|
saya berpendapat tak salah kita mengikut sesuatu fahaman mazhab fekah tertentu..... kerana imam2 tersebut tetap mengambilnya dari sumber2 yg sohih.
Masalah timbul bila wujudnya pengikut2 mazhab yg taksub dan berfikiran sempit....sehingga mereka menolak pendapat mazhab lain. Lama-kelamaan wujud perpecahan yg ketara dlm dunia umat Islam.
Mereka yg memilih utk tidak terikat dgn mana2 mazhab pun tidak salah......selagi rujukan nya berdasarkan sumber yg sohih juga. Ingatlah Allah itu Maha Mengetahui. |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Salam,
Telah saya tunjukkan dalil dari Alquran, yang Allah melarang kita berpecah belah tapi anda masih menganggap dengan bermazhab itu tidak salah berdasarkan pandangan anda tanpa merujuk Alquran. Kajilah sejarah kewujudan mazhab dan implikasinya dan kesannya kepada umat. Seterusnya, tanyalah diri anda, siapakah yang layak menyatakan bahawa mazhab terbaik untuk 1.2 bilion umat islam hari ini hanya 4 sahaja yang lain tak diiktiraf dan ada dianggap sesat? Dari mana mereka dapat authoriti tersebut?
Sila refer Alquran,
"Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan." (6:116)
Bacalah kisah-kisah nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu dalam al-quran, hanya sedikit sahaja yang tunduk patuh dan beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa, yang lain ditimpa kebinasaan. Berulangkali kisah tersebut diulang-ulang dalam surah-surah yang berlainan. Tidakkah kita mengambil iktibar? Hanya sedikit yang berjaya didunia dan akhirat. Apa yang menyebabkan anda merasa selesa dalam mazhab yang anda anuti sekarang? Pernahkah anda bertanya, apa betulkah amalan/ibadah aku selama ini? Taklid butakah aku? Adakah ia bercanggah dengan Alquran?
Apakah dia jalan Allah itu? Jalan yang kita selalu minta dalam surah pertama
dalam solat;
"Tunjukkanlah kami jalan lurus" (1:6)
jawapannya; (Yasin)
36:60. Tidakkah Aku membuat perjanjian dengan kamu, wahai Bani Adam, bahawa kamu tidak menyembah syaitan - sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu,
36:61. Dan bahawa kamu hendaklah menyembah Aku? Inilah jalan lurus.
dan panduannya?
"Tiadalah ia (al-Qur'an), melainkan Peringatan bagi semua alam, bagi sesiapa antara kamu yang menghendaki untuk menempuh jalan yang lurus," (81:27-28).
Saya hanya memberi peringatan dan hanya Allah yang memberi petunjuk.
[ Last edited by sauber on 16-2-2005 at 01:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
saudara sauber.....
jangan menggunakan ayat2 Al-Quran hanya utk mematahkan hujah...
mmg benar apa yang dikatakan didalam Al-Quran, tetapi kene kaji balik...apa yang dimaksudkan oleh ayat Al-Quran tu.
jangan hanya memahami makna dan kemudian membuat kesimpulan hanya berdasarkan makna ayat Al-Quran tu.
tanya laa yang lebih pakar...
semua orang buleh menafsir Al-Quran tapi tidak semua yang buleh memahami Al-Quran.
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
cleen_script This user has been deleted
|
bila ada banyak2 percanggahan cam gini akan wujud persoalan adakah Rasulullah tidak memberi kita satu petunjuk jalan yg khusus? Sedangkan ketika Rasulullah nak wafat, x putus mulutnya menyebut, umati, umati, umati.
(Ampunilah daku Ya Allah, bukan mempersoalkan RasulMu Ya Allah)
Dan pertanyaan akan makin banyak timbul. Kenapa hanya 4 Imam? Kalau masuk Wahabi nanti 5 Imam la pulak!
Kalau org jawab Imam2 ni disebabkn amalan disatu2 tmpt tu berbeza disebabkan culture mereka, soalan lain pulak timbul, org Islam ni divided dgn sempadan Geografi ke? Bukankah kita ni sepatutnya united?
Bukankah kita ada hadith, yg dah ditentukan darjatnya, mutawatir, hasan, daif dan sebagainya. x de satukah petunjuk yg jelas dari Rasulullah yg menunjukkan jln yg sepatutnya kita ikut, dan kalau kita ikut jalan tu kita x kan sesat selama2nya?
Dan kalau benar ada hadith tu, kitalah yg bersalah kerana mengingkari perintah Rasulullah, yg mana apa yg dtg dr Rasulullah, adalah dari Allah.
Wahabi kata: x boleh ikut mazhab, sbb mazhab x wujud zaman Rasulullah.
Ahli Sunnah wal Jamaah kata: Ikut Imam selagi masih belum boleh ijtihad sendiri, dan Imam yg empat, Imam Syafii, Imam Hambali, Imam Maliki, Imam Hanafi.
Syii kata: Hadith Tsaqalain, yg darjatnya mutawatir yg diriwayatkan lebih dari 20 orang periwayat yg tidak dipertikai.
yg lain2 kata:??????
ada org kata: Org malaysia ikut mazhab syafii al Malayze. Mana ada Imam Syafiie suruh sambut Maulidur Rasul campur lelaki perempuan.
Ada ke Maulidur Rasul zaman Nabi dulu?
Fikir2:hmm: |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Salam saudara aza,
Mengapa anda tidak mahu merujuk kepada Alquran. Adakah Alquran hanya untuk para imam-imam, ustaz, syeikh sahaja? Adakah mereka saja yang mampu memahami Al quran? Adakah bangsa Arab yang tahu dan faham bahasa Arab terus beriman dengan Alquran apabila ia dibacakan pada mereka? Mengapakah kaum arab yang faham Alquran menentang dan memusuhi nabi?
Sila refer Alquran
54:17. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:22. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:32. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
54:40. Sesungguhnya Kami memudahkan al-Qur'an untuk Peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?
4 Kali ayat ini diulang dalam surah yang sama. Mengapa anda kata tak semua orang boleh memahaminya? Mana dalilnya?
Adakah anda mencari hujah lain selain Alquran?
"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, 'Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia.' Katakanlah (Muhammad), 'Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.'" (10:15)
Salam saudara cleen_script
Masuk taman syurga bukanlah mudah seperti yang kita sangkakan. Berbagai jalan akan kita temui yang bengkok, macam lurus tapi tak lurus dll. Sila refer ayat
Berkata Iblis: "Oleh kerana Engkau telah menyalahkan aku, maka sungguh, aku akan duduk kepada mereka di jalan Engkau yang lurus," (7:16)
"Atau, adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Taman (Jannah) tanpa datang kepada kamu yang sama dengan orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu? Mereka disentuh kemasyghulan dan kesusahan, dan mereka digoncangkan sehingga rasul dan orang-orang yang percaya bersamanya berkata, 'Bilakah datang pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah dekat" (2:214).
"Atau, adakah kamu menyangka bahawa kamu patut masuk Taman tanpa Allah mengetahui orang-orang yang berjuang antara kamu, dan tanpa Dia mengetahui orang-orang yang sabar?" (3:142).
Adakah hanya menjadi pak turut dalam mazhab akan menjamin anda masuk taman syurga? Dalil manakah yang kamu ambil? Sedangkan dalil orang yang bergolongan dan berpecah belah masuk neraka telah saya berikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu pertanyaan kpd sauber:
Adakah dengan kita hanya berpegang kepada al quran semata2 dpt menjamin tiada perselisihan pendapat diantara kita? |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
Alquran ada jawapannya,
"Itu adalah kerana Allah menurunkan al-Kitab dengan yang benar, dan orang-orang yang berselisih mengenai al-Kitab adalah dalam perpecahan yang jauh." (2:176)
"Manusia adalah umat yang satu, kemudian Allah membangkitkan Nabi-Nabi sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran, dan Dia menurunkan bersama mereka Kitab ....... Hanya orang-orang yang diberikannya berselisih, setelah bukti-bukti yang jelas datang kepada mereka, kerana keangkuhan antara mereka; kemudian Allah memberi petunjuk kepada orang-orang yang percaya pada yang benar mengenai apa yang dalamnya mereka memperselisihkan, dengan izin-Nya; dan Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki pada jalan lurus." (2:213)
"Agama yang benar di sisi Allah ialah Islam (tunduk patuh kepada Tuhan), dan orang-orang yang diberi al-Kitab tidak berselisih, melainkan setelah pengetahuan datang kepada mereka kerana keangkuhan antara mereka. Dan sesiapa yang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, maka sesungguhnya Allah cepat membuat perhitungan." (3:19)
"Dan Kami menurunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, ...... Sekiranya Allah menghendaki, tentu Dia membuat kamu satu umat; tetapi supaya Dia menguji kamu dalam apa yang Dia memberikan kamu ...... kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia memberitahu kamu apa yang padanya kamu memperselisihkan." (5:48)
dan (11:118),(10:19),(19:36-37).
Orang menerima kitab pasti berselisih antara mereka dan hanya petunjuk dari Allah yang akan menunjuk kita ke jalan yang lurus. Bukan imam-imam, syeikh-syeikh, atau seumpama dengannya yang dapat menunjukkan kita jalan yang lurus.
"dan Kami memberi mereka petunjuk pada jalan lurus. Itulah petunjuk Allah; Dia memberi petunjuk dengannya kepada siapa yang Dia mengkehendaki daripada hamba-hamba-Nya; sekiranya mereka orang-orang yang mempersekutukan, nescaya sia-sialah bagi mereka apa yang mereka telah buat." (6:87-88)
Berhati hatilah anda dengan jalan yang anda pilih hari ini, jangan sampai menyekutukan Allah dengan apa-apa pun.
Kita semua sepatutnya bersungguh-sungguh menyembah Allah dan mengharapkan petunjuk dariNya bukan hanya takliq buta dan ibadah sambil lewa.
"Dia mensyariatkan bagi kamu (Muhammad) sebagai agama apa yang Dia mewasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami mewahyukan kamu, dan apa yang Kami mewasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa: 'Lakukanlah agama, dan janganlah berpecah belah di dalamnya.'" (42:13)
Semoga kita semua mengambil peringatan dan semoga Allah memberi petunjukNya kepada kita. Insya-Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
mmm...................
adakah hanya meletakkan mana2 tafsiran ayat Al-Quran sudah menunjukkan kekuatan hujah saudara sauber...
terpulanglaa kepada saudara sauber dalam perkara ni...saya tidak mampu nak buat apa2..
ingat lah...ayat2 Al-Quran yang ALLAH turunkan itu gunalah dengan sebaiknya. jangan menggunakannya untuk kepentingan diri.
kaji laa dengan sebijaknya. dan jangan hanya memahami makna ayat2 tersebut tetapi kaji dan fahamilah dengan sebijaknya. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sauber at 12-11-2004 17:19:
Salam saudara aza,
Mengapa anda tidak mahu merujuk kepada Alquran. Adakah Alquran hanya untuk para imam-imam, ustaz, syeikh sahaja? Adakah mereka saja yang mampu memahami Al quran? Adakah bangsa ...
Macam mana dengan ada orang dia sembahyang tapi masih lagi buat dosa.
ada yang hisap rokok, para ustaz yang mengajar agama tapi masih lagi hisap rokok. nampak sembahyang cukup pi haji tiap-tiap tahun. Balik macam perangai macam tu juga tak berubah-ubah, anak bini macam-macam perangai. Ada bini queen control, anak perangai macam syaitan.Bila tanya ustaz ni dia kata ikut Al-quran dan Hadis. TAk boleh melampau sangat.
Yang kat arab tu muslimahnya bila kat negara dia pakai ikut syariat tutup aurat siap purdah lagi.Tapi bila keluar saja dari tanah arab tu perangai dia berubah sama sekali. Buang purdah, tak pakai tudung, pakai seksi-maksi.
Yang jantan plak duduk kat negara dia buat amalan, berniaga dan sebagainya.
tapi bila keluar dari negara dia siap berkempit betina di Thailand, Filipina.
Tapi negara Arab tu lepa kata lepa ni mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. Siap dijadikan perlembagaan Negara.
Bila tengok bangsa Arab ni dah jadi macam Jahiliah dulu balik. Lepa ni puak wahabi kan? Macam mana Tu:cak::cak: |
|
|
|
|
|
|
izzansdy This user has been deleted
|
Originally posted by sauber at 2005-2-15 05:16 PM:
Salam,
Saya bersetuju dengan tuan rumah yang kita tak seharusnya bermazhab, sila refer Al-Quran
6:159. Orang-orang yang membuat pecahan dalam agama mereka, dan menjadi golongan-golongan, kamu ( ...
Salam sejahtera utk sauber ......
1. Apakah pandangan anda ttg imam syafee, hambali, maliki , syiah .....dll?
2. Adakah ajaran mereka itu salah.......?
Ayat yg anda selitkan diatas itu betul......terima kasih kerana mengingatkan.
Tapi apa pula pandangan anda ttg ayat ini .....?
" Hai org2 yg beriman, jika dtg kepadamu org fasik(membawa) berita, hendaklah kamu periksa kebenarannya, (kerana takut) kalau2 kamu mengenai satu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatan mu " surah al-hujuraat ayat 6
Bagaimana kita nak kaitkan ayat2 yg anda terangkan dng ayat al-hujuraat ini ?
Salam sejahtera sekali lagi utk sauber & semua yg ada....
[ Last edited by izzansdy on 17-2-2005 at 10:55 PM ] |
|
|
|
|
|
|
wysiwyg This user has been deleted
|
Originally posted by sauber at 16-2-2005 05:19 PM:
Salam saudara aza,
Mengapa anda tidak mahu merujuk kepada Alquran. Adakah Alquran hanya untuk para imam-imam, ustaz, syeikh sahaja? Adakah mereka saja yang mampu memahami Al quran? Adakah bangsa ...
salaam...
"Solat lah sebagaimana anda MELIHAT saya solat".(al hadith)
Ada kah anda pernah lihat sendiri bagaimana Rasulullah solat?Atau,imam2 atau syekh2,atau guru2 atau sesiapa saja yg anda mengambil ilmu agama ini?
Utk pengetahuan anda Rasulullah wafat da lebih seribu tahun dulu..
Apa fahaman anda tentang mazhab?Apa plak pandangan anda tentang ijtihad?Dan apa plak komen anda tentang al ijma'?
Islam pernah gemilang suatu masa dulu,lagi2 tentang ilmu.Dari zaman Rasul lagi.Tahu kah anda bagaimana ilmu2 yg membuat Islam gemilang itu di dpt?
Rasulullah perna di tanya bagaimana nak menyuburkan tanaman.Rasulullah hanya berkata,"tentang dunia kamu,kamu lah yg lebih arif".
Makna nya memang Rasulullah masih akui tentang adanya ilmu2 di luar lingkungan nya.
Memang Rasulullah itu pemimpin keruhanian yg agung,dia akan memanggil sahabat utk merakamkan wahyu utk umat2 yg akan dtg.Alquran sampai skrg masih juga SATU bahasa.Tentang kamu translate atau 'cut n paste' menggunakan lain bahasa dari bahasa alquran itu sendiri di namakan mazhab.
Mazhab bkn pecah belah,cuma tentang sesuatu hukum je di ijtihad oleh imam2 besar.Dan imam2 besar tu bkn suka2 atau memandai2 buat sesuatu hukum ikt hawa nafsu mereka.
Kalau anda menyangka yg Syiah ke Ahli Sunnah itu bkn islami anda tak harus ikut,tapi jgn mengkafirkan.Itu juga salah.Dlm alquran pun ada melarang agar jgn tuduh menuduh atau kafir mangkafirkan
Akhir sekali kalau anda merasa anda benar teruskan saja.Memang nabi tidak bemazhab sebab,nabi ada lah pelita.Dan bermazhab itu sifatnye sementara.Apa bila ilmu anda telah melampaui ilmu para mujtahidin atau setaraf ilmu para tabiin,ataupun setaraf ilmu dgn rasulullah sendiri baru lah tak penting dgn bermazhab ni.
Sekian dulu.Teruskan.Topik bagus ni.
Salaam.Rohimakumullah. |
|
|
|
|
|
|
sauber This user has been deleted
|
salam saudara aza,
sekiranya anda merasakan terjemahan alquran yang saya bawakan tersebut anda risaukan, silalah refer kepada terjemahan yang lain atau mereka yang pakar dalam bahasa arab atau untuk memudahkan anda sila ke link
http://www.2muslims.com/Quran_an ... /english/quran.html
Ada 3 orang penterjermah untuk setiap surah Alquran dalam website tersebut
YUSUFALI,PICKTHAL dan SHAKIR dalam bahasa inggeris.
Tidak tahu bahasa arab tidak bermaksud anda boleh menyerahkan urusan agama anda pada orang lain. Kalau anda masih tidak yakin, cari jalan belajar bahasa arab untuk memahami Alquran. Saya ingatkan diri saya dan anda bahawa KITAlah yang akan bertanggungjawab sepenuhnya atas segala amalan kita didunia ini. Menyalahkan orang lain atas kelalaian kita, tidak ada gunanya lagi diakhirat nanti. Ambillah iktibar dalam ayat
2:166. Apabila orang-orang yang diikuti berlepas diri daripada pengikut-pengikut mereka, dan mereka melihat azab, dan tali-tali mereka diputuskan.
2:167. Dan orang-orang yang mengikuti berkata, "Sekiranya bagi kami dapat kembali lagi, kami berlepas diri daripada mereka, sebagaimana mereka berlepas diri daripada kami." Begitulah Allah akan memperlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka; aduhai kesalnya mereka! Mereka tidak akan keluar dari Api.
Terima kasih kerana mengingatkan saya, insya-Allah. Saya tidak meminta upah atau berkepentingan dalam soal ini, ia hanya sebagai peringatan untuk kita semua.
salam saudara abuyazid, mengapa anda tuduh itu puak wahabi? Anda ada bukti, saksi? Dan apa kena mengena wahabi dalam perbincangan ini? Topik perbincangan adalah mengenai salahnya kita mazhab atau sect (inggeris). Dan saya masih menunggu mereka yang mengaku bermazhab bawakan dalil yang mana membolehkan mereka bermazhab.
salam izzansdy
1. Mereka adalah manusia biasa seperti kita. Mereka juga telah makan dan minum. Mereka kini telah meninggal dunia dan akan dibangkitkan pada hari penentuan.
Nabi sendiri manusia seperti kita.
"Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang mengharapkan pertemuan dengan Pemeliharanya membuat kerja-kerja kebaikan, dan dia tidak menyekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun." (18:110)
2. Apa saja amalan dan ilmu yang mereka ajarkan ketika mereka masih hidup adalah untuk diri mereka sendiri. Kiranya mereka berpandukan Alquran sebagai panduan hidup dan berjuang sebagaimana orang-orang mukmin lain, hanya Allah yang akan membalasnya.
"Pada hari itu, manusia keluar secara berasingan untuk melihat amalan-amalan mereka, Dan sesiapa yang membuat kebaikan seberat satu atom, akan melihatnya, Dan sesiapa yang membuat kejahatan seberat satu atom, akan melihatnya." (99:6-8)
Bagaimana pula dengan ayat yang ini;
29:68. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia mendustakan yang benar apabila ia datang kepadanya? Apa, tidakkah di dalam Jahanam tempat tinggal orang-orang yang tidak percaya?
Setiap apa yang berita dan peringatan yang anda sampaikan atau yang anda terima,
yang menyampaikan perkara dusta terhadap Allah akan kena dan orang yang menerima peringatan yang benar tapi berpaling pun kena.
Masing-masing ada terbeban tanggungjawab memeriksa kebenaran tersebut.
Salam saudara wysiwyg,
"Solat lah sebagaimana anda MELIHAT saya solat".(al hadith)
Rasulullah perna di tanya bagaimana nak menyuburkan tanaman.Rasulullah hanya berkata,"tentang dunia kamu,kamu lah yg lebih arif".
Anda membawakan dalil bukan dari Alquran dan tidak menyatakan kitab manakah hadith ini, siapakah periwayatnya? Adakah anda beriman dengan hadith tersebut sebagaimana anda beriman dengan Alquran? Telahkah anda selidiki pembawa keterangan ini? Bebanan membawa kebenaran kata nabi itu terletak pada anda, adakah anda pasti nabi berkata begitu?
"Dan apabila kamu tidak mendatangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, 'Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?' Katakanlah (Muhammad), 'Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang mempercayai.'" (7:203)
"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, 'Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia.' Katakanlah (Muhammad), 'Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak mengikuti apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku mengingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.'" (10:15)
"Memang Rasulullah itu pemimpin keruhanian yg agung,dia akan memanggil sahabat utk merakamkan wahyu utk umat2 yg akan dtg.Alquran sampai skrg masih juga SATU bahasa.Tentang kamu translate atau 'cut n paste' menggunakan lain bahasa dari bahasa alquran itu sendiri di namakan mazhab.
Mazhab bkn pecah belah,cuma tentang sesuatu hukum je di ijtihad oleh imam2 besar.Dan imam2 besar tu bkn suka2 atau memandai2 buat sesuatu hukum ikt hawa nafsu mereka.
Kalau anda menyangka yg Syiah ke Ahli Sunnah itu bkn islami anda tak harus ikut,tapi jgn mengkafirkan.Itu juga salah.Dlm alquran pun ada melarang agar jgn tuduh menuduh atau kafir mangkafirkan
"
Berita yang anda sampaikan ini, besar bebanan pada saudara. Malaikat disisi saudara mencatatkan apa yang anda katakan tentang nabi, imam mazhab, mazhab cut and paste dan alquran. Sila bawakan dalil tuduh menuduh dan kafir mengkafirkan yang saudara maksudkan, surah dan ayatnya untuk kita sama-sama lihat.
"Jika kamu mentaati kebanyakan orang di bumi, mereka akan menyesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka mengikuti hanya sangkaan, semata-mata dugaan." (6:116)
Adakah anda mengikuti secara benar atau sangkaan semata-mata?
"Perkara apakah yang paling besar dalam kesaksian? ..... Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku memberi amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar mempersaksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah? ..... Aku tidak mempersaksikan ..... Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa yang kamu menyekutukan." (6:19)
Apa yang diwahyukan oleh Allah kepada nabi adalah Alquran.
"Wahai manusia, yang benar telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa mendapat petunjuk, hanyalah mendapat petunjuk bagi dirinya sendiri, dan sesiapa sesat, dia sesat hanyalah terhadap dirinya sendiri. Aku bukanlah wakil kepada kamu. Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu, dan bersabarlah kamu, sehingga Allah menghakimkan; dan Dia yang terbaik daripada para hakim." (10:108-109)
Nabi menyuruh kita mengikut Alquran.
"Jika Kami membuatnya sebuah Qur'an dalam bahasa asing, tentu mereka berkata, 'Mengapakah ayat-ayatnya tidak dijelaskan? Adakah dalam bahasa asing sedang orangnya berbahasa Arab?' Katakanlah (Muhammad), 'Bagi orang-orang yang percaya, ia adalah satu petunjuk, dan satu penyembuhan; tetapi orang-orang yang tidak mempercayai, di dalam telinga mereka ada sumbatan, dan bagi mereka, ia adalah satu kebutaan; mereka itu, mereka dipanggil dari tempat yang jauh.'" (41:44)
Nabi adalah orang arab maka alquran tentulah dalam bahasa arab. Adakah soal bahasa menjadi yang paling utama dalam kita mencari petunjuk atau iman? Adakah Alquran diturunkan untuk orang arab sahaja? Bagaimana dengan bangsa bukan arab seperti melayu, cina, india, jepun dll? Adakah Allah tak tahu bahasa hamba-hambanya selain Arab?
30:22. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah ciptaan langit dan bumi, dan perbezaan dalam lidah (bahasa) kamu, dan warna. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi orang-orang yang tahu.
Allah Maha Mengetahui.
14:4. Dan Kami tidak mengutus seseorang rasul melainkan dengan lisan (bahasa) kaumnya supaya dia memperjelaskan kepada mereka; kemudian Allah menyesatkan sesiapa yang Dia mengkehendaki, dan Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia mengkehendaki; dan Dia Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
Semoga Allah memberikan kepada kita petunjuk dijalanNya yang lurus. |
|
|
|
|
|
|
izzansdy This user has been deleted
|
Originally posted by sauber at 2005-2-18 11:08 AM:
salam saudara aza,
sekiranya anda merasakan terjemahan alquran yang saya bawakan tersebut anda risaukan, silalah refer kepada terjemahan yang lain atau mereka yang pakar dalam bahasa arab atau unt ...
Salam sejahtera sauber...
Anda menyatakan bhw ilmu yg ada pd imam2 tadi adalah utk diri mereka sendiri.... dan anda membawa firman utk megaitkan /menguatkan hujah anda...
Baik....
1.Biar saya ulangi lagi....Adakah imam2 tadi meyampaikan akidah yg salah..
Tidakkah alquran itu menunjuk kpd tuhan? Dan jika imam tadi tak salah apa pula alasan anda utk tidak bermazhab?
Sememangnya pendusta agama itu duduknya di neraka jahanam.....
itu lah gunanya anda memperhatikan ayat al hujuraat tadi.....Jng kerana title imam kita mengikut membuta tuli.....
Sememangnya nabi tidak bermazhab....dan anda hanya mengelakkan dari melakukan bidaah....itu betul ! Tapi, adakah mengikut imam yg memimpin kita ke jln tuhan itu satu bidaah juga? kalau ia , mengapa. Seolah2 anda menjahui / lebih buruk, menolak ulamak2 pewaris ilmu nabi.....Bahaya tu !
Sampai disini sahaja ye...maaf jika anda tersinggung.
Salam sejahtera sekali lagi.....jumpa lagi...inshaallah. |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan kedua kpd sauber:
Apakah bukti bhw al quran yg sdr baca itu adalah kitab suci yg benar dari Allah swt? Bukannya hasil dari tokok tambah ulamak. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by luluguagua at 19-2-2005 01:26 PM:
Soalan kedua kpd sauber:
Apakah bukti bhw al quran yg sdr baca itu adalah kitab suci yg benar dari Allah swt? Bukannya hasil dari tokok tambah ulamak.
10:37. Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam.
15:9. Kamilah yang menurunkan Peringatan, dan Kamilah yang menjaganya.
32:2. Penurunan Kitab,yang di dalamnya tiada keraguan, adalah daripada Pemelihara semua alam.
[ Last edited by lolipop9 on 19-2-2005 at 02:32 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
hai kacau daun sungguh budak antihadis dua orang ni. pergi main jauh-jauh ... kalau aku moderator kat sini aku perambat dah, tapi apakan daya aku tak ada kuasa. nf:
harap gunakan thread ini utk bincang mazhab. tok san layan dan bagi muka la pada budak 2 orang ni. kalau nak layan juga buka thread baru dan lawanlah. minta mereka dua orang jgn lari. hok yang nak lawan dia pun sama jugok, jgn lari. berdebatlah kamu aku nok tengok siapa dulu yang tak tahan.
Saya doakan semoga sauber dan lolipop diberikan hidayah oleh Allah. Semoga anda akan terjumpa satu point yang akan menyerlahkan ketidakbenaran pegangan percaya kepada al-Qur'an sahaja yang anda berdua pegang. wslm. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam
Originally posted by nahzaluz at 19-2-2005 07:12 PM:
hai kacau daun sungguh budak antihadis dua orang ni. pergi main jauh-jauh ... kalau aku moderator kat sini aku perambat dah, tapi apakan daya aku tak ada kuasa. nf:
harap ...
Saya buat salah ker?Salahkah saya menjawab soalan diatas?
p/s. Saya bukan anti hadis. kerana Al-Qur'an adalah hadis terbaik. :mll:
Salam. |
|
|
|
|
|
|
wysiwyg This user has been deleted
|
Originally posted by sauber at 18-2-2005 11:08 AM:
salam saudara aza,
sekiranya anda merasakan terjemahan alquran yang saya bawakan tersebut anda risaukan, silalah refer kepada terjemahan yang lain atau mereka yang pakar dalam bahasa arab atau unt ...
Salaam.
Kalau anda meragu kan tentang hadith ini,kita guna kan akal saja dulu lah.
Rata2 saya melihat masyarakat Islam majmu' mendirikan solat agak sama.Ada berdiri,ruku' dsb nya.Terfikir tak yg ia nya pasti dtg dari org yg sama.Maksud saya pasti di ajar dari org yg SATU.Dan ini 'passed down' dari org perseorangan,dari catatan dan dari hadith2.Kalau ada yg yg sembahyang lain dari itu misal nya,ada lompat2,berguling dsb nya,tu nak kena tanya mereka lah.
Dan kalau anda seorg anti hadith sebagaimana ada saudara2 kita yg 'claim' tu,awak cari lah di dlm alquran,ayat2 yg mengajar tentang solat.Maksud saya cara2,berdiri,i'tidal,takbiratul ihram,takbiratul intikal dsbnya.
Memang benar alquran adalah sebaik2 hadith.Tapi kalau tak salah saya alquran cuma menyebut ruku' da sujud saja.Ye ke?Tapi cari lah dulu ye?
Tentang hadith yg awak ingin kan saya terangkan siapa perawi tu,awak tanyalah anak2 yg baru belajar solat.Saya tak berapa ingat tentang perawi,sbab saya bkn imam2 yg boleh hafal beribu2 hadith termasuk dgn perawi2nya itu.Lagi pun hadith ini hadith masyhur.Kat forum2 pun di sebut2.
Berlapang dada lah agar takda sya'.Memang beramal dgn sya' itu tidak sah.
Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredha-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Al Fadjr: 27-30)
Dan tentang mengikut mazhab itu,kita umpama kan lah berjalan di dlm semak yg ada bekas2 laluan.Bekas2 laluan itu kita umpama kan lah pulak bekas org2 yg terlebih dulu berjalan atas nya.Umpama nya,imam2 mazhab tu lah.Dan pasti imam2 mazhab itu mengikut laluan org2 lebih dulu dari mereka,umpama para tabiin sampai ke Rasul sendiri.Memang imam2 mazhab sendiri pun takda mazhab mereka.Mereka berijtihad atas dasar kasih kpd kita,awak,saya dan yg lain2 yg mau ikut.Jadi yg mau ikut pandai2 lah berterima kasih.Yg tak mau ikut jgn lah ikut,tapi jgn lah bergaduh.Menyalahkan yg lain.
Sudah dulu.Jumpa lagi.Jgn lupa cari yg di atas tu???
Wassalaam.
Rohima kumullah |
|
|
|
|
|
|
|
Saya buat salah ker?Salahkah saya menjawab soalan diatas?
Tidak salah menjawab soalan di atas tetapi dalam perbincangan ni kita pakai al-Qur'an dan Hadis sebagai sumber hukum. Sdr menyembah Allah hanya pakai al-Qur'an. Jadi pada pendapat saya tak usah. Itu saja. Tapi kalau nak jawab jugak, nak buat macam mana. Di luar kuasa saya.
p/s. Saya bukan anti hadis. kerana Al-Qur'an adalah hadis terbaik. :mll:
Ok lah ok lah. Tukar perkataan. Anti Sunnah bukan anti hadis :clap: |
|
|
|
|
|
|
|
Mengapa Kita perlu Bermazhab?
Di akhir-akhir ini, masih ada lagi di kalangan umat islam yang masih mempertikaikan lagi perkara-perkara Khilafiah. Sedangkan ia dibolehkan dalam ajaran islam.Contohnya mereka masih lagi mempertikaikan tentang mazhab, tarikat, tawassul dan sebagainya.
Persoalan-persoalan ini akan kita dapati bila kita bertemu dengan golongan-golongan Muhammadiah atau Wahabi atau golongan-golongan yang tidak bermazhab, yang mengaku Al-quran dan sunnah sahaja.
Besar kemungkinan soalan-soalan yang akan ditimbulkan seperti厖
Mengapa kita berMazhab, kan patut kita mengikut Al-Quran dan Sunnah sahaja? |
|
|
|
|
|
|
| |
|