CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amalina

KAMI PEMINAT HAFIZ ~VILLA 66~ Salam Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin Uolss.....

 Close [Copy link]
Post time 31-8-2010 12:55 AM | Show all posts
Salam & gd nite korang semua...!!!
c uols tomorrow!!!!
assalamualaikum....
manggis70 Post at 31-8-2010 00:54


wsalam kak manggis..nite2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2010 12:55 AM | Show all posts
selamat sambut merdeka manggis
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:56 AM | Show all posts
mek ina dah dpt pinats atas kejayaan membina sebuah teratak villa

har0s mek ina bangga smpai tak tid0 10 mlm :
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:57 AM | Show all posts
aku rase lady gegeh tuh 0rg msia mix iban kuduzun
mstilah lagu tuh tgh h0t skrg neh..si ...
fuhhyoOoO Post at 31-8-2010 00:47

kuduzun?....
kannnnnnnn?...aku tgk peminat die ni fanatik mcm peminat mawi dulu.....semenjak lagu KDP masuk carta MM bukan main lagi dorang meroyan kat thread MM...siap bertekak dgn peminat adira.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:59 AM | Show all posts
inA dpt kedit ekk...\
tahniahhh!!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:01 AM | Show all posts
tp lagu tu baru sekali juara MM kan..?
kat radio hot pon sekali jer jore kan...?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-8-2010 01:01 AM | Show all posts
kuduzun?....
kannnnnnnn?...aku tgk peminat die ni fanatik mcm peminat mawi dulu.....semenjak ...
delima Post at 31-8-2010 00:57



   m0tip percaye??meluat kan tgk aksi membela sahir sepen0h jiwa raga kat thread MM tuh!!
thread tuh blh tkr nama all ab0ut sahir @ muzik2
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:03 AM | Show all posts
tp lagu tu baru sekali juara MM kan..?
kat radio hot pon sekali jer jore kan...?
ilah Post at 31-8-2010 01:01



   kat muzik fm p0n lagu daus yg j0re
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2010 01:06 AM | Show all posts
kannn...sbnanya ikut stesen radio gak..
masa apiz dulu x lak era rajin pomot apiz..:re:
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:12 AM | Show all posts
mek ina dah dpt pinats atas kejayaan membina sebuah teratak villa

har0s mek ina bangga smpa ...
fuhhyoOoO Post at 31-8-2010 00:56

ha'ah kann.....aku pun baru perasan die dapat tacang....tahniah ina.....
motip tak tido sampai 10 malam?....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:18 AM | Show all posts
tp lagu tu baru sekali juara MM kan..?
kat radio hot pon sekali jer jore kan...?
ilah Post at 31-8-2010 01:01

mmg baru sekali je juara carta MM.....pastu dah kena rampas oleh FT balik.....tapi aku mmg seronok jgk tgk dorang berebut2 nak jadi juara...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:25 AM | Show all posts
mmg baru sekali je juara carta MM.....pastu dah kena rampas oleh FT balik.....tapi aku mmg seronok ...
delima Post at 31-8-2010 01:18



  kannn...
kita tgk jah peperangan dorang
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 09:27 AM | Show all posts
salam n selamat pagi KPH
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 53...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2010 09:42 AM | Show all posts
Assalamualaikum warga KPH...............
selamat menyambut hari MERDEKA ina ucapkan kepada semua.....

Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 09:49 AM | Show all posts
Assalamualaikum warga KPH...............
selamat menyambut hari MERDEKA ina ucapkan kep ...
amalina Post at 31-8-2010 09:42


walaikumsalam ina
salam merdeka...
cantik poster merdeka ina buat...acik ambik ye..nak buat wallpaper...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 10:34 AM | Show all posts
PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemrdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,
menjadi pedagang dan peniaga

selain menjadi ulama dan
ilmuan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal
erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?
Apakah angkara penjajah?
Lalu bangsaku mulai
melupakan kegemilangan silam
dan sejarah gemilang membina empayar

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan
memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya


Tun Dr. Mahathir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2010 10:43 AM | Show all posts


SALAM 1 MALAYSIA
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE-53..........SEMOGA TAHUN INI KITA LEBIH MENGHAYATI ERTI KEMERDEKAAN YANG SEBENAR.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 12:55 PM | Show all posts
Salam......

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-53....
Semoga Malaysia terus maju dan sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera...
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:09 PM | Show all posts
Selebriti: Selamat Hari Merdeka Ke-53 Malaysia!






Teks oleh Haswari Ali & Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 31 OGOS 2010: Sebagai masyarakat yang berwarganegara Malaysia, kita tentu mempunyai banyak sebab untuk melahirkan rasa bangga dan penuh kesyukuran kerana dilahirkan di bumi Malaysia yang bukan saja aman damai, makmur sejahtera, malah penuh aneka budaya yang membentuk satu perpaduan serta gagasan 1 Malaysia.

Sepanjang 53 tahun negara menyambut kemerdekaan, banyak sebenarnya yang boleh kita banggakan terhadap produk serta pencapaian anak-anak tempatan baik di dalam negara mahu pun di mata dunia.

Pertembungan kepelbagaian etnik dan budaya menjadikan kita sebuah negara berbilang bangsa yang cukup menarik serta unik. A very truly Asia. Mungkin ada kalanya sukar untuk kita bertoleransi dalam beberapa hal, namun kita masih mampu bersatu dan menjadi Satu Malaysia sepertimana yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Barangkali kita tidak akan mampu menilai erti kemerdekaan dalam konteks yang sebenarnya sepertimana masyarakat terdahulu. Namun, cukuplah kalau kita sekadar mampu menghargai perjuangan mereka, menyayangi negara dan berbangga menjadi anak Malaysia. Apa kata selebriti kita pula?

Ning Baizura, penghibur antarabangsa

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana kepelbagaian bangsa dan budaya serta tradisi yang kekal selama 53 tahun. Saya bangga dengan destinasi menarik di Malaysia yang pelbagai, serta rakyatnya yang kosmo.

Produk Malaysia yang saya banggakan dari dulu hingga sekarang ialah batik. Tidak pernah luput atau lekang dari ingatan. Satu lagi ialah dodol. Cuma publisitinya masih belum mencukupi untuk menjadikannya terkenal di kalangan rakyat jelata.

Reza Mohamed, penyampai radio & personaliti TV

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana rakyatnya yang berbilang kaum. Bila lihat slogan pelancongan, kita menggunakan Malaysia Truly Asia. Lebih bangga lagi apabila dapat merayakan pelbagai perayaan. Makanan dan minuman pun bermacam. Contohnya orang Melayu makan Yong Tau Foo. Kaum Cina makan Tosei dan masyarakat India makan Nasi Lemak.

Semua produk Malaysia sudah berjaya dan saya bangga dengan semuanya. Saya memandu Myvi. Jadi apa lagi yang boleh saya katakan.

Farish Aziz, pelakon & personaliti TV

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana di Malaysia-lah saya menjadi diri, menghormati orang lain, berbudi bahasa, bekerja keras dan pelbagai lagi nilai-nilai positif yang mungkin tidak akan dapat saya rasai sekiranya dilahirkan di negara lain.

Produk Malaysia yang saya banggakan ialah penerbangan tambang murah, AirAsia kerana telah berjaya membuka mata dunia bahawa negara kecil seperti Malaysia juga mampu membuat apa yang telah gergasi dunia mampu lakukan. Malah lebih baik daripada mereka.

Nurul Wahab, penyanyi & pelakon

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana Malaysia adalah negara yang aman dan mempunyai pemimpin yang berwibawa. Malaysia terletak di tengah-tengah mata dunia, malah menjadi tempat tumpuan seluruh negara kerana kaya dengan galian dan tempat perdagangan setempat.

Produk Malaysia yang menjadi kebanggaan saya tentu saja Proton Saga. Bersyukur dan berbangga kerana Tuhan meletakkan saya di Malaysia tercinta.

Rozita Che Wan, pelakon

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana kerana kita telah berjaya menjadi antara negara paling membangun dalam tempoh yang begitu singkat. Antara negara-negara Islam khususnya, Malaysia merupakan negara paling membangun dari pelbagai segi termasuklah ekonomi, pendidikan, social dan banyak lagi. Negara Islam yang lain ingin dan cuba mempelajari rahsia-rahsia kejayaan kita dan digunakan di negara masing-masing.

Alyah, penyanyi

Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia kerana keamanan yang dikecapi membolehkan saya berada di mana-mana destinasi di dalam negara tanpa rasa takut. Negara kita juga memiliki kepelbagaian teknologi moden sama seperti beberapa negara maju.

Produk Malaysia yang menjadi kebanggaan saya ialah kereta buatan tempatan. Sungguh bangga sekali apabila saya pernah melihat, kereta Perodua Kelisa telah tersenarai sebagai antara kereta buatan terbaik dalam sebuah program TV antarabangsa.

Amber Chia, supermodel & pelakon

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana hanya di sini saja saya boleh bertutur dalam banyak bahasa dan memahami budayanya. Kepelbagaian rakyat dan kaum menjadikan makanan di Malaysia adalah terbaik yang pernah saya rasai. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan dilahirkan di negara ini.

Produk Malaysia yang menjadi kebanggaan saya apabila Malaysia telah berjaya melahirkan begitu ramai pereka fesyen dan selebriti bertaraf dunia seperti pereka kasut ternama Dato' Jimmy Choo dan aktres Michelle Yeoh. Semangat Malaysia Boleh! Juga telah membawa nama ramai penyanyi tempatan popular di negara jiran seperti Taiwan.

Edlin, penyanyi

Saya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana tempat kita tiada peperangan. Malaysia dilengkapi dengan pelbagai bangsa, makanan yang menyelerakan dan unik daripada smeua masyarakat ini.

Produk Malaysia yang menjadi kebanggaan saya ialah batik kerana batik Malaysia halus buatannya. Tambahan pula harganya berpatutan.

Irma Hasmie

Saya bangga jadi anak Malaysia kerana Malaysia adalah satu-satunya negara yang kita boleh hidup dengan aman dan damai. Malaysia merupakan antara negara yang tidak terlibat daripada sebarang peperangan yang dahsayat berbanding negara-negara luar. Hanya di Malaysia sahaja kita hidup aman damai walaupun terdiri daripada bangsa yang berbilang kaum.

Saya bangga dengan barangan Malaysia terutama sekali kereta buatan Malaysia iaitu Proton dan Perodua. Kereta Malaysia satu-satunya produk Malaysia yang boleh dibanggakan kerana jenamanya telah membawa nama Malaysia ke serata dunia.

Remy Ishak

Saya bangga jadi anak Malaysia kerana Malaysia merupakan satu negara yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India tetapi hidup dalam keadaan aman damai. Saya bersyukur berada di Malaysia kerana Malaysia bukan sahaja terkecuali daripada negara yang berperang malah kadar jenayahnya juga kurang berbanding negara-negara luar.

Selain kereta pertama Negara iaitu Proton Saga, saya sangat berbangga dengan banggunan tertinggi di Malaysia iaitu Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) yang sekaligus merupakan banggunan ketiga tertinggi di dunia. KLCC ini telah membuatkan Malaysia dikenali serata dunia malah KLCC juga telah menjadi satu tarikan besar kepada pelancong-pelancong luar negara untuk datang ke Malaysia.

Shila OIAM

Saya bangga jadi anak Malaysia kerana sepanjang 20 tahun saya hidup, Malaysia sebuah negara yang aman dan harmoni walaupun hidup dalam berbilang kaum. Saya sayangkan Malaysia sehingga apabila saya ke luar negara pun saya akan cepat-cepat mahu pulang ke Malaysia kerana banyak makanan di Malaysia yang saya tidak boleh tinggalkan. Saya juga bangga kerana saya lahir pada bulan kemerdekaan!

Saya bangga dengan barangan Malaysia teruatama sekali dengan kereta keluaran Malaysia. Kereta yang paling saya bangga dan suka adalah kereta Myvi (Perodua) dan Satria Neo(Proton). Kereta Malaysia bukan sahaja boleh dimiliki dengan harga perpatutan malah reka bentuknya juga sangat menarik. Saya juga bercadang untuk membeli kereta Myvi warna hitam tidak lama lagi.

HAFIZ AF7

Saya bangga jadi anak Malaysia kerana saya dapat hidup di Malaysia dengan selamat dan sejahtera Saya bersyukur jadi anak Malaysia kerana Malaysia negara yang bebas daripada peperangan. Oleh itu saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya menghargai negara kita dengan menyambut kemerdekaan tahun ini dengan lebih meriah.

Barangan Malaysia yang saya bangga sangat adalah kereta Proton Satria Neo CPS. Bagi saya Satria Neo merupakan kereta Malaysia yang hebat. Saya bangga dengan teknologi kereta itu yang canggih dan standing dengan kereta-kereta canggih luar negara seperti Lotus.

Amylea

Saya bangga jadi anak Malaysia kerana Malaysia mempuanyai identiti tersendiri yang boleh dibanggakan. Identiti Malaysia terletak pada budaya dan seninya yang pelbagai. Malaysia mempunyai kesenian yang tersendiri daripada pelbagai tarian tradisioanla dan budaya yang masih dikekalkan sehingga kini. Apa yang menariknya, Malaysia mempunyai pelbagai jenis makanan, di mana setiap bangsa mempunyai makanan asasnya yang tersendiri. Makanan yang kini sudah menjadi makanan pilihan seluruh rakyat Malaysia adalah seperti nasi lemak, char kuey teow dan roti canai.

Saya bangga dengan barangan Malaysia terutama sekali pakaiannya. Saya suka dan kerap membeli pakaian buatan Malaysia sejak kecil lagi. Walaupun kini saya sudah mampu membeli baju buatan luar negara tapi saya tidak berbuat demikian kerana baju buatan Malaysia bukan sahaja murah malah berkualiti. Antara baju jenama Malaysia yang saya gunakan adalah Nichi dan Sireh Pinang.
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2010 01:12 PM | Show all posts
Salam......

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-53....
Semoga Malaysia terus  ...
watashidiva Post at 31-8-2010 12:55

salam 1 Malaysia diva...........Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-53.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.052078 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list