azumi This user has been deleted
|
malam lailatul qadar
apakah amalan yang patut dilakukan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by azumi at 12-10-2006 01:07 AM
apakah amalan yang patut dilakukan?
Sahih Bukhari
Volume 3, Book 31, Number 125:
Narrated Abu Huraira:
The Prophet said, "Whoever established prayers on the night of Qadr out of sincere faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven; and whoever fasts in the month of Ramadan out of sincere faith, and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven."
Sahih Bukhari
Volume 3, Book 32, Number 235:
Narrated Abu Said Al-Khudri:
Allah's Apostle used to practice Itikaf (in the mosque) in the middle third of Ramadan and after passing the twenty nights he used to go back to his house on the 21st, and the people who were in Itikaf with him also used to go back to their houses. Once in Ramadan, in which he practiced Itikaf, he established the night prayers at the night in which he used to return home, and then he addressed the people and ordered them whatever Allah wished him to order and said, "I used to practice Itikaf for these ten days (i.e. the middle 113rd but now I intend to stay in Itikaf for the last ten days (of the month); so whoever was in Itikaf with me should stay at his place of seclusion. I have verily been shown (the date of) this Night (of Qadr) but I have forgotten it. So search for it in the odd nights of the last ten days (of this month). I also saw myself (in the dream) prostrating in mud and water." On the night of the 21st, the sky was covered with clouds and it rained, and the rain-water started leaking through the roof of the mosque at the praying place of the Prophet . I saw with my own eyes the Prophet at the completion of the morning prayer leaving with his face covered with mud and water.
Sahih Muslim
Book 006, Number 2625:
Abu Sa'id al-Khudri (Allah be pleased with him) reported that Allah's Messenger (may peace be upon him) spent in devotion (in i'tikaf) the middle ten nights of the month of Ramadan, and when twenty nights were over and it was the twenty-first night, he went back to his residence and those who were along with him also returned (to their respective residences). He spent one month in devotion. Then he addressed the people on the night he came back (to his residence) and commanded them as Allah desired (him to command) and then said: I used to devote myself (observe i'tikaf) during these ten (nights). Then I started devoting myself in the last ten (nights). And he who desires to observe i'tikaf along with me should spend the night) at his place of i'tikaf. And I saw this night (Lailat-ul-Qadr) but I forgot it (the exact night) ; so seek it;In the last ten nights on odd numbers. I saw (the glimpses of that dream) that I was prostrating in water and mud. Abu Sa'id al-Khudri said: It rained on the twenty-first night and the water dripped (from the roof) of the mosque at the place where the Messenger of Allah (may peace be upon him) observed prayer. I looked at him and as he completed the dawn prayer, (I found) his face was wet with mud and water.
Malik Muwatta
Book 19, Number 19.6.10:
Yahya related to me from Malik from Yazid ibn Abdullah ibn al-Hadi from Muhammad ibn Ibrahim al-Harith at-Taymi from Abu Salama ibn Abd ar-Rahman that Abu Said al-Khudri said, "The Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, used to do itikaf in the middle ten days of Ramadan. One year he was doing itikaf and then, when it came to the night of the twenty-first, which was the night before the morning when he would normally have finished his itikaf, he said, 'Whoever has done i'tikaf with me should continue doing itikaf for the last ten days. I saw a certain night and then I was made to forget it. I saw myself prostrating the following morning in water and clay. Look for it in the last ten days, and look for it on the odd days.' "
Abu Said continued, "The sky poured with rain that night and the mosque had a roof (made of palm fronds) and the mosque was soaked. With my own eyes I saw the Messenger of Allah, may Allah bless him and grant him peace, leave with traces of water and clay on his forehead and nose, in the morning after the night of the twenty-first."
Malik Muwatta
Book 19, Number 19.6.17:
Ziyad related to me from Malik that he had heard that Said ibn al-Musayyab used to say, "Whoever is present at isha on Laylat al-Qadr has taken his portion from it." |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan-tuan dan puan-puan yg dimuliakan Allah.
Adapun malam al-Qadar itu sebenarnya anugerah kepada SESIAPA yang Allah kehendaki. Ianya tidak tertakluk kepada waktu malam ke 27 di Malaysia, atau waktu malam ke 21 di UK mahupun waktu malam ke 25 di Saudi Arabia. Lebih-lebih lagi waktu yang kita gunakan di dunia ini diselaraskan mengikut GMT (Greenwich Mean Time).
Ianya adalah 'individual experience journey' yang dialami oleh insan yang berusaha keras mahu mendapatkannya sejak awal Ramadhan lagi. Maksudnya, mungkin malam al-Qadar berlaku malam ni tapi tidak semestinya semua yang berqiamulail pada malam ini 'menjumpai' malam al-Qadar itu meskipun mereka mungkin beribadat dan beriktikaf di masjid yang sama. It is a gift from our beloved God to whom really qualified!
Samalah jugak dengan solat orang yang khusyuk dengan solat orang yang lali, zahirnya sama bersolat, tetapi natijahnya hanya individu itu yang merasainya. Begitu juga anugerah Haji Mabrur yang diperolehi orang yang mengerjakan haji ke Makkah, seramai-ramai 2 juta manusia di sana, mungkin seorang atau dua sahaja yg dapat haji mabrur. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Selain itu, dalam konteks yang sama beberapa ulama Salaf memberi beberapa pandangan mengenai hikmah merahsiakan beberapa urusan agama kerana ada kebaikan dan kepentingan di sebaliknya. Antaranya adalah:
- Allah menyembunyikan Lailatul Qadar dalam beberapa malam supaya kita menghidupkan malam-malam itu dengan ibadat dan amalan;
- Allah menyembunyikan saat 'ijabah' (saat doa dimakbulkan Allah) pada Jumaat supaya kita sentiasa
berdoa sepanjang hari;
- Allah menyembunyikan amalan maksiat yang paling dikutuk atau dibenci bagi memastikan supaya kita menghindari segala maksiat;
- Allah menyembunyikan waktu kedatangan kiamat supaya kita sentiasa beringat,berwaspada dan sentiasa beriman, bertakwa dan beramal baik; dan
- Allah menyembunyikan ajal manusia supaya kita sentiasa beramal dan taat kepadaNya.
Semoga pada tahun ini, Allah akan memberikan kita kekuatan untuk melakukan ibadat dalam usaha kita menemui malam yang telah disebutkanNya sebagai malam yang lebih baik daripada 1,000 bulan. Insya-Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
dimana pun kita berada...dihujung dunia sekalipun...lailatul qadar akan mendatangi umat muhammad seperti matahari mendatangi siang... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Overse7en at 13-10-2006 12:22 PM
Tuan-tuan dan puan-puan yg dimuliakan Allah.
Adapun malam al-Qadar itu sebenarnya anugerah kepada SESIAPA yang Allah kehendaki. Ianya tidak tertakluk kepada waktu malam ke 27 di Malaysia, atau w ...
ini jawapan yg paling tepat dari segala jawapan..sy setuju....:setuju: |
|
|
|
|
|
|
3sya This user has been deleted
|
Yang penting 10 malam terakhir tu, lipat gandakan amalan.
kalau kehendak allah, rezeki kita dapat bertemu malamlailatul qadar
alhamdulillah. |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 siapa lah antara muslimin muslimat di malaysia ni yang pernah mengalami peristiwa lailatul qadar ni..kalaulah dapat berkongsi pengalaman kan bagus.... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Imam Jaafar Saddiq a.s berkata "Sesungguhnya Lailatul Qadr adalah Fathimah. Barang siapa yang mengenali Fathimah dengan HaqNYA, maka dia telah mengenali Lailatul Qadr"
Selawat ke atas Fathimah, ke atas Bapanya, ke atas Suaminya, ke atas keturunannya, dan ke atas rahsia yang tersimpan di dada. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pipi at 20-10-2006 10:31 AM
Salam,
Imam Jaafar Saddiq a.s berkata "Sesungguhnya Lailatul Qadr adalah Fathimah. Barang siapa yang mengenali Fathimah dengan HaqNYA, maka dia telah mengenali Lailatul Qadr"
Selawa ...
oh maknanya ia perlu menjadi rahsia sendiri dan tidak boleh diceritakan ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by daisy71 at 20-10-2006 11:13 AM
oh maknanya ia perlu menjadi rahsia sendiri dan tidak boleh diceritakan ke?
Sesiapa sahaja boleh mendapatkan Lailatul Qadr, asalkan mengenali HaqNYA. Ahlul Bait Rasulullah adalah rahsia yang tidak tersembunyi. Cuma kita yang menghijab diri kita sendiri dengan 360 berhala. (insya'allah artikel berhala akan dipostkan) Selagi belum dipecahkan berhala tersebut, selagi itulah kita tidak stabil di atas titian sirathal mustaqim. Titian sirathal mustaqim itu lebih tajam daripada mata pedang dan lebih halus daripada belahan rambut.
Janganlah kita menyatukan keburukan dan kebaikan di dalam diri kita. Sebagaimana ada forumer memberi nasihat agar tidak mencampurkan garam dan gula dalam plain water. Berhati-hatilah akan godaan Iblis yang telah berikrar untuk menyesatkan manusia dengan berdiri tegak menghalang di hadapan dari Sirathal Mustaqim:
揔erana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. |
|
|
|
|
|
|
|
..jadi tidak salah bagi sesiapa yg mengalami/mendapat lailatull Qadar untuk berkongsi pengalaman...kan kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM untuk semua.........
Sekadar untuk pertimbangan.
Saya beriman dengan ayat dari Firman ALLAH mengenai LAILATUL QADR.
Sila lihat keseluruhan suroh ini, iaitu Al-Qadr....
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Lailatul-Qadar,
[2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul-Qadar itu?
[3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5] Sejahteralah Malam itu hingga terbit fajar!
Marilah kita lihat keseluruhan ayat ini. Pada saya ia hanya berlaku sekali iaitu semasa permulaan turunnya ayat pertama yang Jibriul ajarkan kepada Rasulullah seperti yang diperintahkan oleh ALLAH. Begini,lihat pada ayat pertama, ALLAH menekankan kebenaran mengenai mulanya penurunan AL-Quraan pada suatu malam, dan malam itu dinamakan malam AL-Qadr ayat kedua merupakan pertanyaan yang pada saya jawapannya Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui, sebab itulah jawapannya ada didalam ayat ketiga, namun pada ayat ke 4 kita lihat perkataan malam itu, maksudnya ia hanya berlaku sekali sahaja. Malam dimana Malaikat Jibrail turun berjumpa Nabi Muhammad atas titahperintah ALLAH dengan membawa ayat pertama untuk diajarkan kepada Rasulullah iaitu IQRO', kerana selepas itu setelah itu, pada tahun berikutnya barulah turun lagi firman-firman ALLAH yang diwahyukan melalui Jibrail untuk disampaiajarkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Akhir kalam, |
|
|
|
|
|
|
|
Lailatul (malam) tertulis dalam bentuk mu抋nas (perempuan) yang mana huruf TA扤IS |
|
|
|
|
|
|
|
[4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
Sebenarnya dari satu sudut malam AlQadar memang rahsia. Ini kerana apa yang dibawa turun oleh malaikat dan Jibril adalah perkara ketentuan (Qadar) bagi tahun berikutnya. Dan rahsia tahun berikutnya ni kalau ada manusia yang tahu, boleh kacau bilau dunia ni.
Malam AlQadar ni umpama satu 'trofi' bagi memotivasikan umat Islam untuk terus bertaqarrub dan mengabdikan diri kpd Allah dalam madrasah Ramadhan, dan jika kita lulus atas penilaian Allah, maka Allah akan anugerahkan 'trofi' ini kepada mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
SALAM
Rujuk padda post 33, tak sempat buat kesimpulan kerana kesuntukan masa pada masa tersebut.
Jadi sebagai kesimpulan, sekadar pendapat peribadi: Beramal ibadatlah dengan semaksimum mungkin disepanjang bulan Ramadhon LILLAHITA'ALA. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah dgr org tua2 dulu ckp klu mlm tue sunyi sepi(tiada angin,bunyi),klu mimpi pohon kayu luyut (mcm tunduk) ke bumi,klu mimpi air telaga penuh,maka tue mlmnya lailatul qadar..tp diorng kate bkn semua org dpt tanda2 tu hanya org2 yg yg tertentu je..wallahualam..
apepon xberapa nk pasti sgt la betol ke x..
yg penting kita berusaha tingkatkan amalan dan ibadah di sepanjang bulan mulia nie..:pray:
nak2 bulan puasa dh smpai ke pnghjungnya...tahun dpn entah dapat jmpa lg entah tidak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam untuk semua..............
PEMBETULAN DARI SAYA YANG LEMAH INI......
Semuga ALLAH mengampunkan dosa saya yang masih dalam perjuangan ini. Ampun ya ALLAH. Minta ma'af pada semua.
Walaupun Ramadan telah meninggalkan kita, namun insyaALLAH ia akan datang lagi selagi dunia belum kiamat!
Saya baru terjumpa hubungkait 10 malam terakhir, yang genap dan yang ganjil pada surah Al-Fajr(iaitu 5 ayat pertamanya dengan keseluruhan 5 ayat)surah Al-Qadr.........MAHA SUCI ALLAH!MAHA SUCI ALLAH!MAHA SUCI ALLAH!
HANYA PADAMU AKU SUJUD!
Lihatlah Al-Qadr, bagaimana ia digandingkan dengan 5 ayat dari Al-Fajr:
1.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan ini pada Lailatul-Qadar,
2.
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Lailatul-Qadar itu?
3.
Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
4.
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara
5.
Sejahteralah Malam itu hingga terbit fajar!
Al-Fajr...........
1.
Demi waktu fajar;
2.
Dan malam yang sepuluh
3.
Dan bilangan yang genap serta yang ganjil;
4.
Dan malam, apabila ia berlalu; -
5.
Bukankah yang demikian itu mengandungi sumpah oleh orang yang berakal sempurna?
Semuga amalanku pada ramadhan akan datang lebih dari yang sudah dan yang baru berlalu........Istajibullah! InsyaALLAH!:pray::pray::pray:
Maka dengan ini saya berlepas diri dari pendapat yang mengatakan Lailatul-Qadr hanya berlaku sekali sahaja!
Dan Post saya yang #33 null n void, kecuali mengenai saranan saya agar memperbanyakkan amal ibadat terutama zikrullah dan Tahajjud!
[ Last edited by ayyohpeen at 31-10-2006 08:00 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Amir pula nak beri sedikit pendapat....
:lebai:
Salam semua,
Malam Qadar adalah malam yang mulia. Pada malam itu ada peristiwa yang berlaku.Apa dia? Turunnya AlQuran ke Kaki Langit, ada yang kata diLauh Mahfuz. Apa bezanya dengan Nuzul Quran? Pada masa itu turunnya AlQuran kepada Nabi Muhammad diGua Hira. Jadi,penurunan AlQuran seterusnya dari Kaki Langit ke Bumi.
Balik pada Malam Qadar.Pada malam itu (apa dia yang dikatakan malam dan bilamanakah masa yang dikatakan waktu malam?) ada detik dan masa berlakunya peristiwa itu. Jadi Malam Qadar dan detik masa berlakunya pada malam itu.
Kamu semua tentu sekali kenal akan perjalanan waktu iaitu malam dan siang,saat,minit,jam,hari,minggu,bulan,tahun,abad dan kurun atau alaf, bukan? Pada saat peristiwa itu berlaku,ia akan meliputi seluruh alam ini termasuklah yang berada diKutub Utara dan Selatan. Rahmat kepada seluruh Alam.
Sekarang ini,banyak persoalan yang timbul untuk mendapatkan waktu dan detik peristiwa itu. Cuba kamu fikir,umat islam berbeza dalam menentukan tarikh mula berpuasa dan berhari raya,bukankah itu akan melibatkan malam-malam genab dan malam-malam ganjil? Nabi kata,cari pada malam-malam ganjil pada 10 malam terakhir.Pada anggapan kita diMalaysia berada pada malam ganjil TETAPI pada negara Arab Saudi ianya pada malam genab. Apa sebab? Arab Saudi berpuasa 1 hari dahulu daripada kita diMalaysia.
Disebabkan Bumi ini;mengikut kajian sains, berputar pada paksi dan beredar mengikut orbitnya pada condongan 23 darjah,jadi impak kepada dua kutub iaitu utara dan selatan mengalami siang sahaja pada bulan-bulan tertentu vice-versa. Ini jugak persoalan yang ditimbulkan iaitu bagaimanakah ditempat-tempat yang tidak mengalami malam.
Penyelesaiannya,waktu dan detik berlakunya peristiwa itu jugak berputar meliputi keseluruhan Bumi. Manusia tidak akan tahu waktu tepat berlaku peristiwa itu,dikeruhkan lagi,tidak dapat jugak menentukan malam yang tepat;dek kerana perbezaan yang lahir hasil daripada permulaan puasa.
Sesuatu yang akan umat Islam ketahui ialah 10 malam terakhir; mula dari permulaan puasa dimekah dikira selamat,bagi yang mencari Malam Qadar itu. Oleh itu penambahan ibadat itu dilakukan sepanjang 10 MALAM TERSEBUT. InsyaAllah kita dapat melalui malam yang berkat itu. Tanda-tanda kita telah melalui malam itu telah diberitahu oleh Nabi.
Pertanyaan:
SIAPAKAH YANG MENDAPATNYA?
1. Sudah tentu manusia yang terpilih olehNya dikalangan hamba-hamba yang mencari dan mengharapkannya.
2. Sudah tentu hamba-hamba yang menetapi syarat-syaratNya.
LAHIRAHNYA BOLEH DIKETAHUI SEMAADA KITA INI BERKEMUNGKINAN DAPAT ATAU PUN TIDAK.
Contohlah, didalam bulan puasa depa ni solat lima waktu sehari semalam dan bertarawih dimalam hari,tok-tok solat subuh Syawal dia by atau missed maka besar kemungkinan...sorry...la..
Dan banyak lagi tanda-tanda yang hamba Allah itu dapat ataupun tidak,walaubagaimanapun hamba itu tidak semestinya putus asa,dicarinya pada masa akan datang.
Wassalam.:lebai: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Amir at 1-11-2006 01:37 PM
:lebai:
Salam semua,
Malam Qadar adalah malam yang mulia. Pada malam itu ada peristiwa yang berlaku.Apa dia? Turunnya AlQuran ke Kaki Langit, ada yang kata diLauh Mahfuz. Apa bezanya dengan N ...
SALAM untuk semua...............
Memang malam itu adalah malam permulaan, malam pertama kali ayat ALLAH yang sebenarnya telahpun sempurna naskahnya di Luh Mahfuz diturunkan kepada Nabi Muhammmad dan umat akhir zaman melalui Malaikat Jibril di gua Hira'. Namun objektif kita untuk mengejar anugerah rahmat seribu bulan oleh ALLAH adalah pada 10 malam terakhir, tak kira ganjil atau genap itulah sasarannya, pada saya maksudnya disini, janganlah kita memilih malam-malam tertentu pada kesemua 10 malam terakhir itu. Kita pergiatkan segala amal ibadah kita secara package, jangan dipilih-pilih, takut terlepas kerana terikut pendapat orang, sedangkan ALLAH suruh kita teruskan dan pergiatkan segala amal ibadat kita pada keseluruhan 10 malam-malam terakhir itu. Ganjaran yang kita terima bukan dari manusia! Ganjaran pahala adalah HAQ MUTLAK ALLAH! Bukan hak manusia. Turut KALAMULLAH! Jangan turut kalaminsan! Biarlah mereka memperdebatkan malam manakah Lailatul-Qadr itu berlaku. Dari melihat mereka-mereka itu menduga-duga, baik kita tunduk dan patuh kepada perintah ALLAH.
Oh ya mungkin menjadi tidak menarik forum-forum mereka bila hanya menurut apa yang ALLAH firmankan, tetapi menjadi menarik, tertarik dan memang 'debump' bila kajian si X mengatakan ia berlaku pada malam A mengikut kajiannya dan ditolak dengan hujah-hujah menarik dari si Y dan mengatakan ia berlaku pada malam B kerana ada riwayat dari beberapa keturunan yang tidak putus dan sahih tetapi dibantah oleh si Z dengan menghujahkan bahawa sebenar-benarnya malam C lah yang sebenar-benarnya berlaku peristiwa itu mengikut kajian paling terbaru dan paling torsohor lagi terbukti. Dan akhirnya segala yang ALLAH firmankan terpendam dek kerana ceritera bikinan manusia yang bersandarkan kepada sangka-menyangka dan akhirnya ceramah pun berakhir dengan masing-masing tesenyum dimulut mencebik dihati kerana mempertahankan hujah sehingga akhirnya ramadhan sekali lagi meninggalkan kita.............
Dan adegan yang sama akan berlaku lagi pada tahun hadapan. TAPI! yang pasti ayyohpeen melihat Lailatul-Qadr dari perpektif sebenar, bukan lagi dari dengar cerita orang, juga bukan dari duga-dugaan! Tetapi mendengar sendiri Kalam ALLAH!!!!
SUBHANALLAH!SUBHANALLAH!SUBHANALLAH! |
|
|
|
|
|
|
| |
|