|
'Dulu lebih 200 kes kecemasan Covid-19, sekarang sekitar 20 pesakit sahaja' - Pe
[Copy link]
|
|
Hai kaka sofiazara...
|
|
|
|
|
|
|
|
ElmoRed replied at 15-8-2021 09:01 PM
Hope semua hospital di klang valley ada penurunan utk stage 3, 4 and 5.
aaamiinnn.. |
|
|
|
|
|
|
|
Indeed ....kes emergency berkurangan hanya kerana peningkatan dlm jumlah BROUGHT IN DEAD....tak sempat cium entrance emergency .
..
nak bodoh khen rakyat pun agak agak la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betol baguslah .syukur .semoga area Klang valley pun begitu.
Pening kepala nak beranai mana iols nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Gembira celah mana? Hari ni kes bid tinggi kan? Mati quarantine kt rumah. Caca marba la pengurusan kkm. Stage 1 n 2 jump to stage 3 4 5. Kalau kuat hidup la.. kalau tak makin teruk lepas hari ke 7 positive. Duhhhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ikut ape yg aku tau..Dah call ambulans pun xde kosong..nk msk MAEPS kn beratur kat CAC..tah la..selagi kaum keluarga kat Selangor dan KL ssh nk msk wad/MAEPS..ssh nk percaya.. jom la kita doakan supaya covid ni cpt berakhir kesian pd yg positif x dpt msk wad/maeps segala nye ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
delia3003 replied at 15-8-2021 09:17 PM
Awal tak awal, sekali sekala dengar benda positif ape salahnye, banyak sgt negatif pun tak elok ju ...
Betul tu, dengar berita ni macam ada secebis harapan untuk marhaen macam kita survive
Ni setiap hari pergi balik kerja cuak gila
Isi minyak dan beli barang dapur pun paranoid
Kadang2 rasa down gila bila tengok kes tak turun |
|
|
|
|
|
|
|
Taktau nak cakap apa berharap sangat mimpi ngeri ni segera berakhir.
Jangan sampai rasa putus asa melebihi segala2nya.
What if..
What if..
Menda ni jela bermain dlm kepala |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 15-8-2021 10:37 PM
Kalau betol baguslah .syukur .semoga area Klang valley pun begitu.
Pening kepala nak beranai mana ...
Kalau ada byk duit boleh try booking kat andorra tu, baca pengalaman org beranak sana time PKP ni kemain selesa lagi siap boleh layan netflix bagai.
Suami pun boleh teman tidur kat sana.
Taktaula berapa bil nya tp kalau nak selesa la kan.
Hospital gomen pun kalau yg berisiko rendah pun depa hantar private gak tp gomen bayar la.
Cuma kena faham2 laa kalau staff private layan kalian biasa2 je berbanding patient yg bayar cash kat dorang.
Yela dorang berbisnes, GL kerajaan ni taktau bila dapat bayarannya so takleh nak demand lebih yaa.
Bab kata depa jangan membazir duit pembayar cukai. |
|
|
|
|
|
|
|
ada terbaca kat fb yg bini dia call hospital kata nk dtg,... tak dtg2 tu padia? tak igt hospital mana tapi kesian la kalau buat gini semata2 nak tunjuk tak ramai org kat spital.. meninggal dah laki dia tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab yang lagi 180 tu dah masuk dalam tanah daaa... |
|
|
|
|
|
|
|
syadq replied at 15-8-2021 08:43 PM
Sebab pesakit tak pergi hospital or call PKD takde jawapan lalu meninggal kat rumah. BID cecah 1/3 k ...
BID 3 angka semlm, sesuatu yg menakutkan sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Hrp2 betul la kes kritikal makin kurang bukan sebab tak sempat nak ke hospital. Apapun semoga Allah lindung kita semua dan angkat wabak pemyakit covid 19 ni dari muka bumi |
|
|
|
|
|
|
|
"Dulu Lebih 200, Sekarang Sekitar 20 Pesakit Sahaja" - Pengarah HKL
Jika semalam seorang pegawai kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkongsi khabar gembira mengenai situasi pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan yang semakin berkurangan, hari ini pengarahnya mengesahkan perkara itu.
Dr Rohana Johan berkata, trend penurunan berlaku sejak sebulan lalu dan paling ketara, seminggu kebelakangan ini.
"Alhamdulillah, jika kita bandingkan kemasukan pesakit Covid-19 sejak sebulan lalu, boleh nampak penurunan kes yang masuk melalui Jabatan Kecemasan.
"Kalau sebulan dulu, kes kecemasan yang menunggu untuk kemasukan ke wad lebih 200, sekarang setakat hari ini, hanya tinggal sekitar 20 orang sahaja," katanya ketika ditemui di HKL.
Beliau yakin kerjasama rakyat dalam pengambilan vaksin, melakukan kawalan kendiri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menyumbang kepada situasi ini.
Dr Rohana berkata, kes kategori lima yang memerlukan bantuan pernafasan juga menunjukkan trend penurunan amat ketara terutama dalam kalangan individu yang sudah lengkap divaskin.
Foto: Harian Metro
"Walaupun masih ada lagi kes yang memerlukan bantuan pernafasan namun jumlah tinggi dilihat dalam kalangan individu tidak mempunyai sejarah vaksin," katanya.
Beliau berkata, lebih melegakan, keadaan terkini itu turut memberikan sedikit ruang kepada petugas barisan hadapan untuk berehat dan merawat pesakit dengan lebih tenang.
Dr Rohana yakin bahawa trend penurunan ini akan berterusan dengan kerjasama seluruh rakyat dan mengucapkan terima kasih kepada pihak terbabit termasuk inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley (GKV) serta hospital swasta yang sedia menerima pesakit bukan Covid.
"Juga inisiatif kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan sukarelawan sama ada secara klinikal atau bukan klinikal yang membantu mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan HKL," katanya.
Tinjauan mendapati dua wad yang sebelum ini dikhaskan bagi merawat pesakit Covid-19 tahap tiga kini kembali dijadikan wad untuk merawat pesakit bukan Covid-19 zon kuning sejak seminggu lalu.
Difahamkan wad yang mampu menempatkan 30 orang pada satu-satu masa itu pernah dihuni 70 pesakit Covid-19 dengan dilengkapi katil kanvas sementara.
Kini katil kanvas itu diletakkan di satu sudut dalam keadaan siap siaga sekiranya diperlukan, begitu juga dengan puluhan tangki oksigen dan ventilator.
Katil katil kosong juga dapat dilihat di dua wad isolasi yang menempatkan pesakit Covid-19 tahap 4 dan 5 serta yang memerlukan bantuan pernafasan.
Sebelum ini, Pakar Anestesiologi di HKL Dr Hana Hadzrami berkongsi kelegaan apabila kes rujukan dari Jabatan Kecemasan ke Unit Rawatan Rapi hospital itu yang membabitkan pesakit Covid-19 kritikal semakin berkurangan.
"Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya di hujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan," katanya dalam satu kemas kini di laman Facebook. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|