|
Reply #20 ijad_adiputera's post
Mereka tak mau wat balik semua...yang tertentu je wat balik...semuanya bagi "survival" politik masing-masing la.
...p/s...bahan-bahan sejarah yg ada dalam negara pun banyak...takpun dijaga dengan baik. Lepas tu yang mana boleh "mengancam" akan di "GAM"...lalu jadilah sejarah negara dan bangsa Melayu macam yang ada sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
Manuskrip Melayu di Liverpool
Daripada Zaharah Othman
BERNILAI TINGGI: Surat Sultan Kedah, Sultan Ahmad
Tajuddin Halim Shah kepada Raffles hampir
200 tahun lalu.
Perpustakaan Britain simpan koleksi surat sultan kepada Raffles berusia 196 tahun
LIVERPOOL: Surat daripada sultan dan pembesar Melayu yang bertarikh 1811 adalah antara beberapa manuskrip mengkagumkan yang kini dipamerkan di Perpustakaan Liverpool, di sini.
Pada pameran bertajuk Spice of Life: Raffles and Malays World, antara surat ini termasuk daripada Sultan Kedah, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah, sepucuk surat berhias indah daripada Engku Sayid Muhammad Zain al-Kudsi dari Lingga dan sepucuk surat Sultan Syarif Kasim dari Pontianak.
Semua surat ini ditulis kepada pengasas Singapura, Sir Stamford Raffles ketika beliau berada di Melaka.
Koleksi yang dibawa oleh The British Library ke Liverpool ini mempamerkan bukan saja sejarah hidup Raffles tetapi juga hubungannya dengan dunia Melayu dan raja-raja.
Ini adalah kali pertama manuskrip ini serta beberapa dokumen yang belum pernah ditunjukkan sebelum ini, serta lukisan bunga dan buah-buahan dunia Melayu dipamerkan di luar London. Acara ini adalah hadiah kepada bagi bandar raya Liverpool yang merayakan ulang tahunnya ke-800 tahun ini.
Masyarakat Malaysia-Singapura Mersyside di Liverpool memainkan peranan penting menjayakan pameran itu dan juga membantu The British Library memperoleh koleksi Raffles ini ketika diumumkan koleksi ini akan dijual.
Koleksi ini sebenarnya berada dalam jagaan The British Library sejak 1969 dan berjaya dibeli oleh perpustakaan itu dengan nilai |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jerai at 9-9-2006 03:12 PM
bunga emas yang kerajaan kedah bagi kat siam dulu sekarang ni ada kat muzeum bangkok,
Setau aku pulak bunga emas yang kau maksudkan tu memang ada di Bangkok tapi bukannya di muzium.
Menurut info yang aku pernah baca,bunga emas tu ditempatkan di salah satu bilik dalam Istana Chakri iaitu kediaman rasmi Raja Siam sekarang.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat BANGKOK sana ada lagi disimpan beberapa KEPALA Raja-raja Melayu yang telah dipancung...gi la mintak balik...KONONnya selagi "kepala-kepala" tu disimpan di Bangkok selagi itulah Negeri-Negeri Melayu di "Selatan Siam" akan terus dikuasai Siam. |
|
|
|
|
|
|
|
Raja Siam zaman dahulu kala memang kejam.Ala...lebih kurang macam si Thaksin la.
[ Last edited by jkkkj at 16-1-2008 06:23 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Rais dapatkan rangka manusia Gua Cha
KUALA LUMPUR 17 Jan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tongkatali at 21-10-2007 02:00 PM
Kat BANGKOK sana ada lagi disimpan beberapa KEPALA Raja-raja Melayu yang telah dipancung...gi la mintak balik...KONONnya selagi "kepala-kepala" tu disimpan di Bangkok selagi itulah Negeri-Negeri ...
tempat tuh macam tokong diraja thai dikatakan tempat menyimpan abu mayat raja thai tapi tempat tuh tak boleh masuk...
[ Last edited by HangPC2 at 18-1-2008 12:07 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 sya_sugar_sugar's post
bestnye sejarah tok janggut ni, selepas di dapat halau polis2 kat pasir putih (ke pasir mas?), dia dengan siapa ntah telah menubuhkan kerajaan sendiri dengan beliau sebagai perdana menteri. tapi sekejap jek sbb lepas tu beliau berjaya dikalahkan oleh british. kalau kite tgk gambar tu pon, kite tau polis yang duduk sebelah mayat dia tu orang melayu jugak. kemungkinan besar polis dari Persekutuan Negeri2 Melayu Bersekutu atau pun dari Singapura |
|
|
|
|
|
|
|
'We will bring back historical documents'
KUALA LUMPUR: Efforts to bring back historical records from overseas are ongoing, Unity, Culture, Arts and Heritage Minister Datuk Seri Shafie Apdal said yesterday.
"The ministry has been retrieving these documents but this is an international issue," he said after opening the 16th International Council on Archives (ICA) Congress here.
It is understood that most of the documents are in Britain and Spain and were taken out of the country prior to Malaysia achieving independence.
Shafie said the documents would help prevent future losses of territory due to a lack of records.
"The recent case involving Batu Puteh (Pedra Branca) was a lesson to all, even though documentation was not the sole factor that caused the island to slip from our hands," he said.
He said the congress would provide professional networking among archivists and experts to make it easier for Malaysia to bring back long-lost documents.
"Previously, we also sought co-operation from international bodies like the United Kingdom Department of Archives, as in the case of Sipadan and Ligitan."
In 2002, the International Court of Justice ruled that the islands off the coast of Sabah belonged to Malaysia.
The congress, which is held for the first time in Southeast Asia, has drawn 1,200 archivists and professionals from 138 countries to discuss the challenges confronting the profession and to set a trend for the new millennium.
Held at the Kuala Lumpur Convention Centre, the congress is also attended by ICA president Lorenz Mikoletzky. It ends on Saturday. |
|
|
|
|
|
|
|
Misi Zaaba Kesan Surat Gabenor Butterworth Pada 1844 Tentang Batu Puteh
Oleh Mohd Haikal Isa
JOHOR BAHARU, 25 Julai (Bernama) -- Sejak dua tahun lepas Zaaba Abdul Samad telah menjelajah ke seluruh Johor dalam satu misi mencari surat yang ditulis pada 1844 oleh Gabenor Negeri-negeri Selat, William John Butterworth, kepada Sultan dan Temenggong Johor.
Walaupun usia surat terbabit telah menjangkau 164 tahun tetapi ia begitu penting kerana ia bukan sahaja menyentuh permohonan pihak British untuk membina rumah api di Batu Puteh tetapi ia turut membuktikan hak negara.
Zaaba, anggota jawatankuasa Persatuan Sejarah Negeri Johor, berkata usaha mencari surat berkenaan itu dilakukannya secara sukarela kerana beliau begitu menghargai dokumen bersejarah dan warisan negara.
Beliau telahpun menemui waris-waris keturunan Temenggong Muar yang masih tinggal di Muar dan Segamat serta waris keturunan Kesultanan Johor dengan harapan untuk mengesan surat terbabit."
"Saya turut menemui pelbagai individu yang mendakwa mereka mempunyai pelbagai dokumen bersejarah tetapi malangnya sehingga kini masih gagal menemui surat terbabit," katanya kepada Bernama, Jumaat.
Bulan lepas, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, Malaysia akan terus berusaha mencari bukti-bukti bagi membuktikan haknya terhadap Batu Puteh walaupun selepas Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei lepas memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak ke atas batuan tersebut.
Wisma Putra telahpun diarahkan supaya berusaha kembali untuk mengesan surat oleh Gabenor Negeri-negeri Selat pada 1844 itu, dengan harapan penemuannya akan membantu Malaysia membuka semula kesnya terhadap Batu Puteh.
ICJ yang bersidang di The Hague, Belanda, turut memutuskan bahawa Malaysia berhak ke atas Terumbu Karang Tengah manakala hak terhadap Terumbu Karang Selatin pula akan ditentukan di mana perairannya terletak.
Bagi Zaaba, walaupun usahanya selama ini belum menunjukkan sebarang hasil, tetapi ia tidak pernah melemahkan semangatnya daripada terus menjelajah ke seluruh Johor untuk mengesan surat berkenaan.
Sambil menyifatkan usaha sukarelanya itu sebagai tidak lebih suatu tanggungjawab seorang rakyat kepada negaranya, beliau berkata, sehingga kini beliau belum terfikir untuk menamatkan inisiatifnya itu.
"Walaupun Batu Puteh itu hanya merupakan batuan yang terletak di tengah-tengah laut, tetapi ia adalah hak milik kita semua (rakyat Malaysia dan Johor) dan usaha perlu dilakukan untuk memastikan ia (Batu Puteh) kekal milik kita semua," katanya.
Zaaba berkata beliau sehingga kini masih lagi menerima maklumat daripada pelbagai sumber di Johor tentang dokumen-dokumen bersejarah termasuk surat pada 1844 yang dipegang oleh beberapa individu.
Bagaimanapun, menurut Zaaba, oleh kerana beberapa sebab tertentu, beliau menaruh keyakinan yang amat tinggi bahawa surat penting 1844 oleh Gabenor Butterworth yang beribu pejabat di Singapura pada ketika itu, masih disimpan di republik itu ketika ini.
Satu daripada sebab di sebalik keyakinannya itu adalah kerana Singapura yang diperintah oleh British, menerusi muzium dan arkibnya, telahpun mempunyai sistem simpanan dan penjagaan dokumen-dokumen yang baik pada ketika itu, katanya.
Beliau juga berkata satu usaha juga perlu dilakukan untuk bertemu dan meminta bantuan daripada waris-waris Kesultanan Johor yang masih tinggal di Singapura untuk mengesan surat itu.
Menurutnya beliau dimaklumkan bahawa waris keturunan Kesultanan Johor yang masih tinggal di Singapura masih menyimpan pelbagai dokumen bersejarah yang berkemungkinan boleh membantu Malaysia menuntut semula haknya terhadap Batu Puteh.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Arkib peroleh koleksi kad rokok, mikro filem berusia lebih 200 tahun
KUALA LUMPUR: Arkib Negara memperoleh koleksi lama kad rokok berusia lebih 100 tahun yang mempamerkan gambar mengenai bangunan serta sejarah negara ketika era pentadbiran Negeri-Negeri Selat ditemui.
Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Sidek Jamil, berkata Arkib Negara berjaya memperoleh 51 keping kad rokok itu yang setiap keping bernilai RM100 dari seorang pengumpul bahan bersejarah itu tahun lalu di Pulau Pinang.
Beliau berkata semua koleksi itu telah mula dipamerkan di laman web Arkib Negara, baru-baru ini.
"Kad rokok ini sebenarnya merupakan gambar bangunan-bangunan bersejarah yang diselitkan di dalam kotak rokok jenama Carreras yang dijual di pasaran sekitar tahun 1900 oleh Syarikat Arcadia Works di London.
"Apa yang menarik mengenainya ialah di belakang gambar itu menceritakan mengenai sejarah-sejarah bangunan, industri pertanian dan perlombongan pada zaman pentadbiran Negeri-negeri Selat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sidek berkata, Arkib Negara tahun lalu turut memperoleh bahan bersejarah mikrofilem yang meliputi rekod rasmi berkaitan perundangan dan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu semasa penjajahan British.
"Kami berjaya mendapatkan fail rasmi ini dari London. Ia menceritakan mengenai laporan operasi risikan, hal pembentukan organisasi ketika perang, hal tawanan dan jenayah perang serta memorandum rasmi pada era itu.
"Semua bahan itu kami peroleh dari arkib-arkib dan muzium di London dan United Kingdom," katanya.
Melalui perolehan baru ini beliau berkata ia mampu memperkayakan koleksi bahan arkib serta melengkapkan jurang maklumat mengenai sejarah negara.
Rujukan bahan-bahan ini boleh dibuat di Dewan Penyelidikan atau layari laman web ANM www.arkib.gov.my
Syarikat Arcadia Works mula beroperasi pada 1788 dan mula memasarkan rokok Carreras di Malaya sekitar 1900. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
3# jerai
Bunga emas tu ufti, mana leh claim khazanah negara... |
|
|
|
|
|
|
|
surat menyurat sultan kedah cmner plak?
dh diclaim atau x? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 11# Syd
Rosetta Stone |
|
|
|
|
|
|
|
sbenarnye byk sgt yg khazanah negara hilang.. |
|
|
|
|
|
|
|
tpi kita jgn suka claim2, nanti jadi mcm Indonesia plak...huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba ingat kat sorang Sejarahwan Mesir yang bengang kat Muzium Britain pasai mumia firaun ada kat sana..dia minta mumia tu pulangkan balik ke Mesir tapi depa xmo kasi...
Lepas tu depa jemput prof ni ke Muzium Britain..lepas tu mintak bg ucapan kononnye nak bagi penghormatan kepada Mesir la..dia pun amik peluang tu perli2 Britain..pedih telinga orang Britain dengor... |
|
|
|
|
|
|
|
The Claim to Ownership
The right of nations to claim cultural property rights on the basis of cultural heritage is one under much controversy in the international community. There has been a consensus on how to handle World War II disputes, but there remains much disagreement as the handling the issues which are a result of pre-World War II Imperialism. Many archaeologists argue that an ancient object taken from its context loses most of its meaning. This view supports the argument of governments, such as Egypt, that are claiming a right to their cultural artifacts removed from their territory. The artifacts symbolize the national identity and cultural heritage of Egypt. However, a formal legal legal agreement that enforces this stance for the times of antiquity does not currently exist. The question at hand is whether or not current international legal agreements can be applied retroactively. It should be noted that, one could argue that current international law and norms have developed into customary international law which could then be used on a retroactive basis. Currently, legal protection for cultural heritage and cultural property centers around the UNESCO legal instruments and national law, which are explored further in the legal cluster.
International law protecting cultural heritage has strong support from many non-Western countries, such as Egypt, Greece, Turkey, and Mexico. However, they have little support from Western states such as Great Britain as they fear that returning items to the country of origin would set precedents and empty the world's museums. "It would be a disaster for the world if only collections of one culture were available in that one country...", Britain's arts minister, Paul Channon.(16) Great Britain feels that they obtained these artifacts legally 'for the times' and should therefore retain ownership rights. Additionally, they feel state they are promoting Egyptian culture by including Egyptian artifacts and mummies in their exhibits. Great Britain is on the defensive as many of the objects in their museum were obtained during times of Imperialism. The case at hand and similar cases, such as the Elgin Marbles, Monument case, the current debate with Great Britain and Greece, illustrate the growing tension on the issue. "You get your marbles back, then others will want their marbles back", British Museum Director David Wilson.(17)
http://www1.american.edu/ted/mummy.htm |
|
|
|
|
|
|
| |
|