CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kenali Artis Kita : Dulu & Kini

[Copy link]
Post time 10-11-2005 07:38 PM | Show all posts
Ustaz suke lah thread ni...hantar lah bebanyak gambar...best nak tengok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2005 09:15 AM | Show all posts
ok, ustaz.
nanti saya update lagi yea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2006 03:34 PM | Show all posts
Lakonan Salleh sukar ditandingi
Susunan Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


LAKONAN mendebarkan dalam filem Isi Neraka arahan
Jamil Sulong.


Seniman handalan itu banyak menghidupkan filem Melayu pada era kegemilangan Studio Jalan Ampas

TANPA hitam, putih tidak akan menyerlah.

Keadaannya sama dalam dunia filem - tanpa lakonan jahat, lakonan baik tentu akan tenggelam.

Boleh dikatakan dalam setiap filem tidak kira dalam apa jua bahasa, pelakon watak jahat pasti melahirkan konflik kepada penceritaannya.

Dunia perfileman Melayu sendiri pernah melahirkan beberapa pelakon watak hitam yang sungguh berjaya. Salah seorang yang cukup hebat ialah seniman veteran, Allahyarham Salleh Kamil.

Tentu ramai peminat filem Melayu masih terbayang pelbagai filem klasik lakonan Salleh seperti Semerah Padi, Penarik Beca dan Isi Neraka. Kehadiran Salleh jelas menambahkan lagi bilangan pelakon watak jahat seperti Allahyarham A Rahim dan Allahyarham Mahmud June.

Bakat Salleh banyak diasah pengarah Malay Film Productions (MFP) di Singapura seperti P Ramlee, Jamil Sulong, L Krishnan, S Ramanathan dan Dhiresh Ghosh.

Sepanjang pembabitan beliau dalam bidang perfileman Melayu seawal 1951 di Jalan Ampas, Salleh pernah membintangi lebih 60 filem sehinggalah studio itu ditutup pada 1967.

Minatnya berputik selepas berkenalan dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Watak pertamanya hanyalah sebagai seorang penari. Ketika itu, Salleh muncul dalam filem Penghidupan arahan L Krishnan dengan bayaran $70.

Watak berdialog pertamanya ialah melalui filem Miskin arahan K M Basker pada 1952 sebagai pelawak, diikuti Sedarah (S Ramanathan) memegang peranan jahat.

Sejak itu, Salleh lebih sesuai dengan watak hitam kecuali dalam Lela Manja dan Jebat Maut, arahan arahan Jamil Sulong. Dia juga pernah membintangi filem lucu dalam Tiga Abdul arahan P Ramlee selain filem aksi penyiasatan ala James Bond, Jefri Zain - Gerak Kilat.

Awalnya, pada 1955, P Ramlee memberi peluang kepadanya memegang peranan jahat dalam Penarik Beca. Ketika itu gaji Salleh dinaikkan kepada $120 sebulan dan dua tahun kemudian, $170.

Beliau juga antara pelakon yang mendapat bayaran paling tinggi iaitu $350 sebulan dengan kontrak lima tahun kerja. Gajinya melebihi hero dan heroin sehinggalah berlakunya mogok dan memaksa MFP bersetuju membayar antara $400-$600 kepada hero dan heroin.

Bakatnya pernah menarik minat pengarah Hollywood, Grey Hamilton, selepas melihat lakonannya dalam filem Masyarakat Pincang (1958) lalu ditawarkan ke Hollywood untuk berlakon di samping Steward Gringer dan Jean Simmon. Bagaimanapun, beliau berdepan masalah pasport menyebabkan impiannya berkubur begitu saja.

Selain berlakon, Salleh turut menjadi tenaga pengajar babak pergaduhan kepada beberapa pelakon termasuk Jins Shamsudin, Aziz Jaafar dan Ahmad Mahmud.

Pada 1967, Salleh muncul dalam filem Raja Bersiong arahan Jamil Sulong. Walaupun MFP ditutup tahun itu, beliau terus menetap di Boon Teck Road sehingga 1973. Beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada 4 Julai 1998 dalam usia 74 tahun kerana sakit tua.

INFO: Salleh Kamil
Nama sebenar: Salleh Abdullah
Tarikh Lahir: 24 April 1924
Asal: Singapura
Pendidikan: Madrasatul Muqtabian
Isteri: Pertama - Zahrah Pagi, Kedua - Jumini Simin
Waris: 18 orang anak, 40 cucu dan tujuh cicit.
Antara filem: Istana Impian (1953), Semerah Padi (1956), Taufan (1957), Sumpah Orang Minyak (1958), Batu Belah Batu Bertangkup dan Raja Laksamana Bentan (1959); Si Tanggang (1961), Sri Andalas (1966)
Pencapaian: Pelakon Pembantu Terbaik dalam Penarik Beca (1955) dengan mendapat gelaran The Leading Crook Actor


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2006 03:43 PM | Show all posts
Fatimah pernah jadi Ratu Sarawak
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed



ERA 1970-an pernah menjadi zaman kegemilangannya. Tentu ada yang masih teringat lagu Ke Mana Di Mana, Aries dan Dahaga yang selalu diputarkan di corong radio ketika itu. Dialah Fatimah Razak, penyanyi Melayu antara yang paling seksi dalam dunia hiburan ketika itu. Namun gara-gara terlalu seksi, Fatimah pernah kena digam badan penyiaran.

Lesung pipit, mata galak dan tubuh 'bergetah' menjadi aset utama Fatimah dalam menonjolkan diri. Bersama rakan seangkatan seperti Datuk Sharifah Aini, Uji Rashid, Datuk M Daud Kilau dan Hail Amir, anak Sarawak ini cukup laris di pentas hiburan serta menjadi rebutan promoter persembahan.

Bukan setakat menyanyi di majlis rasmi, Fatimah kerap diundang menghiburkan pengunjung kelab malam, lounge dan pub hingga ke Filipina, Thailand dan Indonesia.

Mengimbas cerita lama, sebelum menjadi artis rakaman pada awal 1970-an, Fatimah pernah bergelar Ratu Sarawak 1963 selain Ratu Telekom.

Beliau mula menyanyi pada usia 10 tahun bersama Kombo Radio Malaya Kuching yang turut dianggotai dua lagi kakaknya, Halimah dan Jamaiyah.

Fatimah atau nama sebenarnya, Tengku Fatimah Tengku Mohd Shah Nara, dilahirkan pada 12 Jun 1944 di Kuching.

Ayahnya pegawai polis dari Pagar Ruyong, Indonesia sementara ibunya, Rakyah Mustapha, berdarah Melayu-Arab.

Pada usia 21 tahun, Fatimah mendirikan rumah tangga dengan pegawai tentera, Mejar Razak Abdul Hamid.

Bintang Fatimah mula bersinar apabila mengikut suaminya berhijrah ke Jalan Gurney (kini Jalan Semarak) di Kuala Lumpur pada 1970. Dia kemudiannya menyertai kumpulan Wanderes lalu muncul dengan album, Ku Tunggu Tak Tiba. Seterusnya, dia disambar Life Records untuk merakamkan album solo, Kumbang & Bunga.

Tidak lama selepas itu, barulah Fatimah tampil bersama album Ke Mana Di Mana, Dahaga, Aries dan Joget Pantang Larang dengan bimbingan Datuk Ahmad Nawab dan Akbar Nawab. Namun tidak beberapa lama, dugaan menimpa apabila Fatimah digam pihak RTM selama empat tahun gara-gara imej terlalu seksi.

Fatimah mengakui, bukan dia saja pernah digam malah teman seperjuangannya seperti Zalifah Ibrahim dan pelakon pelakon Allahyarham Normah Yuzie juga menerima nasib serupa.

Bagaimanapun, itu semua kenangan suka-dukanya yang sudah lama berlalu.

Kini, tumpuan Fatimah, 62, tidak lagi kepada dunia glamor, sebaliknya lebih kepada kehidupan biasa sebagai seorang isteri dan ibu. Beliau mengambil keputusan untuk berhenti nyanyi pada 1990 bagi menumpukan perhatian kepada dunia bisnes.

Tengku Fatimah Tengku Mohd Shah Nara

Nama komersial: Fatimah Razak, Fatimah Fasya
Tarikh lahir: 12 Jun 1944
Tempat lahir: Kuching, Sarawak
Keluarga: Anak ketujuh daripada 12 beradik
Anak: Badrul Asri, Kartina, Shasha Fazana & Shamir.
Pencapaian: Miss Sarawak 1963, Miss Telekom dan Miss Jaycee Queen
Kerjaya awal: Operator Telekom
Album: Ke mana Di Mana, Dahaga, Aries dan Joget Pantang Larang



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2006 03:51 PM | Show all posts
Kenapa Umi jahat dalam filem?
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


KETIKA muda, watak perempuan jahat, tukang hasut dan ibu tiri memang sebati dengan dirinya sehingga dia mampu membilang dengan jari watak baik yang pernah dilakonkannya.

Cuma apabila usianya kian meningkat saja dia mula diberi peluang membawa peranan ibu yang baik-baik.


LAMBAIAN bak ratu
daripada Umi (depan
sekali), Fatimah Ahmad,
Roseyatimah dan
Rahmah Ali pada 1962.
Ketika itu mereka
hendak berlepas ke Seoul
untuk menyertai Festival
Filem Asia.

Itulah Datin Umi Kalthum, 74, yang menyerlah menerusi filem klasik, Bawang Putih Bawang Merah, Pontianak Gua Musang, Dang Anum dan Sial Wanita.

Tentu ada sebab kenapa ketika muda Umi gemar memilih watak jahat.

Dalam satu wawancara, Umie mengakui dia sebenarnya malu atau kekok membawa peranan romantik.

揓adi untuk mengelakkan diri daripada berpeluk-peluk dengan pelakon lelaki, saya rela pegang watak jahat. Lagipun peranan jahat memang mencabar dan lebih memberi kepuasan. Selain itu, ketinggian saya 5 kaki 6 inci memberi satu masalah kepada pengarah untuk mendapatkan hero yang secocok dengan bentuk fizikal saya,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2006 03:53 PM | Show all posts
Saadiah primadona filem Melayu tulen
Oleh Roslen Fadzil



MUNGKIN ada ramai pelakon veteran yang bergelar seniman dan seniwati tetapi untuk berada dalam kelompok primadona, jumlahnya terlalu sedikit. Salah seorang yang tergolong dalam senarai primadona itu adalah tidak lain daripada Allahyarham Seniwati Datin Saadiah.

Bintang kelahiran Tanjung Katong, Singapura ini ternyata sebutir permata yang pernah menyinari angkasa dunia seni dan tidak mungkin akan ada penggantinya selepas pergi meninggalkan kita pada 26 Februari 2005.

Primadonanya Saadiah itu adalah disebabkan aura serta bakatnya yang begitu hebat dalam mewarnai setiap filem terutama karya klasik.

Sukar dilupai keberkesanan wataknya sebagai Azizah dalam filem PenarikBeca, Dara (Semerah Padi), Engku Zaleha (Antara Dua Darjat) dan Nora Zain (NoraZain - Ejen 001). Selain itu peranannya sebagai gadis dusun yang sanggup berkorban demi kekasihnya, Tuah (Hang Tuah) dan wanita pintar (Musang Berjanggut),juga dikenang peminat.

Pendek kata, berilah apa saja peranan, pastinya semuanya mampu dibawa dengan penuh penghayatan oleh Saadiah.

Kehebatannya tambah menyerlah disebabkan dia begitu serasi apabila dipasangkan dengan legenda filem Melayu, Tan Sri P Ramlee. Selain itu, Saadiah juga kerap berpasangan dengan Seniman Ahmad Mahmud dan Aziz Jaafar.

Dilahirkan pada 10 Ogos 1937, Saadiah atau nama sebenarnya Satya Baharom, mula berjinak-jinak dengan dunia filem sewaktu remaja. Ketika itu dia sering menemani kakaknya, Mariam Tahi Lalat, ke Studio Malay Film Production (MFP) di Jalan Ampas.Namun satu hari, dia pula ditawarkan peluang lakonan oleh pengarah B S Rajhans untuk membintangi watak kecil dalam filem Racun Dunia lakonan Osman Gumanti, Kasma Booty dan P Ramlee.

Sejak itu, nasib Saadiah terus berubah dan mula menjadi perhatian pengarah handalan di MFP. Satu demi satu filem dibintanginya hinggalah menjadi sebutan peminat di Malaya, Singapura dan Indonesia.

Selepas berhijrah ke Kuala Lumpur pada pertengahan 1960an, Saadiah

bersama suaminya, Allahyarham Datuk Ahmad Daud, meneruskan kerjaya seni dengan menubuhkan Saadiah Ahmad Daud Dancers.

Pasangan suami isteri itu, bersama anak mereka, Fauziah (Ogy) kemudiannya membintangi Permintaan Terakhir arahan Datuk Jamil Sulong. Sekalipun semakin kurang berlakon pada era 1980-an, Saadiah sempat mencipta sejarah iaitu menjadi pengarah wanita Melayu pertama melalui Ceritaku Ceritamu lakonan Ogy dan Meor Hashim Manap.

Filem terakhirnya adalah Matinya Seorang Patriot arahan Datuk Rahim Razali pada 1984 bersama Eman Manan, Noor Kumalasari, Yusof Wahab dan Zulkifli Zain. Selepas itu, kesihatan Saadiah tidak begitu mengizinkan untuk terus berlakon, justeru beliau lebih banyak menguruskan keluarganya.

Satya Baharom

TEMPAT LAHIR: Tanjung Katong, Singapura

FILEM LAKONAN: Racun Dunia (filem pertama, 1950), Bakti, Takdir Ilahi, Kembar, Aloha, Dewi Murni, Pembalasan, Penghidupan, Juwita, Bapa Saya, Manusia, Anjoran Nasib, Sedarah, Gadis Peladang, Yatim Piatu, Kerana Kau, Istana Impian, Kecewa, Insan, Kembali Seorang, Penarik Beca, Ribut, Hang Tuah, Semerah Padi, Kasih Sayang, Mogok, Sarjan Hassan, Musang Berjanggut, Dandan Setia, Antara Dua Darjat, Isi Neraka, Putera Sangkar Maut, Aneka Hiburan, Indera Bangsawan, Panji Semerang, Mas Merah, Siti Muslihat, Korban, Dupa Cendana, Mambang Moden, Jeritan Batin, Pusaka Pontianak, Takdir, Melancong Ke Tokyo, Lampong Karam, Anak Buluh Betung, Nora Zain - Ejen 001, Ibulah Syurga, Sial Wanita, Jahanam, Permintaan Terakhir, Sumber Ilhamku, Ceritaku Ceritamu, Sumpah Semerah Padi dan Matinya Seorang Patriot (1984).

SUAMI: Allahyarham Datuk Ahmad Daud. Mereka mendirikan rumah tangga pada 2 Oktober 1961 dan dikurniakan tiga anak, Fauziah, Fazal dan Fazlina. Perkahwinan pertama Saadiah dengan Atan Samad turut dikurniakan tiga cahaya mata, Azizah, Noraini dan Rohaya.

KEJAYAAN MANIS: Aktres Melayu pertama membawa watak ejen perisik dalam Nora Zain - Ejen 001 yang menjalani penggambaran di Hong Kong pada 1966. Sebelum itu Saadiah berpeluang menjalani penggambaran di Jepun dalam filem Melancong Ke Tokyo (1965). Pada 1979, beliau muncul sebagai pengarah filem wanita Melayu pertama melalui filem Ceritaku Ceritamu terbitan Anang Enterprise.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2006 03:59 PM | Show all posts

Reply #24 Syd's post

normah yuzie tu mak aku citer mmg seksi maut zaman dulu...lagi daring dr anita sarawak & tok pah zaman muda2 dulu....last2 skali meninggal sbb eksiden kereta tak silap...masa nak kebumikan dia tu mcm2la cerita kuar,wallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2006 03:59 PM | Show all posts
Noor Azizah terima lamaran Tunku
Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


SUATU ketika, dia pernah berada di puncak kegemilangan. Berlakon di sisi bintang handalan seperti Allahyarham Tan Sri P Ramlee serta seniman Ahmad Mahmud dan Ed Osmera sudah cukup membuktikan kehebatan auranya itu.

Kini, tumpuan Noor Azizah tidak lagi kepada dunia seni dan glamor, sebaliknya lebih kepada kehidupan biasa sebagai isteri dan ibu. Selain memberi fokus kepada dua permata hati, Khairiena, 20, dan Khairi Azri, 16, pelakon jelita ini banyak menghabiskan masa dengan mendalami agama serta kesihatan diri.

Yang jelas baginya, kehidupan sebagai anak seni hanyalah satu kenangan abadi yang manis.

Dulu wajah jelita Noor Azizah sering menghiasi majalah filem dan diburu pengusaha iklan. Mungkin ada yang masih ingat iklan gula-gula Kiss Me yang pernah dilakonkannya pada lewat 1970-an.

"Tak ada lagi, dah habis..." begitulah bunyi dialognya dalam iklan itu kepada kanak-kanak yang mengekorinya, sambil membuka tas tangan.

Hinggalah pada era 80-an, Noor Azizah masih mewarnai dunia filem dan drama TV. Namun sejak sedekad lalu, namanya semakin sepi sehinggalah tampil semula sebagai artis undangan dalam filem Soal Hati arahan Othman Hafsham pada 2000.

Sejarah seninya bermula apabila dipandang Pegawai Perhubungan Awam Shaw Brothers, Jaafar Abdullah, sewaktu berkunjung ke Studio Jalan Ampas di Singapura.

Wajah manisnya gadis berusia 18 tahun itu disifatkan penuh elemen komersial sehingga dia diperkenalkan kepada Jamil Sulong (kini Datuk) yang ketika itu sedang mencari pelakon untuk filem arahannya, Dayang Senandong.

Nyata filem itu menjadi tapak pertama bagi Noor Azizah untuk terus mengasah bakat. Bintangnya semakin bersinar apabila mendapat tawaran membintangi filem Sri Andalas. Namun, apabila terpaksa berhadapan dengan bermacam dugaan anak seni, Noor Azizah hampir-hampir berputus asa. Bagaimanapun dia gembira kerana mendapat sokongan keluarga terutama orang tuanya, Datuk Seri Azizul Hassan dan Datin Seri Toh Puan Hasiah.

Hasrat untuk menarik diri daripada dunia filem juga dibatalkan apabila dilamar Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk membintangi filem warna-warni Raja Bersiong, arahan Jamil.

Noor Azizah berasa bertuah kerana Tunku sudi memilihnya untuk memegang watak penting bersama Sarimah, Zaiton, Rahmah Rahmat dan Normadiah.

Seterusnya, dia muncul dalam filem seperti A-Go-Go 67, Enam Jahanam, Pendekar, Di Belakang Tabir, Dr Rushdi, Kalau Berpaut Di Dahan Rapuh, Jangan Kau Tangisi (Indonesia) Perintah Seri Paduka, Sayang Anakku Sayang serta Cinta & Lagu.

Selain filem Melayu, bakatnya turut menarik produser luar negara. Ini termasuklah berlakon dalam filem Thai, Vendetta, produksi Indonesia, Jangan Kau Tangisi dan Malim Kundang serta siri TV Australia, Bailey's Birds.


Pic:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2006 04:15 PM | Show all posts
oooo rasanya mak aku penah citer gak
dia balik malam
dia mabuk kan?
terbabas, langgar pokok ke atau penghadang jalan
then jari jemari yang mulus tuh
ada pewarna kuku kan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 04:28 PM | Show all posts

Reply #29 Syd's post

aaa...lebih kurang camtula...
last2 kena kopak kuku dia tuh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2006 04:44 PM | Show all posts
ye ye
kena cabut kuku dia satu persatu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2006 05:04 PM | Show all posts
Flamboyannya Daud Kilau
Oleh Roslen Fadzil



SEBELUM hadirnya Inul Darastista sebagai Ratu Gelek Gerudi di bumi Jawa, Malaysia sudah lama memiliki Raja Geleknya sendiri.

Anda pun sudah tahu siapa orang yang dimaksudkan itu tatkala terpandang semua gambar yang terpampang di ruangan Persona minggu ini.

Datuk M Daud Kilau. Beliaulah satu-satunya penyanyi gelek lelaki yang belum ada tandingannya di negara ini. Bagaimanapun gelek M Daud itu bukannya gelek gerudi macam Inul atau Gelek 45 Darjah persis Mas Idayu, sebaliknya gelek sentimental bagai angin sepoi-sepoi bahasa!

Membelek keratan lama akhbar yang masih tersimpan di arkib Balai Berita, penulis terdiam sejenak.

Banyak episod suka-duka pernah dilalui anak jati Bagan Datoh ini dalam mengharungi perjuangan sebagai insan seni.

M Daud atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau, dilahirkan di Sungai Ular, Bagan Datoh, pada 10 Julai 1938. Bakat seninya diasah sejak zaman sekolah lagi dan berkembang ke majlis perkahwinan di daerah itu.

Titik tolak kejayaan M Daud bermula selepas menjuarai Bintang Radio pada 1968 menerusi lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis.

Memang bertuah judul lagu `manis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 03:08 PM | Show all posts
Gebang: Puas jumpa Kassim Masdor
Oleh Roslen Fadzil



KASSIM... dulu dan sekarang.

SERONOK dan puas rasanya apabila akhirnya bertemu jua komposer dan penggubah lagu terkenal, Kassim Masdor. Bayangkan selama 16 tahun menjadi wartawan hiburan, inilah kali pertama saya berpeluang bertemu pencipta lagu yang sangat saya kagumi itu.

Tempat bersejarah itu adalah di Green Cow Studio, Sri Damansara, sewaktu rakaman program terbaru, Ilham Komposer, Selasa lalu. Kassim datang jauh dari Singapura untuk menjayakan program menarik arahan Nizam Hamid itu.

Bagi saya, Kassim adalah antara orang yang paling hampir sekali dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Selain itu, beliau jugalah komposer dan produser yang mengasah bakat Datin Rafeah Buang, Sanisah Huri, Datuk Sharifah Aini, Ahmad Jais, J Mizan dan ramai lagi sewaktu bertugas di EMI Singapore Pte Ltd.

Lagu-lagu ciptaannya?

Oh banyak sekali... antara yang saya ingat, Bahtera Merdeka, Gelisah, Dari Hati Ke Hati, Semenjak Kita Berjauhan, Darah Muda, Si Manis 17, Malaysia Baru, Gelombang, Lagu Anak Rantau dan Pelangi Petang (Sudirman).

Melihat latar belakangnya, tentu ada banyak cerita-cerita lama yang boleh didengar dari beliau terutama P Ramlee yang juga gurunya. Kita tahu ramai yang mengaku kenal rapat dengan P Ramlee tetapi semua itu hanya auta.

揂da seorang manusia itu pernah cakap dia kenal dengan P Ramle dan mengaku dia boleh bermain saksofon lebih hebat daripada P Ramlee. Saya hanya geleng kepala mendengar kata-katanya itu kerana P Ramlee sebenarnya tak pernah tahu pun meniup saksofon! Apa yang kita tengok dalam filem itu hanya lakonan beliau semata-mata,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 03:09 PM | Show all posts
Gebang: Ramai pula minta Sanisah Huri
Oleh Roslen Fadzil



Penyanyi yang popular dengan lagu Si Baju Hijau dan Sejak Ku Bertemu Padamu itu sudah lama menyepi diri

APABILA saya menulis me ngenai pertemuan saya dengan komposer serta penggubah lagu veteran Kassim Masdor di Selangor, minggu lalu, banyak pula mesej bersusun dalam kotak e-mel saya. Ramai peminat gembira kerana Bintang Popular mampu mengetengahkan cerita orang lama seangkatan P Ramlee seperti Kassim yang sudah lama menyepi.

Antara mereka yang menghantar mesej itu ialah Shukri AM dari Subang Jaya yang berpendapat, langkah menyiarkan coretan artis lama dapat mengalih perhatian pembaca yang selama ini asyik disogok dengan cerita sensasi artis baru.

Komen saya mudah saja, kami di Bintang Popular cuba seimbangkan kisah baru dan lama kerana percaya pembaca mahupun peminat dunia hiburan datang daripada pelbagai zaman. Kata orang, kalau selalu sangat makan daging ayam, sesekali hendak juga merasa ikan. Begitulah juga selera pembaca dan naluri manusia.

Shukri AM berkata lagi, dia cukup berharap supaya saya dapat menulis rencana mengenai artis kesayangannya sejak dahulu hingga sekarang, tidak lain daripada Sanisah Huri.

Permintaan Shukri itu sama seperti Abu Atan dari Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga mengharapkan saya menulis mengenai Sanisah Huri dan artis seangkatannya.

Saya sedar apabila menyebut Kassim Masdor, orang akan ingat Sanisah Huri (gambar). Sebabnya, gandingan mereka dalam dunia seni cukup berbekas seperti mana juga gandingan Datuk Ahmad Nawab dan Datuk Sharifah Aini atau Manan Ngah dan Francisca Peter.

Sebenarnya tidak banyak yang pernah ditulis mengenai Sanisah Huri selama ini. Namun daripada kajian saya dan maklumat beberapa pihak, saya difahamkan Sanisah yang berusia awal 50-an, sekarang menetap di Singapura.

Sumber memberitahu saya, bahawa Sanisah kini sudah bertudung, tidak mahu menyanyi lagi dan lebih banyak mengajar anak-anak muda mengaji. Malah dia juga sudah lama tidak muncul di kaca TV Singapura apatah lagi Malaysia.

Sanisah seboleh-bolehnya mahu berada jauh daripada pihak media.

Saya dengar-dengar, suatu ketika, Sanisah pernah dikaitkan intim de ngan Kassim (Masdor) tetapi hubungan mereka tidak berakhir ke jinjang pelamin. Namun bukanlah cerita sebegitu yang hendak saya sentuh di sini tetapi kehebatan lagu-lagu nyanyian Sanisah seperti Semenjak Berjauhan, Si Baju Hijau, Sedih Sekelip Mata, Gelisah, Joget Malam Berinai dan Bersabarlah Sayang sejak zaman EMI hingga Senada Records.

Tidak dinafikan, lagu-lagu ber corak kemelayuan dan ala hindustan menjadi forte Sanisah sewaktu berada di puncak kegemilangan pada era 1970-an. Malah setiap kali datangnya Aidilfitri pasti hati kita tersentuh mendengar suaranya mengalunkan, 揔ini tiba masanya, berhari raya, muslimin dan muslimat, sembahyang bersama...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-5-2006 03:34 PM | Show all posts
Lakonan patah hati Nordin berkesan
Susunan Raja Nurfatimah Mawar Mohamed


ANTARA lakonannya yang berkesan.

PENGHAYATAN lakonannya sukar ditandingi terutamanya dalam watak kecewa atau patah hati. Ia dapat saksikan dalam filem Seri Mersing, Semerah Padi, Air Mata Duyong dan Gurindam Jiwa. Selain itu beliau juga dikenang dengan lakonan agresif seperti dalam Hang Jebat, Cucu Datuk Merah dan RadenMas.


KENANGAN bersama isteri,
Salmah Ibrahim.

Namun yang pasti, setiap kali menyebut namanya, peminat akan terus teringatkan dialognya dalam Seri Mersing arahan Allahyarham Salleh Ghani. Ia berbunyi, "Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu."

Itulah Nordin Ahmad yang pernah menimba pengalaman sebagai pelakon di Malay Film Productions (MFP) dan Cathay Keris serta digilap bakatnya oleh P Ramlee, B N Rao dan M Amin. Daripada seorang pelakon, lama kelamaan Nordin diberi kepercayaan menjadi pengarah dan terbukti melalui filem seperti Wan Perkasa serta Playboy.

Walaupun namanya tidak segah P Ramlee, namun Nordin antara bintang legenda filem Melayu yang berjaya mengukir sejarah tersendiri. Antara filem lain lakonannya adalah Anakku Sazali, Naga Tasik Chini, Laila Majnun dan Dang Anum.

Dari segi pasangan serasi di layar perak, sudah tentu Seniwati Latifah Omar adalah orangnya. Selain itu, dia juga pernah digandingkan dengan Saadiah, Rosnani dan Siput Sarawak.

Untuk menjayakan lakonannya, Nordin sanggup lakukan apa saja termasuk membuat babak stunts dan pertarungan. Pernah terjadi ketika penggambaran Air Mata Duyong, kakinya bengkak-bengkak dan terpaksa diusung ke rumah tukang urut selepas tergelincir di perairan Selat Melaka.

Namun ketika beliau sedang mula mencipta nama sebagai pengarah, Nordin menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar, Singapura pada Jun 1971 kerana menghidap demam kuning. Allahyarham meninggalkan balu, Salmah Ibrahim (Salmah Hitam) serta tiga cahaya mata - Asmah, Tuah dan Asnor.


DI sisi Seniwati
Sarimah.

Salmah juga seorang pelakon selain bekas penari dan pemain dram kumpulan Seni Wanita. Sepanjang pembabitan dalam filem Melayu sejak 1951, Salmah pernah membintangi kira-kira 12 filem, antaranya Takdir Illahi, Sedarah, Juwita dan terakhir setakat ini, Layar Lara arahan Shuhaimi Baba.

Dalam satu rencana, Salmah berkata, sebelum Nordin meninggal, arwah suaminya itu sempat menghasilkan dua skrip filem. Bagaimanapun, skrip itu kini tidak dapat dipastikan berada di tangan siapa.

Nordin pernah dilaporkan berkecil hati untuk terus mengarah apabila gajinya diturunkan daripada RM800 kepada RM400 sebulan oleh majikannya ketika itu menyebabkan dia terus meletakkan jawatan.

Kini, biarpun sudah tiga dekad berlalu sejak kematiannya, nama Nordin terus terpahat di ingatan peminat dunia filem Melayu dan lakonannya belum ada tandingan hingga hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2006 06:14 PM | Show all posts
kassim masdor masa muda2 cam yusry KRU ek..ada hubungan darah ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-5-2006 08:51 AM | Show all posts
kekekkkkek

aku bleh bayangkan muka yusri bila dah tua

lebih kurang gitu laaa kot

hehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2006 04:11 PM | Show all posts
aku tak boleh tahan tengok gambar lama zz ...
macam tak percaya die ......
lain bebenor .....
apa die buat kat muka die ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2006 08:44 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 11-10-2005 11:43 AM
Transformasi gaya rambut Anuar
Oleh Suzan Ahmad



"MEMANG betul, ada orang kata, rambut panjang membuatkan saya nampak fem ...


oh encemnyer abg nuar ini... huhuhuhu~ comel lak tuh kecik2 dolu... wadus2.. :love::love::love:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2006 02:37 PM | Show all posts
Suara merdu DJ Dave dirindui
Oleh Suzan Ahmad



Siapa yang tidak mesra dengan Dave terutama tibanya hari lebaran. Lagu popularnya, Menjelang Hari Raya dan Suara Takbir sudah menjadi lagu `wajib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.196885 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list