CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

ada ke tidak kubur Hang Tuah ni??

[Copy link]
Post time 3-8-2009 03:02 PM | Show all posts
beliau dah tak ada.Kalau masih ada tentu beliau turut berjuang ketika Melaka diserang Portugis.Yang ada mungkin semangatnya yg kini mulai pudar hasil kekeliruan penulisan dahulu dan anggapan ketika in ...
sayapghaib Post at 26-7-2009 21:13



kak tim pernah terbaca dalam board history ni jugak dulu..
ada forumer tulis..hang tuah memang wujud..
dan pernah berperang melawan portugis..
bersama2 dengan 2 orang hang lagi..
pernah dia naik ke kapal portugis dan menyerang anak2 kapal..
tetapi masa itu dia dah tua..tapi masih kuat..
pada mulanya portugis tak boleh nak masuk dekat
dengan adanya hang tuah ni..

kalau rajin..cuba lah selak yang lepas2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2009 07:36 PM | Show all posts
dongeng atau sejarah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 08:59 AM | Show all posts
tapi betul ke laksamana khoja hassan tu menantu hang tuah...tak silap penah baca yang khoja hassan tu lah yg menyebabkan melaka tewas kepada portugis...wallahuallam....
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 10:50 AM | Show all posts
Kisah Laksamana Khoja Hassan agak kabur.Ada pendapat yg menyatakan Laksamana Khoja dipecat dari jawatan Laksamana oleh Sultan Ahmad kerana tidak menyiasat dengan teliti fitnah yg menyebabkan Melaka kehilangan seorang strategis ulung iaitu Tun Mutahir.Ketika Temenggung Sri Udani harimau berantai Melaka mengetuai angkatan Melaka menentang angkatan Portugis tidak dapat dipastikan dimana Khoja Hassan.Sri Udani menggalas tugas yg sepatutnya digalas oleh Tun Ali yg telah dihukum bunuh oleh Sultan Mahmud dalam tragedi pembunuhan keluarga Bendahara.Tun Ali adalah seorang pakar peperangan dilaut.
       Mengenai catatan bahawa Khoja Hassan adalah menantu Hang Tuah,ramai yg kurang bersetuju.Ini termasuklah pendapat bahawa Tun Biajid adalah anak Hang Tuah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2009 12:23 PM | Show all posts
24# sayapghaib

oh..begitu rupenya...tima kasih.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2009 08:47 PM | Show all posts
hamba tetap percaya yang hang tuah itu wujud!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2009 02:00 PM | Show all posts
Bagi aku lak, aku tetap mempertahankan yang Hang Tuah memang wujud, cuma masyarakat kita sekarang yang mula melupai sejarah dan keturunan orang-orang melayu..... aku sedih dengan nasib bangsa melayu, yang semakin di pinggirkan....
15# sayapghaib
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2009 04:40 PM | Show all posts
cuba buat research tanye bebudak skang... hamba pernah lakukan... hampir mereka dah tak kenal pon hulubalang 5 bersaudara... di sekolah2 pon takdenye diajarkan secara terperinci mengenai mereka2 ini.. malah susunan 5 bersaudara itu pon berterabur...

kalau tak caya tanye bbudak yang bukan sekolah rendah, tapi menengah... kalau menengah dah tak tau, apatah lagii sekolah rendah... mungkin suatu hari mereka anggap orang2 tua dulu mereka cerita mengenai 5 bersaudara itu supaya dipandang tinggi oleh masyarakat..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2009 04:45 PM | Show all posts
Hang Tuah memang wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 10:02 PM | Show all posts
Salam. SAya pernah terbaca entah kat mana (agaknya Dewan Masyarakat kut) bahawa terdapat catatan di arkib Kepulauan Ryukyu Jepun tentang bagaimana Hang Tuah dihantar Sultan Melaka membantu menewaskan lanun yang mengepung kapal Jepun di Selat Melaka. Kan ke itu bukti kukuh wujudnya Hang Tuah?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 10:22 PM | Show all posts
Hang Tuah memang wujud.
sayapghaib Post at 18-8-2009 16:45
Hang Tuah memang  ada.Tapi kubur d Tangjung Keling bukan kuburnya. Dia ghaib.
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2009 10:03 PM | Show all posts
Salam. SAya pernah terbaca entah kat mana (agaknya Dewan Masyarakat kut) bahawa terdapat catatan di arkib Kepulauan Ryukyu Jepun tentang bagaimana Hang Tuah dihantar Sultan Melaka membantu menewaskan  ...
azredclaw66 Post at 5-9-2009 22:02


tak penah dgr plak pasal yg ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2009 04:44 PM | Show all posts
Ada sorang Pendekar Jepun yg berguru dengan Hang Tuah.Pendekar Jepun ini juga yang menjadi asas wujudnya Seni Silat Penjurit Kepetangan Megat Terawis atau juga dikenali sebagai Ninja Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 12:44 PM | Show all posts
aku pun percaya hang tuah wujud tapi siapa dia sebenarnya?betolkah sorang pahlawan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 12:45 PM | Show all posts
Ada sorang Pendekar Jepun yg berguru dengan Hang Tuah.Pendekar Jepun ini juga yang menjadi asas wujudnya Seni Silat Penjurit Kepetangan Megat Terawis atau juga dikenali sebagai Ninja Melayu.
sayapghaib Post at 7-9-2009 16:44


silat ni wujud lagi ke?atau cuma tinggal nama?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 12:49 PM | Show all posts
Salam. SAya pernah terbaca entah kat mana (agaknya Dewan Masyarakat kut) bahawa terdapat catatan di arkib Kepulauan Ryukyu Jepun tentang bagaimana Hang Tuah dihantar Sultan Melaka membantu menewaskan  ...
azredclaw66 Post at 5-9-2009 22:02


aku pun tak penah terbaca....yg selalu jumpa kisah kjaan melaka dgn China....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2009 01:09 PM | Show all posts
silat ni wujud lagi ke?atau cuma tinggal nama?
karis_kareena Post at 9-9-2009 12:45


Silat ni ada lagi malah tengah top pun.Permainannya gaya melayu/pagaruyung dan ala ninja.Cuba search kat internet.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 01:18 PM | Show all posts
aku pun tak penah terbaca....yg selalu jumpa kisah kjaan melaka dgn China....
karis_kareena Post at 9-9-2009 12:49


Banyak lagi kisah yg kita tak pernah baca tentang Hang Tuah.Ada artikel dari Brunei pernah saya baca tentang kisah Laksamana Hang Tuah hampir berkonflik dengan Raja Brunei yg terkenal bernama Bolkiah(maybe Bolkiah ni nama yg terkenal sehingga digunakan oleh Sultan terkemudian).Diceritakan peperangan di laut hampir berlaku antara kedua angkatan pahlawan terkenal itu atas satu pertikaian tentang kekuasaan Melaka dan Brunei.Catatan tu tak terdapat dalam sejarah Malaysia tapi tercatat di Brunei.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 01:41 PM | Show all posts
37# sayapghaib [/b
ok...i cuba search....
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 01:42 PM | Show all posts
38# sayapghaib

mmg yg ni pun I tk penah baca...tq for ur info...
apa nama buku berkenaan...?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.376494 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list