CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wna5776

Elephant Santuary, Kuala Gandah : Sapa penah pegi??

 Close [Copy link]
Post time 13-3-2007 12:46 PM | Show all posts

Reply #20 wna5776's post

memang plan nak pegi. tapi kena cari masa yg sesuai, tak naklah ramai sgt org, kan tak nampak pulak nak naik si jumbo tu ;) tp weekday susah sikit la, sbb my hubby susah nak dpt cuti..hmm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2007 01:17 PM | Show all posts
Originally posted by wna5776 at 13-3-2007 10:53 AM
Yeker dia org amik, and accommodation tu pree???  waaa camni WnA leh bawak satu family gie sana la nanti.  CNY ari tue pie ngan member2 jek.  Balik2 tunjuk gambaQ and video, sumuamya cam teruja g ...


yups..kena contact dowang la untuk mintak kerjasama..mcm kitorang dulu..budak skolah mcm nak buat kem motivasi ke ape ke..dowang p amik kat skolah..pastu guide masuk utan seme..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-3-2007 03:43 PM | Show all posts

Reply #21 suzie284's post

WnA pegi time CNY ari tue....kiranya ramai gak ler, penoh tempat parking.  Tapi alhamduliLLAH, takde masalah nak invoved seme xtvt yang dia org organized. Time daftar masok utk tengok gajah tu, management dah siap bagi tiket yang mana leh naik gajah.  Yang dapat tiket kaler kuning jek yang leh naik jumbo tu.  So, takde masalah sangat la.  Tak ler berebut2.  Ala...tak kesah suzie, sanctuary tu bukak setiap ari, kalo tak salah ler.  Bila ada time lapang...leh la relaxkan minda ngan si jumbo kat sana.  Kat situ ada gak deerland & bird sanctuary, leh tengok banyak spesis burung, rusa, seladang & honey bear.

Thanks speaker...tapi kalo takde hal la, nak ko jwb satu soklan.  Dulu ko dok felda mana???
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 03:57 PM | Show all posts
Thanks wna5776!!!
Originally posted by wna5776 at 13-3-2007 03:43 PM
WnA pegi time CNY ari tue....kiranya ramai gak ler, penoh tempat parking.  Tapi alhamduliLLAH, takde masalah nak invoved seme xtvt yang dia org organized. Time daftar masok utk tengok gajah tu ...
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by wna5776 at 13-3-2007 03:43 PM
WnA pegi time CNY ari tue....kiranya ramai gak ler, penoh tempat parking.  Tapi alhamduliLLAH, takde masalah nak invoved seme xtvt yang dia org organized. Time daftar masok utk tengok gajah tu ...


ahaks..soklan cepumas nih..aku penah duk Felda Lakum ngn Felda Bukit Damar..parents aku keje sane dulu.almost 10 years duk sane..skolah pun kat pekan Lanchang tu..Skolah Menengah kebangsaan Datuk Bahaman..kalo dr KL..ikut jalan lama nak ke lanchang mesti nampak skolah tu dulu..nape..ade sesapa kat Felda situ2 ke..kat situ pun felda yang 2 je la ade..pastu kg2 mempateh, tedung seme..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 05:06 PM | Show all posts
baru balik dari sana kelmarin......... enjoy........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2007 11:26 PM | Show all posts
ade x peluang nk jadik volunteer kt situ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-3-2007 10:13 AM | Show all posts

Reply #26 jeton's post

enjoy kan...besh sangat kan....:pompom: :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-3-2007 10:18 AM | Show all posts

Reply #27 obachan's post

tu la... WnA pun penah tanya kat member, leh tak kalo nak keja kat situ.  Rasanya kena tanya perhilitan or management kat situ la.  Hang cuba la tanya weh, pastu bagitau la....bulehhhhkannnn
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 08:24 AM | Show all posts
ahaha..bleh je,igt nk gi volunteer(kalo ada ah) lps abis exam bln dpn
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2007 05:51 PM | Show all posts
:clap: aku! aku! aku dah pi! cuti sek tahun lepas.. besttt.. bwk anak2..  mula2 pergi mcm mini zoo dia.. then lunch kat tepi sungai & budak2 buat flying fox. pukul 2pm, pegi elephant sanctuary. anak2 aku tak takut dgn gajah.. ! aku naik gajah besaaarrr punya.. the oldest.. she's 60 yrs old. pastu aku & daughter mandi dgn gajah!! wuuhuu... best! air sejuk!  my son pun nangis2 nak mandi dgn gajah sbb kakak dia boleh naik.. tapi dia kecik lagi.. tak boleh.. aku rasa aku ada gambar.. nanti aku cari..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2007 02:00 PM | Show all posts

Reply #31 muslyn's post

  Ahaksss.....best kan...satu experience yang best....
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 04:52 PM | Show all posts
paste lah gambar
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2007 06:23 PM | Show all posts

bathing with elephant

this picture was taken by my 6 yrs old daughter.. dia sudah miss shot i naik atas gajah... dah abis baru dia ambik.. she was excited to see it sampi lupa ambik gambar.. so this is the only picture i have..  i dpt naik 2 kali.. 2nd round i naik dgn my daughter into the water after reassuring them that my daughter can swim.

Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2008 12:40 AM | Show all posts
wahh menarik nih..aku mmg teringin nak pi tempat nih..thanks everybody for the info...jomm!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 05:28 PM | Show all posts
ni ada pamphlet pasal Elephant Santuary Kuala Gandah...hajat di hati nak pegi jgk....



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2008 09:48 PM | Show all posts
pergi pagi melawat deer farm dulu. then 1pm baru pi gajah sanctuary. coz 2pm feeding time plus show and mandi gajah. u miss this, then sia-sia je pergi.coz it's only once a day. bawa baju  mandi sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2008 06:06 PM | Show all posts
Bermesra Dengan Haiwan
Oleh ADHAM SHADAN

Sejauh manakah Santuari Gajah Kuala Gandah, Taman Deerland dan Kelab Darul Ehsan mampu menawarkan pengalaman bermesra dengan haiwan tanpa pagar atau dinding kaca kepada kanak-kanak?


KEPUPUSAN haiwan yang banyak terjadi pada masa ini, cenderung bertitik tolak daripada sikap manusia sendiri. Sikap melayani binatang tanpa belas kasihan dan memburu haiwan untuk mendapatkan bahagian-bahagian tertentu tubuhnya demi mengaut keuntungan berpunca daripada hilangnya kasih sayang.

Justeru, perasaan cinta terhadap haiwan perlu disemai dalam diri manusia sejak usia kecil agar mereka lebih memahami makhluk yang juga berkongsi hidup di bumi ini.

Menyedari matlamat itu, Kelab Darul Ehsan (KDE), Ampang Jaya, Selangor, baru-baru ini menganjurkan satu aktiviti bermesra bersama haiwan. Disertai oleh 45 ahli kelab tersebut yang majoritinya terdiri daripada kanak-kanak. Ada juga orang dewasa dan ibu bapa yang turut serta.

Pihak penganjur telah memilih taman-taman haiwan di sekitar Lanchang, Pahang untuk dilawati. Santuari Gajah Kuala Gandah dan Taman Deerland dilihat mampu menawarkan pengalaman bermesra dengan haiwan dalam jarak yang terlalu dekat tanpa pagar atau dinding kaca yang menghalang.

Disifatkan sebagai aktiviti yang lebih bertumpu kepada ahli kanak-kanak kelab tersebut, rombongan cilik ini begitu teruja untuk mengalami sendiri pengalaman bermesra dengan haiwan dalam lawatan sehari itu. Setelah menempuh perjalanan selama dua jam dari KDE, mereka tiba di Taman Deerland, Lanchang pada kira-kira pukul 11.00 pagi.

Walaupun dinamakan Deerland, namun haiwan yang terdapat di taman itu tidak terhad kepada rusa sahaja. Mereka dapat menyaksikan kancil, beruang madu (sun bear), arnab, landak, burung kasuari dan merak. Bukan sekadar menyaksikannya, kanak-kanak ini bahkan dapat memegang dan membelainya dengan tangan.

"Pada awalnya, ada juga kanak-kanak yang mengadu takut, tetapi lama kelamaan, mereka pula yang berebut untuk memegang dan membelai haiwan tersebut. Haiwan-haiwan tersebut begitu jinak tetapi sebagai langkah keselamatan, setiap haiwan mempunyai penyelia yang menjaganya.

"Ada juga yang berasa kagum apabila melihat betapa kecilnya kancil," kata Penolong Pengurus Perhubungan Awam KDE, Hanifah Sjahli kepada Kosmo!.

Kanak-kanak ini juga seronok memberi makanan kepada haiwan-haiwan itu dan terpesona menyaksikan keletah beruang madu apabila penjaga haiwan mengusik dan bermain dengannya.

"Daripada 45 minit yang diperuntukkan untuk lawatan ke sini, ia berlanjutan kepada satu jam 15 minit," kata Hanifah sambil memberitahu masing-masing tidak mahu ketinggalan untuk bergambar bersama haiwan-haiwan tersebut.

Lawatan ke Santuari Gajah pula memberi peluang kepada ahli rombongan untuk memahami pelbagai aspek tentang mamalia yang besar itu. Dipertontonkan dengan video terlebih dahulu, mereka dapat gambaran yang jelas di mana habitat gajah dan bagaimana kerja-kerja pemuliharaan dan pemindahan gajah dilakukan.

Kemudian, mereka berpeluang bermesra dengan gajah-gajah di santuari tersebut dengan memberinya makan. Gajah-gajah tersebut cukup menggemari buah pisang, betik, tembikai dan timun. Walaupun gajah merupakan haiwan liar, namun gajah-gajah yang terdapat di santuari ini amat jinak.

Keterujaan para rombongan disemarakkan lagi dengan aktiviti menunggang gajah yang dikenali sebagai Jumbo Ride. Setiap individu hanya dibenarkan menunggangnya bagi satu pusingan sahaja.

Selesai Jumbo Ride, mereka berpeluang pula menyaksikan aktiviti memandikan gajah-gajah. Gajah-gajah tersebut merebahkan diri ke dalam sungai untuk dimandikan. Haiwan ini kelihatan manja apabila pekerja-pekerja santuari membersihkannya dengan berus.

Bukan sekadar berlibur dan berseronok, program ini juga diselit dengan kegiatan amal apabila sebahagian daripada yuran penyertaan lawatan disumbangkan kepada Tabung Amanah Gajah di santuari tersebut.

Dalam lawatan itu, kelab KDE juga sempat menziarahi sebuah perkampungan Orang Asli yang didiami kaum Che' Wong. Ahli-ahli kelab telah memberikan sumbangan berupa pakaian, permainan dan makanan kepada Orang Asli berkenaan.

"Mereka seronok mendapat baju baru dan teruja apabila mendapat teddy bear," kata Hanifah.

Kira-kira pukul 4 petang, ahli rombongan bertolak pulang dan tiba di kelab KDE kira-kira pukul 6 petang.

KDE mempunyai lebih kurang 5,000 orang ahli. Menyediakan kemudahan riadah, sukan dan restoran, KDE merupakan kelab golf sembilan lubang yang terbaik di Malaysia.

KELAB DARUL EHSAN Taman Tun Abdul Razak,Ampang Jaya, Selangor. Tel: 03-4257 2333 * TAMAN DEERLAND Tel: 09-279 7249 * SANTUARI GAJAH KUALA GANDAH Tel: 09-279 0391
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 11:51 AM | Show all posts
dah pegi masa cuti Labour Day Khamis lps....mmg best...!!! w'pun ramai org tp tetap enjoy....kami ada buat tempahan so dptla 10 sticker kuning utk xtvt dgn gajah....mmg enjoy sgt2...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 11:53 AM | Show all posts


gajah2 di dlm kurungan....luas tpt ni & berpagar elektrik....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 06:16 PM GMT+8 , Processed in 0.578564 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list