|
Originally posted by alphawolf at 19-5-2009 12:22
Merepek aja hangpa nih hehehe
Tapi satu perkataan inggeris yang pasti diambil dari bahsa Melayu ialah AMOK.
n ada 1 lagi perkataan inggeris yg confirm sampai kiamat pun xberubah...."sembel belecen"...hehe..:victory::victory: |
|
|
|
|
|
|
|
ada lagi 1 ni ha..
LEAKING = LEKANG
hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 alphawolf's post
perkataan KAMPONG dalam bhsa english pun diambil dari bhsa melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Melayu ="cem" , English = Shame.
dulu kecik kecik kalau tengok kawan bogel kita ramai ramai usik
'cem cem tak malu" |
|
|
|
|
|
|
|
dekat thread origin of malay ada sembang pasai bahasa negeri jd aku up thread ni |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ChildrenOfBodom at 19-10-2009 14:29
  
Ciri-ciri Dialek Melayu-Kedah
Terdapat unsur-unsur Arab dan India dalam dialek Melayu-Kedah. Unsur Arab itu adalah seperti yang dituturkan oleh seluruh masyarakat Melayu Kedah di Lembah Kedah manakala unsur India pula hanya terdapat pada masyarakat Melayu Kedah di Pulau Pinang yang membezakan mereka dengan suku Kedah yang lainnya. Terdapat dua pengwujudan bahasa Arab dalam dialek Melayu-Kedah. Pengwujudan yang pertama adalah sebagai geseran anak tekak (frikatif uvular) dan bunyi ini terdapat pada sebelum dan antara vokal, misalnya ‘larat’=laqhat, ‘ramai’=qhamai. Penggunaan huruf ghain ( ﻍ ) terdapat dalam pengwujudan pertama ini.  engwujudan kedua pula adalah sebagai geseran faringgal (frikatif faringgal) yang sama dengan bunyi ain’ ( ﻉ ) dalam bahasa Arab. Misalnya, ‘ajar’=ajaq, ‘lapar’=lapaq, ‘air’=ayaq.
   
            
Sebutan dialek Melayu-Kedah untuk huruf ‘a’ yang terdapat pada akhir kata tetap disebut ‘a’ bukannya ‘e’ seperti yang terdapat pada dialek Johor. Ciri ini juga dapat dilihat pada sebutan dialek Melayu-Brunei, Melayu-Sarawak, bahasa Kedayan (dialek Melayu di Sabah), dialek Melayu-Pattani dan dialek Urak Lawoi (dialek Orang Laut yang banyak terdapat di kepulauan Adang, Thailand, pulau Langkawi, Kedah dan kepulauan Riau-Lingga di Indonesia).
            
Dialek Melayu-Kedah juga mempunyai sebutan yang berbeza untuk huruf ‘l’ dan ‘s’ di akhir kata. Konsonan ‘l’ di akhir kata diwujudkan sebagai ‘y’ atau ‘i’ jika vokal sebelumnya itu ialah ‘a’ atau ‘u/o’, tetapi jika vokal berkenaan ialah ‘i’, huruf ‘l’ ditiadakan dan ‘i’ berubah menjadi ‘ey’. Contohnya, ‘tebal’=tebay, ‘betul’=betoi, ‘katil’=katey. Konsonan ‘s’ pada akhir kata pula diwujudkan sebagai ‘h’ atau ‘yh/ih’. Berlakunya ‘h’ ialah apabila konsonan tersebut didahului oleh vokal i atau e, sedangkan ‘yh’ apabila vokal berkenaan adalah ‘u’ atau ‘o’. Contohnya, ‘habis’=habeyh, ‘lipas’=lipayh, ‘pupus’=pupuih  dan ‘hapus’=hapoyh.
Selain itu juga, masih terdapat sebutan dalam dialek Melayu-Kedah yang berdasarkan kepada sebutan jawi. Contohnya, boleh=buleyh dan masjid=mesjeyd (walaupun tidak sepenuhnya dalam sebutan jawi iaitu ‘bulih’ dan ‘mesjid’). Sebutan-sebutan jawi selalunya dipraktikkan oleh generasi tua (sama ada di bandar atau di desa) walaupun masih digunakan oleh generasi muda di luar bandar (kerana mereka tidak terdedah kepada bahasa Melayu baku/piawai secara meluas berbanding penduduk bandar).
              
Di Pulau Pinang, dialek Melayu-Kedah yang dituturkan adalah lebih kasar berbanding apa yang dituturkan oleh suku Melayu Kedah yang tinggal di Kedah, Perlis dan Perak Utara. Banyak perkataan bahasa Tamil yang diambil sebagai bahasa percakapan suku Melayu Kedah di Pulau Pinang. Antaranya, perkataan ‘nana’ yang bermaksud ‘abang’. Masyarakat India Muslim banyak terdapat di Pulau Pinang dan ini telah menyebabkan berlakunya perkahwinan campur antara orang Melayu dan orang India disebabkan persamaan agama. Golongan ini dikenali sebagai Jawi Peranakan samalah seperti kaum Cina Peranakan atau Baba dan Nyonya di negeri Melaka.
http://melayu-kedah.blogspot.com/2007/11/negeri-kedah-darul-aman-n-egeri-kedah_08.html |
|
|
|
|
|
|
|
sebutan huruf guna geseran anak tekak tu dlm bahasa lain cam Perancis, Hebrew dan Jerman pon ada |
|
|
|
|
|
|
|
setahu aku ada banyak perkataan Inggeris yang diambil dari Loghat Kedah .
What = Awat?
They Far = Depa,
Pardon = padia
Metallic =Merelit.
Cry =keriyau(nangis)
(yang lain aku kena cari balik dah ...
matjab Post at 15-5-2009 17:31
tambah lagi matjab
lock luck = loqlaq
pay luck = pelaq
month dorm = mandom
perkataan kawaq tak silap aku asai dari Tamil, chemey (mata chemey) asai bahasa Mandarin. kalau x silap la.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak taw pasai perkataan2 asli loghat Kedah n persamaan... angpa bleh kompare ngan loghat siam selatan... |
|
|
|
|
|
|
|
Loghat kita yang sama ngan cakap Siam sebelah sempadan sana... Sapa yang cakap Siam lagi tringat nak tambah mai boh sni lagi noh...
Loo Luck = xsnonoh, kotorq
Leh = kelih
Lap = lelap
Lau = reban ayam |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya kita pernah nampak nama alamat jalan pida apa2 sebenaqnya pida tu amik dari perkataan BI - FEEDER |
|
|
|
|
|
|
|
plaih = flask
genot Post at 18-10-2009 22:50
hahaha tak pernah terpikiaq plak aku pelaih ni asainya flask
|
|
|
|
|
|
|
|
ni mungkin kebetulan, nama tempat kt Kedah, JITRA tu ada makna dlm bahasa Czech, maksudnya morning. poster filem Czech
|
|
|
|
|
|
|
|
Loghat kita yang sama ngan cakap Siam sebelah sempadan sana... Sapa yang cakap Siam lagi tringat nak tambah mai boh sni lagi noh...
Loo Luck = xsnonoh, kotorq
Leh = kelih
Lap = lelap
Lau = reban ...
genot Post at 18-10-2009 23:30
nnti aku terpikiaq aku tambah...
la ni aku kheekran  |
|
|
|
|
|
|
|
perkataan Kedah teghebey (lastik) asai dari bahasa arab tarbil yg bermaksud
tarbil 1. sl sj busur utk melontarkan anak batu (peluru drpd tanah liat); 2. † alat utk melontar batu kerikil dll, lastik. (Kamus Dewan Edisi Tiga)
tarbil 1. sl sj busur utk melontarkan anak batu (peluru drpd tanah liat); 2. ark alat utk melontar batu kerikil dll, lastik. (Kamus Dewan Edisi Empat) |
|
|
|
|
|
|
|
Log Laq bukankah singkatan dua perkataan ? Telog dan Pelaq,
macam juga Garit = Gatai Bur*t |
|
|
|
|
|
|
|
Log Laq bukankah singkatan dua perkataan ? Telog dan Pelaq,
macam juga Garit  = Gatai Bur*t
cm_matjawasp Post at 19-10-2009 01:46
bleh jadi gak kot |
|
|
|
|
|
|
|
kopek = dompet.
jaga - jaga kalau guna kopek kat belah timur. Contoh ayat," Aku jumpa kopek hang jatuh tadi" |
|
|
|
|
|
|
|
oooo, org kedah panggil garit jugak ya? sama laa
-pernah dgar perkataan "kakkah"? |
|
|
|
|
|
|
| |
|