CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Muntz

Kenapa banyak negara Islam mendiskriminasi wanita?

[Copy link]
Post time 3-1-2007 02:18 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 5-11-2006 03:39 PM


betul tu. contohnya macam minum nira, berinai macam org hindu, mandi buang sial dan sbgnya.. masih lagi sebahagian daripada budaya masyarakat melayu kita.



Minum nira.  Jangan salah faham, nira yang diminum tu bukannya nira yang diperam, tapi nira yang baru diambil dari mayang kelapa.  Nira yang haram adalah nira yang dah berbuih, yang orang panggil tuak.  Bezakan antara tuak dan nira.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2007 02:20 PM | Show all posts
Originally posted by zasssss at 1-1-2007 02:28 PM
Camnir lee..org buat sesuatu kezaliman atas nama islam. Korek mata pun atas nama islam. Mna ader hadis hukum korek mata? So,kita jangan melatah lak.. pasal org bukan islam nir diorang tengok kebura ...


:setuju:  yang membuat rencana tu pun bukan orang islam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 02:22 PM | Show all posts
Originally posted by haniman at 3-1-2007 02:18 PM



Minum nira.  Jangan salah faham, nira yang diminum tu bukannya nira yang diperam, tapi nira yang baru diambil dari mayang kelapa.  Nira yang haram adalah nira yang dah berbuih, yang orang pan ...


kalau org kelantan...(bahasa)..
tuak tu nira laa...
tp kalau bhs standard, rasanya tuak ni todi laa kan?
yg memabukkan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 03:53 PM | Show all posts
Originally posted by carpet at 3-1-2007 02:22 PM


kalau org kelantan...(bahasa)..
tuak tu nira laa...
tp kalau bhs standard, rasanya tuak ni todi laa kan?
yg memabukkan tu...


Betul.

Di terengganu dan kelantan, bila sebut nira, maksudnya air nira yang baru diambil dari bunga kelapa.  Turun jer dari pokok kelapa terus diminum atau dimasak menjadi 'manisan' macama gula melaka tu.  Manisan yang dibuat di Kelantan dan Terengganu adalah dari nira kelapa, seperti di melaka dibuat dari nira kabong.  Masa ini nira ni halal.

Tapi kalau nira ni dibiarkan beberapa hari ia akan menjadi berbuih dan berbau masam.  Pada masa ni nira ni dipanggil tuak, dan hukumnya haram sebab memabukkan.

Tetapi tuak yang mabuk ni apabila disimpan lagi ia akan menjadi jernih.  Bila dah jernih, Ia menjadi cuka.  Cuka halalkan.

Itulah perbezaan antara nira dan tuak.  Dari nira (halal)  menjadi tuak (todi) (haram) menjadi cuka (halal).
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 04:26 PM | Show all posts
kalau nak cerita diskriminasi dari sebelum Islam, ke Islam, dan zaman serba berpengetahuan cecanggih masih lagi akan diputar cerita yang sama
sebab apa, tradisi yg diwarisi turun temurun, yg dipercayai benar, baik lelaki, malah wanita sendiri
sbbnya, soal sejarah yg menaikan martabat wanita tidak dijadikan cerita di buku sejarah
contoh: how many people know that yg Rasulullah meminta hafsah belajar baca tulis (nanti sy cuba cari sumbernya ya)
Aisyah pula mmg seluruh dunia Islam tahu bahawa dia adalah antara scholar Islam paling masyhur yg ulama2 Islam sendiri meriwayatkan hadith daripadanya
dan bagaimana pula peranan isteri hanya dihadkan di rumah menjaga rumahtangga dan anak2, sedang sebelum ni Khadijah binti Khuwailid sendiri seorang saudagar yang kaya raya, kemudian beliau meninfakkan kekayaan di jalan Allah dan Rasulullah, jika tiada cinta tulen yg suci murni, mewangi ke pelusuk kosmos dan alam dari Khadijah, bagaimana ya? sedang Rasulullah sendiri sering terkenangkan Khadijah
bagaimana pula peranan Zainab al Kubra yang berkata yg hak dihadapan tiran, dengan suara yg tegas dan lantang

soalnya, cerita2 ini dipinggirkan, dan wanita sendiri percaya bahawa mereka perlu berperanan seperti mana tradisi telah tetapkan turun temurun zaman berzaman (jgn lupa bahawa satu masa dahulu dunia ini adalah dunia lelaki, spt yg berlaku diserata pelusuk tamadun, tetapi Rasulullah yg membawa nur, mengangkat darjat wanita sesuai dengan apa yang dikehendaki Allah)
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2007 04:31 PM | Show all posts
soalnya, kesediaan tradisi
kesediaan wanita sendiri
dan adakah masyarakat sudah boleh menerima perubahan?

(di US, Presiden NGO terbesar Islam, adalah wanita, Dr Igrid Matson)
(Di sukan Asia Doha, Ruqayya Al Ghasara, pemenang pingat emas 200 m)

soalnya sekali lagi, bukan masyarakat buta, tapi kurang tahu
dan kadang2 bila tahu, mereka sembunyikan juga ilmu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2007 06:04 PM | Show all posts
Diskriminasi wanita dlm masyarakat Islam adalah dipengaruhi faktor budaya serta adat turun temurun yg tiada kaitan dgn Islam.

Kita kdgkala masih gagal memisahkan mana stu amalan adat, & yg mana satu amalan agama.

Apa yg pasti, tuntutan Islam tidak pernah mendiskriminasi mana2 jantina.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2007 11:04 AM | Show all posts
Originally posted by Robotech at 4-1-2007 06:04 PM
Diskriminasi wanita dlm masyarakat Islam adalah dipengaruhi faktor budaya serta adat turun temurun yg tiada kaitan dgn Islam.

Kita kdgkala masih gagal memisahkan mana stu amalan adat, & yg m ...


:setuju:

soal sekarang, brani untuk mengubah tradisi?

:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-1-2007 05:15 PM | Show all posts
Bagi aku, dalam Islam sendiri menuntut ilmu itu wajib utk lelaki dan perempuan. Jadi memandu juga satu ilmu, iaitu ilmu memandu. Tapi kenapa di negara Arab, wanita tak boleh memandu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2007 11:19 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 6-1-2007 05:15 PM
Bagi aku, dalam Islam sendiri menuntut ilmu itu wajib utk lelaki dan perempuan. Jadi memandu juga satu ilmu, iaitu ilmu memandu. Tapi kenapa di negara Arab, wanita tak boleh memandu?



Bukan di negara Arab..di Saudi Arabia je pompuan tak boleh memandu..lain2 negara arab tadak hal..bagi aku, ini balik kepada adat..bukan kepada islam..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2007 09:27 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 6-1-2007 05:15 PM
Bagi aku, dalam Islam sendiri menuntut ilmu itu wajib utk lelaki dan perempuan. Jadi memandu juga satu ilmu, iaitu ilmu memandu. Tapi kenapa di negara Arab, wanita tak boleh memandu?


kat Bahrain (kalau x silap)..ada perkhidmatan teksi khas utk wanita..driver dia suma wanita..bagus kan?
:setuju:  dgn azam...
Reply

Use magic Report

rinaaz This user has been deleted
Post time 8-1-2007 11:53 AM | Show all posts

Reply #31 carpet's post

heheh...sib baik aku ada ilmu memandu dan hidup di MALAYSIA.. heheh... :pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 5-11-2006 02:17 AM
Tp org2 islam akan ckp begini bila bnda ni dipersoalkan :

YANG SALAH ITU IALAH ORANG ISLAM IAITU PENGANUTNYA , AGAMA ISLAM ITU SENDIRI BETUL

Soalannya ialah , kalau kita kaji , smua agama lain dlm dunia ni pun , yg dipanggil org islam sbg kafir pun , MENYERU KE ARAH KEBAIKAN, tp bila jd pd org non muslim , org2 islam dgn bangganya berkata :

DORANG TU SEMUA KAFIR , SEMUA BENDA BOLEH BUAT


Adalah penting utk fahamkan maksud kafir di sini. Ada juga yg memang tak ada apa2 kepercayaan agama dan ada juga yg nama sahaja ada agama tapi basically kebanyakan orang yg semua boleh buat adalah bila mereka sendiri tak amalkan agama mereka. Agama ada, tapi hanya pada nama. Pokoknya kita kena memahami...adakah yg tak betulnya itu manusia sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2007 06:55 PM | Show all posts
soal sekarang, brani untuk mengubah tradisi?


Di Malaysia, soal tradisi sudah byk terpupus, hasil kesan pendidikan sepanjang hayat kpd wanita.

Masalah wanita Muslim di Malaysia kini adalah kejahilan mrk memahami hak mrk sebagaimana yg diperuntukkan oleh Islam.

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2007 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by Robotech at 9-1-2007 06:55 PM


Di Malaysia, soal tradisi sudah byk terpupus, hasil kesan pendidikan sepanjang hayat kpd wanita.

Masalah wanita Muslim di Malaysia kini adalah kejahilan mrk memahami hak mrk sebagaimana yg ...
setuju gak

aku betul-betul suspicious dengan 'sisters in islam'.

kononnya nak membela nasib wanita Islam, tapi yg menaungnya tu pakai tudung pun tak. ada yg pakai pun tak betul lagi.

silap haribulan jadi sesat kang...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2007 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by Robotech at 9-1-2007 06:55 PM


Di Malaysia, soal tradisi sudah byk terpupus, hasil kesan pendidikan sepanjang hayat kpd wanita.

Masalah wanita Muslim di Malaysia kini adalah kejahilan mrk memahami hak mrk sebagaimana yg ...


bagaimana wanita boleh dilabelkan jahil untuk memahami hak sepertimana dlm tuntutan Islam
sedangkan ilmu ttg hak itu sendiri disembunyikan oleh pihak2 yang berkepentingan

dan kalau sekiranya ada wanita mahu memahami sesuai tuntutan syariat, melalui ilmu yg mana perlu diambil wahai kawan?

siapa yg dulu percaya bahawa tuntutan menuntut ilmu itu tidak diwajibkan ke atas wanita?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2007 10:25 AM | Show all posts
wanita mahu bergerak, cuma mediumnya sahaja tiada
jika medium ada sekalipun, yg sedihnya tidak dipimpin yg ahli mengenai hak wanita dlm tuntutan syariat
sy sendiri tidak setuju banyak ttg pendekatan sister in Islam

lebih sedih, modelnya sendiri missing in the vast knowledge of the world, so macamana?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 12:01 AM | Show all posts
Assalamualaikum,
saya ni forumer baru. Tak berapa arif dalam posting posting ni. Dan kalau bahasa terkasar, sila maafkan.

Yang saya ingin mengatakan adalah bahawa saya adalah seorang wanita yang sedang dirundung malang oleh sistem Mahkamah Syariah di Malaysia, terutamanya di kelantan. Hakim hakim disini semuanya tidak peka terhadap permasaalahan wanita. Mereka senantiasa tidak adil terhadap wanita. Tidak keterlaluan kalau saya katakan sistem implementasi Syariah di Mahkamah kelantan adalah zalim terhadap wanita.

Jangan salah faham, saya bukan kutuk Islam. Islam adalah indah dan adil, tetapi manusia, (atau lebih tepatnya, lelaki) yang berkuasa, yang terus menerus tolak keadilan bagi wanita.

Saya tak takut dicabar kerana saya boleh mengadakan bukti apa yg berlaku dimahkamah ini. Saya ada tape recording perbualan atau, lebih tepat, perbalahan saya dengan hakim yang mendengar kes saya, yang tak mahu membantu isteri yang teraniaya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2007 12:15 AM | Show all posts
Tentang poligami, hari ini kita dikejutkan dengan berita seorang isteri yang marahkan suaminya yang hendak berpoligami, telah membunuh 2 anak lelaki kecilnya. Sampainya hati dia mengambil nyawa yang tiada berdosa.

Tetapi bila saya dengar bahawa suaminya hanyalah seorang pemandu lori, tinggal puilak kat Flat aje. Maknanya, suami itu bukanlah akan mampu untuk beristeri lain. Duduk rumah sempit lagi, dah berangan nak kahwin lain.

Mereka mungkin tergolong dibawah kelas miskin, namun, suaminya masih berangan nak kahwin lain. Mestilah isteri berang. Agaknya tak cukup makan pun. tetapi naluri lelaki sepertimana lagu samsons, "Aku ingin dikelilling sejuta wanita" walaupun tak mampu, masih tak boleh kawal nafsunya., masih nak pasang yg lain....

Bukannya poligami ini patut diharamkan, tetapi, bacalah surah annisaa tu elok elok. Surah 4:129 juga katakan, suami Tidak akan DAPAT BERLAKU ADIL WALAUPUN HATI KITA MAHU, OLEH ITU, TAHANLAH DIRIMU, ITU ADALAH LEBIH BAIK.

sURAH An nur 32 juga menyatakan , "kahwinlah org bujang diantara mu" maknanya, kita kena cari orang yang masih bersendirian, bukan suami orang.
Reply

Use magic Report

ummi_nuur This user has been deleted
Post time 20-2-2007 08:22 AM | Show all posts

Reply #39 mamuslim's post

yup.. sedih dgr berita ni mlm td... wanita boleh hilang kewarasan dik iman yg tipis bila suami nk kawin lain... 'madu' benar2 sensitif...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 09:53 PM GMT+8 , Processed in 0.465933 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list