CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: znorm

Kenapa aku tak nak pakai tudung..

[Copy link]
Post time 5-4-2009 11:13 PM | Show all posts
dakwah yang cukup hikmah.. patut sebarkan ke orang perempuan sekarang ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2009 10:32 AM | Show all posts

Reply #20 tobby's post

hahaha... brtul2...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 12:19 PM | Show all posts
Aiyoooo! Aku pun tak paham kenapa payah benar nak pakai tudung. I mean, bukan disuruh pegi angkat senjata berperang kat palestin pun org pompuan ni...dan bukan susah pun nak tutup aurat kat malaysia ni sebab sebut je nak tudung jenis apa semua ada kat kedai. Dari yang 5 hengget sampai ke brand munawarah yang beratus tu.

Takkan nak tunggu hidayah turun dari langit, diri sendiri segan nak usaha.

Terasa malunya dengan Pencipta bila diri kita ni degil & defiant dengan perintah yang mudah.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 03:35 PM | Show all posts

Balas #23 seri_air\ catat

payah sbb kebykn dorang tak belajar agama dan tak tahu hukum hakam yg betul... dorang raa cantik kalao tak bertudung dan mcm2 lagi lah!! hrp2 lah nanti pintu hati dorang akan terbuka juga utk bertudung...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 12:54 PM | Show all posts

Balas #24 zamnie\ catat

TU LA MASALAHNYA BILA MAK BAPAK TAK TANAM IMAN DULU DALAM HATI ANAK2....

TERUS AJAR SYARIAH JE....

TU SEBAB ANAK2 BANYAK ARGUE....

TU PASAL LA BILA ISLAM MULA-MULA DATANG, NABI TAK TERUS AJAR HUKUM...

DIA TANAM IMAN DULU....

BILA IMAN DA KUAT... BAGI LA APA PERINTAH PUN...

NO HAL...

P/S: JOM SOLAT ZUHUR...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2009 03:31 PM | Show all posts

Reply #20 tobby's post

x pakai spenda kang susah pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2009 08:24 PM | Show all posts
ni tulisan dari penyair AQ Alidost lah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 12:50 AM | Show all posts
ko nk pakai tudung atau tak , trpulang kat ko lah

bkn tuhan jd lemah pun kalau ko x pakai tudung atau tuhan jd kuat bila ko pakai tudung tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2009 02:46 AM | Show all posts
Assalamualaikum...
kepada yg baru bermula nak pakai, silakan, dari tudung ikat sanggul saja kpd tudung tiga segi, then kepada tudung wardina, then kepada tudung mawi n then tudung labuh...setakat yg cik2 sekalian mampu la ya...yg pastinya supaya kalian berpakaian lengkap kelak...

aurat bukan hak msing2 sebab ia hak Allah, ia perlu ditutup sebab ia 'sgt bernilai'...cuba bayangkan harta kekayaan kita simpan dlm peti besi dan bank, apatah lagi aurat yg lebih bernilai perlu 'disimpan' di sebalik pakaian yg menutup aurat,,,

cuba baca rayuan lelaki kepada wanita di link:
http://al-qedahi.blogspot.com/20 ... am-kepada-hawa.html

selamat beramal

Wassalam
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2009 11:17 AM | Show all posts
Alqedahi, nice & informative blog.
Me dah nak masuk four-oh ni memang tengah cari benda2 yang boleh mendekatkan diri cam ni.
Thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 01:34 AM | Show all posts
mak bapak aku ajar semua ni. hantar aku g kelas agama bagai dr kecik lg. aku pegi. tak ponteng2. time blaja kolej dulu2 jer lah. asal usrah, aku mesti outing . aku tau ngaji. aku smayang. aku puasa. taaapi. kepala aku...naked.

asal aku balik kg jer, mak aku tegur aku. suruh pakai tudung. aku cakap, aku tak ready. aku tak biasa.
skolah2 dulu. aku pakai time skolah jer. abeh skolah. back to normal leewwrr...

nak2 lak biler aku dah keje. lg laaaa. dah pandai nak begaya bagai. mane kena dgn aku, keje best2...nak pakai tudung. susah ler aku nak peshen2 karang. abeh, camne aktiviti salon aku nati? kalau aku pakai tudung? haaa kan? zaman blaja aku, kat JB. zaman kerja aku, kat KL. susahnyer nak berubah cabaran byk~

aku pernah terlintas nak pakai tudung..tp, biler aku dah kawen nati la. itu yg slalu org buat er. aku pun, mcm nak ikut gak. at the same time, aku tak de la betol2 pk nk buat pun. tgk la dulu mcm mana.

Allah Maha Besar... sekelip mata dia bg peluang kat aku berubah. Aku frust becinta masa tu. Aku hilang arah. Aku tak hilang kawan. Aku tak hilang sesape. pasal ex aku tu pun, bukannyer bagus sangat. ngikis duit aku jer. padan muka aku. Aku rasa aku hilang smthng dlm diri aku. Aku tatau ape...so, start dr situ..aku dah dekatkan diri dgn amalan baca Quran. mgu petama aku baca..aku baca jer la. lelame, aku jadi makin tenang n tenang. Alhamdulillah...

yg paling besar rahmatNyer...bulan puasa, aku try & error pakai tudung (blaja2 la kira). aku masuk opis jer. semue tekejut tgk aku. dorang ingat, pasal bulan puasa. after bulan puasa pun, aku pakai. Aku balik kg time raya...mak aku nangis, makcik aku nangis..atok aku pun nangis tengok aku.   Dorang terharuuuuu~. Nampak sgt aku mcm takde harapan nak berubah dedulu...

Alhamdulillah...dah betahun aku masih bertudung. and akan sentiasa betudung. sampai akhir hayat aku..aminnn....smoga Dia sentiasa tetapkan and pelihara iman aku, family & saudara2 aku Aminnn....
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 02:18 AM | Show all posts
bagi aku wanita yang bertudung lebih menawan dari tak bertudung..
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 11:18 AM | Show all posts
Islam ni indah, peraturannya indah, lagi indah jika muslimnya ikut peraturan Islam
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 02:28 PM | Show all posts

Balas #32 dune1989\ catat

Ek, bukan tujuan bertudung nak bagi supaya kurang menawan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 01:52 AM | Show all posts
Originally posted by seri_air at 14-4-2009 02:28 PM
Ek, bukan tujuan bertudung nak bagi supaya kurang menawan ke?


entah le..
bagi aku perempuan bertudung nih jauh lebih cantik dari tak pakai..
nak pandang pon sejuk je hati..
setahu aku tujuan bertudung ini sebab nak jaga peribadi wanita..
sebab aurat wanita ini hanya untuk suami dia sahaja..
perempuan ini kalau nampak shape sket badan dia leh wat lelaki stim..
jadi itu la rasionalnye pakai tudung dan baju labuh..
untuk tak bangkit nafsu lelaki dan jauh dari maksiat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 10:50 AM | Show all posts
aku paling tak pueh hati bila orang tak mau pakai tudung dgn alasan 'pakai tudung tak semestinya bayek....' sambil menyokong kenyataannya dengan gambar tak senonoh minah tudung dari internet.
tutup awrat tu perintah.... jaga akhlak tu perintah lain pulak....
bukan tunggu jadi baik dulu baru tutup awrat....

punyalah nak tau apasal kau tak pakai tudung...aleh2 artikel dari internet...good strategy aa..
btw gud artikel ...

ps; aku pun nak buat tajuk 'kenapa aku tak mahu solat' pastu boh citer orang tak solat kat australia ...jangan marahh... --- lawak je..!

[ Last edited by  kawankau at 16-4-2009 10:54 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2009 10:58 AM | Show all posts

Reply #25 anti_israel's post

salah dakwaaan tu jgn salah kan ibu bapa..kadang2 ibu bapa suruh n tanamkan semua tu pada anak ..

ok time sek ren n men kita denagr ckp sbb tinggal sma..masuk u kuar u keje tinggal asing tgk2 tudung entah kemana takkan nak salahkan mak bapak

so moral sebenarnya terletak pada hati n iman seseorg ...
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2009 11:06 AM | Show all posts

Balas #36 kawankau\ catat

Postlah, bab solat pon selalu nak kena ingat kan jugak.

Sekarang ni melambak orang lelaki muslim tak pegi solat jumaat, selamba je pi minum kat secret recipe.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 12:42 AM | Show all posts
Saya lebih selesa dengan istilah "menutup aurat" daripada "memakai tudung".

Ada yang memakai tudung, tapi aurat yg wajib ditutup masih ada yg terdedah.
Contoh yg paling ketara, yang memakai tudung tapi memakai t-shirt lengan pendek.
Ataupun yang bergaun singkat; yang berbaju atau berseluar/berkain ketat (tapi tetap pakai tudung).
Ada juga yg pakai tudung nampak jambul, kononnya rugi tak menayangkan rambutnya yang masih hitam & lebat tu.
Ada juga yg si suami tak suka si isterinya menutup aurat . Jatuh standard kononnya (bukan suami2 yg dlm forum ni hendaknya).
Ibubapa pun ada yg tak menggalakkan anaknya menutup aurat.

Ingatlah, setiap perbuatan kita, buruk atau baik, walau sebesar zarah, bakal menerima balasan syurga/neraka daripada Yang Maha Esa.

Sekadar peringatan khususnya buat diri ini yang selalu alpa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 02:32 AM | Show all posts

Balas #39 putu_ayu\ catat

yup teman menyetujui kome..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.611789 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list