CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Warisan Muar --

[Copy link]
Post time 20-5-2008 09:40 AM | Show all posts
asal nama muar..drpd perkataan muara....

sikit2 nama dr kaum ireng tu..bleh blah....

kalo gi muar ni...kalo tak biasa...bleh terkejut..pernah bwk membe dtg muar....masa tu cari sarapan..terkejut dia tgok..org2 muar pagi2 dah hadap sate....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2008 02:26 PM | Show all posts
tu la org muor relax aja pagi2 layan sate hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 03:17 PM | Show all posts
Banyak sejarah kat Muar nie antaranye Lembing Awang pulang ke dayang,yang ada kubur 99,kubur besar nie.Dulu2 masa sek ada pergi tapi skrg mngkin dah lupa mana lokasinye...Kalo balik kampung mesti x miss pekena soto n sate sarapan pagi 2 beb!! kalo mee bandung mesti pegi kat parit payung jln abdul rahman..kopi pulak jgnx tau lak kopi muar 434 paling kaw pnye! Tapi yang pasti muar mmg best...
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 04:31 PM | Show all posts
sabtu lepas balik Muor beli rempah mee bandung kat jln junid..
pagi sarapan kat kedai tepi jalan sakeh yg kat surau tu,, roti canai 60sen sekeping.. makan dua keping..kuah dhal dia sedap..hehe

setuju dgn pendapat bahawa asal nama Muar adalah dari perkataan muara.. sbb bandar muar dekat dgn sungai..

suka baca kisah cikgu/kiyai Salleh(selempang Merah) menjaga 3 mukim.. salah satunyaa Muar.. pada waktu Komunis mengganas dahulu..

Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 04:32 PM | Show all posts
sabtu lepas balik Muor beli rempah mee bandung kat jln junid..
pagi sarapan kat kedai tepi jalan sakeh yg kat surau tu,, roti canai 60sen sekeping.. makan dua keping..kuah dhal dia sedap..hehe

setuju dgn pendapat bahawa asal nama Muar adalah dari perkataan muara.. sbb bandar muar dekat dgn sungai..

suka baca kisah cikgu/kiyai Salleh(selempang Merah) menjaga 3 mukim.. salah satunyaa Muar.. pada waktu Komunis mengganas dahulu..

Wallahu'alam
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2008 11:09 PM | Show all posts


ini adalah peta kota portugis yang terdapat di Muar di lukis pada tahun1604.Jika orang-orang Muar ada masa yang terluang
cubalah cari kesan peninggalan nih.Tapi mengikut rekod yang tok_wann baca nih,kesan peninggalan kota tersebut dah tak der dah kat situ.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2008 11:29 PM | Show all posts


[size=-2]Map of Muar drawn in th 14th century. Notice that Muar river was written as "Rio de Muar". Take note also of "Fortaleza Muar", a Portuguese fort. Gunung Ledang was written as "Gunol Idan".

pembetulan :  ada tercatat bahawa Muar adalah sabuah negeri di bawah
empire  Majapahit di semenanjung tanah melayu. Raja yang bernama Hayam Wuruk dan perdana menteri bermana Gajah Mada (1350 - 1389). Mungkin yang di maksudkan oleh pembuka tread ini orang hindu tu bukanlah orang india ( yang datang dari india ).Ini kerana pada masa tersebut orang melayu masih berugama hindu.apa yang dimaksudkan adalah orang melayu yang beragama hindu ....tul ker cam tu..?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 02:06 AM | Show all posts
Wah ramai gak org Muor yek .Ttg asal nama Muar tu rasanya semua anak Muar tahu dah asal usul nama tempat  mrk sejak kecil lagi.Jadi pelik gak kalau ada artikel yg tulis cerita yg tak pernah dengar dan bacapun.Ini semua kerja penjajah yg menulis sejarah negara kita lah ni.Kalau boleh semua fakta diorang nak tukar biar org kita hilang jatidiri dan percaya diri.Contoh macam K.Lumpur ditulisnya dibuka oleh Yap Ah Loy ketua kongsi gelap cina,padahal org kita yg buka iaitu Abdullah Hukum.Banyak lagilah.Nampaknya sejarah Tanah Melayu ni kena ditulis semula dengan kajian dan penyelidikan oleh anak2 tempatan .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2008 02:14 AM | Show all posts

Reply #27 tok_wann's post

Kalau pernah adapun mungkin juga dah dirobohkan oleh penjajah terkemudian atau org tempatan sendiri.Macam juga Kota Portugis A Famosa di Melaka tu pintu gerbang aje yg tinggal sekarang sebab dirobohkan oleh Inggeris.Pintu gerbang yg tinggal tu pun Stamford Raffles yg halang tak bagi roboh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 09:20 AM | Show all posts
muor?
tempat terakhir pemerintahan sultan ali..
menyaksikan perang sedare.. antara clan sultan ali dan clan sultan abu bakar (sultan johor gunakan gelaran 'Sultan bagi negeri johor dan jajahannya'-ape maksud jajahannya?)
dikatakan kerajaan pasai pernah membuka kerajaan di muar lagi awal dr keraajaan melaka- tapi takde pon tulis dlms sejarah melesia, maybe fakta tak lengkap
satu kerajaan bugis pernah didirikan di bukit mor, pt jawa muar-kerajaan raja chempa bugis kembayat- kesan sejarah tak dpt dikesan
sebuah istana/kerajaan dikatakan pernah bertapak di bukit treh

muar dipercayai telah lame dibuka.. berbanding melaka
-pernah dijumpai loceng gangsa dan manik dr china di sungai muar
aktiviti melombong pernah dilakukan di sungai muor, mungkin besi atau timah
aktiviti melombong emas pernah dilakukan di gunung ledang... dan emas itu diproses di bukit treh
seketul batu bersurat ditemui di gunung ledang mencatatkan tarikh 13xx.. tulisan dah tak bape jelas

satu jenis silat yg digunakan oleh orang muor- silat bentayan
dlm sejarah melayu tun perak pernah test power ngan org bentayan/muor... tp tun perak tak leh kalahkan org bentayan itu.. bile ditanya jenis silat yg digunakan itu.. mereka menamekan nya silat bentayan..

ade pendapat mengatakan parameswara tidak disukai oleh orang bentayan.. sebab tu dia pergi ke melaka laks..

mat indera- ketua komunis melayu batu pahat muor, segamat dan melaka aktif di muor
kiyai salleh berasal dr bkt pasir muor.. pernah menetap di pt jawa,muor

muor pernah ade ketapi sendiri.. stesen utama adelah jabatan kastam skang..

muor mempunyai bendera sendiri

hikayat malim demam- diceriatakan keadaan muor, mase tu muor gak dikenali sebagai Teluk Dalam
kisah si tanggang- muor dikenali sebagai Teluk Dalam

ermm ape lagik yerk? byk lagi aku rase kalo nak cite..

[ Last edited by  muor76 at 21-5-2008 09:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 09:23 AM | Show all posts
Originally posted by kuda-liar at 19-5-2008 12:14 AM


tokoh negara= Tun Dr Ismail (TPM zaman Tun Abd Razak)...lahir di JB,tp dengor kabornye...susur galur keluarga dr Muar.(ada sesapa bleh confirm??)


tun dr ismail.. clannyer dari orang padang
arwah mak gani seman clannye dr org padang gak
najib razak dan hishamuddin pon ade kene mengena ngan org padang
muyiddin.. pon dr org padang
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 09:34 AM | Show all posts
Originally posted by alhaadi2 at 18-5-2008 02:47 PM
salam...

ada info sejarah pasal Raja Temenggong Muar x? Info abang kepada Tun Habib Abd Majid ni susahlah plak nak cari. Kat blog Merah Silu cthnya ada tapi skit sangat lorrr...


mungkin nih leh bagi sket info utk ko...

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri melalui Yayasan Warisan Johor (YWJ) diminta memugar semula tinggalan sejarah Kampung Pengkalan Kota kerana kawasan berkenaan pernah menjadi pusat pemerintahan Raja Temenggong Muar.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Kawasan Muar, Mohd Khamis Joned, berkata, ada banyak peninggalan sejarah di kawasan berkenaan yang perlu dipulihkan.

Katanya, selain makam Sultan Alauddin Shah I (1477-1488) yang ada Pagoh, Kampung Pengkalan Kota yang terletak di persisiran sungai Muar perlu dibangunkan sebagai kawasan warisan sejarah.

Beliau berkata, kampung yang dihuni kira-kira 40 penduduk dan 10 rumah itu, terletak dalam Mukim Pengkalan Kota dan pentadbirannya di bawah Ketua Kampung Durian Condong.

Katanya, Makam Temenggong Muhammad Salleh (Temenggong Ketujuh), tapak istana, pangkalan pelabuhan, tapak masjid dan beberapa makam panglima antara warisan sejarah yang perlu dipulihara.

"Mengikut manuskrip Salasilah Muar, sejarah Pengkalan Kota dicatatkan sebagai ibu negeri kerajaan Raja Temenggong Muar. Pemerintahannya sezaman dengan pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1685-1699), Sultan Johor ke-10 yang beribu negeri di Kota Tinggi.

"Daripada keturunan Dato' Pasir Diraja (Sayyid Jaafar), pemerintahan Raja Temenggong Muar bermula dengan Seri Akar Diraja sebagai Temenggong pertama. Pemerintahan membabitkan lapan orang Raja Temenggong itu berakhir pada Temenggong Wan Abdul Rahman, sezaman dengan pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895).

"Sejarah pemerintahan Temenggong Muar tamat apabila Muar dimasukkan dalam jajahan pentadbiran Johor ketika itu.

"Walaupun sejarah pemerintahannya sudah berakhir, manuskrip Salasilah Muar menjadi bukti sahih keturunan mereka pernah memerintah di sini. Saya difahamkan, keluarga mereka masih ada dan tinggal di Kampung Temenggong, Segamat, " katanya.

Arkib Negara cawangan Johor dan Mohd Khamis mengadakan lawatan untuk membuat kajian sejarah ke kampung itu baru-baru ini. Pihak Arkib turut berminat mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk memugar sejarah Pengkalan Kota.
Sumber:Berita Harian

Waris Temenggong Muar sedia bantu pugar sejarah

MUAR: Generasi ketiga hingga kelima waris kepada Temenggong Muar, Engku Temenggong Wan Muhammad Salleh Engku Ismail (Temenggong Ketujuh Muar) sedia memberikan kerjasama kepada Yayasan Warisan Johor (YWJ) untuk memugar semula tinggalan sejarah Kampung Pengkalan Kota.

Kerjasama itu termasuk melengkapkan salasilah sebenar keturunan pembesar Muar itu yang menjadikan Kampung Pengkalan Kota dekat Kundang Ulu, di sini, sebagai pusat pemerintahan Muar pada satu ketika dulu.

Tindakan memugar semula tinggalan sejarah itu juga boleh menyumbang kepada penjanaan ekonomi penduduk pedalaman itu dengan menjadikannya sebagai salah satu pusat tarikan pelancong ke daerah ini.

Salah seorang daripada mereka ialah piut kepada Temenggong Wan Muhammad Salleh, Raja Abdul Rahman Raja Basuk, 40, yang kini menetap di Taman Merin, Jalan Sungai Abong, di sini.

Raja Abdul Rahman berkata beliau mempunyai salasilah lengkap Wan Muhammad Salleh bermula dari Bendahara Tun Habib Padang Saujana yang kemudiannya bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV.

Beliau berkata, keturunan Temenggong Johor bermula dari Engku Temenggong Sagar Diraja, Engku Temenggong Samar Diraja, Engku Temenggong Buruk, Engku Temenggong Konit, Engku Temenggong Ismail dan Engku Temenggong Wan Muhammad Salleh sebelum berakhir dengan Wan Abdul Rahman (1860).

Katanya, melalui salasilah yang dimilikinya itu beliau boleh membantu sama ada YWJ, Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) dan Arkib Negeri Johor untuk melengkapkan lagi fakta peninggalan sejarah pemerintahan Temenggong Ketujuh Muar itu.

"Selain pelbagai kesan peninggalan sejarah yang masih ada di Kampung Pengkalan Kota, bapa saja Raja Basuk yang juga cucu kepada Wan Muhammad Saleh sedia menceritakan sejarah sebenar keturunan Temenggong Ketujuh Muar secara lebih terperinci lagi.

"Langkah itu juga boleh membantu generasi muda terutama pelajar untuk menjadikannya sebagai rujukan dan panduan terhadap pemerintahan Muar sebelum berpindah menjadi sebuah jajahan pentadbiran Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895)," katanya, di sini, kelmarin.

Beliau gembira dengan usaha PSM dan Arkib negeri yang berminat untuk memugar semula tinggalan sejarah Kampung Pengkalan Kota sebagaimana yang dilaporkan akhbar ini, baru-baru ini. (Sumber: Berita Harian 28/6/2005)

yg nih aku tak tau pic saper.. tapi tulis tengku mahkota muar


salah sorang keturunan raja temenggung muar berade di shah alam.. jadik tukang urut..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 12:15 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 21-5-2008 09:20 AM
muor?
tempat terakhir pemerintahan sultan ali..
menyaksikan perang sedare.. antara clan sultan ali dan clan sultan abu bakar (sultan johor gunakan gelaran 'Sultan bagi negeri johor dan jajahann ...


bro muor76.. adakah silat bentayan itu sama dgn silat sendeng yg ada kat muor ni?...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 12:25 PM | Show all posts

Reply #35 relaxjek's post

nope... silat sendeng tak same ngan silat bentayan..
silat bentayan nih digunakan di dlm perahu nak lawan lanun..

sebab tu tun perak rase pelik bile dia lawan ngan org bentayan.. kerane silat bentayan tak byk/hampir tak menggunakan kaki (tendangan)

sendeng diasaskan dimuor..
pengasas silat lintau kuburnya di muor

[ Last edited by  muor76 at 21-5-2008 12:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 12:45 PM | Show all posts
Kalau cam tu Silat Bentayan ni sama la dgn Silat Titi Sebatang/ Silat papan Sekeping...................
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 02:11 PM | Show all posts
...hensem gambar Tuanku Mahkota Muar tu...dulu2..jarang amat org melayu hensem camtu kecuali ada campur darah arab/turki. heheheh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2008 02:24 PM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 21-5-2008 12:25 PM
nope... silat sendeng tak same ngan silat bentayan..
silat bentayan nih digunakan di dlm perahu nak lawan lanun..

sebab tu tun perak rase pelik bile dia lawan ngan org bentayan.. kerane silat ...


nak tanya boleh tak...

ada ke jenis silat yang macam kuda-kuda? -
just curious aje -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2008 02:31 PM | Show all posts
Persatuan bukukan sejarah Muar

MUAR: Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Muar kini sedang mengumpul bahan sejarah daerah ini dalam usaha menerbitkan sebuah buku Sejarah Muar yang lengkap bermula dengan kedatangan Parameswara dari Majapahit, sekitar 1400 hingga kini.


Pengerusinya, Khamis Jonid, 70, berkata langkah menerbitkan buku sejarah yang lengkap dan teratur itu bertujuan dijadikan bahan rujukan dan panduan generasi muda termasuk pelajar pusat pengajian tinggi tanah air.

Beliau berkata, daerah ini kaya dengan peninggalan sejarah yang masih terpendam dan sebahagian besarnya tidak pernah diketahui golongan belia dan pelajar.

"Walaupun sebelum ini ada sebuah buku Sejarah Muar diterbitkan pada sekitar 1990-an, namun masih perlu diperlengkapkan lagi kerana banyak fakta yang tidak dimuatkan di dalamnya disamping kemajuan pesat daerah ini masa kini.

"Muar sebagai daerah kedua terbesar selepas Johor Bahru menyimpan 1,001 fakta sejarah dan maklumat yang perlu diketengahkan kepada penduduk terutama golongan muda sekali gus boleh dijadikan produk pelancongan.

"Sebagai contoh, Kampung Pengkalan Kota, Durian Condong, kira-kira 60 kilometer dari bandar ini menyimpan kesan sejarah bernilai kerana pernah menjadi pusat pemerintahan Temenggong Muar ke-7," katanya, di sini, kelmarin.

Justeru, beliau merayu orang ramai termasuk waris pembesar negeri zaman silam yang mempunyai maklumat mengenai sejarah Muar supaya menghubunginya melalui telefon bimbit 019-2493430 bagi mendapatkan keterangan mengenai sejarah daerah itu.

--------------------------------------------------------------------------------------


orang muor ni baik2 ke... eh...
saya suka orang johor..  terutama orang bugis -
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 04:25 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 21-5-2008 02:24 PM


nak tanya boleh tak...

ada ke jenis silat yang macam kuda-kuda? -
just curious aje -

macam kuda
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2008 10:37 PM | Show all posts
http://www.geocities.com/jazlany/history.htm

link kat atas tu ader banyak info tentang sejarah Muar.

selamat menambah ilmu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.546825 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list