|
14. Selangor Chinese Assembly Hall
[ Last edited by Syd at 11-7-2007 12:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
15. Bangunan Sultan Abdul Samad
[ Last edited by Syd at 10-7-2007 02:50 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 10-7-2007 02:05 PM
mana plak takde?
kan ada tu sebut
Sowie...
hari tu baca paper senarai 1st tu X ade Stadium Merdeka...
[ Last edited by bayan_budiman at 10-7-2007 03:34 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
ada paper takde tulis stadium
ada paper lain tulis
hehe kena baca banyak paper
|
|
|
|
|
|
|
|
ok.
tadi called KekWa
belum update lagi kat web dorang
managed bercakap dgn salah sorang staff, suhaila@kekkwa
baik orang nya, dan offer utk email pada saya.
kejap lagi paste senarai lengkap.
|
|
|
|
|
|
|
|
SENARAI TAPAK, BANGUNAN, OBJEK DAN WARISAN KEBUDAYAAN TAK KETARA UNTUK
PENGISYTIHARAN WARISAN KEBANGSAAN.
Tapak, bangunan, objek dan warisan kebudayaan tak ketara yang disenaraikan di bawah ini merupakan butiran yang dicadangkan untuk perisytiharan sebagai Warisan Kebangsaan bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara Malaysia yang ke-50. Oleh itu, pemilihan bangunan adalah berdasarkan kepada kepentingannya kepada peristiwa kemerdekaan dan bangunan-bangunan bersejarah di Ibu Negara, objek warisan yang melambangkan kedaulatan negara serta warisan kebudayaan tak ketara yang berciri dan berkepentingan kebangsaan.
Bangunan
Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur
Jalan Parlimen, Kuala Lumpu
Istana Negara
Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur
Tapak Tiang Bendera Malaya Dinaikkan Buat Pertama Kali
Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Bangunan Sultan Abdul Samad
Jalan Raja, Kuala Lumpur
Bangunan Dewan Bandaraya & Panggung Bandaraya
Jalan Raja, Kuala Lumpur
Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur
Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur
Bangunan Ibu Pejabat Keretapi Tanah Melayu
Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur
Bangunan Pejabat Pos Besar (GPO)
Jalan Raja, Kuala Lumpur
Bangunan Jabatan Kerja Raya (PWD)
Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur
Bangunan Residensi
Jalan Dato |
|
|
|
|
|
|
|
Objek
Jalur Gemilang
Jata Negara
Panji-panji Diraja
Keris Panjang Diraja
Tengkolok Diraja
Gandik Diraja
Pending Diraja
Keris Pendek Diraja
Kalung Diraja
Cogan Agama
Cogan Alam
Cokmar
Cokmar Dewan Rakyat
Cokmar Dewan Negara
Bunga Raya
Manuskrip Sejarah Melayu
Hukum Kanun Melaka
Manuskrip Hikayat Hang Tuah
Watikah Perisyhtiharan Kemerdekaan
Perak Man
Jumlah : 20 |
|
|
|
|
|
|
|
Warisan Kebudayaan Tak Ketara
Mak Yong
Wayang Kulit
Bangsawan
Joget Melayu
Ngajat
Sumazau
Sewang
Rumah Terbuka Malaysia
Dondang Sayang
Lagu Negaraku
Seni Persilatan Melayu
Tarian Singa Atas Tiang
Jumlah : 12 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 bayan_budiman's post
stadium merdeka tak masuk 50?
tgk kat senarai tuh takde
tapi masuk dalam senarai 77
tadi tanya kat kawan, dia baru masuk 77
dan tgh proses nak masuk 50 |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 10-7-2007 03:38 PM
SENARAI TAPAK, BANGUNAN, OBJEK DAN WARISAN KEBUDAYAAN TAK KETARA UNTUK
PENGISYTIHARAN WARISAN KEBANGSAAN.
Tapak, bangunan, objek dan warisan kebudayaan tak ketara yang disenaraikan di bawa ...
stadium merdeka takde ke? |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah.
takde kalau ikut senarai yang staff kekkwa tuh hantar via email tadi
then checked lah ngan kawan2
dia ckp stadium merdeka masuk 77 punye
dan dalam proses nak masuk 50
kena mintak maaf ngan bayan.
sbb tadi ckp ngan dia, ada masuk top 50 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 Syd's post
Smlm aku dh baca Utusan Malaysia keluaran ari Isnin 9 Julai...
Pak Lah mengisytiharkan Stadium Merdeka termasuk dlm senarai 50 tuh...
jgn risau lg... |
|
|
|
|
|
|
|
National Heritage list to be expanded
By : Deborah Loh, Suganthi Suparmaniam and Azira Shaharuddin
PUTRAJAYA: Every state in the country will be represented on the National Heritage list, which will be expanded to include more items.
The list of 50 items released last week is not final and the Culture, Arts and Heritage Ministry, which is in charge of compiling the list, will announce new additions later, its minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said yesterday.
"The list released last Friday is just the first edition. Compiling the list is an on-going effort, it is not something we stop and cast in stone," he said when asked about the dissatisfaction of the Penang and Malacca governments over the exclusion of many places in those states.
The list comprises 18 buildings (mostly in the city), 20 objects and 12 intangible heritage.
The first instalment of the heritage list only had 50 in conjunction with the nation抯 50th year of independence.
"All the states will have at least one representative item or site in the list," he said.
Rais spoke after presenting cheques from the ministry to state governments for their 50th Merdeka festivities.
The only building in Penang on the list is the St George Church.
Penang Tourism Development Committee chairman Teng Chang Yeow had questioned why other historical places of worship were left out, as were buildings which won merit awards from the United Nations Education, Scientific and Cultural Organisation (Unesco).
Malacca Chief Minister Datuk Seri Mohd Ali Rustam had also questioned why buildings in the city, which were on Unesco抯 heritage list, did not make it to the national list.
Meanwhile, Badan Warisan Malaysia (BWM) wants greater clarity on the criteria, standards and guidelines for listing of items on the National Heritage Register.
Its executive director, Elizabeth Cardosa, also urged the government to expedite the listing of the country抯 heritage assets and to accord protection to the many buildings and areas which remain under threat, not just in Kuala Lumpur, but throughout the country.
"It was a great surprise that only 70 items had been recommended for listing on the National Heritage Register and, of these, only 50 were selected, presumably because the number relates directly to the commemoration of 50 years of Malaysia抯 independence," she said in an email.
Cardosa said the ministry should consider a holistic approach to listing, especially of items which were part of an ensemble.
"The 10 items listed which make up the royal regalia could have been gazetted as a single National Heritage asset.
"Similarly, the four buildings and one site marking the raising of the Malayan flag for the first time, could have been classified as a conservation area and had this been the case, several other civic buildings like the former High Court, the old printing press and the former survey building around the padang which were built in the same period could have received equal status and protection."
BWM also wants to know what other items were recommended for listing on the register.
Asked why not many cultural heritage and buildings in Sabah and Sarawak were on the list, Cardosa said the Antiquities Act 1976 and the Treasure Trove Act 1957, under which the National Heritage Act 2005 (NHA) was enacted, applied only to Peninsular Malaysia.
Cardosa said: "Sabah and Sarawak have their own state enactments relating to heritage." |
|
|
|
|
|
|
|
Stesen kereta api KL terbiar
Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
KUALA LUMPUR 22 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
KTMB rancang baik pulih stesen KL
KUALA LUMPUR 22 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan sampai stesen KTM terbiar
KUALA PILAH 23 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
Usang tapi bernilai
Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
[email protected]
Bukti kehebatan kita
JIKA bertandang ke luar negara, pasti kita dibawa melawat kawasan bersejarah untuk melihat peninggalan dahulu yang mencatat seribu kenangan.
Tembok Besar di China, istana Taj Mahal di India dan Piramid di Mesir antara monumen sejarah yang amat bernilai. Ia sentiasa dikunjungi pelancong di seluruh dunia untuk melihat hasil seni dan peninggalan masyarakat dahulu kala.
Sejarah tidak pernah berbohong dan tinggalan bersejarah yang masih kekal sehingga hari ini bukti bagi menceritakan kepada generasi hari ini apa yang berlaku ratusan atau ribuan tahun lalu.
Bayangkan jika negara ini tidak mempunyai tinggalan seperti kota A Farmosa atau bangunan lama di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, tentu generasi sekarang tidak dapat membayangkan bentuk bangunan, sistem politik dan ekonomi zaman dahulu.
Kita tahu Melaka ditawan Portugis pada 1511 tetapi A Farmosa menceritakan kekuatan kuasa Eropah itu dengan bangunan dan sistem pertahanan serta ketenteraan yang hebat.
Bangunan bersejarah itu sendiri mampu menceritakan apa yang berlaku, kisah suka duka, tangisan malah nyawa yang menjadi taruhan. Nilainya amat tinggi kerana sejarah tidak mungkin berulang.
Mengunjungi bangunan bersejarah sama ada di dalam atau luar negara ibarat kembali ke zaman dahulu kala. Bersantai ke kawasan itu seperti nostalgia yang sukar untuk diucapkan dengan kata-kata.
Usaha pihak tertentu mengekalkan bangunan bersejarah mempunyai alasan kukuh kerana tanpa sejarah, generasi hari ini akan hilang identiti dan maruah diri.
Justeru, apabila uasaha mahu merobohkan Rumah Bok di Jalan Ampang beberapa tahun dulu, ramai yang menentang.
Rumah dengan seni bina kolonial ini milik usahawan berjaya, Chua Cheng Bok dan pernah dijadikan bank ketika zaman pendudukan Jepun. Bangunan ini bertukar wajah kepada restoran mewah, Le Coq d'Or sebelum menutup pintunya pada 2001.
Begitu juga apabila ada ura-ura untuk mengambil alih pawagam Coliseum, bangunan berusia 86 tahun itu yang menjadi simbol kegemilangan zaman awal Kuala Lumpur.
Sehingga kini, 24 bangunan di ibu negara dikenal pasti Jabatan Muzium dan Antikuiti mempunyai nilai sejarah diwartakan sebagai bangunan Warisan Negara mengikut Akta 168 Kaedah Bendapurba 1976.
Ketika ini, semua bangunan berkenaan berada dalam keadaan baik dan digunakan jabatan tertentu, kecuali Balai Seni Lukis lama di Jalan Sultan Hishamuddin sedang dalam proses pembinaan dan dipulihara kembali.
Bangunan lama itu dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 21 Mei 1984 asalnya Hotel Majestic yang diubah suai untuk fungsi balai seni lukis.
Selain itu, Pustaka Peringatan Kuala Lumpur di Jalan Raja yang dulu dikenali bangunan Percetakan Negara kini juga dikosongkan untuk dijadikan pejabat dan Galeri Model Kuala Lumpur.
Dua bangunan di bawah jagaan dan pemantauan DBKL ialah Panggung DBKL dan bangunan bekas Pustaka Peringatan Kuala Lumpur.
Ada tiga jenis program pengekalan dilakukan terhadap 15 bangunan yang mempunyai nilai sejarah dan terletak di kawasan warisan, tetapi tidak diwartakan iaitu dikekalkan keseluruhan luar bangunan, contohnya Panggung Coliseum dan Pasar Seni. Bangunan Plaza Warisan dan deretan bangunan di depan Pasar Seni misalnya dikekalkan sebahagian luar dan dalam bangunan manakala bangunan OCBC Bank di Jalan Tun Perak diroboh dan dibina semula.
FAKTA
Bangunan - Lokasi - Kegunaan
1. Sultan Abdul Samad - Jalan Raja - Kosong
2. Pejabat Pos Besar Persekutuan - Jalan Raja - Kosong
3. Infokraf - Jalan Sultan Hishamuddin - Pusat Kraftangan
4. Mahkamah Tinggi - Jalan Raja - Kosong
5. Pusat Penerangan - Jalan Tun Perak - Jabatan Penerangan
6. Standard Chartered - Jalan Raja - Muzium Sejarah
7. Bangunan Chow Kit - Jalan Belanda - Kosong
8. Dewan Bandaraya - Jalan Raja - Kosong
9. Masjid Jamek - Jalan Tun Perak - Masjid
10. Pejabat KTM - Jalan Sultan Hishamuddin - Pejabat KTM
11. Stesen Kereta api - Jalan Sultan Hishamuddin - Stesen Kereta api
12. Badan Pencegah Rasuah - Jalan Sulaiman - Kosong
13. Bangunan Sulaiman - Jalan Damansara - Pejabat Jawi
14. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) - Jalan Pahang - Pejabat IMR
15. Hotel Majestic - Jalan Sultan Hishamuddin - Balai Seni Lukis Negara
16. SMK St John - Jalan Bukit Nanas - Sekolah
17. Residensi - Jalan Dato Onn - Memorial Tunku Abdul Rahman
18. Istana Negara - Jalan Istana - Istana
19. Memorial P Ramlee - Taman Furlong - Memorial
20. Istana Tetamu - Kebun Bunga - Hotel
21. Percetakan Negara - Jalan Raja - Pustaka Peringatan
22. Bekas Bangunan JKR - Jalan Raja - Infokraf
23. Pusat Seni - Jalan Tun HS Lee
24. Bahagian Polis - Jalan Semarak |
|
|
|
|
|
|
|
173 Butiran Warisan Diisytihar Warisan Kebangsaan Sabtu Ini
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Sebanyak 173 lagi butiran warisan akan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada Majlis Pengisytiharan Kebangsaan Kedua yang akan diadakan Sabtu ini di Sekolah Menengah (SMK) Kebangsaan Victoria di sini.
Pengisytiharan akan dilakukan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Menurut kenyataan Jabatan Warisan Negara hari ini, senarai tersebut terdiri daripada semua butiran warisan yang disebut dalam Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) seperti tapak, objek dan tokoh hidup.
Menurutnya tujuan pengisytiharan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan memulihara dan memelihara Warisan Negara agar terus berkekalan dan menjadi warisan generasi akan datang.
Pengisytiharan itu juga merupakan salah satu cara untuk menjaga kepentingan bangunan atau objek yang telah diwartakan untuk diangkat sebagai Warisan Kebangsaan, tambahnya.
Antara butiran warisan yang akan diisytiharkan ialah bangunan, tapak arkeologi, artifak bersejarah, seni lukisan, kesenian dan kebudayaan, warisan makanan dan tokoh hidup.
SMK Victoria (Victoria Institution) ialah antara bangunan yang tersenarai sebagai Warisan Kebangsaan kerana peninggalan warisan seni bina, kepentingan sejarah penggunaannya serta kejayaan sekolah itu dalam melahirkan tokoh-tokoh ulung dalam politik, usahawan, sukan dan pentadbir.
Sebanyak 50 butiran telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada majlis pengisytiharan pertama yang diadakan di Parlimen pada 2007.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
VI Sekolah Harian Pertama Diisytihar Warisan Kebangsaan
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Esok genap 116 tahun usia Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, atau lebih dikenali sebagai VI, yang serentak bakal diisytihar sebagai warisan kebangsaan.
VI (Victoria Institution), sekolah harian pertama di Malaysia yang diberi pengiktirafan berprestij itu, adalah sebuah sekolah tersohor di samping mempunyai identiti dan sejarahnya tersendiri.
Diasaskan oleh Sultan Abdul Samad, William Hood Treacher, Loke Yew, Thamboosamy Pillai dan Yap Kwan Seng pada 14 Ogos 1893, VI berjaya mengekalkan kecemerlangannya dalam melahirkan ramai tokoh termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah serta menteri-menteri kabinet dahulu dan sekarang seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan bekas hakim Datuk Mahadev Shankar.
Yang lain termasuk tokoh-tokoh korporat Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir, Tan Sri T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Francis Yeoh serta tokoh sukan termasuk Datuk Dr M.Jegathesan, Allahyarham Mokthar Dahari, Datuk Misbun Sidek, Foo Kok Keong, Datuk P.S.Nathan dan Ishtiaq Mubarak.
Pada 1945, semasa Perang Dunia Kedua, VI menjadi markas pentadbiran tentera Jepun, dan selepas Jepun menyerah kalah, majlis penyerahan kembali kuasa kepada Inggeris turut diadakan di sekolah itu pada 22 Feb 1946.
Menteri Perpaduan, Kebudayaan , Kesenian dan Warisan Datuk Seri Shafie Apdal, yang juga bekas pelajar sekolah itu, akan menyempurnakan majlis pengisytiharan VI sebagai warisan kebangsaan pagi esok di perkarangan sekolah itu.
Bersempena dengan majlis yang bersejarah itu, banyak program telah dirancang termasuk makan malam, pertandingan golf amal, konsert 100 tahun pancaragam VI, larian amal dan pertandingan bola sepak Piala Mokthar Dahari.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) VI, Raja Amir Shah Raja Abdul Aziz berkata matlamat utama VI selepas mendapat pengiktirafan itu ialah untuk meneruskan lagi kegemilanganya sehingga beratus-ratus tahun lagi.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|