Foto: FB
Ainul Mardhiah, 9 bulan yang tular mengenai penyakit yang dialaminya telah terbang bersama ibu dan bapanya ke London pada 24 Mei lepas bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sana.
Menerusi satu status di akaun Facebook milik bapanya, Ahmad Saifuddin telah mengesahkan anaknya telah selamat menjalani pembedahan kanser mulut Germ Cell Tumor pada 10 Jun 2019.
Kredit foto: Mohd Redzuan Abdul Manap
Menerusi kemaskini dari BERNAMA Radio, doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong berkata, Ainul kini dalam usaha ke arah merehatkannya menerusi jagaan rapi.
Kredit foto: Mohd Redzuan Abdul Manap
Rata-rata pengikut yang mengikut perkembangan Ainul mendoakan agar Ainul diberi kesembuhan.
Ibunya, Nurul Erwani Zaidi menulis di Facebook "Apa pun jawapan Allah, mama dan walid akan terus reda dan bersyukur". -CARI |