STACY ~ SUNGGUH SEDERHANA SUNGGUH COMEL SUNGGUH CERIA
Teks Zuraita Mohd Anua
Foto Asril Aswandi Abdul Syukor
Kaliini RAPI ingin mengintai selera fesyen Stacy. Jom, kita ikuti perbualanringkas dengan Stacy tentang citarasa fesyennya. Ayuh!
RAPI : Dalam berfesyen, gaya yg bagaimana palingStacy gemari?
STACY : Saya seorang yg sangat ringkas. Untuk penampilan harian, saya lebih selesa mengenakanjeans dan 'legging' sahaja. Lagi satu saya cukup meminati jaket. Saya ada menyimpan beberapa koleksi jaket di dalam almari saya.
RAPI : Kalau untuk persembahan pula, bagaimanaStacy menentukan cara berpakaian?
STACY: Bergantung pada lagu. Kalau saya perlu membawakan lagu berentakperlahan dan romantik, saya lebih gemar mengenakan gaun. Tetapi kalausaya menyanyikan lagu rancak, tentulah penampilan yang 'funky' dan bersifat remaja yg menjadi pilihan.
RAPI : Tempat paling 'happening' untuk 'shopping'?
STACY : Berjaya Times Square. Di sini saya boleh mencari semua kehendak fesyen yg saya suka.
RAPI : Kalau nak pergi 'shopping', mesti ramai orang perasan Stacy. Jadi bagaimana Stacy buat agar urusan membeli-belah Stacy berjalan lancar?
STACY : Saya akan pakai ‘glasses’.Kalau orang tengok pun saya buat selamba. Tetapi ada juga peminat ygmenegur. Kalau begini, saya pasti akan membalas sapaan mereka. Terusterang saya akui yang saya tak rasa terganggu pun. Cuma kalau sayabetul-betul ingin membeli, saya akan buat supaya orang tak perasankehadiran saya.
![](http://4.bp.blogspot.com/_rS9dofLSgtw/Szxl_ZhwvAI/AAAAAAAABp8/6AyTz104J60/s400/DSC00842.jpg)
RAPI : Stacy pentingkan jenama?
STACY: Kalau dapat barangan yg berjenama tentulah seronok. Tetapi, sayabukanlah mementingkan jenama sangat. Dalam membuat pemilihan, sayalebih mementingkan kualiti. Kalau barang itu sesuai dengan saya, sayapasti beli.
RAPI : Menyebut tentang warna, warna apakah yg selalu menjadi pilihan Stacy?
STACY : Tentunya hitam, putih dan merah.
RAPI : Dalam menentukan fesyen, tentu kita ada idola kita sendiri. Stacy bagaimana?
STACY : Saya cukup meminati gaya Gwen Stefani.
RAPI: Menjadi artis memang memerlukan perbelanjaan yg banyak. Baju harusbertukar agar tidak dikata peminat. Bagaimana Stacy menangani hal ini?
STACY: Tidak dinafikan saya harus membeli banyak baju baru setiap bulan.Tetapi saya juga perlu menjadi pembeli bijak. Saya akan memadankannyaantara satu sama lain agar penampilan saya akan kelihatan sentiasasegar.
RAPI : Dalam banyak-banyak aksesori, yg manakah Stacy paling gemari?
STACY : ‘Bangle’. Inilah yg paling saya minati.
(Petikan Daripada Majalah Rapi Keluaran Januari 2010. Dapatkan di pasaran!)
credit to fajryna