|
Originally posted by honeybee1802 at 9-5-2008 06:58 PM
lor mana nas ler uztaz ko pakai...
bukan ke anak org kafir yg mati ms kecik2 pun at least masuk gak syurga though jdk khadam
bukan ke setiap anak yg dilahirkan tu bersih dr dosa?
Assalammualaikum honeyB,
Maaf tanya, mana dpt statement 'anak org kafir mati masuk syurga jadi khadam'? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Marr at 10-5-2008 12:45 PM
Assalammualaikum honeyB,
Maaf tanya, mana dpt statement 'anak org kafir mati masuk syurga jadi khadam'?
kesemua anak anak manusia baru lahir adalah dilahirkan sebagai muslim atau muslimah... tak kira apa pegangan mak bapak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Marr at 10-5-2008 12:45 PM
Assalammualaikum honeyB,
Maaf tanya, mana dpt statement 'anak org kafir mati masuk syurga jadi khadam'?
yang ni aku kompius..
ustaz aku cakap plak(ustaz lain),utk statement yg kat atas ni, if bayi before tahu@belajar tetang agama,mean die mati dalam islam.
walau ape pon pegangan parent die ketika itu..
wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 thedude's post
aku nak ingat balik sape name ustaz tu...dan bila die cakap...
dlm proses ingat kembali... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #24 pinkie's post
Bukan ke sesiape yang mati sebelum akil baligh ... dikira mati islam ... tak kiralah dia agama apa ... |
|
|
|
|
|
|
|
aku rs ustaz ko dapat mklumat salah dr tpt dia ngaji dl.
mana bule nk salahkan anak tu? sdgkan yg salah dl adalah ibu & bapa dia? |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum honeyB,
Maaf tanya, mana dpt statement 'anak org kafir mati masuk syurga jadi khadam'?
Marr Post at 10-5-2008 12:45
macam fahaman Aryan Nation ajer. |
|
|
|
|
|
|
|
huh?! bahaya btol laa agama diajar oleh org yg bukan ahli.... |
|
|
|
|
|
|
|
what if kalo baby tuh meninggal selepas dibaptiskan??? |
|
|
|
|
|
|
|
what if kalo baby tuh meninggal selepas dibaptiskan???
sexyzangel Post at 1-10-2009 16:23
yang membaptiskan baby tu ibubapa dia atau penjaga dia. |
|
|
|
|
|
|
|
31# ibnur
mak bapak baby tu la...
so cemana ek..???
selepas dibaptise baby tuh meninggal??? |
|
|
|
|
|
|
|
31# ibnur
mak bapak baby tu la...
so cemana ek..???
selepas dibaptise baby tuh meninggal???
sexyzangel Post at 2-10-2009 11:28 AM
xkire la sapa pn yg baptiskan baby tu, dia ttp msuk syurga(baby) sbb dia blum baligh lg. |
|
|
|
|
|
|
|
33# aladin
OWHHHH
thanks....
lagi satu,
kalo dihari pengadilan nanti
cemana lak???
adakah status anak luar nikah sama ngan status anak sah yg meninggal dunia masa baby? |
|
|
|
|
|
|
|
pernah tak dengar pendapat seperti kat bawah ni?
nenek aku cakap:
1. Kebiasaannya tapi tak semestinya... anak luar nikah ni adalah berasal dari keturunan anak luar nikah jugak atau lelaki atau perempuan yang pernah terlanjur tetapi tak berkahwin sesama mereka.
2. Untuk mengelak daripada menurunkan 'gene' anak luar nikah, pasangan yang telah terlanjur tersebut mestilah dan hanya boleh di ijab-kabulkan SELEPAS melahirkan anak tersebut... walaupun dalam Mazhab Syafii boleh bernikah dengan wanita mengandung.
3. Apabila perkara (2) dilakukan, Insyaallah, keturunan mereka akan bersih dan terhindar dari 'gene' yang akan juga membuat perkara sama, dan ini termasuk juga anak luar nikah mereka.
4. Kalau pasangan terlanjur ni tak berkahwin sesama mereka... kemungkinan besar mereka akan juga akan mempunyai keturunan yang akan membuat perkara terlanjur.
saya tak pulak pasti kesahihan teori nenek saya ni... tapi umur dia dah 80+... tentu dia melihat dari pengalaman sekeliling. wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
huhu....aku pon tak tau...
tp tu la yg ustaz aku cakap...
aku yg berpikiran positive ni rase...
maybe ustaz aku nak takot2 kan kitorang kot...supaya jgn buat zina...
pinkie Post at 9-5-2008 21:10
mungkin... ni mungkin je lah ek.. sbb aku pun kureng bab-bab gini...
bygkan anak yg lahir dr hasil zina tu pompuan... tp dinasabkan dgn laki2 yg sumbangkan sperma yg membentuk baby pompuan ni (sbb anak hasil luar nikah kan patut xleh dibintikan ngan 'ayah'nye)...
so, bila pompuan ni kahwin tp time tu masih x reveal dia anak luar nikah, nikah tu jadi xsah + selama2nye hidup dia dlm zina gitu.. anak2 dia pun xsah... dan seterusnya.
mungkin tu maksud ustaz ko kot.
wallahualam.
tp, bab yg kalau nikah still guna nama yg dibintikan ngan 'ayah' luar nikah tu.... kene tanya yg lebih arif.
sbb kita pun baca dalam sotkabar je mende tuh dulu2. |
|
|
|
|
|
|
|
35# AwgSagi
2. Untuk mengelak daripada menurunkan 'gene' anak luar nikah, pasangan yang telah terlanjur tersebut mestilah dan hanya boleh di ijab-kabulkan SELEPAS melahirkan anak tersebut... walaupun dalam Mazhab Syafii boleh bernikah dengan wanita mengandung
soalan aku...
ini yang aku musyikil skit...sbb aku ada jiran yang anaknye dah pon termengandong..tapi di nikahkan jugak oleh bapanya dengan lelaki tersebut...after 2 months..dier bersalin...tapi setahu aku...HARAM menikahi pompuan yang telah mengandong walaopon lelaki itu bapa pada bayi tersbut...
so kalo kes yang aku cakap tadi ni...makna nya mereka perlu bernikah balik ke..sebb aku tak dgr pulak yg derang nikah balik...lagipun skang die dah ade 2 anak...1st lelaki 2nd pompuan...aku nak tahu adakah anak pompuan dier tu anak x sah taraf? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by AwgSagi at 3-10-2009 09:12
MENIKAHI WANITA HAMIL
SOALAN:
Apa hukumnya menikahi wanita yang sedang hamil (luar nikah). Benarkah jika seorang lelaki menikahi wanita yang hamil terlebih dahulu hukumnya tidak sah dan harus menikah sekali lagi jika anak yang di kandung sudah lahir? (sesudah anak berusia 40 hari).
Apakah status anak itu kerana setahu saya anak tersebut tidak boleh dibinkan menurut nama si ayah dan jika anak itu perempuan maka si ayah tidak boleh menjadi wali.
Jawapan:
Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili, penulis al-Fiqh al-Islami, hukum tidak sah seseorang lelaki menikahi wanita yang sedang hamil hasil hubungan luar nikah atau diistilahkan sebagai 'zina' dalam bidang fikah adalah fatwa mazhab Maliki.
Namun tidak disyaratkan anak yang dilahirkan oleh wanita itu mesti berusia 40 hari atau lebih untuk melaksanakan akad nikah kemudiannya.
Mazhab ini mensyaratkan lelaki yang ingin bernikah dengan mana-mana wanita yang terlibat dengan zina perlulah memastikan rahimnya suci terlebih dahulu. Caranya, dengan menunggu sehingga tempoh tiga kali datang bulan (haid) atau berlalunya tempoh tiga bulan dari saat terakhir dia melakukan zina (al-istibra').
Jumhur ulama bersepakat mewajibkan istibra' demi menjaga kesucian susur galur keturunan kerana ia akan melibatkan status anak sah taraf atau tidak untuk dibinkan kepada suami yang dikahwini setelah zina berlaku, kemudian masalah wali kahwin bagi anak perempuan dan masalah pewarisan harta dari segi hukum-hakam Islam.
Jika syarat ini diabaikan, dan akad nikah diteruskan, maka akadnya dihukumkan fasid atau rosak yakni tidak sah di mana perpisahan dihukumkan wajib bagi pasangan tersebut; sama ada zahir pada wanita itu tanda-tanda hamil atau tidak.
Jika wanita itu didapati mengandung hasil hubungan zina, maka istibra'nya ialah kelahiran anak itu. Tidak sah akad nikah sebelum wanita itu bersalin berdasarkan hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain. (Iaitu menyetubuhi wanita yang hamil bukan dari benihnya). (riwayat Abu Daud dan juga oleh al-Tirmizi yang menghukumkannya berdarjat hasan dengan lafaz 'anak orang lain').
Termasuk satu lagi hadis sahih dari al-Hakim mengenai wanita-wanita tawanan perang Awtas susulan daripada peperangan Hunain yang dibahagi-bahagikan kepada para pejuang yang bermaksud: "Tidak disetubuhi seorang wanita hamil itu sehingga bersalin".
Syarat ini juga digunapakai dalam mazhab Hanbali terutamanya bagi lelaki yang telah mengetahui status wanita itu berdasarkan hadis riwayat Imam Ahmad bin Hanbal yang bermaksud: "Janganlah sekali-kali seorang lelaki menyetubuhi seorang wanita yang hamil bukan dari benihnya".
Syarat tambahan mazhab ini ialah hendaklah wanita itu bertaubat nasuha terhadap dosa besar yang telah dilakukannya itu bagi mengeluarkannya daripada hukum asal al-Quran ke atas penzina: Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina pula tidak boleh berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina atau lelaki musyrik dan perkahwinan yang demikian itu diharamkan ke atas orang-orang yang beriman. (al-Nur: 3)
Lebih-lebih lagi jika mereka tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina seperti yang diisyaratkan di akhir ayat tersebut.
Hal ini berdasarkan hadis yang bermaksud: "Seseorang yang benar-benar bertaubat daripada dosanya (taubat nasuha) adalah umpama seorang yang suci daripada segala dosa".
Kemudian baginda membacakan sepotong ayat al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 222: Sesungguhnya Allah Maha Menyintai orang-orang yang suka bertaubat dan sentiasa menjaga kesucian.
Sementara mazhab Hanafi menghukumkan sah akad nikah seseorang lelaki yang mengahwini seorang wanita yang berzina dengan seorang lelaki lain jika dapat dipastikan wanita itu tidak hamil.
Jika wanita itu hamil juga diharuskan menikahinya dengan syarat tidak boleh menyetubuhi wanita itu sehingga dia bersalin berdasarkan ayat 23-24 dari surah al-Nisaa' yang tidak menyenaraikannya sebagai wanita yang haram dinikahi:
Telah diharamkan kepada kamu untuk berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, anak-anak kamu, adik-beradik perempuan kamu, ibu-ibu saudara sebelah bapa dan ibu kamu, anak-anak saudara perempuan daripada adik-beradik lelaki dan perempuan kamu, ibu-ibu susuan kamu dan adik-beradik susuan kamu, dan ibu-ibu isteri-isteri kamu, anak-anak tiri hasil perkahwinan terdahulu isteri-isteri kamu yang telah kamu nikahi (setelah mereka bercerai) kecuali jika kamu menceraikan mereka sebelum bersetubuh, maka tidak salah kamu (berkahwin dengan anaknya). Dan (haram juga bagi kamu untuk berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak lelaki kamu sendiri yang berasal dari benih kamu sendiri. Dan diharamkan ke atas kamu menghimpunkan dua orang perempuan adik-beradik sekaligus sebagai isteri-isteri kamu, kecuali yang telah berlaku pada masa lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Dan (diharamkan juga kamu berkahwin dengan) perempuan-perempuan yang masih berstatus isteri orang, kecuali hamba sahaya yang kamu miliki. (Hukumnya haram ini) adalah suatu ketetapan dari Allah (yang diwajibkan) ke atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan lain selain daripada yang disebut (di atas), untuk kamu mencari (wanitai) dan memperisterikannya dengan harta kamu dengan menikahinya secara yang sah, bukan secara berzina… (an-Nisaa': 23 dan 24).
Pendapat ini dikuatkan dengan hadis riwayat al-Bukhari berkenaan perlakuan zina wanita yang telah berkahwin: Anak yang dilahirkan itu bagi empunya kamar tidur (iaitu hak suami yang sah), dan batu bagi penzina (rejam). Ia menggambarkan bahawa air mani penzina tidak mengharamkan hubungan perkahwinan yang sah.
Mazhab ini bersependapat dengan mazhab Hanbali dan Maliki yang mengharamkan persetubuhan kepada lelaki yang mengahwini wanita yang mengandung bukan dari benihnya. Sehingga wanita itu bersalin berdalilkan hadis yang sama: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah sekali-kali dia menyiram airnya pada tanaman orang lain. (Iaitu menyetubuhi wanita yang hamil bukan dari benihnya)". (riwayat Abu Daud).
Mazhab Syafie pula mengharuskan seseorang yang berzina menikahi wanita yang menjadi pasangan zinanya berdasarkan ayat 3, Surah al-Nur.
Perbuatan haram mereka berzina tidak mengharamkan mereka untuk melakukan pernikahan yang sah di mana hukumnya halal. Fatwa ini disepakati oleh jumhur ulama.
Nasab bayi
Menurut fatwa jumhur, jika wanita itu melahirkan anak selepas enam bulan berkahwin, maka anak itu dinasabkan kepada suaminya yang sah.
Jika kurang dari tempoh itu, maka tidak boleh dinasabkan kepadanya kecuali dia berkeras mengaku bahawa bayi itu anaknya atau tidak ada bukti jelas ia adalah hasil daripada hubungan zina terutamanya dalam menjaga maruah seorang Muslim.
Tempoh minimum enam bulan ini berdasarkan hadis riwayat al-Baihaqi di mana pada masa pemerintahan Saidina Umar, terdapat seorang wanita yang melahirkan anak setelah enam bulan mengandung.
Dia telah dibawa menghadap Saidina Umar untuk dihakimi iaitu diputuskan menjalani hukum rejam. Kes tersebut sampai ke pengetahuan Saidina Ali lalu beliau berkata: Wanita itu tidak sepatutnya direjam.
Kata-kata beliau akhirnya diketahui oleh Saidina Umar, lalu beliau terus menghantar utusan bertanyakan Saidina Ali tentang hal itu.
Saidina Ali terus membacakan ayat 233 dari surah al-Baqarah yang bermaksud: Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan bayi-bayi mereka sehingga genap tempoh dua tahun bagi mereka yang ingin menyempurnakan proses penyusuan…. Kemudian beliau membaca ayat 15 dari surah al-Ahqaf yang bermaksud: Dan tempoh mengandungnya sehingga selesai proses penyusuannya mengambil masa selama 30 bulan….
Perbezaan kedua-dua tempoh di dalam dua ayat al-Quran tadi ialah 6 bulan (30 bulan - 24 bulan bersamaan dengan 6 bulan).
Jadi, kelahiran itu tidak boleh dianggap anak zina, oleh yang demikian, mereka telah membatalkan hukuman rejam ke atas wanita tersebut.
Hanya status undang-undang anak tak sah taraf sahaja tidak boleh berbinkan suami kepada wanita yang mengandung luar nikah dan seterusnya tidak boleh berwalikannya.
Menurut fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 57 pada 10 Jun 2003 penjelasan istilah Anak Tidak Sah Taraf adalah seperti berikut:
*Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol;
*Anak yang dilahirkan dalam tempoh kurang enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah (sehingga dia bersalin) dan dia bukan hasil daripada persetubuhan syubhah; dan
*Anak yang dilahirkan dalam tempoh lebih dari enam bulan dua lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui ikrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak seperti proses li'an.
Sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7680 |
|
|
|
|
|
|
|
YA ALLAH!
kalo mcm nih byk le yg kena angkat nikah lgk
cemana kita nak bagitau kawan2 kita yg ada mslh cmnih agar akad nikah skali lagik tanpa mengecikkan hati dia??
lagi satu
masa kursus kawen hari tu takde lak di bincangkan dan diketengahkan isu cam nih
sepatutnya kursus kawen harus ada guideline terutamanya ttg:
a) akad nikah
b) cerai/talak/rujuk
c) isu anak2/suami & isteri
nih tak gi kursus bincang pasal duit hantaran
bincang pasal tanggungjawab ringan sorg isteri & suami
ttp detail ttg 4 kriteria yg Allah letakkan sbg garis panduan memilih teman hidup tak lak spt :
a) keturunan
b) rupa paras
c) agama
d) harta benda
bagi aku
utk mengelakkan hal nih mjd lbh teruk sb tak semua org tahu pasal hal2 mcm nih
pihak hospital & pihak birth registration harus ambil bahagian dlm membanteras mslh spt nih dgn memaklumkan kepada pihak jabatan agama berhampiran berkaitan perbezaan tarikh kelahiran dan tarikh perkahwinan satu2 pasangan setiap kali mrk mdaftarkan kelahiran anak terutamanya anak pertama bagi setiap perkahwinan |
|
|
|
|
|
|
|
dlu pn pnah gk dgr statement gni...
erm nsb bek cni leh tye... |
|
|
|
|
|
|
| |
|