satu This user has been deleted
|
Reply #1 aw76's post
Kami pernah menghadapi situasi yang sama, bulan puasa tahun lalu. Apa yang kami buat ialah dengan melihat arah matahari terbenam dan bertanyakan jiran-jiran Islam berdekatan. Dengan ilmu yang cetek dan hasil maklum balas jiran-jiran,kami yakin arah KIBLAT menghadap ke satu arah dan kami menggunakan arah tersebut.
Setelah agak lama, kami pergi ke kedai pakaian untuk membeli songkok serta tudung anak utk ke sekolah, kami tergerak hati untuk membeli kompas penunjuk arah kiblat. Setelah bersoal jawab cara menggunakan kompas tersebut erta ketepatannya, kami membeli satu unit dan kemudian membandingkannya dengan arah kiblat yang digunakan dalam surau-surau serta masjid-masjid.
Hasilnya, apabila kami cuba di rumah..... arah kiblat yangn kami ikut selama ini rupanya tersasar sebanyak 90 darjah dari kedudukan yang sebenarnya (ikut kompas). Masya-Allah.
Dengan bertawakkal kepada Allah kami segera mengubah arah KIBLAT tersebut. Sambil memohon ampun kepada Allah kerana kelalaian kami... kenapa kami tidak membeli kompas pada awal-awal lagi.
Alhamdulillah.... selepas itu, segalanya-galanya mula agak teratur.
Kalau ada orang tanya, bagi kami... beli ajelah kompas tu... tentu lebih yakin... Insya-Allah.
Wallahu'alam....
http://www.geocities.com/satudotmy
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 satu's post
sama macam kes saya! masa pindah rumah baru ikut arah matahari terbenam... 2-3 bulan lepas tu jumpa kompas kiblat ni memang tersasar hampir 90 darjah! |
|
|
|
|
|
|
|
Info: Cara tentu arah kiblat
Oleh Mohamed Farid Noh
Penentuan ketepatan boleh dibuat Isnin ini ketika Fenomena Istiwa
TAHUKAH anda jika arah kiblat di Malaysia berbeza walaupun 1 darjah dari Kaabah, umat Islam di negara kita sudah tersasar sejauh 126 kilometer dari Kaabah.
Memang memeranjatkan, apatah lagi Jabatan Mufti Selangor baru-baru ini, mengesan kira-kira 90 surau di negeri itu, termasuk yang didirikan di taman perumahan, hotel dan pusat beli-belah tidak menepati arah kiblat ditetapkan sejak 2003 lagi.
Antara punca menyebabkan perbezaan ketepatan arah kiblat itu ialah kaedah dan teknologi digunakan pada masa lalu berlainan dengan teknologi hari ini yang menggunakan peralatan terkini di samping pakar berkemahiran tinggi yang terlatih, selain kesilapan sendiri yang tidak mahu mendapatkan bantuan pihak berkuasa agama ketika mahu menentukan arah kiblat sebenar.
Kita sendiri boleh menentukan arah kiblat sebenar melalui 慒enomena Istiwa |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum ...
Terima kasih Syd, atas informasi berguna di atas.
Rasanya penggunaan kompas lbh baik lg. Mana taknya, sy dulupun pernah menggunakan arah matahari terbenam, bila ada rakan pinjamkan kompas, tersasar arah kiblat dlm 30 darjah.
Wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih semua atas maklumat di atas... |
|
|
|
|
|
|
|
buat tambah-tambah info
Penentuan kiblat
Oleh Norakmah Mat Youb dan Nasron Sira Rahim
INFO
Kompas kecil untuk tentukan arah Kaabah tidak boleh digunakan dalam bangunan
PASTINYA sesuatu yang memeranjatkan apabila seorang jemaah yang kerap mengunjungi masjid kariahnya mendapati pada suatu hari, tiba-tiba arah kiblat yang bertahun-tahun digunakan sudah berubah!
Situasi itu bukanlah sesuatu yang asing terutama membabitkan masjid atau surau lama yang dibina lebih 20 tahun lalu.
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak Syarie Jabatan Mufti Selangor, Rizal Ramli, berkata pihaknya kini menerima beberapa aduan berhubung kesilapan ketepatan arah kiblat pada masjid dan surau lama.
揝elain menerima aduan, kami sentiasa menjalankan pemantauan dan turun padang untuk mengukur ketepatan arah kiblat masjid di negeri ini, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Segi tiga sfera tentu kiblat
Oleh Norakmah Mat Youb
Di Malaysia surat kebenaran dirikan masjid hanya dikeluarkan apabila penandaan garisan asas tapak dilakukan
DALAM menentukan arah kiblat, kebanyakan umat Islam akan menggunakan kompas atau mengikut arah kiblat masjid atau surau berdekatan.
Kiblat, adalah titik rujukan di bumi yang menghala ke Kaabah dan menjadi arah solat bagi umat Islam. Pada mulanya, kiblat mengarah ke Baitulmuqaddis atau kini Jerusalem (dikenali sebagai pertama daripada dua kiblat), namun pada 624 Masihi, diganti mengarah ke Kaabah di Makkah.
Situasi berlainan pula apabila mengerjakan solat dalam Kaabah itu sendiri, seseorang Muslim menghadap ke arah dinding keluar semasa solat, manakala bagi berada di luar Kaabah pula, mereka boleh menghadap mana-mana arah kerana pusingan Kaabah itu 360 darjah.
Arah kiblat ialah azimut yang melalui jarak terdekat di sepanjang sfera bumi. Pengiraan arah kiblat daripada sesuatu tempat dilakukan dengan menggunakan formula segi tiga sfera. Untuk itu, perlu diketahui koordinat tempat berkenaan (dinamakan stesen) iaitu latitud dan longitud.
Bagi mengetahui jarak terdekat di antara stesen dengan Makkah, pastikan perbezaan longitud stesen dengan Makkah kurang daripada 180 darjah, jarak terdekat sepatutnya mengikuti arah bertentangan dengannya.
Pada awal perkembangan Islam, penentuan arah kiblat tidak menimbulkan masalah kerana Rasulullah ada bersama sahabat dan baginda sendiri yang menunjukkan arah kiblat apabila berada di luar kawasan Makkah.
Apabila sahabat mula mengembara untuk mengembangkan Islam, kaedah menentukan arah kiblat menjadi rumit dan mereka mula merujuk kepada kedudukan bintang menurut pengetahuan mereka menepati arah ke Makkah.
Pada zaman pertengahan pula, kaedah segi tiga pengiraan falak digunakan iaitu formula trigonometri bagi pengiraan arah kiblat itu. Kaedah itu tidak jauh berbeza dengan formula yang digunakan sekarang kerana ia dikatakan paling tepat.
Pengukuran arah kiblat pada masa itu menggunakan rubuk mujayyab iaitu berdasarkan rujukan garisan meridian yang dinamakan sebagai `garis tengah hari' dalam kebanyakan kitab falak tradisional dan kompas.
Naib Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, berkata usaha awal menentukan arah kiblat secara sistematik dimulakan oleh Khalifah Al-Makmun, yang memerintahkan supaya koordinat geografi kota Makkah ditentukan dengan tepat.
Dengan cara itu, beliau berkata, arah kiblat dikira dari Baghdad yang mana latitud Makkah diperoleh dengan mengukur ketinggian matahari pada waktu istiwa (rembang), manakala longitud pula diukur mengikut perbezaan waktu ditunjukkan jam matahari.
Bagaimanapun, katanya, ahli falak tradisional pada masa itu lebih cenderung menggunakan kaedah logaritma dan geometri iaitu kedudukan matahari atau gabungan kedua-dua kaedah berkenaan dalam menentukan arah kiblat.
揚engukuran sudut ke arah kiblat dibuat secara geometri atau menggunakan rubuk mujayyab, iaitu peralatan tradisional untuk mengukur sudut dan pengiraan trigonometri. Penentuan garisan utara, selatan atau meridian tempatan perlu ditentukan terlebih dulu dengan kaedah tongkat istiwa yang bukan saja mudah tetapi tepat," katanya.
Di Malaysia, Syed Kamarulzaman berkata, kebanyakan masjid lama menggunakan kaedah itu untuk mendapatkan arah utara bagi penentuan arah kiblat. Secara teori, jika kita mengetahui satu sudut waktu sebelum istiwa dengan satu sudut waktu sama selepas istiwa, jarak bayang objek tegak yang dibuat dalam dua keadaan itu adalah sama.
揑stiwa ialah satu keadaan yang mana matahari berada tepat pada titik zenith (ghayah) sesuatu tempat ketika tengah hari dan fenomena itu boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat lain di bumi.
揚eristiwa istiwa matahari di atas Kaabah berlaku setiap tahun pada jam 5.16 petang (waktu Malaysia) 28 Mei dan sekali lagi pada jam 5.28 petang, 16 Julai. Pada 16 Julai, jam 5.28 petang, bayang-bayang yang ditunjukkan oleh objek tegak sama ada kayu atau tiang adalah bersamaan dengan arah kiblat.
揙leh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang tiang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah yang mengadap ke barat, |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 9-8-2007 04:05 PM
揂pabila menggunakan kompas, perlu digunakan di kawasan yang lapang dan jauh daripada besi atau arus elektrik yang akan menyebabkan gangguan tarikan magnetik pada jarum kompas seterusnya arah ditunjukkan adalah tidak tepat.
Ini pun satu isu yg perlu diambilkira.
Kalau guna kompas dalam rumah atau bangunan konkrit, biasanya dlm bangunan ada guna bahan besi sebagai asas struktur yg boleh memberi kesan pada kompas.
Seringkali saya lihat apabila org mengambil bacaan kompas dalam bangunan especially yg bertingkat, tanpa mengambil sebarang perhitungan terus letak kompas atas lantai dan ambil kiraan sedangkan kat dalam lantai konkrit tu ada tetulang2 besi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
buat-buat bacaan tambahan lagi, petikan khutbah Jumaat @ Selangor
"KEPENTINGAN ARAH KIBLAT DALAM IBADAT UMAT ISLAM"
Khutbah Jumaat - 18 MEI 2007
Sidang Jumaat yang dihormati Allah,
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan ketakwaan kehadrat Allah s.w.t dengan menunaikan segala perintahnya dan menjauhkan diri daripada segala larangannya, mudah-mudahan kita tergolong didalam golongan orang yang sentiasa bertakwa.
Sidang jumaat yang berbahagia, Menghadapi arah kiblat adalah aspek penting dalam syarak dan ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu dan solat sunat. Demikian juga urusan pengebumian jenazah muslim serta lain-lain ibadat yang disunatkan menghadap kearah kiblat.Dalam solat seluruh tubuh badan seseorang hendaklah menghadapi kearah kaabah yang terletak dimakkaratul mukarramah. Terdapat beberapa hukum yang berkaitan dengannya iaitu:- Wajib menghadapi kearah kiblat ketika menunaikan solat fardhu atau sunat, melakukan tawaf di baitullah dan meletakkan jenazah didalam liang lahad. Sunat menghadapi kearah kiblat ketika membaca al-quran,berdoa,berzikir,tidur dan lain-lain aktiviti harian yang berkaitan.
Haram menghadapi kearah kiblat ketika membuang air besar atau kecil. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
"Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang) maka hadapkanlah muka kamu kearah masjid al-haram (kaabah), dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu kearahnya, supaya tidak ada lagi sebarang alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim diantara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepadaku (semata-mata) dan supaya aku sempurnakan nikmatku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (kepada perkara yang benar)".
Sidang jumaat yang dimuliakan,
Berijtihad menentukan arah kiblat adalah perlu dilakukan, bagi menyakini arah kiblat masjid, surau dan tempat-tempat yang hendak didirikan solat. Keempat-empat mazhab iaitu Khanafi,Maliki,Syafie dan Khanabali berpendapat, menghadap arah kiblat merupakan syarat sah solat. Bagi mazhab syafie terdapat tiga kaedah berhubung dengan syarat sah menghadap kiblat iaitu:
1- Bagi seseorang yang berada didalam masjidil haram samada nampak kaabah atau sebaliknya,maka wajib ia menghadap ke-kaabah dengan penuh yakin. Kewajipan tersebut boleh dipastikan dengan cara melihatnya atau menyentuh bagi orang cacat penglihatan atau dengan cara lain yang boleh dipastikan, asalkan ada keyakinan.Menentukan kiblat dengan cara ini dinamakan "Kiblat Yakin".
2- Bagi seseorang yang jauh dari Baitullah iaitu berada diluar Masjidil Haram dan sekitar tanah suci mekah, hendaklah menghadap ke-arah masjid secara zonni sahaja dan bergantung kepada ijtihadnya. Kaedah ini diketahu melalui pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk mekah.Menentukan kibalat dengan cara ini dinamakan "Kiblat Zonni".
3- Bagi seseorang yang berada diluar tanah suci mekah hendaklah menghadap ke-arah tanah suci mekah dengan tujuan menghadap masjidil haram atau kaabah. Cara ini adalah memadai untuk melaksanakan tuntutan syarak ketika mendirikan solat dan ibadat-ibadat lain.Rasulullah s.a.w bersabda :
"Baitullah (Kaabah) adalah kiblat bagi orang-orang yang didalam masjid (Masjidil Haram) dan masjid (Masjidil Haram) adalah kiblat bagi orang-orang yang tinggal ditanah haram (mekah) dan tanah haram (mekah) adalah kiblat bagi seluruh penduduk bumi, timur dan baratnya dari umatku".
Dalam khutbah hari ini berbagai-bagai persoalan boleh ditimbulkan berkaitan arah kiblat iaitu :
Adakah pasti solat kita menghadap kiblat yang tepat?.
Adakah arah kiblat dirumah atau bilik solat pejabat kita betul?
Adakah kaedah yang kita gunakan selama hari ini betul seperti arah terbenamnya matahari?
Apabila membicarakan tentang arah kiblat, marilah sama-sama kita memikirkan keadaan-keadaan yang berlaku berkaitan arah kiblat:
1- Terdapat sebahagian surau-surau atau tempat solat yang telah dibina tanpa terlebih dahulu mendapat pengesahan arah kiblat daripada pihak berkuasa agama negeri. Apabila surau atau tempat solat telah siap dibina dan digunakan, maka timbullah pertikaian sesama jemaah sehinggakan ada yang tidak mahu datang solat berjemaah.
2- Terdapat juga pihak-pihak tertentu yang hanya mengukur sendiri arah kiblat berpandukan arah dikawasan lain. Perlu diingatkan disini bahawa arah kiblat disesebuah tempat adalah berbeza dengan tempat-tempat yang lain. Contohnya negeri selangor, arah kiblat secara umumnya ialah 292 darjat, yang membezakan setiap tempat adalah kepada nilai minitnya, contohnya nilai minit di shah alam 35 minit, manakala di sabak bernam ialah 19 minit.
Inilah perkara yang perlu dielakkan berlaku. Amalan ini tidak melambangkan tahap profesional dalam bekerja, surau yang dibina dengan harga beratus-ratus ribu malah mencecah jutaan ringgit, dengan ukiran seni binanya yang cantik, tetapi malang sekali, arah kiblat didalam dewan solat tidak tepat, ini memperlihatkan kelemahan imej agama kita.
Justeru, pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan surau atau masjid perlulah mengambil tanggungjawab penuh untuk memastikan arah kiblat ditentukan terlebih dahulu sebelum bangunan didirikan.
Perkara ini adalah amat penting dan perlu diberikan perhatian kerana sekiranya arah kiblat tidak diukur dengan tepat, maka kesannya amat besar, iaitu 1 darjah berganjak, maka terpesong dari kaabah sejauh lebih kurang 126 kilometer, manakala 1 minit berganjak akan terpesong sejauh lebih kurang 2 kilometer.
Kesan yang lain juga boleh menyebabkan ibadat solat yang akan didirikan setiap hari tidak mematuhi syarat-syarat sah solat antaranya ialah menghadap kiblat.
Sidang jumaat yang dihormati,
Betapa pentingnya arah kiblat dalam ibadat, maka minbar jumaat pada hari ini ingin menggesa seluruh umat islam dinegeri ini dapat menyemak kedudukan arah kiblat khususnya dirumah-rumah secara tradisional iaitu melalui 'Kaedah Istiwak matahari di kaabah" yang akan berlaku pada 28 Mei ini. Ia amat mudah dilaksanakan tanpa menggunakan sebarang kuasa.
Istiwak matahari atas kaabah atau dinamakan istiwak a'zam merupakan fenomena dimana matahari akan berada tepat diatas kaabah. Fenomena ini boleh dimanfaatkan untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain dimuka bumi. Di Malaysia, istimewa akan berlaku dua kali setiap tahun iaitu pada ( 28 Mei, jam 5.16 petang) dan sekali lagi pada (16 Julai, jam 5.28 petang). Ini bukanlah bermaksud arah kiblat berubah dua tahun sekali. Kaabah tetap di mekah al-mukarramah, cuma kita diberi peluang oleh allah s.w.t untuk menyemaknya secara tradisional.
Untuk melaksanakannya ;
1- Dirikan satu objek lurus seperti tiang atau kayu dikawasan lapang yang tidak terlindung daripada cahaya matahari.
2- Tetap pada masa tersebut, lihat kearah bayang objek berkenaan.
Oleh kerana matahari berada disebelah barat pada waktu petang , maka bayang objek akan jatuh kearah timur, untuk mengetahui arah kiblat, kita perlu melihat hujung bayang ke pangkal kayu/tiang, itulah arah ke kaabah (kiblat).
Untuk maklumat lanjut tuan-tuan boleh merujuk dengan pihak yang mempunyai kemahiran mengenainya atau berhubung dengan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
Hadirin yang dihormati Allah,
Semoga kita dapat mengambil pengajaran bahawa amat penting bagi umat islam mengetahui kedudukan arah kiblat dengan tepat. Kita perlu mempelajari ilmu dan kaedah untuk menentukannya dengan bertanya kepada mereka yang berpengetahuan dan berkemahiran. Itu semua penting bagi menjamin kesempurnaan ibadat sembahyang serta mendapat ganjaran pahala daripada amalan-amalan seharian.
"Kerapkali kami melihat engkau (wahai muhammad), berulang-ulang ........ ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah mukamu kearah Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah), dan dimana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu kearahnya".
Al-Baqarah ayat 144
Ya_Allah , engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai negeri yang maju dan sejahtera. Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami,kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat. |
|
|
|
|
|
|
|
arah kiblat
ada tak sapa2 tau web apa atau ke mana arah kiblat...
aku duk area ampang, dkat dgn ampang point.. tolong.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
gi la surau beb...tak pun beli sejadah ada kiblat tu n tgk anak panah 220 |
|
|
|
|
|
|
|
ari tu saya beli penunjuk arah kiblat kat pasar malam... RM5.00jer.. senang nak tau kedudukan solat especially kalau kita travel. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cari kompas la..... hehehehehehe...... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by kawasakininja at 13-8-2007 03:54 PM
gi la surau beb...tak pun beli sejadah ada kiblat tu n tgk anak panah 220
klau kat cni ada surau xpayah la aku susah2 tanya kat forum... cni area org korea, xde nye surau.. maybe kna try bli kompas kat pasar mlm gak kot.. Makacih.. |
|
|
|
|
|
|
|
beli kompas satu, boleh disimpan dan dibawa kemana2
yelah kekadang tu bila travel senang nak cari kiblat
|
|
|
|
|
|
|
|
hang beli kompas yang murah punya. pastu cari bering lebih kurang 290 darjah.
atau Utara 70 darjah ke Barat (North 70 West).
Kira lebih kurang arah barat (bering 270 darjah), naikkan 20 darjah ke utara dari arah barat. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ibnur at 13-8-2007 10:22 PM
hang beli kompas yang murah punya. pastu cari bering lebih kurang 290 darjah.
atau Utara 70 darjah ke Barat (North 70 West).
Kira lebih kurang arah barat (bering 270 darjah), naikkan 20 da ...
TQ. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Cint@ at 13-8-2007 03:59 PM
ari tu saya beli penunjuk arah kiblat kat pasar malam... RM5.00jer.. senang nak tau kedudukan solat especially kalau kita travel. betul tu...beli gak kat pasar malam..kekadang certain hotel takde tunjuk arah kiblat |
|
|
|
|
|
|
| |
|