Cemas! Kemaluan Tersangkut Pada Botol
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/10/23/kemaluan-tersangkut/
Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 2:00 PM
Anggota bomba sedang berusaha mengeluarkan botol yang tersangkut pada kemaluan lelaki OKU.
TAIPING: Niat seorang isteri ingin membantu suaminya membuang air kecil menggunakan botol air bertukar cemas apabila bahagian atas botol tersebut tersangkut pada bahagian hujung kemaluan mangsa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Hasna Rashid berkata, mangsa yang berusia 29 tahun adalah orang kurang upaya (OKU). Menurutnya, botol mineral 500 mililiter itu mula tersangkut sekitar jam 10 malam pada Ahad.
Botol yang dipercayai tersangkut pada hujung kemaluan mangsa.
"Bagaimanapun, mangsa hanya ke Hospital Taiping untuk mendapatkan rawatan sekitar jam 10.30 pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Isnin.
Dalam perkembangan berkaitan, Hasna berkata, akibat kejadian itu, mangsa dipercayai terpaksa menahan sakit lebih 14 jam sebelum botol berkenaan berjaya dikeluarkan.
"Anggota bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, kira-kira jam 11.27 pagi.
"Sebaik tiba, anggota segera bertindak memotong bahagian botol berkenaan menggunakan peralatan khas hingga berjaya.
"Kita mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk mengeluarkan botol terbabit dan operasi ini selesai kira-kira jam 12 tengahari," katanya.- Sinar Harian
|