CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: orangbesi

manusia vs syaitan manusia part 3

[Copy link]
Post time 21-8-2006 02:06 PM | Show all posts
Mari kita semak apa itu manusia dlm erti kata yg sebenar...

Sebelum mencipta manusia, Allah SWTmemberitahukan rencana-Nya kepada para Malaikat.

Firman Allah swt,

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.
(Al Baqarah: 30)

Allah menjadikan manusia sebagai mahluk yang sempurna dengan mengkaruniakan akal dan nafsu sekaligus. Setelah menciptakan manusia pertama, Adam as., Allah SWT mengajarkan kepadanya nama-nama benda seluruhnya. Lalu Allah SWT menunjukkan kepandaian Adam kepada para Malaikat.

Firman Allah swt,

Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar.
(Al Baqarah 31)

Para Malaikat menjawab...

Firman Allah swt

Malaikat itu menjawab: Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
(Al Baqarah 32)

Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka. Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?.
(Al Baqarah 33)

Setelah itu Allah memerintahkan para malaikat sujud (maksud¬nya: memberi salam penghormatan) kepada Adam as.


Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; dia enggan dan takbur dan menjadilah dia dari golongan yang kafir.
(Al Baqarah 34)

Kemudian dari tulang rusuk Adam, Allah menciptakan manusia kedua berjenis kelamin wanita untuk menemaninya. Adam memberi nama wanita itu: Hawa, artinya orang yang kurindukan. Selanjutnya Allah menikahkan keduanya dengan saksi para malaikat Dan Allah mengizinkan mereka untuk menetap di syurga.

Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim.
(Al Baqarah 35)

Pohon yang dimaksud oleh Allah tersebut tidak dapat dipastikan namanya, sebab Al-Quran dan Hadis tidak menerangkannya. Ada yang menamakannya pohon Khuldi sebagaimana tersurat dalam surah Thaha ayat 120, tapi nama tersebut pemberian setan.

Larangan mendekati pohon Khuldi itu dimaksudkan guna menguji sejauh mana kemampuan Adam dan Hawa menahan hawa nafsu dan ketaatan mereka kepada Allah swt. Atas bujuk rayu iblis yang telah bersumpah akan menyesatkan umat manusia, Adam dan Hawa melanggarnya. ltulah dosa pertama yang dilakukan oleh umat man usia. Atas pelanggaran yang mereka lakukan, Allah SWT memerintahkan Adam dan Hawa turun ke dunia.

Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Al Baqarah 38)

Proses penciptaaan manusia selanjutnya diterangkan oleh Allah SWT

Firman Allah swt

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah.
Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh.
Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
(Al Mu'minun 12-14)

Perihal fungsi dan keadaan manusia, diterangkan dalam al Quran...

Firman Allah swt,

Dan kepada kaum Thamud, Kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Dia berkata: Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya . Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid. Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya
( Huud 61)

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Al Isra: 70)

Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
(Ibrahim 34)

Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
(Al A'raf 10)

Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
(Al Isra' 65)

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
(An Nisa' 1)

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
(Ar Rad 11)

wallahua'lam

bersambung....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2006 02:14 PM | Show all posts
Allah SWT menjelaskan tentang sifat-sifat manusia sebagai berikut:

Firman Allah swt,

Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya.
(Ibrahim 34)

Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.
(Al Kahfi 54)

Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya mereka beriman).
(Yusuf 103)

(Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).
(Al Insan 3)

Jelaslah bahwa manusia itu terbahagi menjadi tiga golongan... kafir, mukmin, dan Munafik.

wallahua'lam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2006 12:38 PM | Show all posts
salam

cik mod ada kata KAFIRkan???
baguslah cam tuuuuu
cam jugak si MUNAFIK tuuuuu

cuma bagi saya yang MUNAFIK
adalah mereka yang HANYA LALAI dan TERLUPA
dan apabila INGAT maka mereka KEMBALI
tetapi sekiranya mereka TETAP ENGKAR
dan BERPALING
tentulah mereka tergolong dalam KAFIR
tak kah begitu??????????

dan saya TAK PERNAH kata mereka KAFIR berterusan
ataupu mereka BERIMAN berterusan
sedangkan:TELAH AKU JADIKAN MANUSIA DARI SEBAIK KEJADIAN
DAN AKAN KUKEMBALIKAN KE SEBURUK BURUK TEMPAT
KECUALI..................
kenapa jadi cam niiiii??????????????
adakah kerana SYAITAN
atau SYAITAN MANUSIA???
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2006 05:11 PM | Show all posts
Sebelum I berbicara ttg kafir, mukmin, dan Munafik, mari kita lihat ttg syaitan dan yg berkaitan dgnnya...

Syaitan adalah golongan jin yang sombong, fasik, dan penderhaka. Mereka adalah musuh manusia yang telah dikutuk Allah swt dan akan memperoleh kehinaan kelak di Hari Kiamat.

Firman Allah swt,

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan, manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
(Al An'aam 12)

Dan juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak) dan mereka tidak pula beriman kepada Allah dan tidak juga beriman kepada hari akhirat dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.
(An Nisaa' 38)

Selain memiliki musuh, syaitan pun mempunyai kawan yang terdiri dari sepuluh golongan manusia, ialah:

1)        hakim yang tidak adil.
2)        orang kaya yang sombong.
3)        pedagang yang tidak jujur.
4)        peminum minuman yang memabukkan.
5)        penghasut orang yang mendapat kebaikan.
6)        orang yang beriman karena ingin menunjuk.
7)        orang yang memakan harta anak yatim.
8)        orang yang mempermudah (mengabaikan) solat.
9)                  orang yang tidak mau berzakat.
10)        orang yang suka melamun.


Menurut Muhammad Ash Shayim, terdpt 17 pintu masuk bagi syaitan ke dalam hati manusia.

1.        Kebodohan.
2.        Amarah, kerana ia merupakan bara dari api neraka, dan itu kesempatan syaitan untuk mengganggu.
3.        Cinta dunia, kerana ia pangkal dari segala kesalahan.
4.        Angan-angan yang muluk, kerana ia merupakan ekspresi kekerasan hati, tipuan terhadap harga diri, dan sasarannya tentu kesenangan duniawi.
5.        Ambisi, kerana ia melahirkan perasaan tamak, dan membangkitkan kerakusan.
6.        Kikir, kerana ia merupakan pintu kerosakan.
7.        Kibr, kerana di dalamnya terdapat kesombongan terhadap nikmat Allah Swr.
8.        Suka dipuji, kerana ia merupakan pintu tipu daya.
9.                  Riak/ menunjuk, kerana ia watak asli dari kemunafikan.
9.        Ujub dan kesombongan.
10.        Mengeluh dan tidak sabar, yang merupakan kelemahan iman.
11.        Mengikuti hawa nafsu, kerana ia menyeret kepada nafsu syahwat, dan tunduk kepadanya.  
13.        Su'uzh-dhan (berprasangka buruk), kerana ia dapat menimbulkan kerawanan persaudaraan.
14.        Meremehkan orang lain, kerana ia merupakan kebun kedengkian, dan pintu kebendan.
15.        Menganggap enteng dosa, kerana ia menimbulkan sikap acuh terhadap dosa itu. Meremehkan dosa kecill, dapat menyeretnya melakukan dosa besar
16.        Merasa aman dari murka Allah SWT
17.        Putus asa dari rahmat Allah swt.   lni merupakan bencana paling besar yang mendorongnya terus-menerus berbuat durhaka kepada Allah swt

wallahua'lam


ps. I tidak online dlm masa 2 hari ini....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2006 11:45 AM | Show all posts
salam

bukankah NABI ada BERKATA juga
ttg SYAITAN MANUSIA DAN SYAITAN JIN
dan DEKAT mereka dgn SYAITAN itu sendiri

atau adakah saya juga seorang penipu!!!!!!!!!
sebijik cam DAJJAL pemusnah agama???????????
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2006 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 26-8-2006 11:45 AM
salam
bukankah NABI ada BERKATA juga
ttg SYAITAN MANUSIA DAN SYAITAN JIN
dan DEKAT mereka dgn SYAITAN itu sendiri
atau adakah saya juga seorang penipu!!!!!!!!!
sebijik cam DAJJAL pemusnah  ...


Wajarkah kita menunding jari kpd makhluk2 sekeliling ini?
Apabila Allah swt telah melantik kita sbg khalifah di muka bumi
Apabila Allah swt telah mengilhamkan jiwa jln durhaka dan jln taqwa
Apabila Allah swt telah berjanji sbg pelindung hambaNya...

Keimanan, bukan keingkaran...
Ketaqwaan, bukannya kedurhakaan..
Kesatuan berpegang pd addin Allah
Bukan berpecah belah di dlmnya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-8-2006 11:00 AM | Show all posts
salam

marilah kita teliti kembali
NABI bersama para sahabatnya
dan cuba BEZAKAN PERIBADI ABU BAKAR dan UMAR
dan ALI dan IBNU MASUD dan IBNU ABBAS dan ABU DZAR dan lain lain
dan adakah NABI
menidakkan atau menyalahkan mereka
walaupun terdapat perbezaan
yg cukup ketara

dan cara para sahabat memimpin
selepas WAFATNYA NABI

banyak ceritanya, banyak kisahnya
tapi yang NYATA
TAK BERCANGGAH DGN HUKUM TUHAN DAN RASULNYA

dak sekali lagi say bertanya
adakah SALAH saya MELENTING barang SEKALI
dari sekian lama
hanya SEBAGAI PERINGATAN
walaupun dgn KEKERASAN
(sebab dah tak makan saman dgn kelembutan)
dan bukannya saya marah lepas dr 3 hari??????????
faham kan wahai cik mod
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2006 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 28-8-2006 11:00 AM
salam
marilah kita teliti kembali
NABI bersama para sahabatnya
dan cuba BEZAKAN PERIBADI ABU BAKAR dan UMAR
dan ALI dan IBNU MASUD dan IBNU ABBAS dan ABU DZAR dan lain lain
dan adakah NABI
...


Sometimes man's got to do what a man's got to do...

Tingkat perspektif manusia berbeza2
Tingkat penerimaan manusia berbeza2
Tingkat kesabaran manusia berbeza2

I nak buka cerita ttg suatu kisah tapi riwayat hadis tak dpt ditentukan... anggaplah ini sbg ikhtibar

Pada suatu hari datanglah seorang Arab Badwi kepada Rasulullah saw untuk meminta sesuatu. Baginda memberi apa yang dimintanya sambil bertanya:' 'Bukankah aku telah berbuat baik kepadamu?'

Orang Arab Badwi itu menjawab: 'Tidak, engkau tidak berbuat baik!'

Mendengar jawaban itu kuum muslimin yang hadir bangkit hendak memukulnya, tetapi segera dicegah oleh Rasulullah.

Baginda berdiri kemudian masuk ke dalam rumah, lalu memberi hadiah kepada orang badwi;, seraya bertanya: 'Bukankah aku telah berbuat baik kepadamu?

Badwi itu menyahut: 'Ya, mudah-mudahan Allah membalas kebaikan anda sekeluarga'.

Kepada Badwi itu Rasulullah berkata: 'Engkau tadi telah mengucapkan perkataan yang membuat para sahabatku merasa tersinggung. Jika engkau mahu, ucapkanlah kembali apa yang kau katakan kepadaku sekarang ini di depan mereka, agar kemarahlan mereka kepada dirimu lenyap dari dada mereka.'

Keesokan harinya orang Badwi itu datang lagi.

Kepada para sahabat baginda berkata: 'Orang Arab Badwi ini semalam berkata sebagaimana yang telah kamu dengar, kemudian kuberikan kepadanya, dan sekarang dia sudah merasa puas, bukankah begitu hai Arab Badwi?

Orang Badwi itu menyahut: 'Ya benar, mudah-mudahan Allah membalas kebaikan anda sekeluarga!

Setelah itu Rasulullah menambah: 'Aku dan dia ibarat seorang yang mempunyai seekor unta yang lepas dan lari jauh. Banyak orang mengejarnya, tetapi makin dikejar unta itu makin jauh.

Pemilik unta itu kemudian berteriak kepada orang-orang yang membantu mengejar untanya: 'Biarkan saja untaku itu! Aku dapat menjinakkan dia kerana aku lebih mengenalnya daripada kamu!'

Dia mendekati untanya, diambilnya rumput2 dari tanah dan diacu-acukannya sehingga unta itu kembali. Unta itu disuruh membongkok, lalu dia duduk di atas punggungnya.

"Jika semalam kamu semua aku biarkan bertindak terhadap orang itu (Arab badwi) kerana dia mengucapkan perkataan yang tidak elok didengar, lantas dia kamu bunuh, dia tentu masuk neraka'

wallahua'lam

[ Last edited by  fleurzsa at 30-8-2006 01:11 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2006 01:26 PM | Show all posts
ni nak berhujah sapa pandai ka ??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2006 10:32 PM | Show all posts
salam

minta maaf kalau dah terMASUK dalam sapa pandai
tak terniat langsung
pasal cik mod masih dok INGATKAN saya
pasal SYAITAN MANUSIA

sedangkan NABI BERKATA:
SESUNGGUHNYA ORANG ISLAM TAK AKAN MASUK LUBANG ULAR KALI KEDUA

dan kalau dah tahu SYAITAN, takkan nak HAMPIRI jugak!!!!!!!!
dan kalau masih tak KENAL????????
saya tak boleh nak kata apalah
dan kisah yg cik mod paparkan saya membenarkannya
dan MEMBENARKAN KENABIANNYA.....

dan kalau saya KATA seseorang tu KAFIR pun
moga moga dia INGAT
dan INSAF
dan KEMBALI
mungkin keras sangat
tapi kalau hati dah cam BATU......................
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2006 11:33 AM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 2-9-2006 10:32 PM
salam
minta maaf kalau dah terMASUK dalam sapa pandai
tak terniat langsung
pasal cik mod masih dok INGATKAN saya
pasal SYAITAN MANUSIA
sedangkan NABI BERKATA:
SESUNGGUHNYA ORANG ISLAM TAK ...


Firman Allah swt

Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.
(Muhammad 31)

Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: Banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
(Ali Imran 186)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2006 05:57 PM | Show all posts
salam

bila KENA DIBACAKAN AYAT TUHAN tanpa kata manusia
saya tak berani nak kata apaapa
pandai cik mod ni

tapi kat sapa ditujukan AYAT tuuuu
kalau kat saya, saya terima lah
kalau kat YG LAIN tu, saya terima jugak
takut mereka saja TAK DAPAT menerimanya
sedangkan DARINYA< ADA PENGAJARAN
BAGI MANUSIA YANG BERAKAL

(agak-agak cik mod boleh jawab tak)????
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.087725 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list