CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: katana83

Mohamed Nor Khalid (LAT)

[Copy link]
Post time 11-12-2006 04:51 PM | Show all posts
trivia:
kartunis Matt Groening yg melukis kartun futurama/simpson merupakan peminat besar Dato Lat ini...
beliau telah membaca karya2 dato lat sejak 15 tahun yg dulu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2006 07:04 PM | Show all posts

Reply #21 pisang69's post

That's is news to me. Thanks for the information. Memang hebat sekali Lat ni. Truely Malaysian.:hatdown::hatdown:
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2006 07:35 PM | Show all posts
A nice professional person. Able to stay neutral especially in politics. Respected by both opposition and government alike. One of his favourite place to eat is in Coliseum, though i'm not sure what kind of sizzling steak he likes. One of me favourite cartoonist.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2006 01:23 AM | Show all posts
mati mati aku ingat datuk k tadik...(khalid jiwa...)
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 02:26 PM | Show all posts
Originally posted by thamrong at 11-12-2006 07:04 PM
That's is news to me. Thanks for the information. Memang hebat sekali Lat ni. Truely Malaysian.:hatdown::hatdown:

:setuju::setuju::setuju: memang respek lah kat Datuk LAT ni...very simple way of presentation but very meaningful...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 04:53 PM | Show all posts
lat nih satu kelas ngan bapak aku masa kat anderson. selalu dulu kalo ada buku baru bapak aku dapat. aku paling suka buku mat som. ada file rasanya based on that book, imuda jadik mat som.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2006 05:22 PM | Show all posts
dlm cerita mat som tu si Lat nie ada buat cameo appearance  penceramah pasal kawin kat TV (scene yg matsom tgh menonton) tu

[ Last edited by  AzusaFuyutsuki at 13-12-2006 05:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2006 07:04 PM | Show all posts




Lat bersama Matt Groening tengah posing maut!


"Kampung Boy has a lot of heart and the characters are wonderful. i've been a fan of Lat's comic book series for 15 years." - Matt Groening
Giler ah, Matt Groening (simpson dan futurama) adalah follower Lat.

Okey, umum tahu Lat bekas wartawan dan gunakan deria wartawannya ke dalam karya kartunnya. Itu kekuatan Lat. Mesej dan sindiran bergerak seiring. Apa yang membuatkan Matt Groening dan  Lat boleh kamceng! mereka berdua punya deria yang hampir sama. salute!



Hidup Kartun Malaysia!

Sources

http://firstsecondbooks.typepad. ... ats_kampung_bo.html

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2006 11:44 PM | Show all posts

Reply #28 HangPC2's post

Good posting. HangPC!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2006 04:06 PM | Show all posts
Kampung Boy raih tiga perakuan di Amerika
Oleh Azura Abas dan Heidi Foo



KUALA LUMPUR: Kartunis terkenal negara, Datuk Mohd Nor Khalid (gambar) yang lebih dikenali sebagai Lat, mencipta kejayaan berganda di Amerika apabila karyanya, Kampung Boy menerima tiga perakuan daripada Pertubuhan Buku Amerika Syarikat (AS).

Karyanya dipilih sebagai Buku Antarabangsa Paling Cemerlang 2007 oleh Lembaga Buku Golongan Muda (USBBY) dan Majlis Buku Kanak-kanak (CBC).

Senarai penerima perakuan buku paling cemerlang tahun ini akan disiarkan dalam Jurnal Perpustakaan Sekolah bagi keluaran Februari depan dan USBBY serta CBC akan mempromosikannya pada mesyuarat dan konvensyen yang diadakan sepanjang tahun.

Kampung Boy juga disenaraikan Buletin Senarai Pusat Buku Riben Biru Kanak-Kanak 2006 sebagai buku terbaik dan ia juga dinamakan sebagai Senarai Buku Pilihan Editor 2006.

Lat yang selama lebih 30 tahun memberikan senyuman kepada masyarakat Malaysia berkata, beliau tidak menyangka bukunya yang diterbitkan pertama kali di Amerika mencapai penghargaan tertinggi itu.

揝aya mengambil masa setahun untuk menyiapkan buku itu dan ia terus popular apabila pertama kali diterbitkan di Malaysia pada 1977. Kini, ia dialih bahasa ke bahasa Jepun, Perancis, Portugis dan Inggeris.

揝aya gembira dengan pencapaian ini kerana ia membuatkan negara terkenal. Orang luar akan belajar mengenai Malaysia melalui buku Kampung Boy dan Town Boy,
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 08:49 PM | Show all posts
suke baca katun die.ayah pun bg galakan bc katun2 die.dulu ingat die ni kartunis biase je.

sampailah dami sampai jepun,tgk satu bilik cikgu jepun ni,penuh ngn buku lat ni.

buku tu dah ditranslate ke bahasa jepun.

rupe2 nye karya die ni dalam bnyk bahasa.very the international!respect!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2006 09:52 PM | Show all posts
kartun dia dia ada motif... sambil gelak2... buat kita berpikir... :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 08:50 AM | Show all posts
Lat dijemput tetamu Capitol Hill

IPOH: Datuk Mohamad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat (gambar) menjadi kartunis tunggal dari Asia dijemput menjadi kartunis tetamu Forum Seni Komik Antarabangsa (ICAF) ke-12 yang diadakan di Capitol Hill, Washington, Amerika Syarikat, dari 18 hingga 20 Oktober ini.

Beliau menjadi seorang daripada tujuh kartunis tetamu yang dijemput untuk memberikan ceramah dan mengadakan sesi dialog bersama ahli akademik, kartunis, penggiat komik dan karikatur, ahli sejarah, pengkritik seni, wartawan, kurator, pengkaji serta profesional dalam bidang animasi dan komik dari seluruh dunia.

Enam kartunis lain ialah penulis dan pengarah siri Looney Tunes, Kyle Baker dari Amerika Syarikat; kartunis editorial majalah The Economist, Kevin `KAL' Kallaugher (Amerika Syarikat); pengasas Cartoonists Rights Network International, Robert Russell (Amerika Syarikat); Profesor Bersekutu Dr Bart Beaty dan Nick Nguyen (Kanada) serta Thierry Groensteen (Perancis).

Selain tujuh kartunis tetamu itu, 20 ahli akademik dari Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun dilantik ahli panel dalam beberapa sesi forum sepanjang tiga hari ICAF.

Lat berkata, perbincangan ICAF tahun ini dijangka 慼angat' berikutan isu bakal dibangkitkan membabitkan perkara dianggap 憈aboo
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 11:33 AM | Show all posts
Satu yang banyak orang tak tau mengenai Dato' LAT ni "dia tak pernah sikat rambut dia dari dulu".... ini pengakuan dia, sekarang ni dah tua tua tak taulah....

Ooo rupamya director Mamat Khalid tu adik dia ya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 08:57 PM | Show all posts
aku suka sgt baca buku Lat ni sbb mengingatkan aku pd kehidupan zaman kanak2 aku...
terasa nk balik semula ke zaman kanak2...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 11:43 PM | Show all posts

Shot at 2007-07-26
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2007 10:43 AM | Show all posts
respect dato' lat...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 01:39 PM | Show all posts
Lat ni masa muda dulu  selalu lepak kat coffee house sebuah  hotel cina
(aku dah lupa nama)   kat jalan raja muda abdul aziz  dekat hospital KL.
Kat situ la dia dok sorang sorang  cari idea sambil dok meneguk  air itu la..berbotol botol atas meja dia. tapi sekarang dia dah tak minum kut.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 01:43 PM | Show all posts
Originally posted by matjawasp at 28-7-2007 01:39 PM
Lat ni masa muda dulu  selalu lepak kat coffee house sebuah  hotel cina
(aku dah lupa nama)   kat jalan raja muda abdul aziz  dekat hospital KL.
Kat situ la dia dok sorang sorang  cari idea sa ...


Betul tu bukan fitnah, aku pun selalu jumpa dia kat pub dulu.  Itu dulu dulu lah sekarang ni tak tau.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2007 10:50 AM | Show all posts
Lat antara lima penerima ijazah kehormat UKM
Oleh Norliza Abdullah


BANGI: Kartunis terkenal tanah air, Datuk Muhammad Nor Khalid atau Lat menjadi antara lima penerima ijazah kehormat dan Profesor Emeritus sempena Majlis Konvokesyen ke-35 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Bangi, esok.

Beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Antropologi dan Sosiologi) sebagai pengiktirafan terhadap jasanya menghasilkan seni kreatif dalam bentuk kartun yang disifatkan sebagai mempunyai unsur komedi intelek.

Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, berkata setiap hasil karya Lat menyelitkan pelbagai keadaan dalam dunia dan masyarakat hari ini serta menyentuh berkaitan isu global.

Beliau berkata, kartunnya turut mempunyai unsur perpaduan kaum dan mengandungi pelbagai mesej membabitkan kepelbagaian budaya, kemiskinan, kepemimpinan, hubungan kuasa, percintaan serta gender.

揔arya Lat juga universal dan mencerminkan sifat karyawan itu yang sensitif dan mampu mengkaji isu sosial serius, selain kreatif yang memberikan tafsiran dan perspektif tersendiri,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.427008 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list