|
Yang paling malang, cuma BUDAK Mohammad Thaqif Amin.
Mak bapak dia yang paling beruntung. Dapat simpati satu Malaysia,
dapat duit derma daripada orang ramai dan pertubuhan, party politik
dan mungkin kerajaan negeri. Dapat lagi tikit percuma ke Syurga
sebab dha mengorbankan anak ke jalan yang betul.
Selain daripada mak bapak budak ni, ramai lagi yang dapat untung
hasil penderitaannya, termasuk Pak Jib yang ucap simpati kat
keluarganya, dapat pujian sebab dalam kesibukan masih ada masa
nak simpati kat budka malang ni.
Sekarang macma-macam orang nak tumpang publilcity murahan.
Tokey kosmatik, tokey tudung, tokey blog, tokey agama......
Inalilahh...semoga rohmu ditempatkan di kalangan orang-orang
beriman Muhammad Tahquif Amin.
Reasgt in peace, sayang.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada2 bekas banduan dihina2 terus terusan sepanjang hayat
ada2 bekas banduan dipuja2 sepanjang hayat, malah diangkat menjadi ketua menteri dan orang utama dalam parti
ini lah alam semulajadi. ramai manusia yang kurang waras dalam berfikir.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau nk rotanpun jgn la rotan kat tapak kaki, tapak kaki tu la duduk segala jenis saraf dalam tubuh badan kita, kalau kerap sgt kena rotan rosak saraf, semua tak berfungsi dah, terutama saluran darah yg pegi ke jantung |
|
|
|
|
|
|
|
mak pak tau beranak saja cam tikus & lipas...... nie kan takdir, kenapa tak salahkan tohan?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalo tak silap aku mencuri... tapi cara deme cakap macam jenayah melampau2 seperti membunuh, merompak, mengedar dadah...
|
|
|
|
|
|
|
|
pada aku klu nk bantu tu, tak payahla sebut dlm fb
mcmla tkde tepon , tenet kt rumah tu, selama ni pakai mesin taip ke apa
apa susah sgt tepon direct kt pej. madrasah tu mnta no mak pak dia
kn senang
|
|
|
|
|
|
|
|
lain kali nk pkul pelajar, rekodla dlm video ka apa
nk tau kuat mana tu |
|
|
|
|
|
|
|
kan pihak polis kata ada bukti CCTV menunjukkan 15 org kena sebat?
|
|
|
|
|
|
|
|
Allah menguji dia kali ni dengan dugaan yg berat. Kesiannya la... Aku yakin dia rotan.. bukan niat nak mencederakan... budak2 lain yg dia rotan tu.. elok je takde pulak patah riuk. Cuma kes arwah aje entah di mana silapnya... melarat2 sampai melibatkan kehilangan nyawa.
Aku bersimpati pada warden ni. betul dia salah.. merotan dengan getah paip tu.. tapi tidakla pulak dia layak dihukum sampai mati. Arwah ni meninggal bukan sebab dipukul saje.. tapi ada sebab2 lain jugak. Mcm tak adil klau nak put all the blame pada warden ni.
Pasal dia ex convict... dia juga pentaubat. dia dah berubah kot.. tu yg keje kt pusat tahfiz. klau dia tak tobat.. baik dia keje bonzer.. puas ati pukul orang.
Aku harap dia diadili dengan seadilnya. Kasihan dia. |
|
|
|
|
|
|
|
talapia replied at 28-4-2017 12:38 PM
Allah menguji dia kali ni dengan dugaan yg berat. Kesiannya la... Aku yakin dia rotan.. bukan niat ...
Stju ngan ko.. aku arap ade penjelasan dan update nti berhubung dgn kes ni.. slh ttap slh.. dh nk dijadikan cite... hmm |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun dia bekas banduan tak bermaksud dia bersalah.bekas banduan pun layak utk menjalani kehidupan spt biasa.Bekerja.iye dia pukul tapi tak semestinya dia salah.tolong jgn judge Dia. Tengok keputusan daripada post mortem |
|
|
|
|
|
|
|
nie aku copy dari group whatsapp.... related ke tak.. aku x tau...
Viral tentang budak tahfiz yg kena pukul dgn getah paip tempoh hari & kaki dia jadi hitam....... Baca cerita d bawah.👇🏾
Gangren / Apabila Sel sel mati
Biar kita tersilap ampun dari kita tersalah hukum.
Saya kongsikan cerita ini hampir 14 tahun saya simpan. Tidak ada siapa tahu suatu ketika dulu keluarga saya berada di bawah pemantauan kementerian kesihatan kerana penyakit yang dijangkiti oleh maid saya.
Ingin saya berkongsi cerita tentang gangren. Gangren ini berlaku apabila sel sel telah mati menyebabkan daging busuk. Daging busuk tadi disebabkan oleh kuman.
Kiranya kuman ini memang sudah lama ada di dalam tubuh seseorang tetapi duduk rehat/ pasif.
Suatu hari maid saya terjatuh , terjelepok kelantai menyebabkan kakinya sakit. Katanya terseliuh. Salah urat. Cuma disapu minyak panas dan urut sikit sikit.
2 hari selepas tu maid saya demam. Saya bawa ke klinik, doktor kata demam denggi. Kakinya bengkak dan kehitam hitaman. Doktor kata seperti berlaku pendarahan. Sepatutnya nampak kemerah merahan tetapi kulit maid saya gelap, warna merah jadi warna hitam. Bimbang akan lebih mudarat doktor menasihati agar dibawa ke hospital. Oleh kerana maid warga asing, saya masukkan maid ke hospital swasta. Hospital Pakar Johor.
4 hari berada di wad. Doktor pakar benar benar melakukan siasatan kenapa kaki maid saya yang asalnya cuma terseliuh boleh bengkak dan bertukar warna hitam. Doktor memaklumkan kepada saya bahawa sel sel telah mati. Kaki maid jadi gangren. Doktor pakar menasihati saya agar maid dipindahkan ke Hospital Kerajaan. Kos rawatan sangat tinggi jika meneruskan rawatan di situ. Setelah urusan discaj, bil rawatan selama 4 hari mencecah RM 5,500.00. Doktor menyediakan surat rujukan untuk meneruskan rawatan di hospital kerajaan. Satu saja yang hospital pakar sembunyikan mereka tak nak bagitahu kenapa gangren boleh terjadi. Mereka suruh saya tanya pakar di hospital kerajaan. Doktor pakar menasihati saya mesti dibawa menerima rawatan segera dan jangan sekali kali bawa pulang ke rumah.
Memandangkan maid memang sakit dan lemah, terus saya bawa dari Hospital Pakar Johor ke Hospital Sultanah Aminah. Saya sudah tidak kira lagi kos rawatan yang perlu saya tanggung demi membantu orang yang sakit. Memang kena bayar deposit sebab maid warga asing.
Baru 2 hari duduk dalam wad, doktor pakar perubatan dan doktor pakar kulit HSA sudah memanggil saya datang untuk menerangkan kenapa kaki maid jadi gangren dan rawatan selanjutnya.
Doktor menerangkan kaki maid jadi gangren, sel sel mati disebabkan maid saya telah dijangkiti kusta. Kusta ini bukan baru tetapi telah ambik masa bertahun tahun berada dalam tubuh maid cuma tidak aktif. Maid terjatuh telah merangsang kuman aktif dan menyebabkan sel sel dikaki mati. Pendek kata kuman ni serang kaki dulu. Sebenarnya kuman tu telah berada diseluruh tubuh tapi yang lain masih tidor. Jelas kelihatan kulit dibeberapa bahagian menebal dan hilang deria rasa. Itu pun kami tahu setelah doktor pakar memeriksa secara terperinci disetiap bahagian tubuh maid saya. Banyak lagi simpton lain yang mengesahkan maid saya mengidap kusta.
Kusta bukan alang alang penyakit. Penyakit kusta ada tercatat dalam kisah nabi Musa. WHO telah mengistiharkan mana mana kawasan atau sesiapa yang terkena penyakit kusta perlu diasingkan/ dikuarantin. Hidup dalam pengasingan. Dulu di Sg Buluh, Selangor ada sebuah Hospital untuk merawat orang orang yang berpenyakit kusta. WHO juga telah mengistiharkan rawatan untuk orang sakit kusta adalah percuma.
Plan rawatan awal yang doktor maklumkan kepada saya ialah menjalani pembedahan plastik keatas kaki maid. Bermakna daging daging kaki semuanya dibuang termasuklah kulit kulit kaki. Asalnya jatuh terseliuh tu sebelah kaki saja, tetapi terjadi gangren dikedua dua belah kaki. Pembedahan plastik dilakukan dikedua dua belah kaki dari buku lali hingga ke lutut. Doktor kata kuman tu baru merosakkan sel sel dalam daging saja belum masuk ke tulang, jadi tidak perlu potong kedua dua kaki.
Plan seterusnya doktor menasihati selepas pembedahan dijalankan, ubat diberikan maid mesti diha
ntar pulang ke negara asalnya. Saya akur kerana ini adalah perintah Kementerian Kesihatan Malaysia apabila laporan diberikan terdapat seorang pesakit kusta warga asing berada di Malaysia. Tahun 2002 Malaysia sudah diistiharkan negara bebas kusta. Jadi bila ada kes yang melibatkan warga asing, kerajaan dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia mengarahkan warga asing itu mesti dihantar pulang setelah diberikan rawatan.
Selama 56 hari maid menerima rawatan di HSAJB. Hari hari saya melawat dan menjaga maid. Semua kos rawatan di hospital swasta saya tanggung. Baru saya tahu kenapa hospital swasta tidak mahu memaklumkan kepada saya tentang penyakit sebenar kerana saya boleh memohon pengecualian kos rawatan. Sebaliknya selepas saya bayar semua bil rawatan, saya dinasihatkan masukkan maid ke hospital kerajaan.
Ikut kiraan kos rawatan warga asing di hospital kerajaan selama 56 hari, dengan pembedahan plastik lagi jumlah boleh mencecah RM 10,000.00. Tetapi kerana kusta dibawah pemantauan WHO maka kos rawatan dikecualikan. Sebaik keadaan maid stabil, berbekalkan ubat ubatan untuk sebulan surat dari KKM telah dikeluarkan agar dihantar pulang ke negara asal. Saya terpaksa menghantar maid pulang melalui jalan laut. Bantuan imegresen dan kastam maid ditemani saudara pulang. Bila sampai negaranya maid perlu dimasukkan semula ke hospital dinegaranya. Bukan pulang ke rumah. Jika ikutkan saya , saya tak mahu hantar maid pulang ke negara asalnya sebab nanti maid tentu tidak mampu biaya rawatan di sana dan tidak ada siapa yang akan ambik peduli kesihatan dan rawatannya.
Benar maid ini bukan orang kaya. Kos rawatan kesihatan dinegaranya tinggi. Ubat ubatan yang KKM bekal untuk sebulan telah habis. Untuk membeli ubat lagi maid tidak mampu. Beberapa bulan selepas itu saya mendapat khabar, bekas maid saya ini telah meninggal dunia. Kuman kuman telah menyerang seluruh anggota tubuhnya menyebabkn daging daging busuk. Banyak sel sel tubuh mati. Tanpa rawatan yang sepatutnya kaki dulu tu dipotong menyebabkan kuman aktif dan bermaharajalela.
Kesan keatas keluarga saya ialah kami semua telah dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan di bawah klinik pakar kulit HSA selama beberapa tahun. Oleh kerana ketika maid mula bekerja di rumah saya, saya sedang mengandung anak bongsu, anak bongsu lahir dia yang menjaga ketika saya keluar bekerja. Maka anak bongsu yang paling kerap bersama maid sepanjang setahun maid bersama saya. Anak bongsu diletakkan bawah pemantauan doktor pakar kulit selama 10 tahun. Siapa saja yang pernah tinggal bersama saya dalam tempoh maid tinggal dengan saya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan berkala. Sehingga kami diistiharkan bebas dari jangkitan kusta.
Saya hampir hilang kewarasan dalam bertindak kerana rasa tertekan. Seluruh ahli keluarga terdedah dengab kuman kusta. Kuman kusta ini bukan bertindak cepat sebalik pasif sehingg tiba saat diaktifkan dan apabila sudh aktif tidak dapat dihentikan lagi. Walaupun doktor menerangkan keadaan keluarga saya terkawal kerana maid sempat diberikan ubat ubatan. Tetapi sebelum maid menerima rawatan seluruh keluarga saya terdedah dengan penyakit itu. Anak anak saya masih kecil ketika itu.
Sungguh Allah yang Maha Berkuasa menjaga keluarga saya dari terkena jangkitan kuman kusta. Keluarga saya sudah melepasi tahanan kawalan. 14 tahun telah berlalu. Tidak lagi keluarga saya perlu menjalani pemeriksaan pemantauan penyakit kusta.
Ini saya kongsikan agar kita tidak khilaf menuduh seseorang yang menyebabkan gangren dan kaki terpaksa dipotong. Sebatan getah paip mungkin asbab kuman dalam tubuh aktif dan menyerang sel sel. Tapi bukan orang itu yang mencelakakan hingga kaki dipotong.
Takut takut dosa membuat tuduhan membukit nanti dan payah kita mencari orang yang kita tuduh untuk memohon maaf.
Melihat sel sel kaki mati, daging busuk boleh muntah. Saya pernah membawa anak melawat maid di hospital, anak saya terus muntah kerana tidak tahan bau dan ngeri. Kulit terkoyak dan daging tu jatuh sendiri sebelum pembedahan plastik dijalankan.
Ambillah pelajaran dan iktibar bahawa setiap be
rlaku ada asbabnya sedang itu memang sudah tertulis sejak azali.
Wahai anak anak, Ahmad Ali Aqbar, Ali Gaban, Dr Najdah Othman , Dr Amiratun Nazihah,احمد بيهقي بن عثمان , Omar Abdul Aziz, Abdullah Mubarak , Ali Imran , Darjah Satu
Masih ingatkah kamu semua?
Muna Liza Binti Ismaill dan DrOthman Al-Banjarii
22/04/2017 |
|
|
|
|
|
|
|
Polis tuu hensem kata mbak trisna |
|
|
|
|
|
|
|
Lobai_Sabbath replied at 28-4-2017 10:04 AM
produk kosmetik jual timbang kilo dah tak laku?
Terlajak laris punya kosmetik co white tuu timbang kilo jugakke.. bau busuk gila |
|
|
|
|
|
|
|
Asal berasaskan tahfiz guru quran ustazah ustaz semue baik ye. Tunggu anak masing kene ditempat arwah ni. :zz |
|
|
|
|
|
|
|
setuju dengan perenggan yang ke 2 tu,
19 hari duduk dengan mak dia,knp mak dia xbawa pergi pakar,
pandai2 bagi ubat sendiri kat anak..
|
|
|
|
|
|
|
|
tunggu je la laporan perubatan post mortem arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya mak n ayah dia pon di siasat juga!!
ntah apa yg diorang bg makan ke arwah sampai melarat mcm tu..
bukan nak tuduh ke apa..tp ada je mak pak yg kedekut duit ringgit..
bila anak ngadu sakit, diorang buat sambil lewa..tak bawa pon gi hospital or klinik utk
dptkan rawatan..
bg je makan ubat ntah pape..
bila dah teruk baru kelam kabut nak bawak gi hospital..
n of course la masa tu dah terlambat...
aku rasa..selain warden tu..pihak polis kena jugak siasat mak ayah arwah adik thaqif..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|