CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Krisis THAILAND -- update: demo besar2an minta PM letak jawatan (p4)

[Copy link]
 Author| Post time 12-9-2008 09:11 AM | Show all posts
PPP calonkan Samak semula

BANGKOK: Parti memerintah Thailand, Parti Kuasa Rakyat (PPP) mengesahkan Samak Sundaravej dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri, kata jurucakap parti, Kuthep Saikrajang.

"Sebahagian besar ahli parti bersetuju untuk melantik semula Samak sebagai Perdana Menteri kerana beliau adalah pemimpin parti kami. Jadi beliaulah pilihan terbaik kami," kata Kuthep kepada pemberita.

Samak dipaksa melepaskan jawatannya Selasa lalu oleh Mahkamah Perlembagaan, selepas didapati melanggar Perlembagaan dengan menerima bayaran bagi program memasak di televisyen ketika memegang jawatan Perdana Menteri. Sejak itu PPP dan lima anggota kerajaan campurannya bertindak selaku kerajaan sementara.

"Saya mengucapkan penghargaan kepada mereka kerana mencalonkan saya. Saya menerima pencalonan itu bagi melindungi demokrasi negara ini," kata Samak.

Pemecatan Samak adalah perkembangan terbaru dalam arena politik di Thailand, dengan penunjuk perasaan enggan berganjak daripada pekarangan pejabat Perdana Menteri sejak 26 Ogos lalu.

Penunjuk perasaan pada mulanya mendesak peletakan jawatan Samak, tetapi masih enggan berganjak sehingga ada pengganti yang sesuai dilantik.

Pencalonan Samak bagaimanapun, tidak disahkan dengan sepenuh hati oleh lima parti lain, menyebabkan negara berkenaan kini terus menghadapi kebuntuan politik yang menimbulkan kebimbangan mengenai ketidakstabilan, kekacauan ekonomi dan mungkin juga rampasan kuasa.

Sesetengah rakan parti kerajaan campuran berkata, mereka menerima hak PPP untuk mencalonkan Samak, tetapi tidak semestinya bersetuju dengan pilihan mereka.

"Kami menghormati pencalonan parti tunjang, tapi kami berpendapat Perdana Menteri seharusnya terdiri daripada orang yang boleh membantu menyelesaikan krisis politik," kata Somsak Prisana-anantakul daripada Parti Chart Thai. � AP



cisssss teruk tul politik kat thailand ni....  skrg aku taw napa aku tak suka pi sana  walaupung aku dgr thailand massage besh...!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2008 09:58 PM | Show all posts
jangan nanti dia kata pemberontak pattani punya punca dahlah
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2008 07:29 AM | Show all posts
Samak akhiri drama politik Thailand


DEWAN parlimen Thailand kekurangan korum semalam sehingga sesi khas
pelantikan semula Samak Sundaravej terpaksa ditunda hingga Rabu depan.


BANGKOK – Bekas Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej menarik diri daripada satu undian di parlimen untuk memilih perdana menteri baru negara berkenaan, kata seorang pembantu rapat beliau semalam.

Keputusan Samak itu dibuat beberapa jam sebelum parlimen menangguhkan pengundian itu pada Rabu selepas menerima bantahan daripada para penunjuk perasaan yang berang dengan keputusan beliau untuk dicalonkan semula.

Samak, 73, pada Selasa lalu diarah meletakkan jawatannya oleh Mahkamah Perlembagaan selepas didapati melanggar peraturan dengan menjadi hos sebuah program masakan.

“Samak berkata, beliau telah melakukan terbaik untuk melindungi demokrasi dan mulai sekarang terpulang kepada parti untuk mengambil langkah seterusnya,” kata seorang bekas pegawai di pejabat perdana menteri, Thirapol Noprampa.

Speaker parlimen, Chai Chidchob terpaksa menangguhkan persidangan khas selepas ramai anggota parlimen tidak menghadirkan diri.

Beliau juga mencadangkan tempoh selama 24 jam bagi mengadakan perbincangan bagi mengatasi masalah gabungan enam parti pemerintah yang gagal mencapai kata sepakat.

Sebahagian besar 70 anggota parlimen daripada Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang disertai Samak tidak bersetuju untuk mengundi beliau semula.

Malah, seorang lagi anggota parlimen PPP, Jatuporn Prompan mencadangkan pemangku Perdana Menteri, Somchai Wongsawat harus membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya mengejut.

“Apabila jalan penyelesaian tidak dapat dicapai oleh parlimen, penyelesaian yang boleh diambil adalah mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih melalui pilihan raya,” katanya. – Reuters


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

baguslah samak rejected dari dicalonkan --
bagi orang lain pula rule thailand ni - tapi as i said
kalau military pegang - selagi tu la politic sans kecoh sokmo -

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2008 07:45 PM | Show all posts
Somchai Wongsawat mungkin dilantik PM baru Thailand
15/09/2008

BANGKOK 15 Sept. – Pemimpin parti pemerintah Thailand hari ini bersetuju mencalonkan pemangku Perdana Menteri, Somchai Wongsawat untuk memegang jawatan itu secara tetap.

Ahli Parlimen daripada Parti Kuasa Rakyat (PPP) diminta menyokong Somchai pada mesyuarat mereka petang ini, kata jurucakap PPP, Kudeb Saikrajang.

Bagaimanapun pemilihan Somchai, yang berkahwin dengan adik perempuan bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, dijangka meningkatkan kemarahan penunjuk perasaan antikerajaan pimpinan Perikatan Demokrasi Rakyat (PAD).

PPP terpaksa mencari calon bagi menggantikan Samak Sundaravej selepas percubaan beliau untuk kembali berkuasa minggu lepas gagal dengan sebab pemberontakan dalam parti.

“Jawatankuasa eksekutif secara sebulat suara bersetuju untuk memilih Somchai sebagai calon Perdana Menteri.

“Beliau (Somchai) calon yang sesuai dalam situasi sekarang,” kata Kudeb kepada wartawan. - AFP




aku bajet  seperti biasa  pm pm thailand ni kejap ajer... somchai ni  taon depan tak ada ler gamaknya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2008 01:59 PM | Show all posts
6 terbunuh, 9 cedera di Yala


TENTERA Thailand membantu mangsa bom yang cedera dalam letupan bom di Yala, semalam.

Bapa, anak pulang daripada menoreh antara mangsa tembakan bermotosikal

YALA: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan sembilan yang lain cedera dalam satu siri pengeboman dan serangan tembakan di wilayah selatan Thailand.

Dalam kejadian di wilayah Yala pagi semalam, pasangan bapa dan anaknya dibunuh dalam satu kejadian tembakan bermotosikal mereka pulang daripada menoreh getah, kata polis.

Militan turut meletupkan sebutir bom di tepi jalan yang mensasarkan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan di tempat pembunuhan berkenaan menyebabkan empat anggota polis dan lima penduduk awam cedera.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki Islam berusia 48 tahun ditembak mati apabila tiga militan menaiki sebuah lori pikap melepaskan tembakan ke arah beliau yang sedang menyapu di luar rumahnya di wilayah Narathiwat.

Sementara itu di Pattani, seorang lelaki Islam berusia 80 tahun ditembak mati ketika pulang dari menunaikan solat di sebuah masjid tempatan.

Lebih 3,400 orang terbunuh sejak pemberontakan tercetus empat tahun lalu di wilayah selatan Thailand yang majoriti penduduknya beragama Islam. � AFP



kawan aku masa stadi dulu pun dari yala... slalu cakap kat kg dia mcm tak selamat ajer...  biler aku baca mcm2 citer  gadoh bunuh ni... mmg haru... aku caya lagi teruk dari yg diberitakan nihhh....    dahsat beb dahsat... serangan nih!!

[ Last edited by  amazed at 17-9-2008 02:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 02:04 PM | Show all posts

Balas #24 amazed\ catat

bakal PM Thailand yg baru adik kepada Thaksin kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-9-2008 02:07 PM | Show all posts
Somchai diterima calon PM


SOMCHAI (tiga dari kiri) hadir mesyuarat ibu pejabat PPP di Bangkok, semalam.

73 ahli Parlimen parti kerajaan Thailand akhirnya bersetuju

BANGKOK: Sekumpulan 73 ahli Parlimen daripada parti kerajaan di Thailand yang sebelum ini menentang pencalonan Somchai Wongsawat, semalam akhirnya bersetuju memberi sokongan kepada bekas Menteri Pelajaran itu sebagai Perdana Menteri.

Kumpulan kecil dalam Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang mewakili kira-kira satu pertiga daripada ahli Parlimen Thailand sebelum ini enggan menerima pencalonan pemangku perdana menteri itu atas alasan hubungan kekeluargaannya dengan perdana menteri yang disingkir itu, Thaksin Shinawatra boleh membangkitkan semula kemarahan penunjuk perasaan yang sudah berkampung di pekarangan Rumah Kerajaan selama tiga minggu.

Jurucakap bagi kumpulan ahli Parlimen yang menentang itu, Boonchong Wongtrairat berkata perbezaan pendapat dalam parti sudah pun diselesaikan.

"Kami bersetuju menyokong Somchai selepas eksekutif parti mendengar kebimbangan kami dan bersedia mengikut kehendak majoriti dalam parti," kata Boonchang.

"Somchai perlu mengumumkan di Parlimen bagaimana beliau akan mengurangkan konflik dan ketegangan di Thailand, bagaimana untuk mencapai perdamaian pada peringkat kebangsaan dan bagaimana bagi mengekalkan demokrasi berperlembagaan dengan raja sebagai ketua negara," katanya.

Boonchong juga berkata Somchai, 61 � adik ipar kepada Thaksin, tidak harus cuba menggunakan hubungannya dengan bekas Perdana Menteri itu bagi kepentingan politiknya, sambil mengingatkan bahawa Thaksin sudah bersara dan tiada kaitan lagi dengan parti itu.

Somchai kini disokong lima parti dalam kerajaan campuran yang diketuai PPP. Parlimen memilih Perdana Menteri hari ini.

Sekiranya dipilih, Somchai akan menggantikan Samak Sundaravej yang dipaksa melepaskan jawatan minggu lalu oleh mahkamah yang mendapatinya salah menerima bayaran kerana menjadi hos bagi program memasak menerusi televisyen.

Kepemimpinan parti itu sebelum ini dilaporkan berusaha untuk melantik semula Samak tapi kumpulan Boonchong menggagalkan usaha mereka dengan memboikot pemilihan di Parlimen, Jumaat lalu.

Sebelum ini ada anggota parti mencadangkan supaya Parlimen dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan sebagai satu cara bagi menyelesaikan pertikaian itu, sesuatu yang ditolak oleh Somchai. � AFP/AP



baru calon.. belum jadi lagi kot!!!... tapi aku bajet somchai ni jadi pm gak nanti... pastu kena ousted.. within a year atau pung 6 bln.. pastu ganti worang lain ler pulok... cisssssss
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2008 02:07 PM | Show all posts

Reply #26 derose83's post

a'ah... adik ipaq... tu yg aku bajet tak lama tu... tee hee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2008 02:12 PM | Show all posts
Somchai hampir pasti PM Thailand


BANGKOK16 Sept. - Adik ipar Thaksin Shinawatra, Somchai Wongsawat hari ini melangkah lebih hampir untuk menjadi Perdana Menteri Thailand selepas puak yang menentangnya sebelum ini dalam parti pemerintah menyuarakan sokongan mereka.


Pencalonan Somchai untuk jawatan tersebut sebelum ini mendapat bantahan daripada satu  puakdalam Parti Kuasa Rakyat (PPP) kerana mereka khuatir pemilihan beliau akan meningkatkan kemarahan penunjuk perasaan yang menduduki pekarangan pejabat Perdana Menteri sejak tiga minggu lalu.


Jurucakap PPP, Kudeb Saikrajang berkata, perselisihan itu telah diselesaikan.


"Sudah dipastikan Somchai Wongsawat akan menjadi Perdana Menteri Thailand ke-26,"katanya kepada pemberita.


Somchai,bagaimanapun masih memerlukan sokongan daripada lima parti rakan PPP dalam kerajaan campuran sebelum pencalonan beliau boleh disahkan pada pengundian di Parlimen esok.


Jurucakap puak PPP yang pada mulanya menentang pencalonan Somchai itu berkata, pucuk pimpinan parti telah meyakinkan mereka bahawa beliau akan cuba menamatkan pergolakan politik Thai.


"Somchai perlu mengumumkan di Parlimen bagaimana beliau akan mengurangkan konflik dan ketegangan di Thailand, bagaimana beliau akan mencapai perpaduan negara dan bagaimana beliau akan mempertahankan demokrasi berperlembagaan dengan Raja sebagai ketua negara," menurut jurucakap, Boonchong Wongtrairat.


Jika dipilih esok, Somchai akan berdepan dengan krisis politik yang menyaksikan ribuan penunjuk perasaan terus berkampung di pusat pentadbiran kerajaan.


-AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2008 02:12 PM | Show all posts
konfem dah... somchai jadi pm!!!




Somchai Perdana Menteri ke-26 Thailand
BANGKOK: Somchai Wongsawat, bekas hakim dan adik ipar perdana menteri yang digulingkan Thaksin Shinawatra, hari ini dipilih sebagai Perdana Menteri ke-26 Thailand, yang keempat dalam tempoh tiga tahun.

Pemangku Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan itu memperoleh 298 undi untuk mengenepikan pemimpin Parti Demokrat, Abhisit Vejjajiva yang mendapat 163 undi semasa pengundian di Parlimen manakala lima yang lain menarik diri. Dewan Perwakilan mempunyai 480 kerusi.

Speaker Dewan Chai Chidchob kemudian mengisytiharkan Somchai, yang dicalonkan oleh Parti Kuasa Rakyat (PPP) dan disokong oleh lima lagi parti dalam gabungan parti pemerintah itu, sebagai perdana menteri yang baru.

Somchai, 61, menggantikan Samak Sundaravej, yang hanya memegang jawatan itu selama tujuh bulan saja selepas kelayakannya dilucutkan oleh Mahkamah Perlembagaan kerana melanggar Perlembagaan dengan menjadi hos program masakan

“Tasting and Grumbling” dan “All Set at 6a.m” semasa menjadi perdana menteri.

Samak cuba untuk membuat kemunculan semula tetapi ditolak oleh wakil rakyat partinya sendiri, memaksa sesi persidangan Parlimen pada Jumaat ditangguhkan berikutan tidak cukup korum. Samak tidak hadir semasa pengundian pada Rabu.

“Terima kasih kepada semua ahli Parlimen yang datang dan memilih saya sebagai perdana menteri hari ini dan terima kasih kepada semua yang telah mengundi saya dan memberikan kepercayaan kepada saya untuk menjadi perdana menteri Thailand yang ke-26. Saya akan lakukan yang terbaik,” kata Somchai dalam ucapan ringkas, ketika beratus penyokong prokerajaan melaungkan namanya di luar bangunan Parlimen.

Ia adalah laluan mudah bagi Somchai hari ini selepas berhari-hari berlaku pertikaman lidah dalam PPP berikutan 73 anggota Parlimen dari timur laut itu yang pada awalnya menyokong Samak, memilih setiausaha agung dan Menteri Kewangan, Surapong Suebwonglee. PPP dan rakan sekutunya mempunyai kira-kira 300 ahli Parlimen.

Kumpulan itu mengikrarkan sokongan mereka kepada Somchai semalam selepas berhari-hari berunding dan rayuan daripada Thaksin, dianggap peneraju sebenar PPP walaupun tinggal dalam buangan di London.

Somchai, yang berkahwin dengan adik Thaksin, Yaowapa, adalah lulusan undang-undang dari Universiti Thammasat dan pemegang ijazah sarjana Pentadbiran Awam dari National Institute of Development.

Beliau ialah setiausaha tetap di Kementerian Kehakiman semasa berlaku rampasan kuasa pada 19 September 2006 bagi menggulingkan Thaksin. Somchai melepaskan jawatannya dan pertama kali menyertai Kabinet apabila PPP memenangi pilihan raya pada 23 Disember 2007.

Pemilihan beliau untuk memegang jawatan tertinggi politik negara itu berlaku beberapa minit sebelum Bahagian Jenayah bagi Pemegang Jawatan Politik, Mahkamah Agung menyampaikan penghakiman terhadap kes tanah Ratchadaphisek Bt772 juta membabitkan Thaksin dan isterinya Pojaman.

Berdasarkan keadaan negara yang kini dilanda krisis politik yang teruk, Somchai bakal berdepan tugas sukar untuk menyatukan masyarakat yang berpecah-belah dan memulihkan pelaburan asing. Hubungan kekeluargaan dengan Thaksin menjadikan tugasnya lebih getir.

Pergolakan politik di Thailand bermula sejak 26 Ogos lalu apabila beribu-ribu penunjuk perasaan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) merampas Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Kerajaan.

Tidak seperti perdana menteri sebelum ini yang memulakan tugas di Pejabat Perdana Menteri dan tanpa pejabat pada hari terakhirnya sebagai perdana menteri, Somchai tidak mendapat peluang memanaskan kerusi itu berikutan PAD masih berada dalam Bangunan Kerajaan, memaksa perdana menteri baru itu mentadbir negara dari pejabat sementara di Lapangan Terbang Don Mueng. - Bernama





tahniah ler somchai... aku tak tau ler apa perubahan ko leh buat kat thailand tu... notthaticare pung..
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 02:21 PM | Show all posts

Balas #30 amazed\ catat

kalau masalah x selesai rakyat akan terus buat rusuhan.kita tgk la apa akan terjadi nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2008 02:25 PM | Show all posts

Reply #31 derose83's post

kita leh bet yg rusuhan tak berhenti nyer... kat selatang thailand yg paling terok..  cisss
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2008 03:13 PM | Show all posts
Mahkamah keluar waran tangkap kedua ke atas Thaksin

BANGKOK16 Sept. - Sebuah mahkamah di Thailand mengeluarkan waran tangkap kedua ke atas bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, yang melarikan diri ke London bulan lalu bagi mengelakkan diri dari beberapa kes rasuah.

Mahkamah  Agung menjelaskan, Thaksin gagal hadir ke mahkamah hari ini untuk berdepan dengan tuduhan berhubung pinjaman kerajaan kepada Myanmar semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

Thaksin dan isterinya, Pojaman, meninggalkan Thailand pada 31 Julai lalu dengan alasan mahu ke Jepun sebelum ke China untuk menghadiri upacara pembukaan Olimpik.

Beliau gagal hadir pada sesi sebutan kes mahkamah pada 11 Ogos lalu dan menghantar sepucuk surat dari London yang menyatakan tindakannya melarikan diri ke sana kerana bimbang tindakan mahkamah tidak memihak kepada mereka.

Thaksin berdepan dengan konflik berkepentingan dan penyalahgunaan kuasa ketika meluluskan pinjaman kewangan kepada Myanmar pada tahun 2004 sebagai tukaran untuk mendapatkan perkhidmatan satelit dan peralatan dari syarikat Shin Satellite yang dimiliki keluarga beliau.

Pinjaman bernilai empat bilion baht (RM439 juta ketika itu) dikeluarkan oleh Export-Import Bank of Thailand milik negara.

"Mahkamah Agung menangguhkan perbicaraan kes tersebut sehingga pihak berkuasa terlibat dapat membawa defendan ke mahkamah," kata salah seorang daripada sembilan panel hakim, Hakim Panya Suthibadi.


-AP


[ Last edited by  derose83 at 19-9-2008 11:35 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2008 11:37 AM | Show all posts
Somchai angkat sumpah PM Thai, Menteri Kewangan pula letak jawatan

BANGKOK 18 Sept. - Somchai Wongsawat secara rasmi menjadi Perdana Menteri Thai apabila pemilihannya disahkan oleh Raja Bhumibol Adulyadej,hari ini.

Beliau yang memakai pakaian serba putih, menerima watikah pelantikan itu di kediamannya pada majlis ringkas yang disiarkan menerusi televisyen ke seluruh negara.

Parlimen Thai semalam bersetuju memilih Somchai sebagai Perdana Menteri menggantikan Samak Sundaravej yang terpaksa meletak jawatan kerana terlibat dengan konflik berkepentingan, minggu lalu.

Sementara itu, Menteri Kewangan,Surapong Suebwonglee hari ini menarik diri daripada kerajaan campuran baru untuk memberi tumpuan kepada kes rasuahnya di mahkamah.

Akhbar Bangkok Post memetik Surapong yang juga Setiausaha Agung Parti Kuasa Rakyat (PPP) sebagai berkata,beliau akan menunggu keputusan mahkamah sebelum memutuskan sama ada hendak terus terlibat dengan politik.

Surapong, seorang doktor perubatan yang memiliki rangkaian klinik penurunan berat badan sebelum menceburi politik,tidak dapat dihubungi hari ini.

Mahkamah Agung pada Julai lalu bersetuju untuk mendengar dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dan para menterinya termasuk Surapong melanggar undang- undang loteri pada 2003.

Penganalisis menjangka mahkamah mengambil masa berbulan-bulan untuk memutuskan kes itu.

Bekas Menteri Kewangan, Thanong Bidaya atau tokoh perbankan, Olarn Chaipravet muncul sebagai dua calon pilihan untuk menggantikan tempat Surapong, lapor akhbar Nation.

Thanong, tokoh perbankan yang pernah dua kali menjadi Menteri Kewangan, bertanggungjawab terhadap penurunan nilai baht yang membawa kepada krisis kewangan Asia 1997.

Sementara Olarn pula ialah penasihat kanan Surapong.


- Reuters


[ Last edited by  derose83 at 19-9-2008 11:39 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 08:41 AM | Show all posts
PM Thailand, pemimpin tunjuk perasaan berdialog dengan penunjuk perasaan

BANGKOK 19 Sept. - Perdana Menteri Thailand yang baru dilantik, SomchaiWongsawat berkata, beliau telah mengadakan dialog dengan pemimpin penunjuk perasaan yang masih menduduki perkarangan pejabatnya sejak tiga minggu lalu, bagi menamatkan kempen mereka yang telah menimbulkan kebimbangan di kalangan pelabur.

Somchai, adik ipar bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut perbincangannya dengan pemimpin gerakan antikerajaan, Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD).

Namun, beliau optimis usaha itu akan membuahkan hasil yang positif.

"Kita semua bangsa Thai dan tidak sepatut membenci antara satu sama lain. Perbezaan idea antara kita boleh diselesaikan melalui dialog,"katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kempen tunjuk perasaan selama empat bulan menentang kerajaan telah menjejaskan keyakinan para pelabur, selain menjejaskan sektor pelancongan negara ini.

Kelmarin, Parlimen telah memilih Somchai, 61, bekas seorang hakim dan birokrat kerajaan sebagai Perdana Menteri menggantikan Samak Sundaravej yang meletak jawatan selepas didapati bersalah kerana masalah kepentingan.

Somchai berkata, beliau akan memberi keutamaan ke arah mewujudkan perdamaian di peringkat nasional.

Bagaimanapun, hubungan baiknya dengan Thaksin dijangka menyebabkan ketegangan dengan PAD berterusan.

Sementara itu, seorang pemimpin PAD, Pipob Dhongchai berkata, satu daripadapermintaan gerakan itu ialah supaya Somchai menyatakan bagaimana kerajaannya hendak membawa Thaksin pulang bagi menghadapi pendakwaan di mahkamah.

"Encik Somchai perlu menyatakan dengan jelas bahawa beliau tidak akan menggugurkan pendakwaan ke atas Thaksin," katanya.

- Reuters

[ Last edited by  derose83 at 20-9-2008 08:43 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2008 10:31 PM | Show all posts
Sekolah pula kena bakar


SEORANG askar Thailand meninjau kemusnahan
di sebuah bangunan sekolah rendah yang dibakar
di Yala, semalam.



Tiga lagi korban terbaru di Selatan Thailand

YALA: Tiga lagi maut dalam keganasan terbaru di Selatan Thailand semalam, manakala sebuah sekolah rendah turut dibakar dalam kejadian di wilayah yang majoriti penduduknya beragama Islam.


Dalam kejadian di Yala, dua penduduk Muslim yang disyaki pemisah, maut manakala seorang anggota polis cedera dalam pertempuran 10 minit dengan anggota keselamatan, lewat kelmarin.

Seorang pemuda Muslim mati ditembak penyerang yang menaiki motosikal di Narathiwat.

Pertempuran di Yala berlaku ketika anggota tentera dan polis menutup sebuah perkampungan bagi tujuan pemeriksaan dan memburu mereka disyaki pemisah.

Menurut polis, dua anggota militan yang maut itu sememangnya dikehendaki kerana didakwa meletakkan bom di wilayah itu.

Sebuah sekolah rendah pula musnah dibakar anggota pemisah.

Keganasan terbaru itu berlaku tiga hari hari selepas sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dan sembilan yang lain cedera dalam satu siri pengeboman dan serangan tembakan, juga di Yala.

Mangsa termasuk pasangan bapa dan anaknya yang dibunuh dalam satu kejadian tembakan oleh penunggang motosikal ketika pulang daripada menoreh getah.

Lebih 3,400 orang terbunuh sejak keganasan tercetus empat tahun lalu.

Selain itu, sebanyak 294 sekolah turut menjadi sasaran serangan, termasuk dibakar penyerang. - AFP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2008 04:16 PM | Show all posts
Tiga penduduk mati dalam serangan di selatan Thailand
21/09/2008


YALA, Thailand 21 Sept. _ Tiga penduduk terbunuh di selatan Thailand hari ini, korban terbaru dalam kejadian serangan di wilayah bergolak itu.

Ketiga-tiga mereka dipercayai dibunuh angkara serangan pejuang pemisah Islam di selatan negara itu.

Seorang penoreh getah beragama Islam berusia 60an mati diserang ketika dia sedang mengisi minyak motosikalnya di sebuah stesen minyak di Wilayah Pattani.

Seorang lagi mangsa juga seorang lelaki Islam diserang semasa menggunakan sebatang jalan di Wilayah Yala, manakala mangsa ketiga penjual di Pasar, seorang Buddha yang ditembak ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Pattani.

Setakat ini, lebih 3,400 penduduk telah menjadi korban dalam kebangkitan semula gerakan pemisah Islam di selatan Thailand. - AFP
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 02:44 AM | Show all posts

EX-PM Thailand kene jail 2 tahun

WOW...hebat betul negara jiran kite nih yer..bile laaa negara kite nk jadi cam diorang( read Thailand n Singapore)



read the news

Penjara dua tahun ke atas Samak kekalBANGKOK 25 Sept. - Mahkamah Rayuan Thailand hari ini mengekalkanhukuman penjara selama dua tahun atas kesalahan memfitnah terhadapbekas Perdana Menteri, Samak Sundaravej.
Samak meletakkan jawatan awal bulan ini selepas didapati bersalahatas tuduhan terlibat dengan konflik kepentingan oleh sebuah mahkamahlain.
Hakim yang membacakan keputusan itu hari ini berkata, tidak adasebab untuk menggantung hukuman penjara yang dijatuhkan oleh MahkamahJenayah yang mendapati Samak dan seorang lagi defendan, Dusit Siriwanbersalah memfitnah seorang bekas Timbalan Gabenor Bangkok pada tahun2006.
"Selepas menimbangkan perbuatan kedua-dua defendan, kami mendapatitidak ada sebab untuk menggantung hukuman ke atas mereka," kata hakim.
Samak perlu memohon kebenaran daripada Peguam Negara atau Mahkamah Agung untuk memfailkan rayuan terhadap hukuman tersebut.
Belum jelas sama ada beliau akan dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan mengenai permohonan rayuannya.
Samak masih menjadi ahli Parlimen dan keistimewaan itu dipercayaimembolehkan beliau bebas sehingga sidang Dewan Perwakilan berakhir padaNovember ini.
Kes tersebut menjadi faktor penting di sebalik keputusan ramai ahliParlimen Parti Kuasa Rakyat (PPP) untuk menggesa Samak agar janganbertanding untuk jawatan Perdana Menteri semula selepas beliaudiperintah meletakkan jawatan oleh Mahkamah Perlembagaan.
Beliau diperintah berbuat demikian kerana didapati menerima bayaranmengendalikan rancangan memasak di televisyen sewaktu menjadi PerdanaMenteri.
Bekas Timbalan Gabenor berkenaan, Samart Rachapolrasit yang menjadisasaran fitnah oleh Samak dalam dua rancangan televisyen berkata,beliau juga akan menuntut ganti rugi berjumlah 100 juta baht (RM10.2juta) daripada Samak di Mahkamah Sivil.
"Hari pembalasan sudah tiba dan saya tidak akan tunduk kepada permintaan untuk berkompromi," kata Samart selepas keputusan itu.
- Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2008 08:08 AM | Show all posts
Status banduan Samak kekal

BANGKOK - Mahkamah Rayuan Thailand semalam mengekalkan hukuman penjara dua tahun yang dijatuhi terhadap bekas Perdana Menteri Thailand, Samak Sundaravej (gambar) atas kesalahan memfitnah.

Seorang hakim berkata, tiada sebab untuk menangguhkan hukuman penjara yang dijatuhkan oleh Mahkamah Jenayah pada 2006.

Mahkamah Jenayah memutuskan Samak dan seorang lagi tertuduh, Dusit Siriwa bersalah memfitnah bekas Timbalan Gabenor Bangkok, Samart Rachapolrasit dalam dua program televisyen.

Samak tidak menunjukkan sebarang emosi ketika keputusan itu dibacakan dan beliau keluar dari mahkamah menerusi pintu belakang untuk mengelak diserbu beratus-ratus wartawan yang berkumpul di pintu utama.

Seorang peguam Samak, Prachum Thongmee memberitahu bahawa Samak dibebaskan dengan ikat jamin berjumlah AS$6,000 (RM20,558) sementara menunggu proses rayuan.

"Kami berusaha mendapatkan kebenaran daripada peguam negara untuk merayu," katanya.

Samak diberi kelonggaran kerana masih menjadi anggota parlimen dan ia membolehkan beliau tidak dipenjarakan sehingga tamat sesi parlimen pada November ini. - Reuters
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2008 08:29 AM | Show all posts
Samak dipenjara

Bekas PM jalani hukuman memfitnah 2 tahun

BANGKOK: Mahkamah Rayuan Thailand mengekalkan hukuman penjara dua tahun bagi kesalahan fitnah yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Samak Sundaravej selepas sebuah mahkamah lain mendapati beliau bersalah berkaitan satu kes konflik kepentingan.

Hakim yang membacakan keputusan berkata, tiada sebab untuk menolak hukuman penjara dijatuhkan Mahkamah Jenayah yang mendapati Samak dan defendan bersamanya, Dusit Siriwan bersalah memfitnah seorang bekas Timbalan Gabenor Bangkok pada 2006.


"Selepas menimbang apa yang dilakukan defendan, tiada alasan untuk menangguhkan hukuman berkenaan," kata hakim berkenaan.

Samak perlu kebenaran daripada peguam negara atau Mahkamah Agung untuk membuat rayuan terhadap hukuman berkenaan.

Beliau tidak menunjukkan sebarang emosi apabila keputusan dibacakan dan keluar melalui pintu belakang mahkamah untuk mengelak beratus-ratus wartawan yang menantinya di pintu utama.

Tidak dapat dipastikan sama ada beliau akan dibebaskan dengan jaminan sementara menantikan keputusan permohonan rayuan.

Samak masih Ahli Parlimen menyebabkan keistimewaan yang membenarkan beliau tidak dipenjarakan sehingga akhir sesi Dewan Perwakilan November ini.

Saman itu menjadi faktor utama kebanyakan Ahli Parlimen dalam parti pemerintah, Parti Kuasa Rakyat (PPP) meminta Samak yang juga pemimpin parti berkenaan untuk tidak bertanding sekali lagi sebagai Perdana Menteri selepas beliau dipaksa meletak jawatan.

Plaintif, Samart Rachapolrasit yang difitnah Samak dalam dua rancangan televisyen berkata, beliau mahu pampasan 100 juta baht (RM10.11 juta) daripada Samak di Mahkamah Sivil. � Reuters
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.093065 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list