|
WAHABI & ANCAMAN TERHADAP ASWJ (merged topics abusyafiq)
[Copy link]
|
|
Wahai saudara-saudara sekalian, permulaan keimanan adalah membenarkan setiap sesuatu yang dinyatakan oleh Allah, berhati-hatilah dalam urusan iman dan islam, saya tidak menyatakan golongan Asya'ariyah sesat atau sebagainya, perbahasannya adalah panjang dan saya sendiri tidak berilmu atau layak untuk membahaskannya...cuma saya ingin mengingatkan bahawa janganlah sama sekali kita menafikan ayat-ayat Allah seperti mana yang diwahyukan oleh Allah semata-mata kerana kegagalan akal kita memahaminya...
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ahmadi_bangi at 10-8-2006 10:13 AM
Wahai saudara-saudara sekalian, permulaan keimanan adalah membenarkan setiap sesuatu yang dinyatakan oleh Allah, berhati-hatilah dalam urusan iman dan islam, saya tidak menyatakan golongan Asya'ari ...
Oleh itu jgnlah membuat tuduhan dan menyerang golongan yg berpegang kepada iktikad salafussoleh dengan menyatakan BIDAAH itu, BIDAAH ini, sedangkan mereka ini adalah terdiri dari golongan sahabat2 RSAW, tabien, tabiut tabien dan org2 yg selepasnya yg sangat mencintai RSAW dan TAKSUB dengan RSAW....mereka adalah golongan arifbillah + alimbillah bukan golongan alimbillah semata-mata....
Kita analogikan golongan arifbillah ini dengan golongan alimbillah seperti 2 orang manusia yang melihat lautan.
Seorang hanya mengenal lautan melalui ilmu teori sahaja tetapi tidak mampu lagi menyelam ke dasarnya ini diwakili dengan golongan alimbillah
manakala
Seorang mengenal lautan melalui ilmu teori dan mampu menyelam ke dasar lautan yg dalam ini diwakili oleh golongan arifbillah.
tentulah PENGAMATAN dan ILMU yg dapat menyelam itu akan menjadi lebih tepat kerana mereka bukan SETAKAT TAHU tetapi KENAL lautan tersebut dari mereka yg hanya TAHU dari segi TEORI sahaja.
Alangkag KASIHANnya jika yang hanya bersandarkan TEORI itu menuduh yg sudah MENYELAM ke dasar LAUTAN tersebut sebagai JAHIL dan MENIPU apabila mereka yg sudah MNYELAM itu menjelaskan isi dan intipati dasar lautan yg sudah mereka lihat.
ADAKAH SAMA PERSPEKTIF DAN PENGAMATAN MEREKA jika mereka (golongan yg bersandarkan teori) yg tidak PERNAH SAMPAI dan MELIHAT akan dasar LAUTAN tersebut dengan mereka yg sudah sampai KE DASARnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 10-8-2006 09:57 AM
alahai HANG...bagi cantik sikit ler klau yerpun nak C & P ..hehehe...
WAHABI...hermm...bukan senang nak balik ke asal apabila ANAK PANAH sudah keluar dari BUSURNYA..sebab MULUK sekali k ...
Harap maaf le puan seri...
Kita ni bukannya expert bab nak mencantikkan or edit artikel ni... takut edit nanti lagi jadi tak cantik....jadi maybe orang yang expert tu boleh ler bagi cantikkan...
Aku pun heran apa yang kecohnya tentang WAHABI ni...
so far aku dok cari & kaji tentang pitnah-pitnah wahabi ni... banyak dah yang dia orang jawab... ada tu soal khilafiah.. ada tu soal akidah...
adapun soal khilafiah tu... boleh forget la.... dalam wahabi sendiri pun ada yang bercanggah fatwa...
Soal akidah nie... bila aku dok kaji... akidah wahabi sama dengan apa yang tertuang dalam Kitab Akidah Thahawiyah ataupun kitab-kitab syarah akidah thahawiyah yang disyarah oleh ahlul hadis... sedang kitab akidah thahawiyah ini ialah antara kitab akidah yang paling muktabar sejak dulu lagi.
Al Izz Al-hanafi ( pengarang akidah Thahawiyah) ni sezaman dengan Abu Hassan Asyyarie... kalau akidah asyarie lebih layak untuk diikuti , kenapa al-izz karang akidah Thahawiyah menerangkan akidahnya dan juga akidah para gurunya? Bahkan Abu Hassan Asyarie sendiri mengarang Al-Ibanah yang mana selari dengan akidah salafi/wahabi... |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
Assalamu^alaykum.
Mereka yang cenderung kepada golongan wahhabi akan sentiasa cuba mendatangkan dalil2 bagi membenarkan aqidah tasybih mereka dengan memutarbelitkan ayat, hadis dan kenyataan ulama.
(Aqidah Tasybih : Akidah menyamakan Allah dengan makhluk).
Sungguh malang golongan wahhabi ini kerana banyak hujjah mereka sebenarnya tidak menepati citarasa mereka sendiri apabila dikaji.Maka wahhabi akan menukarnya bahkan mentakwilkannya walaupun mereka sendiri menyatakan :
" mentakwil adalah kafir ".
Kesemua hujjah2 yg diputarbelitkan oleh Wahhabi hanya berkisar dalam kenyataan dan pegangan mereka yang cukup sesat:
"1-Allah duduk diatas arasy. 2- Kafirlah sesiapa mentakwil mana-mana ayat alquran".
Kenyataan Wahhabi tersebut langsung tidak bersumberkan alquran mahupun hadis kerana tiada satu ayat mahupun satu hadis yang sohihpun menyatakan : "Allah Duduk".
Saya sendiri pernah bertanyakan kepada seorang ulama Wahhabi yg berada dimalaysia: " Nyatakan ayat ataupun hadis yang sohih kata Allah Duduk "?.
Malangnya ulama Wahhabi tersebut membisu seribu bahasa lantas mencari-cari dlm alquran dan kitab2 hadis namun tidak dijumpai.Terus merahan pada rautwajahnya berkaler.
'Duduk' dalam bahasa arab adalah JALSA @ JULUS. cubalah saudara2 cari dalam alquran adakah Allah kata ALLAHU JALIS @ ALLAH JALASA @ JALASALLAH @ apapun perkataan JULUS (duduk ) itu disandarkan kepada Allah?!.Sudah pasti tidak ada, Saya termasuk kesemua ulama Wahhabi pun tak jumpa. Cop kain pelekat yg saudar2 pakai tu mungkin adaler perkataan Duduk ( Cop GAJAH DUDUK ).
Maka apabila kenyataan Wahhabi : " Allah Duduk" tidak berlandaskan alquran mahupun hadis maka aqidah Wahhabi adalah TERTOLAK & TIDAK HARUS DIIKUTI.
Mengenai kenyataan Wahhabi " Sesiapa takwil mana-mana ayat alquran maka dia kafir ".
Ulama islam mendapati kenyataan ini adalah terpalit pada mereka apabila mereka sendiri mentakwilkan ayat yg berbunyi : "Wahuwa ma'akum ainama kuntum " dengan takwilan : "Dan ilmu Allah bersama kamu dimana kamu berada".
Wahhabi mentakwilkan dgn erti ilmu Allah dan bukanlah Zdat Allah itu sendiri.
Takwilan ini pd hakikatnya adalah betul disisi ulama islam.
TETAPI DIMANA PULA HUKUM YG TELAH MEREKA KATAKAN :
" SESIAPA YANG MENTAKWIL MANA-MANA AYAT ALQURAN MAKA DIA KAFIR" ...??!!!adakah Wahhabi mentakfirkan diri mereka sendiri setelah seluruh umat islam dikafirkan oleh mereka?!
Saya nasihatkan kepada umat sekalian agar tidak terpengaruh dengan ajakan akidah Wahhabi ini walapun mereka cuba mendatangkan ayat2 dan hadis bagi membenarkan mereka kerana pada hakikatnya mereka Pakar ( PH.D ) dalam memutarbelit ini. sebagai contoh :
Mereka mengunakan ayat dalam surah AlBaqarah bagi menyatakan " Allah Di Langit "
Kemudian mereka mengunakan ayat dalam surah Toha bagi menyatakan " Allah Di Atas Arasy ".
Persoalannya...dimanakah tuhan yag didakwa oleh wahhabi ini...? dilangit ke atau di atas arasy?! atapun sekejap di langit sekejap diatas arasy??!! ataupun mereka mentakwil ayat pertama bagi membenarkan dakwaan mrk?? kemana pula dicampak kaedah mrk sendiri: " sesiapa takwil mana-mana ayat alquran maka dia kafir "??!
Didlm kitab yahudi ( injil muharraf ) tertera : " Allah Tuhan kami yang berada diatas langit ". Maka jelaslah sebenarnya akidah wahhabi ini adalah akidah yahudi.
Para ulama islam mengatakan :
Allah wujud (ada) tanpa memerlukan kepada langit, Dia tidak memerlukan kepada arasy dan tidak memerlukan kepada mana-mana makhluk. Firman Allah yang berbunyi " Wallahu ghoniyyun 'anilo alamin " yg bermaksud : Maka Allah tidak memerlukan kepada alam ini.
Arasy, langit dan selainnya adalah alam. Allah telah sedia wujud (ada) sebelum arasy, langit dan yg lain wujud. |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
Didlm cetakan kitab taurat ( yg telah ditukar oleh Yahudi) yg dinamakan sebagai Siqrul Muluk Al-Ishah 22 no: 19-20 Yahudi menyatakan: "Dengarilah kata tuhan bahawa kamu telah melihat tuhanmu DUDUK @ BERSEMAYAM diatas kursi dan kesemua tentera langit berdiri pada tuhan dari sebelah kanan dan kiri tuhan".
Dan dilm kitab yahudi yg mereka namakan Sifrul Mazamir Al-Ishah 47 no: 8 yahudi telah menyatakan: " Allah telah DUDUK diatas kursi yang mulia".
Ini semua jelas bahawa akidah yahudi dikira kufur krn mentashbihkan Allah dgn makhlukNya.
Nah! skrg lihat penghidup akidah mrk dr kalangan yg mendakwa islam :
-Sila lihat Kitab mereka (puak Wahhabi):
Fathul Majid,
Karangan Abdul Rahman bin Hasan bin Mohd bin Abdul wahab,
m/s:560,
Cetakan Darul Bayan.
Mereka berkata: 揂llah duduk di atas kursi |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
kepada Hang...
Saya dapati anda gemar membelitkan pelbagai fakta...langsung tidak berdasarkan ilmu yg sohih bahkan berckp perkara yg anda sendiri cukup jahil...sebagai contoh :
Anda menyatakan :
Al Izz Al-hanafi ( pengarang akidah Thahawiyah) ni sezaman dengan Abu Hassan Asyyarie
Kenyataan yg cukup berlandaskan kejahilan fakta sejarah ilmu dan kesemuanya...
Supaya anda belajar berguru wahai Hang....Al Izz Al Hanafi BUKANLAH pengarang kitab AKIDAH THAHAWIYAH...!
bertanyalah kalau tak tahu ...bukan pakai tibai jek...C & P benda menyesatkan aqidah islam...ape daa..taubat jgn tak taubat...
Tentu lps ni anda akan kata : sy memang tak tahu sy kurang ilmu...awk tu yelah tahu belajar bla bla bla dan sebagainya..
kalau dah tahu diri tu tak tahu meh dtg sini ada org ajarkan.
Kemudian anda mengatakan Al-izz bin Hanafi adalah sezaman dgn Abu Hasan Asyyarie...:
Al Izz Al-hanafi ( pengarang akidah Thahawiyah) ni sezaman dengan Abu Hassan Asyyarie
Ini juga merupakan satu pembohongan yg nyata dari mrk yg cenderung kepada aqidah Wahhabi.
Jahil sungguh....
Tuan2
Al Izz Hanafi sebenarnya BUKANLAH sezaman dengan Imam Abu Hasan Al-Asyari.
..
subhanallah............. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abu_syafiq at 10-8-2006 12:02 PM
Assalamu^alaykum.
Mereka yang cenderung kepada golongan wahhabi akan sentiasa cuba mendatangkan dalil2 bagi membenarkan aqidah tasybih mereka dengan memutarbelitkan ayat, hadis dan kenyataan ula ...
setahu aku Mereka mengata Allah Istiwa di atas Arash bersandar nash Al-quran itu sendiri..
Istiwa ini kalau dalam bahawa melayu gunakan kata bersemayam (Istiwa)...
Duduk datang dari mana pulak? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abu_syafiq at 10-8-2006 12:30 PM
kepada Hang...
Saya dapati anda gemar membelitkan pelbagai fakta...langsung tidak berdasarkan ilmu yg sohih bahkan berckp perkara yg anda sendiri cukup jahil...sebagai contoh :
Anda menyataka ...
nanti aku confirm k balik.. aku kena check kitab-kitab yang aku simpan...
smada Al-Izz Al-hanafi tu pengarang Syarah Akidah Thahawiyah atau pun just Akidah Thahawiyah...
[ Last edited by Hang at 10-8-2006 12:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
RALAT:
Pengarang Akidah Thahawiyah ialah IMAM ABU JA'FAR AHMAD BIN MUHAMMAD BIN SALAMAH BIN ABDIL MALIK AL-MISHRI ATH-THAHAWI. Ia dikenali sebagai Imam Ath-Thahawi. ( 239H - 321H). Akidah Thahawiyah ini ialah antara kitab yang muktabar yang menjelaskan tentang akidah.
Imam Thahawi inilah yang sezaman dengan Imam Abu Hassan Ash'ari ( 260H-324H)
Manakala Al-Izz al-Hanafi pula ialah pengarang SYARAH AKIDAH THAHAWIYAH. Dan beliau tidak sezaman dengan Imam Abu Hassan Ash'ari. |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
Bercakap perkara akidah dgn benda yg Hang tak confirm lagi..itu blh membahayakan diri dan org lain.
Hanga kata :
Soal akidah nie... bila aku dok kaji...
Sy nyatakan : Hang sebenarnya tak kaji...kalau dia kaji kenapa byk sgt silapnya dari apa yg Hang nyatakan dan silap dari ape yg Hang C & P kan...
Hang kata :
akidah wahabi sama dengan apa yang tertuang dalam Kitab Akidah Thahawiyah
Sy nyatakan : bhw aqidah Wahhabi tak sama langsung dgn apa yg adalah dalam kitab Akidah Thohawiyah. Dalilnya
Dlm Kitab Aqidah Tohawiyah tertera kenyataan akidah islah begini :
' Dan Allah Tidaklah Meliputi Penjuru Enam ( atas, bawah, depan, belakang, kanan dan kiri )'.
Tapi wahhabi kata : Allah diPenjuru Atas...
Jelas percanggahan..................
Hang kata :
Al Izz Al-hanafi ( pengarang akidah Thahawiyah) ni sezaman dengan Abu Hassan Asyyarie...
Sy nyatakan : Ini merupakan satu kemaluan yg amat sgt dlm ilmu islam dan sejarahnya.
Pengarang kitab Aqidah At-Tohawiyah adalah Imam Ahmad Bin Salamah At-Tohawi...bukan Al Izz AlHAnafi.
Meh dtg pengajian kitab tersebut ditempat kwn sy.
Hang kata :
Bahkan Abu Hassan Asyarie sendiri mengarang Al-Ibanah yang mana selari dengan akidah salafi/wahabi...
Sy nyatakan : Salafi bukanlah Wahhabi. Wahhabi juga bukan salafi. tapi mereka mendakwa kononya Wahhabi adalah Salafi. Haram menamakan Wahhabi itu Salafi. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by serihartatie at 10-8-2006 11:12 AM
Oleh itu jgnlah membuat tuduhan dan menyerang golongan yg berpegang kepada iktikad salafussoleh dengan menyatakan BIDAAH itu, BIDAAH ini, sedangkan mereka ini adalah terdiri dari golongan sah ...
Semoga Allah meredhai kita semua, perlu difahami bahawa kaedah yang dibina oleh imam Abu Hassan Asya'ari adalah kaedah yang dikenali sebagai kaedah golongan khalaf ataupun kaedah sifat 20, manhaj tersebut merupakan kaedah baru yang diperkenalkan oleh beliau dalam menghadapi serangan golongan muktazilah, beliau menggunakan senjata muktazilah dalam menghadapi serangan muktazilah, manhaj tersebut tidak dikenali oleh golongan-golongan sahabat-sahabat Nabi s.a.w.dan imam-imam mazhab yang 4, munculnya kaedah tersebut ialah apabila golongan-golongan muktazilah menyerang dengan kaedah falsafah dan logik hingga ketahap menafikan apa-apa yang dinyatakan oleh Allah tentang Sifat dan Zatnya seperti yang terdapat didalam al-Quran dan Hadis yang sahih. Yang asalnya golongan kaedah Salafus Soleh adalah beriman pada Allah sebagai mana yang diwahyukan oleh Allah tentang SIFAT DAN ZAT NYA dan sebagaimana yang diterangkan oleh Rasul Allah s.a.w .
Tentang masalah sifat 20 dan perbahasan tentang kaedah tersebut, sesungguhnya saya bukanlah ahli falsafah dan juga pakar bahasa Arab, maka saya meninggalkannya kerana kelemahan saya didalam 2 bidang tersebut, tidaklah saya menyatakan apa-apa yang diluar pengetahuan saya, samada membidaahkannya ataupun menerimanya, cukuplah bagi saya untuk meninggalkannya dari membahaskan. Munculnya kaedah ini adalah hasil dari interaksi dengan ilmu-ilmu falsafah dan logika Aristotle yang kemudian dinamakan ilmu Kalam oleh dunia islam, Abu Hassan Asya'ari menyusun suatu manhaj yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah dan kaedah-kaedah ilmu Kalam didalam menghadapi serangan Muktazilah, telah wujud pentakwilan atas beberapa sifat-sifat yang dinyatakan oleh Allah tentang Sifat dan Zat Allah dan pentakwilan ini bersesuai dengan makna kesempurnaan sifat Allah dan juga kehendak tatabahasa arab. Perlu diingati bahawa kaedah ini muncul selepas kewafatan imam-imam mazhab yang empat (Hanafi, Maliki, Syafie & Hambali), kesemua mereka juga tidak mengenali kaedah ini, termasuklah juga sahabat-sahabat Nabi s.a.w. seperti Abu Bakar r.a., Umar r.a., Usman r.a. dan juga Ali r.a. Maka disini saya bertanya bolehkah kita menyatakan imam-imam mazhab dan sahabat-sahabat r.a. sebagai golongan yang sesat kerana tidak mengenali kaedah ini? pastilah jawapanya tidak...
[ Last edited by ahmadi_bangi at 10-8-2006 01:20 PM ] |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
PERBEZAAN DAN PENCANGGAHAN ANTARA AJARAN WAHHABIYYAH DAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH :
1-WAHHABI menyamakan Allah dengan manusia dan juga binatang. Wahhabi menyatakan:
揂llah duduk di atas kursi |
|
|
|
|
|
|
|
Wahai saudara Abu Syafq... bagaimanakah saya harus beriman pada ayat ini? harap bantuan saudara untuk menerangkannya...
Didalam surah al-Arasy
[54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang Menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy; Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti) dan (Dia pula Yang Menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah Yang Mencipta dan Mentadbirkan sekalian alam
.. ada 4 persoalan yang timbul;
1) mengapa Allah menyatakan Dia Bersemayam di Arasy?
2) sekiranya saudara menyatakan ayat diatas perlu ditakwil, maka atas dasar apa ayat tersebut mesti ditakwil dan siapakah yang akan menentukan takwilan itu benar? adakah hadis dari Nabi s.a.w. yang sahih didalam mentakwilkan ayat tersebut.
3) kenapa pula apabila dinyatakan Allah bersemayam di Arasy dianggap menyerupakan Allah dengan makhluk, adakah berdasarkan logik? atau berdasarkan iman? bukankah ayat diatas boleh disempurnakan lagi dengan merujuk pada ayat dinyatakan saudara sendiri iaitu di surah Asyura ayat:11 Maksudnya: "Dia(Allah) tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhlukNya, Mengapa tidak dikatakan begini, sesungguh Allah bersemayam di Arasy dan bersemayamNya Allah di Arasy tidaklah menyerupai sesuatu pun daripada makhluknya..
4) Sekiranya dinafikan apa yang dinyatakan oleh Allah tentang diri Nya, bukankah telah berlaku keadaan dimana makhluk cuba menentukan bagaimanakah sifat & zat Penciptanya sendiri?
dan itulah pegangan saya berkaitan ayat tersebut..adakah pegangan saya salah? dan mengapa?
Sekiranya ada kesilapan dan saudara dapat membetulkan maka betapa beruntungnya saya diakhirat nanti.
Semoga keilmuan saudara dpt membantu kedaifan saya
wassalam
[ Last edited by ahmadi_bangi at 10-8-2006 04:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Selawat Keatas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya...
Wahhh baru sehari tidak jengok dah banyak post.....nampaknya sangat hangat perbincangan ni.....menarik!!!....ana harap antum semua dapat berbincang dengan sihat dan buang perasaan ego dan mahu membila mazhab sendiri walaupun salah....terima kelebihan pada pihak lain....
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
Topik ni untuk bergaduh agaknya. Buka-buka ajer terus kata kurang pemantapan aqidah. tu satu kenyataan yang berat. kalau tak betul tu sanggup ke menanggungnya? ni nak kira ego ke? belum habis bincang dah ada kesimpulan? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 10-8-2006 08:25 PM
Topik ni untuk bergaduh agaknya. Buka-buka ajer terus kata kurang pemantapan aqidah. tu satu kenyataan yang berat. kalau tak betul tu sanggup ke menanggungnya? ni nak kira ego ke? belum habis b ...
ibnur, sy berpendapat ini bukan pasal EGO atau mahu bergaduh tetapi Akidah wahhabi yg meluas dikalangan umat Islam di Malaysia ini perlu diberi PENEGASAN dan PENJELASAN supaya akidah ASWJ atau Salafi tidak disalah anggap dan disamatarakan dengan akidah Wahhabi ini.
Sy melihat akan KEROSAKAN yg dibawa oleh ajaran Wahhabi bukan sahaja terkena kepada orang awam tetapi juga turut disokong oleh golongan alimbillah di dalam islam sendiri. maaf kali ini sy bercakap terusterang, kerana ajaran WAHHABI ini sudah banyak membawa perpecahan dan kekeliruan dikalangan umat islam diseluruh dunia.
Sy kira usaha abu_syafiq sangat baik, walaupun sesiapa yg sudah berada di dalam pemahaman ajaran WAHHABI susah utk kembali menerima akidah ASWJ tetapi target adalah ke atas golongan yg selain daripada itu, insyaAllah...
AMPUN MAAF... |
|
|
|
|
|
|
|
Topik ni memang hot !!!
Sekarang zaman globalisasi....semua info boleh dapat....
Sebelum ni kita hanya belajar akidah dari ustaz-ustaz sekolah pondok aliran tradisionalis...
Sekarang ramai-ramai ustaz-ustaz yang belajar di Timur Tengah mulai mengajar kita akidah salafi / syiah dll....
Oleh kerana pertembungan ini dan juga hilangnya pengaruh setengah aliran yang lama bertapak ini maka timbul la isu ini...
Zaman 50an-70an isu ini hot kerana pengaruh ajaran pembaharuan atau "Kaum Muda' ini kuat berkembang dengan yang didokong oleh Persatuan Islam Bandung, Muhammadiah, Al-Irsyad di Indonesia , dan Persatuan Islah Perlis, Di Malaysia dan juga lain-lain lagi.
Di awal 2000an ini aliran ini mulai bangkit kembali dengan di nusantara, maka isu yang reda di tahun-tahun 80-90 ini kembali timbul. Tambahan pula polar pemikiran anak-anak muda sekarang yang sering bertanya menanti jawapan menyebabkan mereka boleh menilai sendiri mana pendapat yang lebih layak di ikuti..bukan sekadar menjadi pak turut. Maka siapa yang berjaya meyakinkan umat dengan hujahnya..maka ia mendapat tempat...
Yang sudah lama bertapak dan mulai hilang pengaruh... sudah tentulah akan HOT..& terus HOT.. |
|
|
|
|
|
|
abu_syafiq This user has been deleted
|
Assalamu^alaykum...saya mengaharap kepada sesiapa yg telah terpengaruh dgn ajaran sesat Wahhabi agar kembali kepada agama islam yg cukup murni.
ahmadi_bangi kata :
.. ada 4 persoalan yang timbul;
Sebenarnya tiada apa yg perlu disoalkan lagi setelah mana alquran dan hadis serta ijmak menetapkan Aqidah islam diantaranya adalah Allah tidak bersifat DUDUK kerana itu adalah sifat makhluk yg tidak dinyatakan didlm alquran.
ahmadi_bangi tanya :
1) mengapa Allah menyatakan Dia Bersemayam di Arasy?
AllahTIDAK pernah menyatakan Dia Duduk Diatas Arasy...! hanya kaum mujassimah ( yg mentajsimkan Allah ) shj menyatakan sedemian..anda mungkin terpengaruh dgn mrk.
Ketahuilah bhw Bersemayam ertinya adalah DUDUK (sila rujuk kamus dewan )...perkataan ini tidak pernah disandarkan kpd Allah mahupun didlm alquran ataupun hadis sohih. Anda hanya merujuk terjemahan dan bukan mengkaji tafsiran sbnr dr ulama arab samaada salaf hakiki mahupun ulama khlaf.
ahmad_bangi :
2) sekiranya saudara menyatakan ayat diatas perlu ditakwil, maka atas dasar apa ayat tersebut mesti ditakwil dan siapakah yang akan menentukan takwilan itu benar? adakah hadis dari Nabi s.a.w. yang sahih didalam mentakwilkan ayat tersebut.
Tiada siapa dikalangan ulama yg memaksa kita utk takwil atau tidak. Cuma jgn menta'yinkan maknanya yg membawa erti persamaan Allah dgn makhluk. contoh : ayat istawa ada lebih 13 makna...antaranya layak bg Allah dan diantaranya tidak layak bg Allah seperti makna lemah dan duduk, ini tidak layak bagi Allah. kalau taknak takwil jgn lah kata Allah Duduk! kalau nk takwil kenalah pandai bhs arab dan ilmu tafsiran alquran.
ahmad_bangi :
3) kenapa pula apabila dinyatakan Allah bersemayam di Arasy dianggap menyerupakan Allah dengan makhluk, adakah berdasarkan logik? atau berdasarkan iman? bukankah ayat diatas boleh disempurnakan lagi dengan merujuk pada ayat dinyatakan saudara sendiri iaitu di surah Asyura ayat:11 Maksudnya: "Dia(Allah) tidak menyerupai sesuatu pun daripada makhlukNya, Mengapa tidak dikatakan begini, sesungguh Allah bersemayam di Arasy dan bersemayamNya Allah di Arasy tidaklah menyerupai sesuatu pun daripada makhluknya..
Menetapkan sifat Allah bukan kerja manusia. sekali lg. bersemayam ertinya duduk. dan ini bukan sifat Allah, ini adalah sifat yg ditentukan oleh golongan mujassimah termasuk wahhabi yg mereka-rekakan sendiri.
Tak boleh kita memandai reka-reka sifat Allah...nanti celaka. sepertimana TIDAK BOLEH mengatakan "Allah Berjanggut tetapi tidaklah menyerupai sesuatun pun dari makhlukNya"..begitu juga tidak boleh menyatakan Allah duduk dan dudukNyay Allah di Arasy tidaklah menyerupai sesuatu pun daripada makhluknya.
Kerana kedua-duanya tidak dalam alquran mahpun hadis serta tidak pernah diakui oleh ijmak ulama islam.tetapi golongan yahudi adele kata gitu...takkan nk ikut depa....
ahmad_bangI :
4) Sekiranya dinafikan apa yang dinyatakan oleh Allah tentang diri Nya, bukankah telah berlaku keadaan dimana makhluk cuba menentukan bagaimanakah sifat & zat Penciptanya sendiri?
saya dah ahl sunnah yg lain tidak pernah menafikan sifat Allah.tetapi yg jelas skrg golongan wahhabi yg menokok tambahkan sifat Allah berkemungkinan nk buat tuhan sendiri.
ahmad_bangi :
dan itulah pegangan saya berkaitan ayat tersebut..adakah pegangan saya salah? dan mengapa?
pegangan anda dipengaruhi oleh kejahilan yg hanya merujuk terjemahan semata-mata dan tidak mendalami ilmu alquran dgn betul. pegangan anda amat silap KERANA anda menyifatkan Allah dgn sifat yg tidak dinayatkan olehNya.
wassalam. |
|
|
|
|
|
|
Tadarus This user has been deleted
|
Salam..
Teruskan perjuangan abu syafiq.
Bak kata ahmadi bangi (ni ustaz ahmadi hat selalu keluar kat mastika ke?) tatkala meluasnya serangan fahaman muktazilah, maka Allah selamatkan umat Islam melalui Imam Abu Hassan al-Ashaari dan juga Imam al-Maturudi. Malah beliaulah juga yg diktiraf oleh ulama lain sbgi mujaddid kurun ke-3.
Sebenarnya wahabi yg berasal dari arab badwi (bukan arab quraish) ni nak nunjuk pandai. Walaupun sedar dirinya tak pandai, tapi sbb nak agar umat mengagungkannya maka terpaksalah ulama-ulama salafussoleh yg terdahulu dipersalahkan, dileceh-lecehkan dgn alasan ulama tak maksum. Sedangkan kalau mereka faham, sedang ulama tak maksum, inikan golongan wahabi. Lagilah tak maksum berlipat kali.
Memandangkan Imam Abu Hassan hidup dikurun ke-3, maka dicarilah tokoh ulama lain sbgi sumber rujukan. Sbb itu mereka mempromosi A-Thahawi. Tetapi jgn terpedaya dgn mereka, kerana wahabi tidak mengambil keseluruhan kitab At-Thahawi tetapi disarahkan semula oleh tokoh-tokoh mereka ini mengikut tafsiran wahabi sendiri. Buku-buku syarah akidah at-thahawyah inilah yg banyak dibaca dan dijadikan rujukan oleh pengikut wahabi termasuklah oleh King HANG. Makna kata ... mereka hanya menjaja nama Imam At-Thahawi. Malah pembohongan ini dilakukan juga ke atas kitab-kitab lain. Tak ubah perangai mereka ini dgn pendita yahudi dan nasrani yg menyorok dan menambah ke atas kitab injil dan taurat.
Saper nak marah, marahlah!
Berbalik kpd ilmu sifat 20, maka itulah jasa Imam Abu Hassan kpd umat islam supaya mudah memahami ilmu tauhid. Ulama dahulu termasuk dari zaman nabi telah merumuskan ilmu-ilmu islam supaya menjadi lebih mudah. Cthnya ... rukun islam, rukun iman dan ihsan telah diajar sendiri oleh Jibrail. Selepas itu ada rukun solat, sunat solat, perkara yg membatalkan solat, rukun haji, wajib haji, step by step ... bab demi bab, modul demi modul. Sekarang umat Islam tinggal petik shj. Ambil sahaja. Nak tau pasal bab apa ... ni hukumnya, ni kaifiatnya dan sebagainya. Tak payah nak nak tercari-cari lagi ayat quran, hadis dan sebagainya.
Termasuklah juga dgn ilmu sifat 20. Sifat yg wajib bagi Allah, sifat yg mustahil dan , yang harus. Juga sifat yg wajib, mustahil dan harus bagi rasul. Semua dah digariskan.
Tapi wahabi yg bodoh menuduh bhw kita menetapkan sifat Allah ada 20. Kan menyalah tu. Utk lari dari kejahilan, mereka bukan nak belajar, sebaliknya ditinggalkan sifat 20 dan dikatakan sbgi tak betul. Mereka buat pulak pdpt sendiri ... buat silibus lain iaitu tauhid rububiyah dan uluhiah. Hasilnya ... itu yg sampai menetapkan abu lahab lebih beriman drp umat islam. Kan bengong tu.
Sorry terkasar sikit. Tapi inilah punca asal masalah dan akibat munculnya wahabi.
Sekali lagi, selamat berjuang saudaraku abu syafiq. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Tadarus at 11-8-2006 04:11 PM
Salam..
Teruskan perjuangan abu syafiq.
Bak kata ahmadi bangi (ni ustaz ahmadi hat selalu keluar kat mastika ke?) tatkala meluasnya serangan fahaman muktazilah, maka Allah selamatkan umat Isl ...
Saya juga mahu mengucap terimakasih kerana pencerahan2 yang dibuat di sini oleh tuan Abu Syafiq. Membantu sekali dalam pemahaman saya.
Macam ustaz kuliah tauhid saya pernah berkata secara fardhu taqdir- jika Allah itu bertempat, maka tempat itu qadim! Hal-hal macam ni saya dapati amat susah nak diterangkan melalui forum begini, yang terbaik adalah secara kuliah atau kelas dari orang yang berilmu. Tuan Abu Syafiq jelas sekali orang yang berpengetahuan dan saya merasa amat bertuah tuan muncul di sini.
Untuk rakan-rakan yang lain, janganlah kita ingat sifat dua puluh itu sekadar menghafal wujud qidam baqa dan seterusnya. Pada tahap pengguna internet
seperti kalian, sewajarnya mempunyai IQ yang sudah cukup. Carilah guru, belajar dan amat-amatilah dengan saksama semua argument2 dalil naqli dan terutamanya aqli yang diutarakan oleh Imam Assyaari...renung-renung dan faham-fahamkanlah.. semoga Iman akan menjadi teguh, ibadat lebih berkualiti, dan kehidupan lebih aman tenteram.. Ambil masa setahun..dua tahun..tiga tahun..jgnlah cari guru yang instant atau express nak belajar ilmu ni...
Penguatan Aqidah merupakan teras kekuatan umat Islam. Ayat itu mungkin tampak cliche tetapi ramai orang Islam yang tak faham macam mana nak kuatkan aqidah.. Kuncinya adalah mencari ilmu tentang aqidah!
Hujah Imam Assyari telah berjaya mengalahkan semua hujah lain dan menjadi dominan berabad-abad lamanya sehinggalah kini (malah diikuti oleh tokoh2 hebat seperti Al Ghazali, Imam Al Haddad dll) bukan kerana kuasa politik atau kuasa pemerintah yang memaksa, tetapi kekuatan hujah2nya yang selari dengan Al Quran dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Semoga kita semua beroleh petunjuk dan hidayahNya! |
|
|
|
|
|
|
| |
|