CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DTECCONAN

Bush dibaling kasut di Iraq - Update: wartawan dibebas isnin ni!!

[Copy link]
 Author| Post time 17-12-2008 03:26 PM | Show all posts
Wartawan baling Bush dilapor cedera dipukul

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=lu_03.htm


penunjuk perasaan menjulang kasut semasa mengadakan bantahan terhadap
lawatan bush di bandar sadr di baghdad kelmarin. - ap


BAGHDAD 16 Dis. - Wartawan Muntadar Al-Zeidi yang membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush kelmarin dilaporkan cedera selepas didakwa dipukul oleh ejen keselamatan Iraq.

Menurut Durgham, adik lelaki Muntadar, abangnya itu mengalami patah tulang lengan dan rusuk selepas dipukul oleh ejen keselamatan Iraq.

Sementara itu, seorang pegawai kerajaan Iraq berkata, wartawan berkenaan boleh dikenakan hukuman denda dan penjara sehingga dua tahun.

Muntadar boleh didakwa atas tuduhan menghina seorang pemimpin asing serta Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki yang ketika itu berdiri disebelah Bush semasa insiden itu berlaku, katanya.

Beliau berkata, Muntadar kini diserahkan kepada pengawal keselamatan Perdana Menteri Iraq untuk disoal siasat dengan lebih lanjut oleh agensi tentera yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang di ibu negara ini.

"Dia kini ditahan di Zon Hijau oleh pasukan keselamatan di bawah perintah Penasihat Keselamatan Negara Iraq, Muaffaq Al-Rubaie," katanya.

Beribu-ribu penduduk Iraq membanjiri jalan raya semalam memprotes penahanan Muntadar, selepas beliau melempar sepasang kasutnya ke arah Bush ketika Presiden AS itu dan Nuri mengadakan sidang akhbar bersama, di sini kelmarin, sempena lawatan perpisahan Bush ke Iraq.

Insiden itu telah menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi, pejabat dan sekolah serta seluruh dunia, terutama di dunia Arab.

Sebuah badan kebajikan yang dikendalikan oleh anak perempuan pemimpin Libya, Muammar Gaddafi turut menganugerahkan pingat keberanian ke atas Muntadar sambil menggesa kerajaan Iraq membebaskannya.

Seorang bekas peguam Saddam Hussein, Khalid Al-Dulaimi semalam berkata, beliau akan membentuk satu pasukan untuk membela Muntadar.

Menurutnya, kira-kira 200 peguam Iraq dan dari AS sudah menyuarakan kesediaan untuk membela wartawan itu.

- Agensi

Arab rai 'kasut terbang'

http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html


BERIBU-RIBU penunjuk perasaan menunjukkan kasut sebagai lambang bantahan
mereka terhadap Bush di Baghdad, kelmarin.


Rakyat bergembira kejadian dianggap berjaya hina Bush


BAGHDAD: Rakyat Iraq dan negara Arab lain semalam menyambut dengan gembira berita Presiden George W Bush dilempar dengan kasut pada sidang akhbar di Baghdad kelmarin.

Ramai di Asia Barat tidak menganggap insiden itu sebagai gurauan.

Sebaliknya ia adalah perbuatan seorang wira yang menggambarkan kebencian peribadi dikongsi ramai orang Arab terhadap pemimpin Amerika Syarikat itu yang dianggap bertanggung jawab ke atas pembunuhan, kacau-bilau dan penderitaan ditanggung bertahun-tahun oleh penduduk Iraq.

Rakaman memaparkan Bush mengelak ‘kasut terbang’ pada sidang akhbar di Baghdad itu diulang tayang di rangkaian televisyen satelit serantau dan menjadi saluran bagi orang Arab melepaskan geram terhadap Bush.

‘Padan muka Bush,’ kata seorang peniaga Jordan, Raed Mansi, di Amman.

“Saya harap dia faham maksud perbuatan itu iaitu beliau dibenci atas perbuatannya membunuh wanita dan kanak-kanak Muslim di Iraq, Afghanistan dan Palestin,” kata kontraktor berusia 52 tahun itu.

Membaling kasut ke arah seseorang adalah satu penghinaan besar dalam budaya Arab. Ia seumpama memberitahu seseorang: “Awak lebih hina daripada kotoran di tapak kasut saya.”

‘Kasut terbang’ itu menjadi imej terakhir Bush di Iraq sebelum berundur sebagai presiden 20 Januari ini.

Wartawan stesen televisyen Iraq, Muntadhar al-Zeidi yang melempar kasut berkenaan dan ditangkap oleh pihak berkuasa selepasnya, dianggap sebagai seorang wira di negara Arab.

“Semua rakyat Iraq harus bangga dengan lelaki berani ini. Sejarah akan selama-lamanya mengingati beliau,” kata seorang guru sekolah rendah di Baghdad.

Seorang profesor sains politik di Universiti An Najah di Tebing Barat, Abdel-Sattar Qassem menulis secara online dalam kolumnya:

“Bush mahu mengakhiri kepemimpinannya dengan pujian dan kata-kata aluan daripada konconya di negara Arab dan Islam.

“Tetapi kasut pula diterimanya daripada seorang lelaki Arab sebenar menandakan sejarah hitam Bush dan membolehkan orang Arab berasa bangga semula.”

Seorang pelajar berusia 23 tahun pula berkata di Kaherah: “Saya berulang kali melihat video kasut terbang itu di dalam You Tube dan berasa seronok setiap kali melihat (al-Zeidi) berdiri dan memanggil Bush anjing.

“Tetapi, sayang kasut itu tidak mengenai Bush,” katanya. - AP


haha, ramai sokong Bush kena baling kasut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2008 03:28 PM | Show all posts
Al-Zeidi pernah ditawan militan, AS

http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html


Muntadhar al-Zeidi


BAGHDAD: Wartawan televisyen Iraq yang melempar kasut ke arah Presiden George W Bush pada sidang akhbar kelmarin pernah ditawan militan dan tentera Amerika Syarikat sebelum ini.

Muntadhar al-Zeidi, 28, lelaki Syiah yang masih bujang kini ditahan pihak berkuasa Iraq dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau didenda.

Beberapa ribu orang semalam menyertai tunjuk perasaan di Baghdad dan beberapa bandar lain menuntut al-Zeidi dibebaskan.

Kasut yang dilempar al-Zeidi tidak mengenai Bush tetapi setiausaha akhbar Rumah Putih Dana Perino cedera di mata apabila terkena mikrofon dalam kekecohan yang menyusuli insiden berkenaan.

Sehari selepas itu, tiga saudara kandung lelaki dan perempuan al-Zeidi berkumpul di pangsapuri wartawan itu di barat Baghdad.

Ahli keluarganya bingung dengan perbuatan al-Zeidi dan bimbang terhadap keselamatannya ketika ditahan. Namun mereka berasa bangga terhadap perbuatannya yang membayangkan kebencian orang Arab terhadap presiden Amerika Syarikat itu.

“Demi Allah, adik saya adalah seorang wira,” kata kakaknya yang hanya mahu dikenali dengan nama samarannya Umm Firas (ibu kepada Firas, anak sulungnya).

Keluarganya berkata perbuatan al-Zeidi tidak dirancang, tercetus oleh penderitaan yang dilihat wartawan itu setiap hari ketika membuat liputan di sekitar Iraq.

Al-Zeidi mula bertugas di stesen televisyen Al-Baghdadia pada September 2005 selepas lulus daripada Universiti Baghdad dengan ijazah sarjana muda komunikasi. - AP

AS pernah culik Muntadar

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=lu_04.htm

BAGHDAD 16 Dis. - Wartawan Iraq yang membaling sepasang kasut ke arah Presiden George W. Bush semalam pernah diculik oleh anggota militan dan ditahan tentera Amerika Syarikat (AS), sebelum ini.

Wartawan tersebut, Muntadar Al-Zeidi yang masih bujang merupakan graduan Universiti Baghdad dan memegang ijazah dalam bidang komunikasi.

Beliau berfahaman Syiah.

Muntadar, 28, bertugas di stesen televisyen Al-Baghdadia sejak September 2005.

Beliau diculik oleh anggota militan tahun lepas ketika bertugas di utara Baghdad, bagaimanapun dibebaskan tanpa diberi sebarang pampasan tiga hari kemudian, selepas stesen televisyen menyiarkan satu rayuan supaya dia dibebaskan.

Ketika ditemui selepas pembebasannya, Muntadar, bagaimanapun menyatakan bahawa dia tidak tahu siapa yang menculiknya dan mengapa dia diculik.

Namun keluarganya mengesyaki beliau diculik oleh kumpulan Al-Qaeda.

Muntadar kemudiannya ditahan oleh tentera AS pada Januari lalu selepas menggeledah kediamannya.

Beliau dibebaskan keesokan harinya.

"Dua pengalaman ini yang telah mengakibatkan Muntadar berdendam dengan kehadiran tentera AS di negara ini.

"Dia sangat membenci tindakan AS menceroboh Iraq," kata abangnya Dhirgham.

Bagaimanapun tindakan Muntadar itu mendapat sokongan daripada keluarga dan sebahagian besar penduduk negara ini.

- AP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 04:05 PM | Show all posts
Hero Iraq patah tangan


SEKUMPULAN penduduk Palestin memegang kasut dan
gambar Bush dalam satu tunjuk perasaan meminta
Muntadar dibebaskan di Genting Gaza semalam.



BAGHDAD - Seorang wartawan televisyen Iraq, Muantadar al- Zaidi yang melemparkan kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush, mengalami patah tangan dan tulang rusuk selepas dipukul oleh sekumpulan ejen keselamatan Iraq.

Abang kepada wartawan itu, Durgham Zaidi berkata, dia tidak pasti sama ada adiknya, mengalami kecederaan tersebut ketika dikerumuni sebelum ditahan oleh pengawal keselamatan atau ketika berada dalam tahanan.

Muntadar, 29, ditahan selepas dia melempar dua kasut ke arah Bush dalam satu sidang media di Baghdad pada Ahad lalu.

Dalam budaya Arab, tindakan melempar kasut dianggap untuk menghina seseorang.

Bagaimanapun, Bush yang mengadakan lawatan mengejut di Iraq sempat menundukkan kepala dan menyebabkan kasut itu mengenai dinding di belakangnya.

Durgham memberitahu bahawa Muntadar kini ditahan oleh tentera Iraq di Zon Hijau, Baghdad di mana kedutaan AS dan beberapa pejabat kerajaan ditempatkan.

"Muntadar mengalami patah tangan dan beberapa tulang rusuk. Mata dan tangan adik saya juga luka," katanya.

"Adik saya kini ditahan oleh askar Iraq di bawah arahan penasihat keselamatan Iraq, Muaffaq al-Rubaie," ujarnya.

Seorang peguam di Iraq berkata, Muntadar mungkin dihukum penjara minimum dua tahun sekiranya didapati bersalah menghina seorang ketua negara.

Sementara itu, beratus-ratus penunjuk perasaan berhimpun di jalan-jalan raya untuk hari kedua semalam bagi mendesak pembebasan Muntadar yang kini dianggap sebagai hero oleh penduduk Iraq. - AFP



jesus h crist ekkkk sampai patah tangan kena pukul... . pada aku bagus muntadar ni... berani!!! :victory:   LMFAO tengok vc bush tu..   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2008 05:13 PM | Show all posts


haha, best gambar ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2008 06:10 PM | Show all posts

Reply #24 DTECCONAN's post

MOSTI  kasut saiz saploh yang dia baling tu...  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2008 06:29 PM | Show all posts

Reply #25 amazed's post

bapak besar kaki mamat Arab
kalau kena Bush, cacat muka dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-12-2008 04:34 PM | Show all posts
Wartawan baling kasut disanjung dunia Arab

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=lu_02.htm

penduduk Iraq mengadakan tunjuk perasaan menuntut pembebasan Muntadar
Al-Zeidi, wartawan yang kini menjadi wira di dunia Arab kerana tindakannya
melemparkan kasut ke arah Presiden George W. Bush, Ahad lalu. – AFP


BAGHDAD 17 Dis. – Wartawan Iraq, Muntadar Al-Zeidi yang mendapat sanjungan di seluruh dunia Arab kerana membaling kasutnya ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush di sini pada Ahad lalu dihadapkan semula ke mahkamah hari ini.

Saudara lelaki wartawan itu, Durgham Al-Zeidi, berkata, dia dan seorang lagi saudara lelaki telah diberitahu oleh hakim siasatan bahawa Muntadar “telah memberikan kerjasama yang baik.”

Menurut seorang pegawai kerajaan, kehadiran Muntadar di hadapan hakim itu ialah langkah pertama dalam proses undang-undang rumit yang mungkin berkesudahan dengan perbicaraan jenayah.

Walaupun Muntadar mendapat simpati di seluruh rantau ini, pihak berkuasa Iraq membawa kesnya ke Mahkamah Jenayah Pusat Iraq yang biasanya mengendalikan kes-kes keselamatan dan keganasan.

Hakim siasatan berkenaan akan mengkaji bahan bukti dan memutuskan sama ada Muntadar patut dibicarakan atau tidak, proses yang boleh memakan masa berbulan-bulan.

Muntadar mengaku melakukan “serangan ke atas seorang Presiden” semasa dihadapkan ke mahkamah buat kali pertama semalam.

Di bawah undang-undang Iraq, Muntadar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun kerana “menghina ketua sebuah negara asing.”

Menurut Durgham, Muntadar telah dibawa ke hospital Ibn Sina di Zon Hijau yang dikawal ketat setelah mengalami patah tulang lengan dan rusuk akibat dibelasah oleh pengawal keselamatan Iraq, selain cedera di mata dan kaki.

Muntadar menjadi fokus dunia pada Ahad lalu apabila beliau melemparkan kasutnya ke arah Bush dan menggelarnya ‘anjing’ semasa lawatan perpisahan Presiden AS itu ke negara ini.

White House semalam menyatakan, terpulang kepada para pemimpin Iraq untuk memutuskan sama ada hendak menghukum Muntadar atau tidak, tetapi pihaknya sudah melupakan insiden itu.

– Agensi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-12-2008 04:36 PM | Show all posts
Abang risau al-Zeidi kena dera

http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html

BAGHDAD: Wartawan Iraq Muntadhar al-Zeidi yang melempar kasut ke arah Presiden George W Bush hadir di hadapan hakim di bilik penjaranya dan bukan di mahkamah, manakala abang beliau, Dhargham, mendakwa adiknya itu mungkin cedera parah akibat didera sehingga tidak berupaya ke mahkamah.

Dakwaan dibuat ketika speaker parlimen, Mahmoud al-Mashhadani, mengumumkan beliau meletak jawatan apabila ahli parlimen yang bersidang semalam bertelagah dan menjerit ke arah satu sama lain ketika membincangkan mengenai sama ada al-Zeidi patut dibebaskan.

Dhargham berkata, Keluarganya pergi ke Mahkamah Jenayah Pusat bagi menghadiri perbicaraan al-Zeidi, tetapi diberitahu, jemaah hakim menemuinya di penjara dan mereka akan kembali dalam tempoh lapan hari.

“Penjelasan ini bermakna adik saya dipukul dengan teruk dan mereka bimbang kemunculannya di mahkamah akan mencetuskan kemarahan umum,” katanya.

Pegawai Iraq dan seorang lagi abang al-Zeidi, bagaimanapun menafikan wartawan itu cedera parah, apabila beliau ditolak ke lantai selepas melempar kasut ke arah Bush Ahad lalu.

Al-Zeidi ditahan atas dakwaan menghina pemimpin luar negara dan jika sabit kesalahan beliau boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-12-2008 04:38 PM | Show all posts
Permainan komputer baling kasut ke arah Bush

http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ra&pg=lu_03.htm

PARIS 17 Dis. - Satu permainan komputer di Internet yang diilhamkan daripada insiden seorang wartawan Iraq membaling kasut ke arah Presiden George W. Bush dilancarkan semalam.

Permainan yang digelar Sock and Awe itu dilancarkan oleh seorang rakyat Britain, Alex Tew menerusi laman web www.sockandawe.com dan setakat ini dikunjungi oleh lebih 1.4 juta pengunjung.

Nama permainan itu diambil sempena nama kempen ketenteraan Amerika Syarikat untuk menggulingkan Presiden Saddam Hussein pada 2003 iaitu Shock and Awe.

Dalam permainan itu, pemain diberi masa 30 saat untuk menyasarkan balingan terhadap Bush sebelum ia bersembunyi di sebalik rostrum.

Muntadar Al-Zeidi, seorang wartawan Iraq telah membaling sepasang kasut ke arah Presiden AS itu semasa lawatan perpisahan beliau ke negara berkenaan, Ahad lalu.

Tew, 24, sebelum ini pernah menarik perhatian dunia melalui laman webnya, milliondollarhomepage.com yang membantu 21 pelajar universiti menambah pendapatan dengan menjual piksel pada harga AS$1 (RM3.40) setiap piksel.

- AFP

Macam-macam: Permainan baling kasut dalam internet

http://www.bharian.com.my/Curren ... /Article/index_html

DUBAI: Kejadian Presiden Amerika George W Bush dibaling kasut oleh seorang wartawan Iraq, kini dijadikan permainan internet dengan pemain berpeluang melempar kasut kepada sasaran 'Presiden' yang bergerak.

Permainan itu yang disebarkan melalui emel dan laman web www.sockandawe.com memberi setiap pemain 30 saat untuk cuba membaling Bush menggunakan kasut cokelat, seberapa kerap yang boleh manakala mata diperoleh dipaparkan di bahagian kiri skrin komputer. - Rueters


aritu pernah main game sepak bontot Bush
nak try masuk laman web ni

[ Last edited by  DTECCONAN at 18-12-2008 04:43 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 03:44 PM | Show all posts

Nak Kahwin? Cuba2 Baling Kasut....

DUNIA
Hero dunia Arab ditawar kahwin




KAHERAH - Tindakan seorang wartawan Iraq, Muntazer al-Zaidi membaling dua kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush menyebabkan dia mendapat tawaran perkahwinan dari Mesir.

Seorang lelaki Mesir, Saad Gumaa kelmarin menawarkan seorang anak perempuannya yang berumur 20 tahun untuk berkahwin dengan Muntazer yang membaling kasut ke arah Bush pada Ahad lalu di Baghdad.

Anak Saad, Amal berkata, dia bersetuju dengan cadangan itu dan menganggapnya sebagai satu penghargaan terhadapnya.

"Saya mahu tinggal di Iraq, lebih-lebih lagi jika saya berkahwin dengan seorang hero," katanya.

Gadis itu merupakan pelajar di fakulti media di Universiti Minya tengah Mesir.

Saad memberitahu bahawa dia sudah menghubungi abang Muntazer, Dergham berhubung tawaran itu.

"Saya tidak mempunyai barangan yang lebih berharga melainkan anak saya untuk diberikan kepada Muntazer dan saya juga bersedia untuk perkahwinan itu," katanya.

Bagaimanapun, keluarga Muntazer masih belum memberi sebarang jawapan berhubung tawaran lelaki tersebut.

Muntazer, 29, ditahan selepas melemparkan dua kasut ke arah Bush dalam satu sidang media di Baghdad pada Ahad lalu.

Dalam budaya Arab, tindakan melempar kasut dianggap untuk menghina seseorang.

Tindakan itu menobatkan dia sebagai hero oleh warga Arab yang kebanyakannya membenci Bush kerana menyerang Iraq pada 2003.

Dia membaling kasut bagi mewakili keluarga yang kehilangan orang tersayang selepas AS menyerang Iraq pada 2003 sehingga menyebabkan beribu-ribu rakyat tidak berdosa terkorban. - Agensi



macam2 hal dlm donia ni. kerna baling kasut pun ade org sanggup offerkan diri utk kahwin, x kisah w'pun dok kat tempat bahaya.....betul la kata org, cinta itu buta.......

agaknya kalo lagi 3 kali dia baling kasut mau cukup kuota isteri bawah poligami.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 03:50 PM | Show all posts
kat malaysia ni tinjau2la sape yg nak demo bogel tu
kot2 ada yg offer nak kawin
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 03:50 PM | Show all posts
wowww... kagum nyer..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 03:54 PM | Show all posts
wow....hero dpt offer kawin!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 04:00 PM | Show all posts
murahnye rege pompuan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 04:04 PM | Show all posts
wah..baling kasut terus dpt isteri
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 04:05 PM | Show all posts
kah kah kah......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2008 04:06 PM | Show all posts

Reply #2 iscol_klang's post

good idea...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by courtney_xo at 19-12-2008 04:00 PM
murahnye rege pompuan

pompuan tu rasa satu penghargaan kalau kawin dengan hero tu...dah budaya dia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 04:09 PM | Show all posts
Originally posted by courtney_xo at 19-12-2008 04:00 PM
murahnye rege pompuan


mahal sangat pun susah juga..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2008 04:16 PM | Show all posts
Originally posted by iscol_klang at 19-12-2008 03:50 PM
kat malaysia ni tinjau2la sape yg nak demo bogel tu
kot2 ada yg offer nak kawin


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.624682 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list