|
Originally posted by Lloni at 18-7-2006 12:12
memang boring kalau bebudak baca...sebab tahap akal dia tidak boleh terima lagi.....
:setuju::setuju: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by burning_ash at 20-7-2006 01:54 PM
tak kira dari mana asalnya melayu tu..tapi yang penting itu semua adalah bangsa..yang paling penting buat kita adalah agama ...bangsa kemudian...
Sama-sama penting.....Melayu hanya di nusantara....tapi Islam di seluruh dunia |
|
|
|
|
|
|
|
yg pntingnya..kajian ni untuk RMK-9.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa salahnya nak mengkaji asal usul bangsa.Itukan bagus tu.Memperkembangkan ilmu.Jadi tidaklah kita bergantung pada orang lain i.e mat salleh misalnya utk memperkatakan ttg asal usul bangsa sendiri.
Mana tahu dr kajian itu nanti akan dapat mengetahui sesuatu yg tak pernah kita tahu atau terfikir pun.Ilmu lagi tu.Usaha2 seumpama ini sepatutnya dialu2kan.Budaya penyelidikan itu biasanya akan menghasilkan penemuan dan penemuan itu biasanya akan memacu kemajuan tak kira dalam apa bidang sekalipun.:nerd: |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aiseh ..tengah syiokk bace bab penduduk asal Tanah Melayu nie dah mule berkfrontasi sesame sendiri .. Ini ker penyatuan ummah?? ... |
|
|
|
|
|
|
nal This user has been deleted
|
Benda yang dibuat atas dasar Assobiyyah memang cam tu. Itu sbb Nabi tak beri.
PERSOALAN?
1. Siapa lak BAPAK orang Melayu ni?
2. Siapa pulak orang Kelantan Sebenar? Kelantan kan hanya negeri pemerintahan, bukankah baru wujud pada abad 18, Bukannya satu etnik kan.
Banyak sangat propaganda.
Bagi orang yang tak faham atau berfahaman asobiyyah memang tak faham, mungkin sebab belajar tinggi dan rasa yang terbaik sama spesis yang tengah duk serang Palestin tu.
JAUHI DIRI DARI MERASA LEBIH DARI ORANG LAIN TAKUT TAK CIUM SYURGA NANTI. BUAT SIA - SIA JE TONGGANG TONGGEK HARI2. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nal at 22-7-2006 09:34 AM
Benda yang dibuat atas dasar Assobiyyah memang cam tu. Itu sbb Nabi tak beri.
PERSOALAN?
1. Siapa lak BAPAK orang Melayu ni?
2. Siapa pulak orang Kelantan Sebenar? Kelantan kan hanya negeri ...
Setiap tutur kata atau tulisan pena...kena hati2...kerana setiap yang dituturkan atau ditulis akan menunjukkan kita samada kita berilmu atau tidak dan tahap pemikiran kita...sebelum kita tulis fikir beratus kali..jangan main hentam kromo saja...pada persoalan kedua itu menunjukan anda buta sejarah...dan tulisan nota kaki anda menunjuk ilmu sekerat...
siapa yang bersikap assyobbiah...dalam kes ini kita berpandukan kajian yang dibuat oleh para cendiakawan melayu di universiti...bukan kajian persendirian....dalam melakukan kajian ada cara dan syarat2 yang perlu dilalui dan dipenuhi...bukan macam nak buat kueh...pakai adum saja....kepada sesiapa yang pernah belajar dan membuat thesis dia akan tahu...malah pengkajian juga berpandukan sampel serta pengambilannya dibuat cara saintifik....
usah bercakap kalu tidak tahu atau tahu sekerat...memalukan diri sendiri saja...jangan termasuk dalam pepatah Melayu...."bodoh sombong" ertinya dahlah bodoh tetapi sombong pula....:hmm:
berikut saya pastekan keratan akhbar hari ini....beberapa fakta tentang kajian tersebut...harap anda sekelian buka mata dan minda...
20 saintis kumpul profil Melayu
Oleh Saufi Hamzah dan Mona Ahmad
BENARKAH ada penyakit yang hanya ada pada satu-satu kaum saja?. Adakah kajian genetik mampu mengenal pasti penawar bagi penyakit yang sering dikaitkan dengan keturunan.
Kajian mengenai susur galur genetik sesuatu kaum perlu dijalankan bagi membolehkan penyelidikan lebih meluas terhadap penyakit yang berkaitan dengan keturunan.
Sehubungan itu, sekumpulan 20 ahli sains dan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk genetik, sejarah, pergigian, forensik dan mata merintis langkah menjalankan penyelidikan bagi mengumpul profil genetik masyarakat Melayu di Semenanjung.
Banyak persoalan timbul, benarkah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) boleh menentukan susur galur orang Melayu yang membuat penempatan asal di bumi Semenanjung Malaysia?
Adakah Orang Melayu Kelantan adalah kumpulan Melayu pertama yang membuat penempatan di bumi Semenanjung?. Bagaimanakah rupa asal orang Melayu yang mula bertapak di Semenanjung.
DR ZULFALIL
menganalisis
sampel darah
responden Melayu.
Adakah rupa asal orang Melayu ialah berkulit sawo matang, berambut ikal, bermata kecil dan berahang kecil?. Benarkah penghijrahan dan perkahwinan campur menyebabkan tiada lagi orang Melayu yang asli.
Semua persoalan ini bakal terjawab apabila kajian yang dikenali sebagai Menjejaki Asal Usul Bangsa Melayu Menerusi Kajian Morfologi, Sejarah, Sosio Budaya dan Analisis Genetik siap sepenuhnya menjelang 2008.
Malah, kumpulan penyelidik itu sudah memulakan projek mereka sejak Januari lalu dan ketika ini berjaya mengumpulkan sampel daripada lebih 50 responden dari sub kumpulan etnik yang dikenal pasti di Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Kajian yang menelan belanja RM1.4 juta menerusi peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi ini adalah satu-satunya kajian genetik orang Melayu yang menetap di Semenanjung.
Menarik mengenai kajian ini ia bakal melihat evolusi masyarakat Melayu di Semenanjung dengan menggunakan pembuktian bahawa orang Melayu yang mula membuat penempatan di Tanah Melayu ialah Melayu Kelantan.
Melayu Kelantan dijadikan asas kajian kumpulan penyelidik itu kerana mereka yakin bahawa susur galur keturunan kumpulan Melayu itu dianggap masih tulen kerana ramai yang masih mengekalkan keturunan mereka tanpa campuran kaum lain.
Pengarah Pusat Genom Manusia USM, Dr Zilfalil Alwi, berkata sikap orang Melayu Kelantan sendiri yang agak tegas dalam pemilihan pasangan hidup juga diambil kira kerana ia dikatakan boleh mengurangkan pendedahan kepada perkahwinan campur yang sekali gus menjejaskan genetik asal kaum itu.
Dalam kajian ini, katanya, kumpulan pengkaji akan mengenal pasti penempatan 14 sub etnik Melayu Semenanjung yang dipilih menerusi sejarah dan latar belakang sosio budaya.
"Apabila penempatan dikenali pasti di Semenanjung, kita akan mendapatkan responden yang menetap di lokasi itu tetapi datuk nenek moyang mereka berasal dari tempat asal keturunan mereka seperti Minang di Indonesia.
"Selepas responden dikenal pasti barulah kita ambil sampel darah, ukuran muka, gigi, mata dan rahang, selain mengumpul maklumat susur galur keturunan responden," katanya yang ditemui di USM, Kubang Kerian, baru-baru ini.
Dr Zilfalil berkata bagi Melayu Kelantan dan Minang di Negeri Sembilan, misalnya, pakar sejarah, Prof Madya Dr Ooi Keat Jin mengenal pasti beberapa lokasi penempatan awal di sepanjang Sungai Kelantan dan kawasan pantai serta pedalaman Negeri Sembilan.
"Zaman dulu, penempatan awal di sepanjang sungai dan pantai kerana tiada jalan. Jadi, pakar sejarah akan mengenal pasti lokasi penempatan bagi membolehkan penyelidik mengambil sampel dari responden," katanya.
Dr Zilfalil berkata, tiga kaedah digunakan untuk mengesan genetik kaum itu iaitu mengekstrak DNA menerusi darah untuk mengkaji mitochondria yang hanya boleh diwarisi kaum ibu saja.
Menerusi kajian ini, jika seorang wanita itu berkahwin dengan lelaki dari kaum lain dan berpindah ke tempat lain, susur galur asal usulnya boleh dikesan menerusi mitochondria.
Kajian kedua pula membabitkan kajian kromosom Y-Short Tendem Repeat (Y-STR) untuk melihat evolusi kaum lelaki, misalnya, sekumpulan lelaki berhijrah ke tempat lain, asal usul kumpulan lelaki berkenaan boleh diperolehi menerusi ujian itu.
Selain itu, kaedah ketiga yang digunakan ialah menggunakan Cip Mikro Array bagi mengesan Single Nucleotide Polymorphism (SNP) secara serentak untuk 50,000 variasi jujukan DNA seseorang individu.
Kaedah ini membolehkan pengkaji mengesan variasi jujukan DNA yang ada pada satu-satu responden, yang akhirnya turut menyumbang jawapan kepada persoalan asal usul kaum menerusi kajian genetik.
FAKTA:
- Kajian Menjejaki Asal Usul Melayu melalui Kajian Morfologi, Sejarah, Sosio Budaya dan Analisis Genetik.
- Kajian oleh Universiti Sains Malaysia
- Jumlah penyelidik - 20 orang
- Jangkaan projek - Januari 2006 - 2008
- Jumlah responden - 20 hingga 30 orang setiap sub etnik
- Sub kumpulan etnik Melayu di Semenanjung :
Melayu Kelantan di Kelantan
Melayu Minang di Negeri Sembilan
Melayu Yunan di Terengganu
Melayu Acheh di Perak
Melayu Riau di Johor
Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan
Melayu Mandailing di Perak
Melayu Jawa di Johor dan Selangor
Melayu Bugis di Johor dan Selangor
Melayu Rawa di Perak
Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak
Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang
Melayu Banjar di Selangor dan Johor
Melayu Kurinchi di Selangor
Keseluruhan Projek bernilai RM1.4 juta:
Pembahagian tugas:
Pengumpulan Sampel dan pengekstrakan DNA - diketuai Dr Zilfalil Alwi
Analisis sejarah dan sosio budaya - diketuai Prof Madya Dr Ooi Keat Gin
Analisis DNA mitokondria - diketuai Dr Zafarina Zainudin
Analisis STRs autosomal dan Y-STRs - diketuai S Panneerchelvam
Analisis SNPs - diketuai Dr Zilfalil
Analisis Human Leukocyte Antigen - sejenis protein dijumpai dalam sel yang berfungsi dalam sistem imun - diketuai Prof Norazmi Mohd Nor
Analisis Morfologi, struktur muka, rahang dan gigi - diketuai Prof Abd Rani Samsudin
Analisis Morfologi Mata - diketuai Dr Liza Shamimi Ahmad Tajudin
[ Last edited by Lloni at 23-7-2006 02:09 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rempo at 22-7-2006 02:34 AM
Apa salahnya nak mengkaji asal usul bangsa.Itukan bagus tu.Memperkembangkan ilmu.Jadi tidaklah kita bergantung pada orang lain i.e mat salleh misalnya utk memperkatakan ttg asal usul bangsa sendiri ...
rempo-----> berfikir secara positif...good!
dalam melakukan apa jua pekerjaan samada ianya kecil atau besar....yang pasti dugaan atau halangan itu tetap ada..jadi hanya yang sabar serta beristiqomah saja yang berjaya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Menjejak Melayu
Menjejak Melayu
Oleh Saufi Hamzah dan Mona Ahmad
BENARKAH selama ini Orang Asli dan orang Melayu wujud dari rumpun atau keturunan yang sama?
Jika diamati kajian bertajuk Analisis DNA Mitokondria (MtDNA) masyarakat Melayu Moden dan Orang Asli di Semenanjung yang dihasilkan penyelidik Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zafarina Zainuddin, mendapati bahawa keadaan sebaliknya berlaku di mana Orang Asli dan orang Melayu berasal dari keturunan berlainan.
Berdasarkan data DNA Mitokondria (MtDNA) yang dikumpulkan dalam kajian itu, orang Melayu Moden dipercayai berasal dari populasi `Austronesian' (atau Selatan Mongoloid) manakala Orang Asli pula adalah saki baki manusia moden dari populasi `Australoid'.
Hasil kajian itu juga disokong oleh kajian linguistik yang menyatakan terdapat dua penghijrahan pra-sejarah utama berlaku di Asia Tenggara.
Gelombang penghijrahan pertama yang berlaku kira-kira 40,000 tahun membawa kemasukkan populasi `Australoid' purba ke kepulauan Indo-Malaysia, yang seterusnya bergerak dan menetap di Australia dan New Guinea.
KAJIAN Dr Zafarina dan Dr Mohd Fadhli
yang diserahkan kepada JHEOA di Georgetown,
baru-baru ini.
Gelombang populasi kedua dipercayai berasal dari Fujian atau Zhejian (juga dikenali sebagai Selatan Mongoloid atau Austronesian), yang menetap di sekitar kepulauan Asia Tenggara dan tanah besar kira-kira 4,000 ke 6,000 tahun dulu.
"Kita tidak ubah sejarah, sebaliknya kita sedang mendokumentasikan sejarah. Orang Asli memang lebih tua daripada orang Melayu. Ada banyak orang yang datang ke Malaysia dan banyak yang sudah bercampur," katanya selepas majlis penyerahan dua tesis kepada Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) di Bilik Persidangan USM, Georgetown, baru-baru ini.
Satu lagi tesis bertajuk Variasi Pergigian Dalam Populasi Malaysia untuk aplikasi pengecaman identiti manusia yang dihasilkan pensyarah Pengajian Sains Pergigian, Dr Mohd Fadhli Khamis.
Secara umum, kajian bertajuk Analisis DNA Mitokondria (MtDNA) masyarakat Melayu Moden dan Orang Asli di Semenanjung itu adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai `genetik make-up' dan pembangunan pangkalan data bagi DNA mitokondria bagi masyarakat Melayu dan Orang Asli.
Pembangunan pangkalan data penting sebelum analisis DNA mitokondria dapat diaplikasi dalam kes-kes forensik yang membabitkan kedua-dua populasi.
Secara tidak langsung, maklumat yang diperolehi dapat digunakan dalam kajian genetik populasi yang membawa kepada penemuan yang menunjukkan perbezaan ketara di antara masyarakat Melayu Moden dan Orang Asli.
Sehingga ke hari ini, belum ada kajian penuh dan menyeluruh berkenaan konstitusi genetik Orang Asli yang dilakukan oleh saintis dari Malaysia.
Dr Zafarina berkata, kebanyakan kajian yang sudah dibuat oleh saintis Barat lebih bersifat untuk mendapatkan informasi berkenaan profil genetik Orang Asli kerana mereka ini adalah antara manusia moden yang tertua yang masih wujud di atas muka bumi.
Kajian berkenaan masyarakat Orang Asli dari Semenanjung Malaysia oleh saintis barat sudah berjaya membawa kepada penemuan beberapa rumusan penting mengenai sejarah pergerakan manusia moden di atas muka bumi ini.
Antara penerbitan terbaru saintis Barat yang menggunakan maklumat daripada kajian Orang Asli adalah rumusan mengenai penyebaran manusia moden dari Afrika ke Asia Tenggara kemungkinan besar berlaku melalui laluan pantai menerusi India dan seterusnya ke Australasia.
Pergerakan itu dikatakan berlaku kira-kira 65,000 tahun dulu.
FAKTA NOMBOR
Sampel DNA
102 - Melayu moden
58 - Orang Asli
FAKTA
Orang Melayu
Teori Yunan
Secara keseluruhannya alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
Adat resam bangsa Melayu mirip suku Naga di daerah Assam (berhampiran sempadan India dengan Myanmar).
Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Penduduk Kemboja mungkin berasal dari Dataran Yunan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekali gus menandakan pertaliannya dengan Dataran Yunan.
Teori popular yang diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, ada menyatakan "nenek moyang" orang Melayu berasal dari Yunan.
Berdasarkan teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang utama yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan Melayu Deutro.
Orang Negrito
Penduduk paling awal di Kepulauan Melayu. Dikatakan ada di sini sejak 1,000 tahun Sebelum Masihi berdasarkan penerokaan arkeologi di Gua Cha, Kelantan. Daripada orang Negrito diperturunkan orang Semang yang mempunyai ciri-ciri fizikal berkulit gelap, berambut kerinting, bermata bundar, berhidung lebar, berbibir penuh, serta saiz badan yang pendek.
Melayu Proto
Perpindahan orang Melayu Proto ke Kepulauan Melayu dikatakan berlaku pada 2,500 tahun Sebelum Masihi. Mereka mempunyai peradaban yang lebih maju daripada orang Negrito, ditandai dengan kemahiran bercucuk tanam.
Melayu Deutro
Perpindahan orang Melayu Deutro adalah gelombang perpindahan orang Melayu kuno yang kedua yang berlaku pada 1,500 Sebelum Masihi. Mereka adalah manusia yang hidup di pantai dan mempunyai kemahiran berlayar.
Teori Nusantara
Teori ini adalah disokong dengan alasan seperti di bawah:
Bangsa Melayu dan Bangsa Jawa mempunyai tamadun yang tinggi pada abad ke-19.
Taraf ini hanya dapat dicapai selepas perkembangan budaya yang lama. Perkara ini menunjukkan orang Melayu tidak berasal dari mana-mana tetapi berasal dan berkembang di Nusantara.
Bahasa di Nusantara (Bahasa Austronesia) mempunyai perbezaan ketara dengan bahasa di Asia Tengah (Bahasa Indo-Eropah).
Orang Asli
Masyarakat Orang Asli adalah komuniti kecil di Malaysia dan penduduk pribumi negara ini.
Orang Asli adalah masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza.
Secara rasminya masyarakat Orang Asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli.
Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.
Disebabkan pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan.
Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
20 saintis kumpul profil Melayu
Oleh Saufi Hamzah dan Mona Ahmad
PENERANGAN mengenai spesimen kepada pelajar.
BENARKAH ada penyakit yang hanya ada pada satu-satu kaum saja?. Adakah kajian genetik mampu mengenal pasti penawar bagi penyakit yang sering dikaitkan dengan keturunan.
Kajian mengenai susur galur genetik sesuatu kaum perlu dijalankan bagi membolehkan penyelidikan lebih meluas terhadap penyakit yang berkaitan dengan keturunan.
Sehubungan itu, sekumpulan 20 ahli sains dan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia dalam pelbagai bidang termasuk genetik, sejarah, pergigian, forensik dan mata merintis langkah menjalankan penyelidikan bagi mengumpul profil genetik masyarakat Melayu di Semenanjung.
Banyak persoalan timbul, benarkah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) boleh menentukan susur galur orang Melayu yang membuat penempatan asal di bumi Semenanjung Malaysia?
Adakah Orang Melayu Kelantan adalah kumpulan Melayu pertama yang membuat penempatan di bumi Semenanjung?. Bagaimanakah rupa asal orang Melayu yang mula bertapak di Semenanjung.
DR ZULFALIL
menganalisis
sampel darah
responden Melayu.
Adakah rupa asal orang Melayu ialah berkulit sawo matang, berambut ikal, bermata kecil dan berahang kecil?. Benarkah penghijrahan dan perkahwinan campur menyebabkan tiada lagi orang Melayu yang asli.
Semua persoalan ini bakal terjawab apabila kajian yang dikenali sebagai Menjejaki Asal Usul Bangsa Melayu Menerusi Kajian Morfologi, Sejarah, Sosio Budaya dan Analisis Genetik siap sepenuhnya menjelang 2008.
Malah, kumpulan penyelidik itu sudah memulakan projek mereka sejak Januari lalu dan ketika ini berjaya mengumpulkan sampel daripada lebih 50 responden dari sub kumpulan etnik yang dikenal pasti di Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Kajian yang menelan belanja RM1.4 juta menerusi peruntukan Kementerian Pengajian Tinggi ini adalah satu-satunya kajian genetik orang Melayu yang menetap di Semenanjung.
Menarik mengenai kajian ini ia bakal melihat evolusi masyarakat Melayu di Semenanjung dengan menggunakan pembuktian bahawa orang Melayu yang mula membuat penempatan di Tanah Melayu ialah Melayu Kelantan.
Melayu Kelantan dijadikan asas kajian kumpulan penyelidik itu kerana mereka yakin bahawa susur galur keturunan kumpulan Melayu itu dianggap masih tulen kerana ramai yang masih mengekalkan keturunan mereka tanpa campuran kaum lain.
Pengarah Pusat Genom Manusia USM, Dr Zilfalil Alwi, berkata sikap orang Melayu Kelantan sendiri yang agak tegas dalam pemilihan pasangan hidup juga diambil kira kerana ia dikatakan boleh mengurangkan pendedahan kepada perkahwinan campur yang sekali gus menjejaskan genetik asal kaum itu.
Dalam kajian ini, katanya, kumpulan pengkaji akan mengenal pasti penempatan 14 sub etnik Melayu Semenanjung yang dipilih menerusi sejarah dan latar belakang sosio budaya.
"Apabila penempatan dikenali pasti di Semenanjung, kita akan mendapatkan responden yang menetap di lokasi itu tetapi datuk nenek moyang mereka berasal dari tempat asal keturunan mereka seperti Minang di Indonesia.
"Selepas responden dikenal pasti barulah kita ambil sampel darah, ukuran muka, gigi, mata dan rahang, selain mengumpul maklumat susur galur keturunan responden," katanya yang ditemui di USM, Kubang Kerian, baru-baru ini.
Dr Zilfalil berkata bagi Melayu Kelantan dan Minang di Negeri Sembilan, misalnya, pakar sejarah, Prof Madya Dr Ooi Keat Jin mengenal pasti beberapa lokasi penempatan awal di sepanjang Sungai Kelantan dan kawasan pantai serta pedalaman Negeri Sembilan.
"Zaman dulu, penempatan awal di sepanjang sungai dan pantai kerana tiada jalan. Jadi, pakar sejarah akan mengenal pasti lokasi penempatan bagi membolehkan penyelidik mengambil sampel dari responden," katanya.
Dr Zilfalil berkata, tiga kaedah digunakan untuk mengesan genetik kaum itu iaitu mengekstrak DNA menerusi darah untuk mengkaji mitochondria yang hanya boleh diwarisi kaum ibu saja.
Menerusi kajian ini, jika seorang wanita itu berkahwin dengan lelaki dari kaum lain dan berpindah ke tempat lain, susur galur asal usulnya boleh dikesan menerusi mitochondria.
Kajian kedua pula membabitkan kajian kromosom Y-Short Tendem Repeat (Y-STR) untuk melihat evolusi kaum lelaki, misalnya, sekumpulan lelaki berhijrah ke tempat lain, asal usul kumpulan lelaki berkenaan boleh diperolehi menerusi ujian itu.
Selain itu, kaedah ketiga yang digunakan ialah menggunakan Cip Mikro Array bagi mengesan Single Nucleotide Polymorphism (SNP) secara serentak untuk 50,000 variasi jujukan DNA seseorang individu.
Kaedah ini membolehkan pengkaji mengesan variasi jujukan DNA yang ada pada satu-satu responden, yang akhirnya turut menyumbang jawapan kepada persoalan asal usul kaum menerusi kajian genetik.
FAKTA:
- Kajian Menjejaki Asal Usul Melayu melalui Kajian Morfologi, Sejarah, Sosio Budaya dan Analisis Genetik.
- Kajian oleh Universiti Sains Malaysia
- Jumlah penyelidik - 20 orang
- Jangkaan projek - Januari 2006 - 2008
- Jumlah responden - 20 hingga 30 orang setiap sub etnik
- Sub kumpulan etnik Melayu di Semenanjung :
Melayu Kelantan di Kelantan
Melayu Minang di Negeri Sembilan
Melayu Yunan di Terengganu
Melayu Acheh di Perak
Melayu Riau di Johor
Melayu Champa di Perak, Kedah dan Kelantan
Melayu Mandailing di Perak
Melayu Jawa di Johor dan Selangor
Melayu Bugis di Johor dan Selangor
Melayu Rawa di Perak
Melayu Jambi di Johor, Selangor dan Perak
Melayu Batak di Perak dan Pulau Pinang
Melayu Banjar di Selangor dan Johor
Melayu Kurinchi di Selangor
Keseluruhan Projek bernilai RM1.4 juta:
Pembahagian tugas:
Pengumpulan Sampel dan pengekstrakan DNA - diketuai Dr Zilfalil Alwi
Analisis sejarah dan sosio budaya - diketuai Prof Madya Dr Ooi Keat Gin
Analisis DNA mitokondria - diketuai Dr Zafarina Zainudin
Analisis STRs autosomal dan Y-STRs - diketuai S Panneerchelvam
Analisis SNPs - diketuai Dr Zilfalil
Analisis Human Leukocyte Antigen - sejenis protein dijumpai dalam sel yang berfungsi dalam sistem imun - diketuai Prof Norazmi Mohd Nor
Analisis Morfologi, struktur muka, rahang dan gigi - diketuai Prof Abd Rani Samsudin
Analisis Morfologi Mata - diketuai Dr Liza Shamimi Ahmad Tajudin |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Allah ARAHKAN orang islam agar sentiasa mendalami ilmu. mengkaji akan setiap ciptaanNYA. bagi aku... kajian tentang asal usul orang melayu pun termasuk dalam ILMU ILMU yang patut didalami. paling kurang ada juga yang AHLI tentang that particular topik.
inilah kelemahan umat islam moden. semua yang kecil kecil nampak cam tak penting diperlekehkan..
Orang Tuhan? yang boleh beryaqazah dengan Nabi sambil celik tu? yang boleh tangguhkan kematian orang tu? hehe |
|
|
|
|
|
|
|
sebuah artikel lama
Asal usul Melayu... fakta buku sejarah mungkin dirombak
Menurut Pengarah Arkib Negara, Datuk Habibah Zon, penemuan Nik Hassan itu mengukuhkan lagi kajian-kajian yang pernah dilakukan oleh ahli-ahli arkeologi lain seperti Prof. Zurinah Hassan.
"Hasil kajian ini sangat berharga kerana selama ini, kita memegang teori migrasi yang dikemukakan oleh sarjana Barat bahawa bangsa Melayu dan bumiputera adalah pendatang daripada negara-negara di luar Semenanjung.
"Oleh itu, kami di Arkib Negara kini akan menyiapkan satu kertas cadangan bersama bukti-bukti kajian yang pernah dilakukan termasuklah daripada Nik Hassan sendiri, untuk dikemukakan kepada kerajaan untuk dinilai,'' katanya ketika ditemui di UKM, Bangi selepas majlis Syarahan Perdana bertajuk 'Arkeologi PraIslam Pesisir Selat Melaka - Evolusi atau Migrasi' oleh Prof. Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman.
Tambah Habibah, jika kabinet berpuas hati dengan fakta-fakta yang dikemukakan, fakta sejarah berkaitan masyarakat Melayu dan bumiputera di dalam buku-buku sejarah, mungkin perlu diubah.
Sementara itu menurut Nik Hassan, berdasarkan penilaian semula terhadap data arkeologi yang dilakukannya, bangsa Melayu dan bumiputera sudah berada di tanah Semenanjung sejak 35,000 tahun dahulu.
"Apa yang berlaku ialah nenek moyang orang Melayu dan bumiputera sudah berada di kawasan ini sejak 35,000 tahun dahulu.
"Tidak terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pembentukan kerajaan pra-Islam berlaku mengikut gelombang penghijrahan orang India, Amaravati, Gupta, Pallava, Pala dan Cola,'' katanya.
Penemuan oleh Nik Hassan itu sekali gus menolak teori migrasi yang dicadang dan diwariskan oleh sarjana Barat sejak tahun 1930-an.
Beliau sebaliknya mengemukakan fakta baru bahawa apa yang sebenarnya yang boleh dikaitkan dengan perkembangan masyarakat Melayu dan bumiputera di Semenanjung ialah proses evolusi.
Antara faktor yang menyebabkan berlakunya evolusi katanya, ialah perdagangan.
Jelas beliau perdagangan zaman Neolitik adalah diantara kawasan melalui jalan darat, tetapi bermula pada zaman Logam, berlakulah perdagangan maritim akibat kewujudan kapal layar dan telah membawa kemajuan yang lebih banyak.
"Akibatnya, lahirlah pula kerajaan awal dan disebabkan perubahan besar berlaku di kawasan pesisir pantai, maka lokasi kerajaan awal adalah di pesisir Selat Melaka,'' katanya.
Namun begitu kata Nik Hassan, wujud masyarakat maju di pesisir dan masyarakat terpinggir di pedalaman.
Oleh itu katanya, dapat disimpulkan bahawa orang Melayu dan bumiputera berasal daripada satu baka sahaja dan yang membezakan orang Melayu dengan bumiputera pada hari ini adalah anutan agama sahaja.
Teori migrasi yang diperkenalkan oleh sarjana-sarjana Barat pula mengandaikan kewujudan Melayu dan bumiputera dikaitkan dengan proses migrasi dan penghijrahan penduduk-penduduk dari luar Semenanjung.
"Sebagai contoh teori migrasi Quaritch-Wales menyatakan bahawa kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara adalah akibat penghijrahan dan pembentukan koloni India,'' katanya.
Kajian yang dilakukan oleh Nik Hassan dibuat menggunakan pendekatan sejarah seni, iaitu salah satu cabang arkeologi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
satu komen dari pembaca dlm UM hari ini...
Jangan biarkan rakyat Malaysia buta sejarah
Pendapat
NILAI sejarah sebenarnya terlalu rendah di hati kebanyakan individu di negara ini. Banyak sebab mengapa aspek sejarah terutamanya sejarah negara tidak dihayati oleh setiap rakyat Malaysia.
Istilah 慴uta sejarah |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ReuK at 14-7-2006 11:04 AM
Errr aku ada soalan..
Orang asli tu bukan ke penduduk asal Tanah Melayu nih? Kan logik kalau diorg yg betul2 ori Melayu?
Pada pendapat saya... orang asli tu disebabkan kedudukan mereka di tengah hutan, di kawasan yang berbukit bukau dan bergunung ganang... agak sukar didatangi oleh orang luar... kerana itu mereka sukar mendapat maklumat dan hiduplah mereka dalam ke adaan asal.... manakala orang asli di tepian laut dan sungai akan mudah didatangi oleh pedagang luar... maka mereka lebih terdedah dan dapat menerima maklumat dari luar dengan mudah... kerana itu kehidupan mereka lebih berilmu dan maju... maka terjadile mereka seperti bukan orang asli... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
penyelidikan pasal bangsa nie penting,tapi jgnlah terlalu menggunakan byk duit.
dari segi sejarah,penting utk tau asal usul kita...dari sejarah kite belajar,menda betul kite amik,menda tak betul kite buang.sifat yg baik seperti tolong menolong,suka meniaga patut diambil,manakala suka mendengki, malas yg slalu dikaitkan dgn melayu dibuang jauh2
dari segi saintifik,maybe sesuatu kaum mudah diserang penyakit berbanding kaum lain.kite bleh kaji kenapa,berkaitan dgn gen ker,cara hidup ker..penting tuh..cth: kaum cina ramai kene hepatitis B,kenapa?sebab pakai chopstick ker..aper ker... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus...teruskan kajian
supaya asal usul kita dapat diketahui dengan tepat |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tuah_r at 27-7-2006 12:57 PM
penyelidikan pasal bangsa nie penting,tapi jgnlah terlalu menggunakan byk duit.
dari segi sejarah,penting utk tau asal usul kita...dari sejarah kite belajar,menda betul kite amik,menda tak betul ...
Pengorbanan duit tu penting |
|
|
|
|
|
|
|
Matapelajaran sejarah adalah matapelajaran yang paling saya minat ketika di bangku sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
teringat zaman sekolah? dulu.. cikgu cakap asal etnik melayu nie berasal dari tanah besar cina... yang berpindah kesumatera... iyer ker.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|