|
Tak berapa betul nama tempat Sasaran ni. Tambah pulak kena naik bot 30 minit, jadi memang tersasar jauh drp Sasaran.
Sebenarnya Sasaran hanya satu kawasan kampung nelayan Cina di Sungai Buloh, Jeram, Kuala Selangor.
Maknanya dalam Daerah Kuala Selangor, ada satu tempat namanya Jeram. Walaupun namanya Jeram, tak ada jeram di Jeram. Jeram ada laut. Dalam Jeram, ada Pantai Remis, ada Sungai Buloh.... basically kongsi poskod yang sama. kalu alamat Sungai Buloh, poskod 45800 Jeram.
So Sungai Buloh ni, adalah pekan kepada Jeram. Jeram walaupun kiranya 'ibu', tapi tak ada banyak kedai2 besar. Sungai Buloh pusat aktiviti ekonomi bagi Jeram.
Jadi, Sasaran ni adalah hanya satu kawasan kecil di tepi sungai di pinggir Sungai Buloh.
Tapi sebagai orang yang membesar tak jauh daripada tempat ni, seriously iols tak tahu wujudnya tempat yang dimaksudkan ni. |
|