CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kucingitam

[Tempatan] Datin Seri Rosmah akan didakwa hingga 20 tuduhan

[Copy link]
Post time 18-9-2018 11:35 AM | Show all posts
heheheh...sian rosmah..xdpt soping juta2 lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
kessian ubat sampai sejuta pn kedut berterabur
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 11:47 AM | Show all posts
bohong semua tu....

kak mah jelita semulajadi hokkayyy....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Umur DR ni dah berapa sekarang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-9-2018 12:00 PM | Show all posts
60an rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
dakwa je la. itu la gunanya ag baru. blh dakwa sesuka hati, blh tarik balik kes sesuka hati

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-9-2018 12:12 PM | Show all posts
tak boleh pakai la orang tengah tu
game duit kak mah sampai 1 jota
tup2 ubat anti aging tu tak berkesan pun  
i mean look at kak mah after election?
beza kan?
bertabah la kak mah
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 12:14 PM | Show all posts
lama dah x tgk beliau di media sosial
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 12:15 PM | Show all posts
rospinki replied at 18-9-2018 11:34 AM
inilah contoh jenis manusia yg rasa suci dapat menceritakan keburukan orang
modal ahso ankel mengan ...

kebanyakan fitnah yang berlegar di media sosial
direka oleh golongan non

yang memperbesar dan menularkan pun
di kalangan non jugak

supaya Melayu terus buruk memburukkan sesama sendiri,
bercakaran serta hilang kuasa politik
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu ni dinaikkan utk meredakan kemarahan marhein berkenaan langkah PD kah??? Nak dakwa terus jela dakwa baru la jd berita. Gosip hiburan sgt
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 12:48 PM | Show all posts
napa x seratus terus??? ni ekonomi jatuh ni salah rosmah lah kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 12:59 PM | Show all posts
rospinki replied at 18-9-2018 10:41 AM
dakwa je kot
takan la riuh rendah kes birkin segala tup2 diam
harusla ada legal proceed

mau xkaya chuols? ayam sekor skrg 88 sen je
ayam branded ayamas RM17 je
iklan pocophone di siakapbabi mendapat respon luar biasa
duit rakyat skrg bersepah sepah sana sini.

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 01:09 PM | Show all posts
kaseh80 replied at 18-9-2018 11:27 AM
Makan ubat anti aging harga juta juta

TAPI NAPE NAMPAK TERLAJAK TUA kak ros

healing crisis kut....tunggu tgk setahun dua lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe die igt rm1juta punya product tu berkesan mcm barang Doraemon. Skali telan terus jadi anak dara smula. {:thief
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak beli produk kurus jota2 ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 18-9-2018 03:12 PM
aHoi83 replied at 18-9-2018 12:34 PM
Isu ni dinaikkan utk meredakan kemarahan marhein berkenaan langkah PD kah??? Nak dakwa terus jela da ...


rakyat ramai dah  makin meluat  oii . tak  perlu nak jaja kesah kk mah bermewah utk lupakan hidup yg makin perit. income makin ciput.rm makin jatuh. janji2 manes ph semua ke longkang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2018 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm tak percaya je dia pakai produk sampai juta2 RM....
Dia tak nampak jelita pun!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
adoiii kak semah oiii... pakai safi balqis rania udah lerrr.. yg duit lebihan tu blh sauk birkin lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Laju je macai pertahankan Kak Mah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2018 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Byknye duit..hasil menabung ni

Beli produk hormon RM1 juta
MyMetroUtama
Share

Tweet

Share

Wartawan NSTP
[email protected]

Kuala Lumpur: Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka berdepan tuduhan pengubahan wang haram dalam tempoh terdekat selepas siasatan terhadapnya yang bermula dua tahun tahun lalu, dibuka semula.

Difahamkan, pasukan penyiasat sudah melengkapkan siasatan mereka terhadap isteri kepada Datuk Seri Najib Razak itu, baru-baru ini.

Malah, pasukan penyiasat membuka semula fail membabitkan Rosmah sejak tiga bulan lalu sejurus kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan siasatan khusus itu menjurus kepada dakwaan sumber dana mencurigakan mengaitkan suaminya yang sebelum ini menemui jalan buntu.


Rosmah pernah disoal siasat lebih tiga jam di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Jun lalu.

Difahamkan, soal siasat itu berkaitan siasatan terhadap bekas anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd.

Najib sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan mengikut Akta SPRM 2009 membabitkan wang berjumlah RM42 juta.

Sumber memberitahu Najib dijangka berdepan lebih banyak pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram hujung bulan ini.

Rosmah, 66, yang juga bekas Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) sejak 2009 sehingga suaminya disingkirkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Mei lalu dijangka berdepan lebih 20 pertuduhan jenayah, kebanyakan membabitkan pengubahan wang haram.

Difahamkan, satu daripada pertuduhan itu dijangka menarik perhatian orang ramai.

Pertuduhan itu membabitkan pembelian produk hormon antipenuaan bernilai lebih RM1 juta dari Amerika Syarikat (AS).

Difahamkan, kehadirannya di ibu pejabat SPRM baru-baru ini disebabkan penyiasat percaya dana daripada SRC digunakan untuk membeli produk berkenaan.

Produk berkenaan dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon lebih 600 peratus jika diambil secara berterusan.

Bukan itu saja, mereka yang pernah menggunakan produk itu mendakwa ia menambah baik tenaga dalaman, tidur yang lebih baik, mengurangkan berat badan, menguatkan otot dan memperbaiki sel kulit.

Menurut sumber, cek bayaran bernilai lebih RM1 juta dibuat kepada seorang doktor bergelar Datuk pada Februari 2015 bagi pembelian dua set ubat bernilai RM500,000 setiap satu.

Malah, cek yang diserahkan kepada doktor terbabit turut tertera nombor akaun sama dengan akaun bank AmIslamic milik Najib yang sudah ditutup sebelum ini.

Akaun terbabit dipercayai ditutup beberapa minggu selepas bayaran dibuat.

Ketika disoal siasat, doktor terbabit memaklumkan cek terbabit adalah untuk pembelian dua set ubat.

Produk lain yang dibeli dipercayai ialah 100 peratus makanan berasaskan tumbuhan bagi merangsang badan manusia untuk mengekalkan keremajaan dan daya hidup.

Difahamkan terdapat sekeping cek bernilai RM100,000 yang dibayar kepada sebuah syarikat pada Februari 2015 bagi kerja pembinaan sebuah rumah di Taman Duta.

Rumah berkenaan adalah kediaman peribadi Najib dan isterinya. Difahamkan, pembayaran itu dibuat selepas selesai pembinaan pos pengawal keselamatan dan lain-lain lagi.

Difahamkan, doktor yang pernah menjadi bekas Naib Presiden sebuah pertubuhan dalam bidangnya, meletak jawatan bagi mengelak pertubuhan itu diheret ke dalam kancah kontroversi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 09:57 PM GMT+8 , Processed in 1.279022 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list