Khalid Abdul Samad. Kredit foto: Facebook
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad mengesahkan bahawa bekas Setiausaha Politiknya direman pada 16 Mei bagi membantu siasatan kes borang pesanan penghantaran (DO) palsu melibatkan seorang broker.
Beliau berkata, polis mengambil tindakan itu ekoran aduan yang dibuat oleh sebuah syarikat arkitek yang menerima DO palsu daripada broker terbabit.
Khalid menjelaskan, broker berkenaan menerima ganjaran dengan menjual nama bekas Setiausaha Politiknya itu yang kononnya mendapatkan DO bagi pihaknya.
"Broker turut disiasat. Saya tidak boleh menceritakan lebih dari itu kerana kes ini masih dalam siasatan polis.
"Saya diberitahu 'broker' berkenaan telah menerima jutaan ringgit melalui kaedah jual nama ini," katanya melalui Twitter.
Kredit foto: Twitter
Beliau mendakwa, kepercayaan cash is king mungkin faktor yang menjadikan broker tersebut berjaya.
"Broker kaya, yang nama dijual teraniaya," jelasnya.
Semua pihak seharusnya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes ini selagi polis belum menyelesaikan siasatan. - CARI |