CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Gravedigger

Guru / Ulama sanjungan anda (mahathirGX, always_typo, pipi)

[Copy link]
Post time 15-2-2005 02:25 PM | Show all posts
aku suka Nik Aziz :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2005 12:08 AM | Show all posts
Originally posted by adi_iskandar at 15-2-2005 02:25 PM:
aku suka Nik Aziz :bgrin:



Hadi Awang pun menarik jugak ceramah agama dia...
Nik Aziz ni saya kurang paham sikit dialek kelantannya tu...
kena ulang dgr. banyak kali...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 09:32 AM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 14-2-2005 07:50 PM:


Syabas dan tahniah ! Tak ramai orang yang dapat menghargai sumbangan orang-orang yang berjasa kepada kita ini. Biarpun sedikit ilmu yang disampaikan mereka namun dari situlah tercetusnya ama ...


banyak guru...BANYAKLAH ilmunya
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 11:15 AM | Show all posts
saya suka baca buku Buya HAMKA....tapi ada pandangan dia yg termoden sikit sebab dia terpengaruh dengan kaum muda...

tapi cerita cinta yg dia tulis memang best....cam buku tenggelamnya kapal van der wick, di bawah lindungan kaabah, antara bulan sabit dan salib dll...

opsss....

tapi ada byk ilmu yg saya dapat dari pembacaan buku-buku dia...esp Falsafah Islam sebab cara dia menulis lively....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 16-2-2005 11:15 AM:
saya suka baca buku Buya HAMKA....tapi ada pandangan dia yg termoden sikit sebab dia terpengaruh dengan kaum muda...

tapi cerita cinta yg dia tulis memang best....cam buku tenggelamnya kapal van ...



kaum muda tu apa hah?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 11:37 AM | Show all posts
sorang lagi adalah

tuan haji astora jabat :bgrin:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2005 12:26 PM | Show all posts
tapi yg ni ramai jugak org sanjung dia... aitu TG Abdullah Ahmad Badawi
pengasah Islam hadhari  :hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2005 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by luluguagua at 16-2-2005 11:34 AM:
kaum muda tu apa hah?


Faktor agama memainkan peranan penting dlm menyatukan org Melayu terutamanya pd peringkat awal kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.

Kesedaran politik melalui agama disebarkan oleh pelajar2 Melayu yg menuntut di Universiti Al-Azhar.

Mereka kemudiannya tlh membentuk satu gerakan 'Gerakan Pemulihan Islam'.  

Tokoh2 yg giat memperjuangkan gerakan pemulihan Islam adalah spt Sayyid Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin, Hj Abas b Mohd Taha, dan Syed Mohd Salim al-Kalali.

Mereka menggelar diri mereka Kaum Muda.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2005 12:52 PM | Show all posts
Oh...gitu, tima kasih fleurzsa.

Mulanya aku ingat suatu gerakan pemuda di indonesia.....macam pemuda amnu...puteri amnu tu!
Reply

Use magic Report

hafizi This user has been deleted
Post time 17-2-2005 07:10 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 16-2-2005 12:44 PM:


Faktor agama memainkan peranan penting dlm menyatukan org Melayu terutamanya pd peringkat awal kebangkitan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.

Kesedaran politik melalui agama disebarkan o ...


Bila disebut Sheikh Tahir Jalaluddin saya teringat kepada bait-bait sajaknya seperti di bawah ini yg memberi makna yg besar kepada diri saya :

Gunanya cuma ilmu dipuja
Kerana hendak belajar bekerja
Mencari wang membuat belanja
Makan dan pakai itulah sahaja

Siapa beriktikad sedemikian ini
Ia mnghinakan ilmu Rabbani
Menghinakan kejadian bangsa insani
Menyamakan manusia seperti haiwani


Mengenai Syeikh Tahir ini sama ada dia termasuk di dalam kaum tua atau kaum muda, tidak ada kata putus mengenainya setakat yg saya tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2005 06:02 AM | Show all posts

Imam Shafi'i

Imam Shafii.

Imam Shafii ialah muhammad ibn idris ibn al-'abbas ibn 'uthman...sampailah ke moyang rasulullah s.a.w. Dilahirkan pada 150H/767M di Gaza, Palestine, Shafii adalah seorang imam besar, mujtahid pada zamannya, salah seorang yang paling bergeliga otaknya dan alim perundangan islam yang terulung.

Anak yatim yang dibawa ke Mekah ketika berusia dua tahun dan dibesarkan oleh ibunya dalam keadaan miskin, dia telah menghafal al-quran tika umurnya 7 tahun, Muwatta' imam Malik ketika berusia 10 tahun dan diberi tauliah untuk mengeluarkan fatwa ketika berusia 15 tahun oleh sheikhnya, Muslim ibn Khalid al-Zinji, mufti Mekah. Dia telah pergi ke Madinah dan belajar dari Imam Malik, kemudian ke Baghdad, di mana dia belajar dari Imam Muhammad ibn Hasan Shaybani, sahabat kepada Abu Hanifah. Di Baghdad, Imam Shafii memulakan alirannya (yang selalu disebut sebagai al-mazhab al-qadim), dan apabila timbul kekacauan atas isu samada Quran itu makhluk atau tidak, setelah berbicara dengan Ahmad ibn Hanbal, akhirnya mereka bersetuju untuk berpisah kerana risiko yang tinggi jika kehilangan kedua-dua mujtahid (oleh pemerintah). Shafii berhijrah ke Kaherah dengan buku dan hartanya, dan Ahmad tinggal tetap di Iraq. Sewaktu di Kaherah dalam masa 4 tahun saja beliau menghasilkan 7 jilid kitabnya Al-Umm (al-mazhab al-jadid).

Peninggalannya adalah satu yang amat besar. Kitab Al-risalahnya adalah kitab pertama yang membahaskan theori dan praktikal perundangan islam (usul fiqh). Dalam ilmu Al-Quran beliaulah yang pertama sekalii memperkenalkan  secara jelas al-nasikh dan al-mansukh.

Kepakaran beliau dalam al-quran dan sunnah dan elemen-elemennya, syarat2nya, dan penjelasannya tiada tolok bandingnya. Bahasa Arab dan penulisannya dijadikan bahan rujukan ahli nahu dan bahasa selepasnya dan walaupun bahasa arab adalah bahasa ibundanya dan beliau sungguh fasih, dia tetap mendalami bahasa arab selama 20 tahun dan melaluinya menguasai Al-Quran dan sunnah!

Dia juga adalah antara pelopor hadis, di mana ia boleh dilihat, imam2 hadis adalah bermazhab dengannya seperti Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Tarmizi, Nasai, Ibn Majah, Bayhaqi, al-Hakim, Abu Nu'aym, ibn Hibban, Daraqutni, ibn Khuzayma, Ibn Salah, al-Iraqi, Suyuti, Dhahabi, Ibn Kathir, Nur al-Din Haythami, Mundhiri, Nawawi, Taqi al-din Subki, dan lain-lain. Imam Muhammad ibn Hasan Shaybani mengatakan "Jika seorang alim hadis berkata, ia adalah di dalam bahasa Syafii", and Hasan ibn Muhammad Za'frani membuat pengamatan bahwa "ahli hadis telah tidur dan terjaga  apabila Shafii mengejutkan mereka
Reply

Use magic Report

amyn This user has been deleted
Post time 18-2-2005 07:03 AM | Show all posts
apa masalahnya dengan wahabi????......

[ Last edited by antiQue at 4-10-2005 11:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2005 09:23 AM | Show all posts
[apa masalahnya dengan wahabi????......
  
Masalah nyer asal mereka dari Mazhab Hambali.
Tetapi salah seorang anak murid Imam Hambali iaitu Ibn Tamiyah nak bukak ilmuan baru... Direka cerita Allah turun kebumi sepertimana beliau turun dari mimbar.

Dalam ajaran kaum Muda atau Wahabi tiada unsur Talqin, ziarah kubur, marhabban,Maulid nabi dan bertarekat yang dianggap sebagai bidaah.

Sedangkan kemungkaran yang dilakukan oleh mereka seperti jadi tali barut British masa pengulingan kuasa Ayah Al-Malik Hussin yang berpindah ke Jordan dimana kerjaan Saudi digantikan oleh Putera Saud yang didalangi penjajah Bristish diredhai pula oleh Ulamak Wahabi.

jadi ajaran kaum muda ni tidak termasuk dalam lingkungan kumpulan Ahlul Sunnah Wal Jamaah kerana dalam bab tasawuf Ahlul Sunnah hanya mengiktiraf kitab Ehya Ulumudin yang telah diharamkan oleh kerajaan Arab Saudi.. Jadi tepuk dada pehak Wahabi boleh tanya akidah mereka sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2005 10:18 AM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 18-2-2005 09:23 AM:
[apa masalahnya dengan wahabi????......
  
Masalah nyer asal mereka dari Mazhab Hambali.
Tetapi salah seorang anak murid Imam Hambali iaitu Ibn Tamiyah nak bukak ilmuan baru... Direka cerita Al ...


Kalau diikut drp apa yg saya baca, pengasas wahabi ni ialah Syeikh Muhammad bin 'Abdul Wahab (1115-1206H/1701-1793M). Cumanya antara karya-karya ulama terdahulu yang paling terkesan dalam jiwanya adalah karya-karya Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah.

Ada apa2 yg saya tertinggal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2005 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by syeikhbelalang at 18-2-2005 09:23 AM:
[apa masalahnya dengan wahabi????......
  
Masalah nyer asal mereka dari Mazhab Hambali.
Tetapi salah seorang anak murid Imam Hambali iaitu Ibn Tamiyah nak bukak ilmuan baru... Direka cerita Al ...



Anda salah faham terhadap syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Muhamad ibnu wahab.

Saya syorkan anda membuat penyelidikan lebih mendalam ttg mereka. Sudahkah anda membaca karya2 mereka? Janganlah hanya menuduh mereka semata2 org lain juga berkata begitu. Kalau hendak kritik mereka...kritiklah berdasarkan hasil karya mereka.

Tuduhan yg mengatakan ibnu taimiyah menyamakan perbuatan Allah adalah spt perbuatan makhluk adalah satu tuduhan yg tidak berasas. Tiada bukti yg ibnu taimiyah berkata demikian.

Rajin2lah tambah ilmu........ dan kalau nak mengaji saya syorkan jgn bataskan kpd satu guru shj.


Wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

nurhadharah This user has been deleted
Post time 23-6-2005 03:34 PM | Show all posts
Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang pon best gak ceramah dia.

Ada tak sapa2 dah baca buku Hadharah Islamiyah yag dia karang tu?

Atau buku Islam Hadhari rekaan orientalis?

Apa pendapat korang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2005 05:22 PM | Show all posts
Saya tiada ulama sanjungan.......

Mengaji dan belajar agama dari kecil hingga kini dengan 4 orang guru agama.......

Masing2 dengan 'stail' , 'skil' dan kaedah tersendiri .......

Namun saya amat menghormati YBH Dato Hj. Ishak Baharum.....

Kalau sesekali mahukan ilmu dan sedikit hiburan saya suka mendengar ceramah Ustaz Akil Hay........
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 10:52 PM | Show all posts
saya menghormati dan mengkagumi ustaz mawi....dia seimbang...world2 gak..akhirat tak lufa..mengaji boleh menari pon boleh....susah kita nak cari ustaz sporting zaman sekarang nii
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2005 11:52 PM | Show all posts
Originally posted by peYno at 4-10-2005 10:52 PM
saya menghormati dan mengkagumi ustaz mawi....dia seimbang...world2 gak..akhirat tak lufa..mengaji boleh menari pon boleh....susah kita nak cari ustaz sporting zaman sekarang nii


lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2005 11:02 PM | Show all posts
pembuka topic ni pon mesti teruja kat Guru mawi ni...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.528139 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list