatan Perjalanan Sepanjang Zaman anjuran MKIM menyingkap peristiwa penting bagaimana jemaah mencapai matlamat mereka dalam perjalanan digambarkan sebagai pengembaraan seumur hidup.
Majlis perasmiannya disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. Hadir sama, Pengarah MKIM, Syed Mohamad Albukhary dan Timbalan Pengerusi Yayasan Albukhary, Datuk Ismail Yusuf.
Dalam ucapannya, Jamil berkata ibadat haji bukan terikat dengan pakaian yang dipakai atau destinasi dituju kerana kembara jemaah haji tidak tamat di Tanah Suci sebaliknya akan berterusan melalui terjemahan apa yang dicapai di sana dalam kehidupan seharian mereka.
"Medan sebenar jemaah haji ialah mereka kembali ke pangkuan keluarga serta masyarakat. Mereka akan memperlihatkan apa yang dicapai daripada pengalaman haji. Ibadat haji adalah proses untuk menjadi Muslim lebih baik dan berakhlak mulia," katanya.
Pameran 'Menuju ke Makkah' menumpukan kepada perasaan jemaah dan pengembaraan harus ditempuh dalam perjalanan memenuhi tuntutan ibadat haji yang sering digambarkan sebagai pengembaraan seumur hidup.
Perkembangan teknologi menjadikan perjalanan ke Makkah lebih mudah dan cepat hari ini di samping kemudahan lain yang memberi keselesaan kepada jemaah sepanjang tempoh menunaikan ibadat haji.
Berbanding zaman dulu, perjalanan untuk sampai ke Tanah Suci memakan masa berbulan malah ada hingga setahun dan pengalaman dilalui pelbagai untuk setiap jemaah mengikut negara serta sistem pengangkutan ketika itu.
Namun, objektif serta ibadat yang dilaksanakan tidak pernah berubah cuma penghayatan kepada ibadat itu berbeza kerana bagi yang melalui siri pengembaraan penuh kepayahan, kejayaan menunaikan ibadat haji adalah pengalaman sukar digambarkan.
Bayangan pengembaraan jemaah haji yang mengenengahkan kepelbagaian budaya serta cerita sejak berzaman dulu dapat dilihat pada renungan mereka pada gambar serta karya seni di galeri MKIM bermula 22Oktober hingga 22 Januari 2010.
Sebanyak 17 imej, 25 objek, panel maklumat dan tayangan video melengkapkan pameran berkonsepkan penceritaan disokong gambar menceritakan pengalaman sebelum, sepanjang dan selepas selesai menunaikan rukun Islam kelima itu.
Antara objek yang boleh dilihat di ruang pameran ialah kain sulaman berwarna hijau yang digantung dalam Kaabah, kain sulaman warna merah yang menutup makam Rasulullah SAW pada 1991 (kain itu ditukarsetiap tahun) dan surat nasihat sebelum menunaikan haji yang ditulis dalam tulisan Naskh.
Kurator MKIM, Zulkifli Ishak, berkata persediaan pameran 'Menuju ke Makkah' dilakukan selama enam bulan oleh penyelidik MKIM bagi mengumpul bahan serta maklumat dengan kerjasama Arkib Negara dan orang perseorangan.
Beliau berkata, pameran yang diadakan bersempena musim haji bertujuan memberi kesedaran mengenai cabaran dilalui jemaah haji dulu dan sebagai persediaan mereka yang bakal berkunjung ke sana supaya bersedia menghadapi kemungkinan yang tiba.
Pada masa sama, maklumat yang merangkumi perkembangan ibadat haji dari dulu hingga kini diharap dapat dicerna sebagai maklumat bermanfaat bukan saja kepada umat Islam, malah masyarakat bukan Islam untuk memahami konsep ibadat itu.
"Istimewanya pameran ini, mendedahkan pengalaman dilalui jemaah haji berdasarkan rekod catatan mereka untuk sampai ke Makkah. Bahan yang diketengahkan juga memberitahu bahawa ibadat haji adalah ibadat sejagat,"
Pernah menyaksikan pameran di MKIN suatu masa dulu, kalau tak silap 'Pameran Sirah Rasullullah'. Memang syahdu ketika menyaksikan dan menghayatinya hingga mengalirkan air mata
Teringin sangat nak menyaksikan pameran di MKIM ni
tempoh pameran 22 Okt 2009 hingga 22 Januari 2010 tu agak lama juga
apa kata kita plan pergi pada tarikh dan masa yang serentak.....
tentu dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi forumer di sini
|
|
|
|
|
|
|
|
304# Rosputih
Teringin sangat nak menyaksikan pameran di MKIM ni
tempoh pameran 22 Okt 2009 hingga 22 Januari 2010 tu agak lama juga
apa kata kita plan pergi pada tarikh dan masa yang serentak.....
tentu dapat berkenalan dengan lebih ramai lagi forumer di sini
Assalamualaikum..
Boleh jugak...
Kak Ros beritau bila ???
Azie nak ikut.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa yg berhajat nak buat haji awal tanpa jump-que atau aniaya quota org lain saya dah jumpa seseorang yg bole membantu. Byk VIP yg dah penah pegi dgn dia. Pakej pon best Madinah - Fayroz As-Shat ...
ayahjoe Post at 26-10-2009 09:08
Assalamualaikum ayahjoe..
Nak tau jugak..
Boleh beritau kat saya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ayahjoe at 26-10-2009 14:23
Assalamualaikum ayahjoe..
Nak tau jugak..
Boleh beritau kat saya..
aziefa Post at 26-10-2009 10:25
Agensi nih nama dia Haji Harun Seh Umrah and Travel, ofis dekat Pejabat Tabung Haji Klang. Dia nih dapat allocation visa direct dari kerajaan Saudi. Ramai jemaah and VIP yg takmo tunggu kuota TH pegi dgn dia. Masalahnya setahun dia cuma dapat limited Visa...so kena cfm cepat. Kalu tak silap, setahun dia cuma bwk 30 org jer rasernya. Pemenang i-ZamZam Al-Rajhi pon dia yg uruskan dlm 13 org. Pembetulan sikit...harga pakej dia RM18,900 utk bilik berdua. |
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat stabil sebaik azan dilaung
SETIAP orang tentu menyimpan satu kenangan manis atau pahit yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat. Jika kenangan manis yang dikecapi pasti akan menjadi buah mulut ramai tetapi bagaimana dengan kenangan pahit yang meninggalkan kesan mendalam dan merupakan ujian daripada Allah SWT?
Pasti ia akan terus terpahat di dalam minda sampai ke akhir hayat malah menjadi asas penting untuk meningkatkan amal ibadah dalam menjalani kehidupan seharian.
Cerita yang ingin saya kongsi bersama pembaca minggu ini membabitkan kenangan yang dilalui seorang jemaah haji ketika beliau dalam penerbangan ke Tanah Suci lebih kurang 15 tahun lalu.
Jemaah yang mahu dikenali sebagai Jamilah ingin berkongsi pengalamannya yang amat mengerikan sebagai pengajaran untuk dirinya dan juga orang lain.
Kita ikuti kisah yang diceritakan oleh Jamilah kepada saya:
"Peristiwa ini berlaku 15 tahun lalu, tapi bagi saya ia seperti berlaku semalam, masih segar dan menjadi ingatan saya setiap kali sujud ke hadrat Ilahi.
"Syukur kerana terpilih menjadi 'Tetamu Allah' dalam usia yang masih muda walaupun panggilan yang diterima adalah pada saat akhir.
"Namun kerana sudah sampai seru, saya tidak menolak. Dalam tempoh dua hari saya membuat persiapan dan kelengkapan yang perlu kerana saya terpaksa menaiki pesawat tambahan dari negara jiran.
"Hari yang ditunggu sampai. Debaran saya semakin kencang, maklumlah pergi tanpa keluarga tetapi penuh tekad untuk melakukan yang terbaik sepanjang di Tanah Suci nanti.
"Kami bertolak dari Kuala Lumpur waktu petang dan singgah di negara jiran tersebut pada sebelah petang.
"Lapan jam berehat menyebabkan ramai jemaah mengambil kesempatan berjalan-jalan di negara jiran tersebut sementara menunggu penerbangan terus ke Jeddah.
"Akhirnya kami menaiki pesawat untuk meneruskan penerbangan ke Tanah Suci. Terdapat pelbagai bangsa di dalam pesawat berkenaan. Pada wajah mereka nampak rasa sedih berpisah dengan keluarga tetapi gembira kerana berjaya menjadi tetamu Allah.
"Di peringkat awal penerbangan suasana agak tenang. Masing-masing khusyuk membelek buku berkaitan ibadah haji yang diberikan. Setengahnya pula terkumat-kamit menghafal apa yang patut.
"Kira-kira tiga jam selepas berada di udara, tiba-tiba pesawat dipanah petir, disertakan pula dengan guruh dan ribut yang dahsyat.
"Keadaan itu menjadikan pesawat terbang dalam keadaan yang tidak stabil. Dalam suasana kelam-kabut itu, tiba-tiba lampu di dalam pesawat terpadam.
"Serentak dengan itu, jaket keselamatan dan alat bantuan pernafasan diturunkan. Suara takut yang menyentuh perasaan mula kedengaran diikuti dengan tangisan.
"Ada yang menangis sambil berdoa untuk keselamatan dan berbagai-bagai lagi yang sukar saya gambarkan dengan kata-kata. Hampir 20 minit kami diuji.
"Di sebelah saya, seorang penumpang warga emas yang saya panggil mak cik. Dia memegang erat kedua-dua tangan saya sambil menyandarkan kepalanya ke bahu saya.
Gementar
"Saya tahu dia takut, begitu juga saya yang gementar seluruh badan. Tapi kerana mak cik itu saya berpura-pura relaks dan tidak merasa apa-apa.
"Lalu saya bisikkan ke telinganya: "Mak cik kita dalam perjalanan ke tempat yang suci, apa pun yang terjadi kita kena reda."
"Mak cik itu memandang ke muka saya. Air matanya mula menitik. Saya turut sebak dan memeluknya kuat-kuat. Apa yang saya kata kepadanya tidak sama dengan apa yang saya rasakan di dalam hati.
"Di ruang mata terbayang wajah orang-orang tersayang yang ditinggalkan. Ya Allah, tolonglah hamba-hamba-Mu ini, Ya Tuhanku!,'' bisik saya.
Meneruskan cerita: "Dalam kekalutan dan kesyahduan itu, tiba-tiba seorang penumpang lelaki yang duduk di hadapan saya bangun. Dia melaungkan azan sekuat hati. Ramai yang menangis sambil berpelukan.
"Begitu syahdu suasananya. Suara esakan makin lama makin meninggi, sayup-sayup kedengaran hingga menikam kalbu.
"Memang benar kami diuji, kehendak Allah mengatasi segala. Sebaik lelaki itu berhenti mengazan, ribut petir tiba-tiba terhenti. Pesawat kembali ke posisi yang selamat. Itulah keajaiban Allah tunjukkan kepada kami.
"Saya perhatikan semua penumpang menarik nafas lega, ada yang mengesat air mata tanda syukur. Masing-masing berpelukan sesama sendiri. Suasana kembali tenang.
"Kami akhirnya selamat sampai ke destinasi, kota Jeddah dan seterusnya ke Mekah dengan membawa bersama ujian Allah yang amat hebat itu.
"Ujian yang meletakkan kami sebagai tetamu Allah yang memperhambakan diri untuk melakukan segala ibadah dengan ketakwaan dan mengerjakan Rukun Islam yang kelima itu dengan penuh iman. Syukur kepada Allah!'' Jamilah menamatkan ceritanya.
"Ya Alah begitu besar ujian yang Allah SWT berikan kepada hamba-Nya yang terpilih. Bukan semua orang dapat menikmati ujian yang sedemikian rupa.
Semoga pengalaman Jamilah akan menjadi iktibar kepada kita semua dalam membuat persiapan untuk menjadi tetamu Allah.
Mengundur diri, salam buat semua jemaah yang telah berlepas ke Tanah Suci dan yang akan berangkat. Semoga selamat pergi dan kembali dan mendapat haji mabrur.
Labbaikallahumma Labbaika, Labbaika La Syarika Laka Labbaika, Innal Hamda Wan Nikmata, Lakawal Mulka, La Syarika Laka. Selamat datang wahai Tetamu Allah!
Salam |
|
|
|
|
|
|
|
301# Hanni
Hanni,
Jawa tepi adalah ungkapan yang dibuat2 oleh pakcik sebilik dgn saya. Pakcik2 ni hari2 asal ke Masjid masti duduk sebelah orang indon. Jadi bila duduk sebelah indon kok ngomongnya ikut ngomong indon gitu. Jadinya ngomongan indon itu terbawa2 ke bilik. Jadinya kami sebilik ngomong indon hari2 sehinggakan jemaah malaysia lain menjadi hairan... pakai beg selempang malaysia, tapi ngomongnya persis indon gitu. Bila di tanya... "bapak dari mana?"... jawapannya "jawa tepi". Kalau jawa barat pastinya ada jawa timur, bukan? Jadinya kalau jawa tengah, pastinya ada jawa tepi. |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.utusan.com.my/utusan/design1_files/logo_1.gif
Pesawat stabil sebaik azan dilaung
SETIAP orang tentu menyimpan satu kenangan manis atau pahit yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat ...
aziefa Post at 26-10-2009 12:37
baca n mendengar cerita pun dh merasai apa yang dialami |
|
|
|
|
|
|
|
308# ayahjoe
tapi kalau dgn TH travel pun insyallah boleh dapat.. |
|
|
|
|
|
|
|
baca n mendengar cerita pun dh merasai apa yang dialami
kurusss Post at 26-10-2009 13:24
Assalamualaikum..
Lama tak dengar khabar dan cerita...
Dok lepak kat Rumah mana.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aily at 26-10-2009 14:14
Sebut pasal allocation visa direct dari Saudi ni mengingatkan saya pada seorang teman..
Dia ada cakap mengenai ini..
Tapi saya macam tak percaya..
Ada ke..
Bukan kah kita mesti melalui visa ...
aziefa Post at 26-10-2009 14:00
Salam Azie
Kalau dapat no telefonnya kongsi kongsi leh tak he he |
|
|
|
|
|
|
|
316# aily
okey..Insyallah..
Kak Aily..
Semalam pi Kelana Jaya..
Teringat kat Kak Aily..
Pakai Jubah pi Kelana Jaya..
So semalam Azie teringin nak pakai Jubah..
Bila pakai Jubah..terperasan pulak macam kita nak pi Mekah..
Husband siap dok tanya ..
Nak pi Haji juga ke..
Insyallah...coming soon.. |
|
|
|
|
|
|
|
308# ayahjoe
tapi kalau dgn TH travel pun insyallah boleh dapat..
bayangan_rindu Post at 26-10-2009 13:40
Betul tuh kak hajjah bay.....tapi mcm tahun nih quota tambahan 10,000 takder so list standby tak dapat pergi.....tapi grup Hj Harun nih tak kacau Visa utk jemaah dibwh pengurusan TH....tuh yg best tuh...baik utk yg dah tak sabar nak pegi... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tuh kak hajjah bay.....tapi mcm tahun nih quota tambahan 10,000 takder so list standby tak dapat pergi.....tapi grup Hj Harun nih tak kacau Visa utk jemaah dibwh pengurusan TH....tuh yg best t ...
ayahjoe Post at 26-10-2009 14:31
Terkini, Malaysia telah mendapat penambahan kuota sebanyak 10,000 orang menjadikan jumlah jemaah haji ialah seramai 36,000 orang
i were informed that we got another 10 k kuota for this year |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by HUSSAINTAHIR at 26-10-2009 15:30
316# aily
okey..Insyallah..
Kak Aily..
Semalam pi Kelana Jaya..
Teringat kat Kak Aily..
Pakai Jubah pi Kelana Jaya..
So semalam Azie teringin nak pakai Jubah..
Bila pakai Jubah..terperasan ...
aziefa Post at 26-10-2009 14:31
welcome to kelana jaya
patutlah kelana jaya meriah semalam ...
awat tak habaq..hehe
yes the tabung haji complex is like having a fiesta....crowded...hopefully this event will give positive impact and momentum for the other who not perform their responsible yet.....
saya cadangkan agar tabung haji bukak kaunter pendaftaran haji..so sesiapa yg terbukak hati boleh pi daftar terus...supaya niat tidak dipendamkan... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang jemaah yang dulu status standby dapat pergi. Cumanya sekarang kena cari penempatan utk jemaah yang 10,000 ni. Kebarangkalian akan ambil hotel oleh beberapa negara yg batalkan penghantaran jemaah haji tahun ini. Mungkin agak jauh sikit. |
|
|
|
|
|
|
| |
|