|
[Pelbagai]
Pengkajian Minda Dan Tingkahlaku Manusia
[Copy link]
|
|
ya betul tu org kita ni pemalu gittu
tapi bab minta MC tak malu
hmm kehkehkeh
silakan share lagi ilmu2 gini
membaca kan budaya kita!
suka baca topik2 macam ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by meklalala at 27-11-2018 11:28 AM
Hoarding Disorder - Penyakit Tak Boleh Buang Barang
“Hoarding Disorder.'' Kecelaruan mental seseorang yang tak dapat buang barang.
Nampak macam simple dan bukan penyakit sangat pun, tapi bila kita tengok lagi mendalam, sebenarnya benda ni parah sebab berkait dengan Depression, Anxiety, OCD etc.
Ni dia simpan benda tak ada nilai macam bekas minyak wangi, atas alasan sayang nak buang.
Penghidap HD, atau kita panggil Hoarders, ada satu masalah untuk lepaskan barang milikan dia, sayang nak let go walaupun tak ada apa-apa nilai pun. Sampai tahap, buku belajar waktu dia sekolah rendah pun dia still simpan. Padahal dia dah ada anak dua.
Hoarders ada dua jenis
1. Dia simpan semua barang (buku, magazine, kotak dll)
2. Hoarders yang spesifik barang je dia simpan. Bukan macam The Collectors Avengers tu, tu barang ada value
Nak kenal Hoarder ni, ada beberapa karakter:
1. Semua benda dia simpan, sampai tahap sos McD pun dia kumpul. Atas alasan, nanti ada nak pakai sos (sedangkan setiap kali makan, tak sentuh pun sos McD tadi tu). Prinsip dia, “Manalah tahu, nanti ada nak pakai bila-bila.”
2. Sebab dia simpan semua benda, rumah dia jadi serabut gila. Penuh barang atas lantai disusun, tepi tangga, bawah meja dll. Hoarder ni biasanya tak rasa tenang duduk dalam rumah sendiri dan rasa panas, tapi dia sendiri tak tahu kenapa.
So tak boleh buang barang. Simpan berhabuk berkulat, tak dikira membazir pula. Baik sedekah je. Hoarder akan ada satu rasa keserabutan dalam hidup dia, jadi tak tenang, mudah marah, rasa mental dia tak clean, sama macam rumah dia. Bila kita clearkan hidup daripada barang yang tak pakai, kita juga sebenarnya clearkan kekotoran mental kita.
We declutter our mind as well. Sebab tu, perasan tak, bila kita let go barang-barang yang masih elok tapi tak pakai, kita sedekah, clearkan almari semua, walaupun rasa berat, Kita rasa tenang gila, lapang dan bahagia. Sebab kita baru je bersihkan mental kita sambil bersedekah pada orang yang memerlukan.
Hoarder juga perlu dirawat sebab benda ni akan affect orang sekeliling dia. Kau bayangkan hidup bersama seseorang yang simpan semua benda, yang kita dah boleh anggap tu sampah. Pen dah habis dakwat, plastik pembalut hadiah, resit yang dah berkulat, buku latihan zaman belajar.
Reason lain kenapa Hoarders perlu dapatkan rawatan secepat mungkin, sebab barang dia yang terlalu banyak akan menyusahkan ahli keluarga dia bila dia meninggal nanti. Kebumi hanya boleh bawa kain kapan je, tapi barang dia penuh kotak, debu, kertas etc tu, akan susahkan keluarga.
Clear space around our home is a sign of clear mind and clarity in our mental. Perasan tak bila kita travel pergi duduk hotel contohnya, kita rasa seronok gila dan tenang kat bilik hotel. Sebab kita cuma bawa barang yang kita PERLU je, tapi kita still survive je kan?. Perasaan lapang macam duduk bilik hotel tu lah yang kita nak ada hari-hari dalam hidup kita bila balik rumah.
Selagi mana kita nak simpan semua benda yang dah tak pakai, selagi itulah benda tu macam “tahi” kat otak kita. Coklat, melekat dan meleleh kat dalam minda. Kotor.
Macam mana nak rawat Hoarding Disorder?1. aku lebih suggest jumpa Clinical Psychologist daripada Psychiatrist. Sebab isu ni lebih kepada behaviour dan lebih berkesan dengan psikoterapi berbanding perubatan.
Tapi tak semestinya. Kena tengok penilaian penyakit tu juga. Bukan semua Hoarders itu sudah membawa kepada HD. Dia jadi penyakit bila benda ni menganggu fungsi kehidupan seseorang. Sebab itu namanya Disorder. Tapi tak salah untuk dapatkan bantuan secepat mungkin. Takkan nak tunggu dah melarat baru nak ubati kan?
Pilih sehari untuk overhaul bilik sendiri. Kemas semua barang dan pilih mana yang kita nak guna je. Mana-mana yang lebih 4-6 bulan still tak dipakai, maksudnya kita dah tak perlu benda tu. Nak buang memang mencabar, so kita trick la minda kita, pergi sedekah. So tu tak membazir
2. biasakan diri untuk bersederhana. Jangan ikut nafsu semua benda nak beli, tapi ikut keperluan. Remember this concept,
“Kalau aku beli satu baju baru, aku kena let go satu baju lama daripada almari aku.”
Biar input dan output wardrobe kita seimbang.
3. letak kenangan tu pada hati, bukan pada barang. Aku tahu sayang nak buang semua tu. Aku dulu macam tu juga. Tapi fikir pada keluarga nanti kita dah meninggal. Kesian dorang nak kena kemas. Throwing away your things does not mean throwing away your identity/memory.
4. start small then big. Takut terkejut tiba-tiba buang banyak, nanti relapse balik. Means, try kemas almari dulu. Lepaskan baju dah tak pakai. Nanti bila rasa seronok tu timbul, baru pulun buat drastik. Sebab our mind need that sudden peace and feeling spacey.
5. jumpa psikologis, of course. Not me, sebab I’m an Assisstant je. Antara rawatan dia ialah Psikoterapi such as Cognitive Behavioural Therapy. Teknik untuk bantu kita ubah mindset / thinking pattern. So nanti tindakan kita pun akan turut sama berubah. It works!!!
6. yang PALING PENTING! Penghidap HD perlulah ada rasa nak rawat mental dia. Sebab kita tak dapat ubah orang yang tak nak berubah. Dan ini lah cabaran paling besar. Sebab penghidap HD ini tak nampak apa yang dia buat ialah sejenis penyakit/masalah pada dia. Banyak jawapan mereka akan guna,
“Tak elok membazir.”
“Mana tahu nanti ada nak guna.”
“Apa salahnya menyimpan? Tak susahkan sesiapa.”
“Biarlah hobi aku kumpul barang macam tu.”
.
.
Hidup sederhana dan minimal itulah ajaran Islam.
Antara faktor risiko boleh terjadinya HD pada seseorang:
1. Genetik/keturunan keluarga sendiri. Yes ia boleh diwarisi dan someone needs to stop the chain. Gaya didikan juga main peranan. A child yang dididik untuk simpan semua benda, ada tendency dapat HD besar nanti.
2. Faktor budaya/norma setempat. Kita dibesarkan dengan ayat “tak baik buang nanti membazir” sebenarnya jadi perangkap pada kita.
Simpan barang tak berguna juga dikira membazir, sebab dia lagi banyak kegunaan kalau kita jual/sedekah pada orang lebih memerlukan.
3. Faktor sistem negara tu sendiri. Negara kita tak ada sistem untuk bantu kita buang sesuatu yang bukan sampah (perabot, tv rosak, peti lama dll). Boleh buang tapi kena gi sendiri kedai spare part or tempat longgokan sampah. Bila kena ada effort nak buang, orang jadi malas. Berbeza dengan negara yang kalau nak buang TV (contohnya) Boleh tinggal depan rumah pada hari tertentu dan ada lori datang ambil, ia lebih mudah.
Jadi dia macam mendidik kita untuk berani lepaskan barang yang dah rosak, sebab tak perlu effort banyak untuk buang. Jangan takut untuk let go barang-barang. Kalau rasa membazir untuk buang, sedekahlah.
Membazir ke bagi free kat orang? Tak pun. Sama macam tak membazir bila bagi duit ke masjid. Tak pun jual dengan harga murah gila. Sebab aim bukan nak untung, tapi asalkan dapat let go. Kalau jual tak laku, sedekah pun orang tak nak, itu petanda yang barang kita tu sebenarnya memang dah tahap sampah.
Plastik coklat, resit 10 tahun lepas, buku tadika berkulat dll. Barang yang ada nilai sentimental boleh, tapi maksimum 10% je dari keseluruhan barang kita.
Penghidap HD memang takkan mengaku kondisi yang dia alami ni sejenis penyakit. Dia rasa benda tu normal bagi dia, asalkan tak menyusahkan orang lain. Tapi dia tak sedar, mental dia akan semakin tenat dan tenat setiap hari kalau dibiar tanpa rawatan.
Andai barang dia dibuang tanpa izin dan dia tahu, boleh membawa kepada marah melampau (emosi tak stabil), stress berlebihan (depression) dan akan rasa serba resah sebab barang dia “hilang” (anxiety). Ini bila kes dah parah sangat dah. Sebab tu penting rawatan awal.
Ia juga berkait rapat dengan OCD. Obsessive thoughts yang dia kena simpan semua barang dia. Kalau tak buat, dia depress/anxious. Compulsive bila dia simpan dan simpan dan simpan dan simpan..... (berulang kali, barang berlainan)
Get professional help, please!
Akhir kata, kesihatan mental itu sama pentingnya seperti kesihatan fizikal. Jangan takut untuk dapatkan rawatan, jangan malu untuk terima keadaan. Jumpa Psikologis, orang mengata. Tak jumpa Psikologis pun orang mengata juga. So baik pergi. Untung diri dapat rawatan.
Oh ya. Setakat baca thread ini belum cukup untuk cakap diri sendiri atau orang lain ada HD atau tak. Ini hanya panduan. Official Diagnosis mestilah diberi oleh Clinical Psychologist atau Psychiatrist. Okay? Thanks baca!
|
|
|
|
|
|
|
|
saya baru update 1 topik lagi tu fix..selamat membaca!
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by meklalala at 27-11-2018 04:23 PM
Pedofilia: Kecelaruan Mental Yang Anda Perlu Tahu
“Pedophilia : Effects of This Mental Illness”
Pedophilic Disorder merupakan cabang pecahan daripada Paraphilic Disorder, iaitu tingkahlaku seksual yang abnormal, contohnya terhadap binatang, patung mannequin dan terhadap kanak-kanak (ini yang nak cerita).
Chronophilic Disorder (nafsu seks terhadap individu lingkungan umur tertentu) terbahagi kepada tiga:
1. Pedophilia – Terhadap kanak-kanak sebelum baligh (bawah 11 tahun)
2. Hebephilia– Terhadap kanak-kanak selepas baligh (11-14 tahun)
3. Ephebophilia – Terhadap remaja yang mula masuk dewasa (15-18 tahun)
Tetapi mengikut norma kita sekarang, pedofilia dianggap mana-mana kes jenayah seksual berkaitan kanak-kanak bawah umur 18 tahun.
Syarat untuk dikatakan jenayah itu Pedofilia mestilah meliputi ciri-ciri ini:
1. Pemangsa mestilah berumur 16 tahun dan ke atas
2. Mangsa mestilah berbeza umur sebanyak 5 tahun lebih muda daripada pemangsa
Pedophilic Disorder telah termaktub dalam DSM-5 (sebuah kitab rujukan sedunia mengenai kesihatan mental) sebagai sejenis penyakit/kecelaruan mental.
Simptom-simptom yang hadir pada penghidap ini ialah:
1. Tempoh masa mempunyai perasaan seksual itu berterusan minimum 6 bulan
2. Penghidap mempunyai stress dan tekanan untuk bertindak kepada tindakan tersebut (rasa tak tenang, asyik terbayang, mahu bertindak tetapi masih dapat bertahan)
3.Tidak semestinya perlu sudah bertindak baru digelar Pedofil
4. Pelaku mesti berumur 16 tahun dan ke atas, mangsa pula minimum 5 tahun berbeza umur.
Susah sebenarnya mahu diagnosis penyakit ini, kerana alatan (tools) untuk menguji juga boleh jadi kontroversi. Takkan kita nak menggunakan video pronorgrafi kanak-kanak sebagai ujian kepada pelaku, kan? Memilikinya bahan tersebut sudah menjadi jenayah besar, walaupun untuk tujuan kajian sekalipun.
JENAYAH PEDOFILIA
Malah kita perlu tahu, jenayah ini tidak semestinya berlaku persetubuhan antara pemangsa dan mangsa, tetapi tindakan menyentuh (general touch) itu juga sudah dikira. Termasuklah memandang (dengan bernafsu), membuka pakaian, menyentuh dan menyuruh sentuh.
Pemangsa biasanya orang yang dikenali (atau berautoriti) dan rapat dengan keluarga.
Mereka ini seperti ayah, abang, pakcik, atuk, saudara-mara dll. Mereka pandai berselindung dan tak disyak apa-apa oleh ahli keluarga lain.
Mangsa pula, ialah kanak-kanak yang kadang-kadang, belum tahu apa-apa mengenai dunia ini. Mereka masih mengenal hidup, dan bayangkan trauma bagaimana akan meninggalkan kesan pada emosi mereka. Nisbah mangsa mengikut jantina kanak-kanak Lelakierempuan pula lebih kurang 1:2
Ada tiga jenis ‘taste’ pelaku Pedofilia ini:
1. Exclusive = Hanya bernafsu pada kanak-kanak sahaja
2. Non-Exclusive = Bernafsu normal pada dewasa DAN abnormal pada kanak-kanak
3. Incest = Bernafsu pada kanak-kanak yang ada pertalian darah
PUNCA PENYAKIT PEDOPHILIC DISORDER
Seperti kecelaruan mental yang lain, tiada jawapan mutlak dapat menerangkan punca dan penyebab perasaan abnormal sebegitu muncul.
Namun beberapa teori yang dipeloporkan ialah:
1. Genetik – Warisan daripada ibu bapa, perasaan dan fitrah yang hadir diwarisi (tetapi teori ini agak lemah)
2. Penderaan Seksual – Si pelaku dikatakan mempunyai sejarah hitam pernah didera secara seksual juga, menyebabkan berlaku chain of violence, iaitu mereka melakukan perkara yang sama kepada kanak-kanak lain apabila mereka dewasa, seperti mana mereka kena ketika kecil dahulu.
3. Behavioural Learning Theory – Tingkahlaku keganasan yang dipelajari melalui pemerhatian di sekeliling. Contohnya, ketika kecil pernah melihat ayah mendera mak (atau sebaliknya), abang mendera adik dll. Tingkahlaku agresif tersebut dipelajari secara tidak langsung, menjadikan personaliti mereka ketika dewasa kelak.
Agak sukar untuk menjalankan kajian dan mencari jawapan kepada punca munculnya tingkahlaku abnormal ini, kerana satu, kita susah untuk jumpa orang yang nak mengaku secara sukarela dia mempunyai penyakit tersebut. Kedua, kes yang berlaku juga biasanya kes kecelaruan mental komorbiditi, iaitu pelaku itu mempunyai dua atau lebih kondisi serentak.
Pedophilic Disorder dan Depression.
Pedophilic Disorder dan PTSD
dan sebagainya.
RAWATAN UNTUK PEDOFILIA
1. UBAT
Melalui ubatan tertentu, tujuannya untuk rendahkan pembuatan hormon testosteron. Ini bertindak untuk merendahkan libido, iaitu Sexual Drive seseorang itu.
2. PSIKOTERAPI
Pelaku melalui sesi terapi bersama Psikiatris atau Psikologis untuk memulihkan kondisi mental mereka.
Rawatan ini lebih efektif apabila ia melalui sukarela oleh pelaku (bukan paksaan atau arahan mahkamah) dan digabungkan bersama antara perubatan dan psikoterapi. Malah, lebih efektif apabila disertakan dengan latihan sosial (Social Training) oleh pekerja sosial (Social Worker)
PERANAN KITA SEBAGAI KELUARGA
1. Ajar anak-anak kita mengenai Personal Safety, iaitu bahagian mana yang langsung tidak boleh disentuh oleh orang lain — bibir, dada, punggung dan kemaluan.
2. Didik anak-anak kita untuk tidak berahsia dengan kita, dan sering tanya mengenai perhubungan mereka dengan orang lain. Mereka ini kadang-kadang tak tahu pun perbuatan dilakukan oleh pedofil itu merupakan perbuatan salah dan satu jenayah.
3. Jangan upload gambar anak sesuka hati di media sosial — Terutama gambar tidak berpakaian, gaya duduk yang tidak sopan atau sebagainya.
4. Kenalpasti pedofil yang ada di negara — Negara kita patut ada senarai pedofil yang boleh diakses oleh orang awam. Ini bukan isu buka aib, tetapi isu keselamatan kanak-kanak.
5. Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya kita syak dengan seseorang, atau apabila kanak-kanak itu sudah pun mengadu — Jangan ambil mudah adua/rengekan mereka.
MESEJ KEPADA PENGHIDAP KECELARUAN MENTAL PEDOPHILIC DISORDER
Sekiranya anda syak yang diri anda menghidap kecelaruan mental ini, dapatkan bantuan segera daripada kaunselor, psikologis klinikal atau psikiatris. Selagi mana anda ada rasa etika dan nilai moral yang kelakuan ini satu jenayah besar, maka menghidap penyakit ini bukan salah anda. Anda boleh merawatnya.
Tetapi andai anda bertindak terhadap nafsu tersebut, maka itu MEMANG SALAH ANDA.
credit to Aiman Psikologis |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Mek....tahniah
perkongsian yg amat membantu, menarik sgt topik ni
kak nes baca pun sampai berpinar2 mata, banyak sgt info kena digest
teruskan berkongsi mek |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih baca kak..nanti sy share lagi..
sorry sebab pinarkan mata kak nes (banyak betul nama dia nih )
banyak step nak kena edit
|
|
|
|
|
|
|
|
kak kumari @ kak supit kendayan @ kak nes
mek...berpinar bukan sebab tak edit, tapi terlalu banyak info penting yg perlu didigest, kena baca dlm keadaan mental tenang dan stabil
|
|
|
|
|
|
|
|
Sembang Introvert - Siapa Mereka dan Apa Kekuatan Mereka
Introvert selalu disisihkan, dianggap personaliti tak baik, anti sosial, tak berjaya dalam kerjaya dan paling dahsyat,Ada sesetengah orang introvert sendiri kalau boleh nak bertukar jadi extravert.
Thread kali ini nak cerita, kekuatan sebenar seorang introvert. Be proud lah!
Konsep introvert dan extravert ni, berkait rapat dengan ARAS. Sejenis benda dalam otak kita yang memproses Social Pleasure System.Senang cerita, bila kita bersosial, otak kita hasilkan sesuatu yang buat kita rasa pleasure.Kita feel good, feel nice and feel satisfied.
Orang introvert, Social Pleasure System (SPS) dia, cepat ‘penuh’.Anggap macam ada gelas dalam kepala. Dan SPS ialah air.Introvert gelas dia kecil. So jumpa orang sikit pun dah penuh gelas. Dia dah seronok.Beza extravert, dia tak puas. Gelas dia besar, kena lagi banyak SPS.
Gelas SPS introvert ni kecil, so bersosial sikit dah terasa pleasure. Kalau dah penuh gelas dia, dia kena take a step back.Lari jap. Balik awal, pergi berjalan seorang, pergi baca buku kat kafe, dll.Senang cerita, dia perlukan me-time. (Nak pergi makan mee sorang pun boleh)
Sebab itu, introvert selalu dianggap anti-sosial, terutama oleh golongan extravert dan ambivert.Padahal dorang tak tahu, introvert sebenarnya sangat setia kawan kot. Dorang sangat hargai persahabatan.Quality melangkaui quantity.Biar kawan sikit tapi sayang ketat-ketat.
Dalam diam introvert, dia berisi. Suka membaca, suka tengok movie sorang, suka simpan isi hati, ada satu skil akan develop,Skil menganalisis.Deria dia lagi sensitif, lagi tahu siapa ikhlas nak berkawan, suka tengok tingkahlaku orang.Dia senyap je, tapi dalam kepala, bising.
Ada 4 jenis introvert:
Pertama, the anxious introvert. Jenis yang tak boleh bersosial, cepat gemuruh, takut bercakap depan orang ramai.Tapi orang macam ni biasanya dia ada kawan rapat sangat. Tempat dia meluahkan, bersembang dan sangat hargai kawan tu.Till jannah, gituu..
Kedua, the social introvert.Hampir sama macam Anxious, tapi dia tak suka bersosial, bukan tak boleh (macam Anxious)Dia prefer berseorangan, pergi mall sendiri, makan tanpa kawan dll.Dorang suka berseorangan, tapi bukan kesepian.Being alone and feeling lonely is different.
Ketiga, the thinking introvert.Golongan pemikir. Ini yang kita kata mulut diam tapi kepala bising.Dia suka membaca, analisis, review movie dll berkaitan proses otak.Walaupun tak bersosial, orang macam ni sangat power untuk nampak benda orang lain tak nampak(Bukan hantu)
Keempat, the restrained introvert.Jenis tenang, rasional dan ada ciri-ciri leader. Dia sangat jaga kata-kata, tingkahlaku dan boleh bersosial (tapi minimum).Orang macam ni, nampak senyap je, tapi sekali bercakap, semua terdiam.Bukan jenis bising tapi tin kosong
Anda introvert mana satu?Sebenarnya semua introvert ada 4 ciri-ciri tu. Cuma mana satu yang lagi dominant.Tak ada test pun nak tahu kita mana satu. Tepuk kepala tanya minda.Yang penting, tolong faham yang introvert ialah sejenis personaliti, bukannya satu kelemahan diri. Dalam dunia yang bising, mudah untuk kita nampak Extravert berjaya. Sebab tu ada introvert terfikir sifat dia tu satu kelemahan. We have our own success. Ada je aku kenal introvert tapi kerja lawyer, trainer, motivator. Jenis kerja kena bercakap.And they’re awesome in it!
Tak boleh/pandai bersosial, tak apa. Boleh dilatih.Yang penting mesti bersosial bila melibatkan kerja, tugasan, assignment. Orang introvert bukannya bisu. Lepas dah habis kerja tu, take a step back lah. Rest. Recharge. Kasi gelas SPS tadi tu kosong balik . Introvert biasanya ada kawan rapat yang extravert. Dorang kamceng. Depan orang, sorang bising, sorang senyap.Tapi bila berdua je, terbalik. Sebab introvert tu selesa dengan kawan extravert dia tu, dia pula jadi bising banyak benda nak cerita.
Orang extravert pun biasanya ada kawan introvert. Depan orang, dia yang bising, banyak cakap banyak bersosial.Tapi bila berdua je dengan introvert tu, dia banyak senyap, sebab nak recharge balik lepas dah seharian memenuhi tuntutan Social Pleasure System dia. Kesimpulan kali ini, nak cakap yang,You don’t have to change who you are to be successful. You just need to learn to use your personality as a strength.
Don’t have the perception of your personality is a weakness.You need to accept and love yourself first. Okay?
“A little hibernation is good for the mind. Come out (for a while) when you’re ready.”Introvert and Proud!Don’t change for you are to be successful. But change people’s mindset of what it means to be successful.Thanks baca. Nanti next thread kita go deep lagi ya.Sekian. #AimanPsikologis
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-11-2018 05:18 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tetiba rasa macam diri ni more to introvert |
|
|
|
|
|
|
|
meklalala replied at 26-11-2018 09:04 AM
Topik 5: Kesihatan Mental 101 - Asas Yang Anda Perlu Faham
''1 daripada 4 rakyat Malaysia akan me ...
Baru baca. Thank u mek. Mental health awareness perlu kat sini. Orang gi psychiatry unit bukan sebab diorang gila sewel tak betul ke apa. Dan bukan saja2 nak stress tak bersyukur sebab sakit beyond repair ke apa. Sometimes we just need to talk it out, bukan sebab nak orang tolong fix situasi kita
#sayadahbuat
#andabilalagi |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by meklalala at 28-11-2018 10:03 AM
"How to help someone with depression?"
"What can I do as a friend?"
"I want to do something, but what?"
Selalu soalan macam ini dapat daripada orang awam yang nak tolong kawan yang tengah berjuang tapi tak tahu macam mana.
So, nah..share jauh-jauh ya!
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
chesfaaaa..boleh share tak step by step nak jumpa psychiatry and kos...
|
|
|
|
|
|
|
|
meklalala replied at 28-11-2018 02:34 AM
chesfaaaa..boleh share tak step by step nak jumpa psychiatry and kos...
ni sebab doktor refer to many departments, psychiatry unit sebab saya request Saya takut keep bottling up perasaan ni lama2, jadi penyakit lain pula. Nak bagitau parents tak boleh, mereka dah tua dan macam-macam lagi huhu
Dulu kena bayar RM 5 per session, sekarang RM 50-100 (kat tempat lain, kita bayar untuk khidmat dan masa orang kan). Medicard tak cover, tapi boleh claim kalau diberi preskripsi ubat
Sekarang dah banyak tempat offer councelling, free atau berbayar
Directory of Councelling Services
Dekat KL banyak tu you can do it mek!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 28-11-2018 08:55 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
chesfa replied at 28-11-2018 08:01 PM
ni sebab doktor refer to many departments, psychiatry unit sebab saya request Saya tak ...
Thanks chesfa! Nanti nak try call hkl tanya procedure..nak tahu jugak keadaan mental ni okey ke tak..kadang2 diri sendiri pun tak pasti mental sendiri..rasa macam okey je tapi who knows kan hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by meklalala at 29-11-2018 11:47 AM
Golongan Extravert - Jenis Dan Kelebihan Mereka Tersendiri
Extravert. Selalu disinonimkan dengan bising, talkative, “explode”, outgoing, spontaneous dan macam-macam lagi lah.But, is that all? Apa kekuatan mereka? Kelemahan?Tahu tak, extravert ada 4 jenis?Haaaa. Thread kali ini, kita kaji sikit minda orang Extravert.
Ingat lagi Social Pleasure System (SPS) dan Gelas Kaca?Basically, dalam kepala extravert ada ‘gelas’ yang sangat besar!In fact, kolah maybe. So they can fill it up with lots of water (SPS) in order to be stimulated by the social interaction.
Shortly to say, SPS yang dorang perlukan sangat banyak, that’s why sangat energized bila bersosial.Beza dengan introvert, gelas dia cepat penuh dengan SPS so dia perlu take a step back to be alone, to recharge.Tapi bukan bermakna Extravert ni langsung tak perlukan me-time.
There are no people who are 100% extravert or introvert.Everyone has a mixture of these, cuma yang tentukan kita kat mana, ialah mana satu yang lebih dominan.Kalau lelaki yang tak bercakap sangat dengan lelaki lain, tapi rapat gila dengan perempuan tu apa?Itu per-vert
Extravert ada 4 jenis:
1. Extravert sensors. Dia stimulated by sight, hear, feel, taste, smell. Orang macam ni, sangat seronok jumpa kawan baru sebab dapat TENGOK muka baru, PEGANG tangan baru, DENGAR suara baru dll. Dia sangat hargai pengalaman yang boleh proses melalui deria.
2. Extravert Feelers. The most typical extravert yang kita selalu kenal tu la. Energised by social interaction, sembang kawan baru, tegur makcik cleaner, high five pak guard dan macam-macam lagi lah.Dia SUKA GILA interaksi sosial, dan tak suka bila berseorangan. Rasa pishang
3. Extravert Intuitive. Spesis extravert yang stimulated by ideas, thoughts, intellectual discussion. Dia suka berinteraksi dengan circle yang boleh “kenyangkan” otak dia, bukan semata-mata sembang kosong. Dorang suka gi talk, forum dll. Jenis bising DAN berisi
4. Extravert Thinkers. Jenis suka bersosial juga, tapi dengan tujuan. Group discussion, team project etc. Dia ada visi misi dan gol yang jelas dalam diskusi. Decision makers, yang energised by team surrounding themExtravert yang sangat sesuai jadi ketua. Bising tapi berkarisma
Extravert punya dopamine level kat otak dia rendah (hormon yang proses pleasure). So dia perlukan higher external stimulation untuk bagi dia rasa pleasure. Introvert pula dopamin level dah tinggi, so dia sorang-sorang pun dah rasa seronok.
So faham yang bukan semua Extravert jenis bising tak bertempat, sama macam bukan semua Introvert jenis anti-sosial. Ia cuma beza cara otak kita proses pleasure system, yang akan affect cara kita bersosial, jenia kerjaya pilihan dll. It’s just a guide but it does not define you.
Extravert juga sebab impulsiveness dan exploding thinking pattern dia, buat dia jadi more spontaneous than introvert. Tanya nak makan mana, sekali haa, ajak pergi KLCC tu dia. Padahal rumah kat Seremban
Apa kekurangan pula jadi Extravert? Kadang-kadang dia jadi terlalu dominan dalam interaksi sosial, dia kurang mendengar. Extravert juga boleh cepat mati akal kalau tak ada kawan. Nak pergi mana-mana seorang boleh, tapi lagi best kalau ada kawan. Dia tak suka banana (pishang)
Salahfaham pasal extravert.
1. Semua extravert jenis bising dan huha huhaRealitinya, extravert feelers je macam tu. Dia SUKA GILA feeling dikelilingi orangExtravert sensors tak semua bising. Ada masa suka dalam suasana sosial tapi senyap, memerhati. Macam malaikat maut
2. Semua extravert jenis outspoken, talkative, dan pandai bercakap. Pandai bercakap dengan suka bercakap lain ye Ada juga introvert yang outspoken, cuma tak prefer selalu sangat macam Extravert.
3. Last but not least, Extravert ni masa depan cerah. Perform time interview. Awesome dalam bersosial. Tak semestinya. Ramai syarikat cari orang yang ada leadership dan able to work in a team, which is introvert pun boleh ada sifat tu.
Kepada para extravert yang sedang baca ini, Gunakan kelebihan korang dalam suka bersosial tu sebagai kekuatan dalam hidup. Pandai bina network, buat sales dll. Jangan persuade orang masuk MLM sudah laa
Extravert, Ambivert or Introvert, it’s just a guide to help you understand yourself better. It is just a category or personality. But it never meant to define who you are. You define who you are, what you can do. Accept who you are, and embrace yourself, okay? Okay. Sekain.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah terbukti kak kumari SOCIAL INTROVERT
“A little hibernation is good for the mind. Come out (for a while) when you’re ready.” tengok tu, hibernation u
dah terbuktiii
kak kumari memang selesa bersendirian, makan pun kalau blh nak sorg2, nak rasa tenang, ingatkan tu satu kelemahan sbb tengok kawan2 lain suka berhuha huha time makan...kak kumari x minat camtu, rasa jgk ehhh apa kena dgn aku ni....ada masalah mental ke? rupanya tu personaliti kita yg perlu dibanggakan
Allah jadikan kita bermacam2, dan bermacam2 tu saling melengkapi antara satu sama lain
betul...kawan pun blh dibilang dgn sebelah tangan je, kualiti lebih penting dari kuantiti
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
thanx pah atas perkongsian tu
dulu kak kumari pun disyorkan bertemu pakar psikiatri, sebab tanda2 depression memang nampak sgt...tapi sebab berseorangan, kak kumari tak berani nak ambik next step
tapi sekarang alhamdulillah, dah bertemu sahabat2 maya, kak kumari dah rasa lebih tenang, syukur pada Allah
pah teruskan yea
|
|
|
|
|
|
|
|
fix kategori introvert, lebih dominan kepada social introvert
|
|
|
|
|
|
|
|
oh samalah bila baca pasal intro n extra ni mek more to intro...taaapiiiii tunggu ambivert pulak nanti.
|
|
|
|
|
|
|
|
seronok baca...pengetahuan baru ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|